Wednesday, April 4, 2012

Edisi Malu..!! Takdir dan Waktu - Selamat tinggal DUN Kola Nerang

Takdirnya.....Pakteh melalui Pekan Kola Nerang pada hari ahad 31 Mei 2012
Takdirnya.....Pakteh berhenti makan bihun Sup di Pekan Kola Nerang
Takdirnya.....Pakteh makan bihun dekat Pej. MARA Kola Nerang
Takdirnya.....Pakteh nampak ada acara meriah di taman rekreasi bersebelahan gerai Pakteh minum
Takdirnya.....Pakteh teringatkan ADUN Kola Nerang ada jemput blogger ke majlis Santai blogger
Takdirnya.....Kawan Pakteh nak jumpa Pakteh di Kola Nerang
Takdirnya.....Pakteh kena tunggu kawan Pakteh
Takdirnya.....Pakteh p jenguk majlis apa dan apa situasinya

Waktunya.....Siang hari
Waktunya.....Tengahari
Waktunya.....Selepas Azan/solat Zohor

Melihat kepada streamer dan banner yang bergantung di kawasan program Santai Blogger, Pakteh merasakan ADUN Kola Nerang mempunyai tujuan tertentu dan bukan sekadar ramah mesra bersama pejuang maya. Pakteh berada di kawasan berhampiran sejam lebih dan melihat semua situasi. Meriah dengan aktiviti dan Pakteh dapat rasakan tetamu yang hadir terdiri dari kalangan penyokong beliau.

Semalam, rakan taulan telefon Pakteh bertanyakan khabar siapa dan ADUN mana yang bakal memalukan UMNO. Pakteh nak kata apa lagi?....kata tak tau ja la sebab memang Pakteh tak tau. Mujoq la Pakteh ni blogger jalanan ja, Bukan MB Kedah. Kawan2 tak la marah sangat kat Pakteh walau jawab tak tau. Tapi bila MB Kedah asyik dok jawab saya tak tau....memang la orang marah.....memang la MB Kola Kedah marah.

Isu ADUN Kola Nerang ni bukan isu baru, malah kedengaran sejak dari awal pasca PRU12 lagi. Atas faktor itu, Pakteh ingin merakamkan setinggi penghargaan, setinggi tahniah, setinggi pujian kepada ADUN Kola Nerang kerana mampu bertahan. Beliau telah cuba sedaya mungkin malah Pakteh melihat program pada 31 Mei 2012 mungkin salah satu daya usaha beliau atau mungkin majlis jamuan terakhir beliau sebagai YB.

Mengapa perlu pakteh berterima kasih kepada beliau sedangkan isu ini pasti sedikit mencalarkan UMNO Kedah?. Pakteh ucapkan terima kasih kerana mengaku muflis sebelum PRU13. Bayangkan situasi berikut :

1. Tak mau mengaku dan terus bertahan

Penyokong beliau akan berterusan inginkan beliau dicalonkan pada PRU13. Retak dan belah pasti berlaku dan ini akan sedikit menghakis sokongan kepada UMNO.
Bayangkan seandainya dicalonkan dan menang, sebulan selepas itu mahkamah putuskan beliau muflis, jenuh UMNO nak naikkan baik imej dalam PRK.

2. Mengaku kalah awal, sebelum tempoh matang DUN Kedah. PRK terpaksa diadakan dan situasinya tentu sukar untuk dianalisis oleh penebang buluh seperti Pakteh.

Akhir kalam, Selamat menjalani hidup baru kepada bekas ADUN Kola Nerang. Pengajaran untuk kita semua rakyat Malaysia. Berpada-padalah dalam berbelanja dan ukurlah baju dibadan sendiri. Pandu cermat, jiwa selamat, belanja berhemat, jawatan juga selamat.

Tapi.........soalan rakan taulan Pakteh kepada Pakteh.....siapa ADUN UMNO yang nak lompat parti?.


Erm........ apa sebenarnya yang berlaku ............................ ?? Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

2 comments:

Anonymous said...

komentar yg memboringkan! apa pun good try! di lain masa cuba cari isu2 yg menarik!..rugi aku singgah blog ni!..sorry!

Pakteh said...

Anon 19:10

Terima kasih atas pandangan anda. Pihak pengurusan blog Betoika akan mengambil kira pandangan ini untuk membuat penambahbaikan.

Pakteh

Admin
Betoika blog

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih