Thursday, April 19, 2012

Gempar..!! Ahli Parlimen Sik lari malam?

Apa lagi istilahnya jika bukan lari malam?...
Istilah lari malam ni biasa digunakan untuk menggambarkan seorang yang cuba lari dari tanggungjawab dan tidak mahu diketahui oleh orang.

Lebih 4 tahun rakyat Sik penanti perubahan yang dibuat oleh Cikgu Uda selepas rakyat Sik mengangkat beliau sebagai wakil di Parlimen, hasilnya bukan sahaja boleh diletakkan dalam kategori gagal tetapi amat-amat mengecewakan.

Atas faktor itu, khabarnya Cikgu Uda akan menarik diri dari terus mewakini Parlimen Sik kerana tahu peluangnya untuk menang amat tipis. Perkiraan sebegini dilihat masuk akal dan berhati besar namun sesiapa yang melihat secara halus, Cikgu Uda berhasrat beralih arah kepada DUN Belantik yang dilihat peluang beliau untuk menang masih ada sedikit sinar.Jika sekadar memaparkan imej beliau, Pakteh percaya DUN Belantik akan menjadi milik UMNO tetapi harus diingat, imej bakal Menteri Besar akan diguna pakai untuk memberikan peluang yang lebih kepada beliau.

Pengundi DUN Belantik atau jika bertukar ke DUN Jeneri jangan tersilap memilih kerana bukan Cikgu Uda sahaja mengimpikan kerusi MB Kedah jika Pas kekal memerintah, MB Kola Kedah kini turut ingin menjadi MB Kedah kerana setakat Kola Kedah tidak ada kepuasan bagi beliau. Saranan Pakteh...dok la tang mana pun...Kedah akan kembali ke tangan UMNO.....

Pakteh ada tanya jugak, Sanusi Md Noor, Setpol MB dimana kedudukannya?...Jawapan mudah kepada soalan Pakteh......kalau letak Sanusi, belum mengundi lagi Pas dah kalah.....
hehehe....tudia aih....sampai begitu sekali takmaunya Pas Sik dengan Sanusi. Pakteh kata pulak, .....Pakteh dok nampak pun camtu la jugak, nak jadi pemimpin ni hati kena besar, dendam jangan ada malah panas baran kena buang kalau ada dalam jiwa. Setakat benda-benda kecil nak dibawa terus simpan dalam hati....jangan jadi baik jangan jadi pemimpin....jadi penebang buluh, penoreh getah seperti Pakteh lagi baik...marah pun dengan nyamuk ja....marah lagi...tampaq nyamuk sampai hancoq lumat...lagi mrah....bakaq kebun getah..senang..biaq mati semua nyamuk dan agas..padam muka nyamuk...padam muka Pakteh.


1 comment:

Anonymous said...

Kalau sik kalah pasai sanusi la....semalam pun dah umum adik beradik dia kat dun jeneri......

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih