Saturday, December 31, 2011

Surau Salihiah...!!! Pas MAIN BELAKANG

Semalam Pakteh terbaca satu banner yang membuat dakwaan Surau Salihiah sebenarnya Pejabat Takaful. Dakwaan sebegini Pakteh nilaikan mungkin ada kebenarannya kerana blogger PAS pasti lebih tahu kerana isu ini melibatkan maruah PAS. Pakteh sekadar bertanya sendiri jika sekadar pejabat takaful, mengapa rakyat bangun mempertahankan bangunan tersebut. Mengapa ada signboard Surau Salihiah Jalan Kanchut.

Hari ini Pakteh ambil peluang untuk melihat sendiri apakah bangunan tersebut sebuah surau atau hanya pejabat takaful seperti yang didakwa blogger PAS. Sampai di depan bangunan yang dimaksudkan, Pakteh ternampak signboard "Pejabat takaful Ikhlas". Sah dan Pasti bangunan ini ialah pejabat takaful. Jika ini pejabat takaful mengapa pula ia dipolimikkan?. Pakteh masih seperti semalam sekadar bertanya diri sendiri.

Azan Asar berkumandang menyeru umat Islam menunaikan sembahyang dan azan itu datangnya dari pembesar suara bangunan tersebut. Bagaimana sebuah pejabat takaful boleh menjadi surau?. Rupa-rupanya fikiran sempit dan kolot malah kategori munafik blogger pas sanggup menipu bahawa bangunan tersebut ialah pejabat takaful sedangkan hakikat sebenar ialah bangunan itu merupakan sebuah surau yang sudah melewati 100 tahun usianya.
Pakteh mengambil peluang untuk berjemaah bersama di surau Salihiah petang tadi. Renungan mata imam ketika pakteh bersalaman membuatkan pakteh sebak seketika. Imam tersenyum menerima salam pakteh namun renungan matanya sepi, kosong dan seperti mempunyai sesuatu ingin diluahkan. Mungkin bebanan yang ditanggung cuba dihilangkan dengan senyuman namun mampukah mata yang hampir berkaca menipu?.

Setelah melihat surau Salihiah dan berjemaah Asar disitu, terus terang pakteh berani katakan bahawa Surau Salihiah lebih lengkap dan tersusun berbanding sesetengah surau di negeri Kedah. Ini sekali lagi mematikah hujah puak munafik Pas yang mendakwa surau tersebut tidak terurus malah tidak ada jemaahnya.
yaa..beberapa perkataan imam yang menjelaskan sesuatu kepada pakteh membuatkan hati pakteh sayu. Entahlah....mungkin itu kali pertama dan terakhir pakteh bersolat disitu. Merenung keluar tingkap dari ruang sembahyang imam membuatkan pakteh terasa amat yakin, PAS akan runtuhkan surau ini seperti bangunan disebelahnya yang telah ranap menyembah bumi.

Mengapa PAS kini bertukar menjadi begitu zalim?.
Mengapa bloggernya menjadi munafik?.
Mengapa Ostat Azizan menjadi begitu ego dan bongkak ?
Ostat Azizan sudah mabuk kuasa dan lupa diri. Perasaan bongkak yang membengkak dalam hati Ostat Azizan membuatkan MB ini dengan angkuh menutup ruang musyawarah dan bertegas akan meneruskan pembinaan kompleks membeli belah serta hotel ditapak surau Salihiah tersebut.

Ada blogger PAS yang samakan pengambilan tanah wakaf Surau Salihiah ini dengan kompleks Yayasan AL Bukhary. waduh waduh....mengapa harus ada agenda matlamat menghalalkan cara apabila terdesak sebegini?. Bukankah perjuangan itu digambarkan suci? Adakah mata hati PAS sudah buta sehingga tidak ada lagi akal waras untuk dibuat perbandingan?.
Bukankah di Kompleks Yayasan Al Bukhary itu yang tersergam ialah Masjid, Rumah anak yatim dan Universiti untuk yang tidak mampu?. Mengapa harus disamakan dengan kompleks membeli belah serta hotel yang ingin dibangunkan itu?.

PAS Kedah demi menegakkan kerja kotor yang pecah tembelangnya sanggup menjadi munafik.
Lebih teruk ada juga yang samakan kes Surau Salihiah ini dengan bangunan Sentosa. Tahukah blogger tersebut waris tanah wakaf di Sentosa masih menerima faedahnya hingga hari ini. Tahukah blogger tersebut tanah tapak bangunan Sentosa itu dalam kategori wakaf yang mana?

Inilah jadinya apabila pagar makan padi.

Mengapa tanah wakaf yang harus dikorbankan demi kepentingan seseorang?. Betoika KHABARNYA apa yang terjadi ini adalah kerana SISTEM BARTER antara Kedah an penang?.
Sistem barter pun sepatutnya kena adil.

Eh eh...ada terpalit nama exco? betoika?....pakteh taktau....
Eh eh...kalau pejabat takaful awat sampai 2 kali ubah isi mesorat org bijaksana agama Kedah?.
Eh eh...bukanka sepatutnya kena ada perkenan Ketua Agama Islam Kedah?
Eh eh...hangpa tak penah kat tunjuk?...camna nak pekenan?

Akhirnya PAS Kedah terpaksa MAIN BELAKANG kerana kezalimannya sendiri.

Friday, December 30, 2011

Kajian Terakhir..!!!!! Bukti Sah..Rakyat akui kejayaan PAS melaksanakan Negara Berkebajikan

lalalalalalalalalala..










lalala...lalala....lalalalalala















lalalalalalalala















lalallaa





lalala






























lalalalala



































lalalalala

























lalalalalala



































lalalalalalalaa






























lalallalala







TAHNIAH....TAHNIAH....DAN TAHNIAH

Wednesday, December 28, 2011

Tersungkur di pintu.....*&%#*&



Pakteh masih memikirkan PAS sekadar terkhilaf sedikit dalam mengisi ruang perjuangan. Pakteh cukup sedar akar umbi PAS yang rata-ratanya seperti juga ahli UMNO memasang impian bahawa PAS adalah parti yang sebenar-benarnya memperjuangkan ISLAM. Ahli PAS di bawah tidak pernah sedar malah tidak mahu mengambil tahu apa itu PAS. Pakteh terkedu apabila seorang ahli PAS mempertikai baiah Pakteh kepada UMNO kerana bagi beliau PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Sedihnya individu itu tidak mahu mendengar penjelasan Pakteh dan terus hanyut dengan kepercayaannya bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Bagi individu tadi, jika tidak menjadi ahli PAS bermakna tidak Islam.

Pakteh sering katakan bahawa jika tidak berminat dengan UMNO, jangan sertai politik atau jika ingin juga berpolitik....isilah borang PAS tetapi jangan sekali-kali PKR. Itu dulu namun kini Pakteh sudah cuak dan memikirkan semula apakah Pakteh seorang sahaja mempercayai politik Melayu yang ditunjangi UMNO dan PAS atau masih ada lagi orang lain yang berfikiran sebegitu. Segala-galanya berubah semenjak PAS mendapat sedikit kuasa.

PAS mengiktiraf dan mengangkat Lim Guan Eng setaraf Umar ABdul Aziz
PAS membiarkan Nik Aziz selaku Mursyidul Am diangkat sebagai Nabi
PAS sudah seperti mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Iman Mahadi

Bilakah semua ini berlaku?. Sejak PAS mempunyai sedikit kuasa selepas PRU12.

Selepas mendapat kuasa juga PAS mengubah dasar perjuangannya dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Puak PAS boleh mentakrif atau memberi apa sahaja definasi Negara Berkebajikan tetapi jika bolehkah ianya menandingi Negara Islam?

Selepas mendapat sedikit kuasa juga, PAS membuang Timbalan Presidennya yang mempunyai label Ulama dan diganti dengan seorang Timbalan Presiden yang diragui moralnya apatah lagi ilmu agamanya.

Selepas mendapat sedikit kuasa juga, PAS membuang laungan HUDUD (Nik Aziz cuba bangkitkan kembali tetapi tetap tenggelam ditelan puak Erdogan). Jangan tanya TG HJ Hadi kerana HUDUD sekadar 0.00001% sahaja.

Inikah PAS yang diserahkan jiwa dan raga oleh ahli akar umbi?. Jawabnya inilah Puak PAS yang mengkhianati 100% perjuangan PAS dahulu. Pakteh berpendirian jika PAS dahulu pun masih dianggap mengkhianati Islam dan Melayu di Malaysia, apatah lagi PAS hari ini....segala-galanya dengan mudah dijual beli.

PAS hari ini telah rosak seperti kayu yang diratah anai-anai. Kelihatan masih sempurna diluar namun rongga-rongga telah mula kelihatan apatah lagi jika disuluh dari dalam, yang kelihatan hanya kepala anai-anai yang rakus membaham kayu yang ditumpangi. Kiblat PAS hari ini adalah Anwar Ibrahim dan bukan lagi TG Nik Aziz atau TG Hj Hadi.

Hanya musibah yang menanti sekiranya puak anai-anai ini diberi peluang mencatur urusan negara.

Friday, December 23, 2011

Al Fatihah dan Takziah untuk keluarga Tan Sri Hamid Othman



Pakteh sekeluarga merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri hamid Othman yang kembali ke rahmatullah pada 23 Disember 2011 jam 4.45 petang, semoga rohnya dicucuri rahmat.

- Bekas Ahli Parlimen Sik
- Bekas Ketua UMNO Bahagian Sik
- Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Bekas Penasihat Agama bertaraf menteri

Pas Sik tewas 3 - 0

Bila Pakteh sebut BN menang besar di Kedah, Pas Kedah membebel seolah-olah itu sekadar khayalan Pakteh. Bukan sukar kini untuk melihat betapa Pas sudah ditolak ke dasar sungai oleh rakyat Kedah. Segala perancangan untuk memajukan Kedah hancur berkecai dek kebodohan dan keegoan Pas memerintah Kedah.


Sik kini berkeadaan 2-1 dan setiap masa kedudukan itu tidak pernah dianggap selamat oleh kedua-dua pasukan. Pas beranggapan mereka mampu mempertahankan Dun Jeneri dan Parlimen Sik dan dalam masa yang sama merampas kembali Dun Belantik dari Yb Datuk Tajuddin Abdullah. Pas memberikan pelbagai justifikasi untuk merealisasikan keputusan 3 - 0 pada PRU13.


Pakteh melihat senario Pas Kedah samada dalam parti atau kerajaan begitu mempengaruhi rakyat di Kedah dan Sik tidak terkecuali.


Dun Jeneri


Cikgu Ya dilihat terlalu selesa menjadi wakil rakyat hinggakan penduduk di DUN Jeneri tertanya-tanya apa sebenarnya yang beliau lakukan untuk mereka. Segala isu peringkat DUN gagal ditangani dengan baik malah tidak ada visi yang jelas untuk beliau membangunkan DUN Jeneri.


Kelibat wakil UMNO lebih terserlah di DUN Jeneri berbanding ADUNnya. Isu peringkat negeri yang amat berkecamuk turut menarik perhatian pengundi disini malah beberapa isu ini turut membabitkan DUN Jeneri. Rakyat bertanya mengapa Insaniah tidak didirikan di Jeneri tetapi di Kuala Ketil.


Dun Belantik


YB Datuk Tajuddin Abdullah sudah sinonim dengan Belantik malah setiap rakyat di DUN ini amat mengenali beliau. Gerak kerja yang dilakukan sebaik memenangi DUN Belantik memberi lesen terbaik untuk beliau terus mempertahankan kerusi ini.


Calon Pas PRU12 Tn Hj Sanusi Md Nor mungkin begitu terasa kekalahan dalam PRU12 yang lalu. Namun begitu beliau harus bersyukur kerana walaupun tewas, jawatannya kini ialah Ketua Penerangan Pas Kedah dan menjadi orang paling berpengaruh apabila dilantik sebagai Setpol MB.


Andaian Pas bahawa mereka boleh menang disini dengan faktor2 TERTENTU tidak dilihat boleh menggugat kemenangan BN. Cuma UMNO harus bekerja lebih kuat disini dengan mencatumkan semula bulu-bulu ayam yang tercarik seketika malah pegawai YB Datuk Tajudin HARUS AMAT prihatin dengan sesuatu isu.


Parlimen Sik


Cikgu Uda sememangnya bernasib baik apabila dicalonkan pada PRU12 kerana UMNO membuat KESILAPAN TERBESAR meletakkan calon luar yang ditolak oleh UMNO SIK, Pengundi Sik, PAS Sik dan orang-orang Sik.


Jika Cikgu Uda sekali lagi dipertaruhkan, Pakteh percaya keputusannya adalah jauh berbeza kerana UMNO telah sedar kesilapan lalu malah PM DS Najib bukanlah seperti Paklah. PAS Sik kini berpecah dalam beberapa kumpulan dan keadaan ini bukanlah mesej terbaik yang boleh ditunjukkan kepada rakyat Sik.


Calon dari UMNO pula haruslah yang terbaik malah jika boleh Pakteh sebutkan.......biarlah ianya Winnable Candidate dalam erti kata yang sebenar. Pakteh mempunyai bayangan siapa yang layak tetapi bayangan Pakteh mungkin tidak tepat seperti jangkaan DS Najib. Dalam apa keadaan sekalipun, Calon Winnable Candidate AKAN memberi keputusan yang diinginkan oleh UMNO Sik. Ini memberi gambaran faktor-faktor lain seperti isu tempatan dan negeri dari Pas boleh mempengaruhi keputusan NAMUN faktor calon masih menjadi kriteria utama untuk PARLIMEN SIK.


Pakteh yakin, 3 - 0 dapat dicapai sekiranya faktor2 penentu diberi perhatian oleh UMNO Sik. Rakyat Sik memang ingin memberikan sokongan dan undi kepada calon UMNO tetapi mereka juga amat berkira dalam beberapa perkara. Jika ini dapat diselesaikan dengan baik, Pakteh berani katakan..............Pas Sik akan tewas 3 - 0 dalam PRU13.

Thursday, December 22, 2011

Breaking News.....!! Anwar TENAT


Insiden terkantoi isu pinjaman IMF membuatkan Anwar penat dan tenat. Kalangan profesional sudah amat tidak percaya kepada makhluk ini kecuali penyokong ekstrim yang sudah tertutup pintu hati mereka untuk menilai istilah baik dan buruk.

Pakteh mengulas sedikit isu ini dalam artikel yang lepas namun banyak blog yang membuat analisa secara terperinci. Antaranya ialah sahabat Pakteh Duke of UMNO yang memetik dari sumber blog chewal.

Antara petikannya:

Aku tahu. Kalau kita ikat puak-puak PKR ni kat tiang letrik dan pekik sejuta kali pun kat telinga diorang bahawa Anwar Berahim tu penipu besar, diorang takkan percaya punya...

Dan walaupun diberikan bukti sahih, jelas, logik dan lengkap berfakta pun, diorang takkan terima punya...

Kat bawah ni ada satu lagi bukti yang meng'kantoi'kan Anwar sebagai penipu besar. Tak tahulah sama ada puak-puak PKR ni nak sedar ke tidak. Aku musykil, benarkah Allah dah cabut cahaya dan hidayahNya dari hati diorang...

1. Dalam dakwaan yang dibuat oleh Anwar seperti yang disiarkan oleh MalaysiaKini, Anwar membuat beberapa dakwaan yang bercanggah ataupun menipu.
2. Lihat kepada kenyataan beliau yang ditanda dengan warna merah. dalam kenyataan pertama, beliau mengatakan :-

"pada tahun 1993, beliau menulis kepada bank dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan untuk MENOLAK bantuan kewangan."

3. Tetapi melalui laman web bank dunia, Malaysia ada membuat beberapa pinjaman pada tahun 1993. rujuk gambar di bawah. lihat tarikh yg bertanda merah. Tarikh kelulusan di sini adalah pada 16 Mac 1993 dan 14 December 1993.
4. Kalau beliau menulis untuk menolak bantuan kewangan pada tahun 1993, kenapa bank dunia beri pinjaman seperti yang tertera di atas ? Bank dunia saje saje ke nak bagi duit ?


5. Kalau dilihat pada perjanjian yang ditandatangani pada December 1993 pula, jelas tertera perkataan Minister of Finance sebagai borrower dan Treasury di bahagian alamat. Rujuk gambar di bawah.
6. Siapa Menteri Kewangan pada tahun 1993. Bukankah Anwar Ibrahim ? Ini bermakna Anwar Ibrahim menipu dalam kenyataan beliau bahawa beliau menolak bantuan kewangan.


7. Dalam kenyataan kedua beliau Anwar berkata :-


"Pada 1999, Mahathir menulis KEMBALI kepada Bank Dunia merayu untu dana dan pinjaman"


8. Kenyataan Anwar ini seolah-olah, selepas 1993 tahun yang beliau kononnya menulis untuk menolak bantuan kewangan, Tiada sebarang bantuan kewangan atau permohonan yang dibuat sehinggalah pada tahun 1999, selepas Anwar di buang, barulah kononnya Mahathir menulis kembali untuk meminta bantuan. Kononnya, zaman dia jadi menteri kewangan, dia tak minta bantuan bank dunia lah, Cuma lepas dia tak jadi menteri kewangan, barulah Mahathir minta balik bantuan bank dunia.


9. Kalau kita lihat data dari bank dunia, siapa yg buat pinjaman ni ? rujuk gambar dibawah.
10. Pada tahun 1992, 1993, 1994 dan 1998 ada pinjaman kepada bank dunia dibuat oleh Malaysia. Siapa Menteri Kewangan pada tahun-tahun tersebut ? Bukan Anwar ke ?


11. Sekali lagi Anwar menipu dalam kenyataanya.


12. Perhatikan juga kod pada institusi pinjaman di bawah bank dunia ini. Kod nya adalah IBRD yang bermakna International Bank Reconstruction and Development. Kod institusi yang sama digunakan pada tahun 1973 lagi (rujuk data paling atas) iaitu pada 16 Januari 1973. Kod yang sama juga dibuat untuk pinjaman pada tahun 1992, 1993,1994,1998 dan 1999. Ini menunjukkan pinjaman yang dibuat ini adalah pinjaman-pinjaman biasa yang dibuat oleh negara semenjak dahulu lagi dan bukannya pinjaman pakej khas dari IMF/Bank Dunia untuk atasi krisis ekonomi 1997 spt yg diberi kepada Indonesia, Korea, Thailan dan lain-lain.


13. Anwar Ibrahim dan penipuan tidak dapat dipisahkan.

p/s: Anwar...sudah sudah la merosakkan negara ni. Rakyat dah tak makan fitnah bangang camni...

Tuesday, December 20, 2011

Bukti Anwar sudah AMAT TERDESAK

Putar belit PKR dan laporan M'kini
Apabila Anwar mula mengalihkan perhatian rakyat daripada isu tutuh pungkoq dan tutuh perempan cina, Pakteh mula nampak Anwar sudah hampir sangat ke penghujung nyawa. Wadah politiknya akan berakhir dek kerana nafsu bengkoknya sendiri.

Tun Mahathir di TUDUH sebegitu rupa sedangkan pelaku sebenar ialah beliau. Malaysiakini yang menjadi teraju utama pembohongan PR sekali lagi menunjukkan penipuannya.




Lihat Gambar:
EPU rancang nak pinjam 26 Julai 1998, Anwar kena pecat September 1998. Pada Julai 1998 Anwar masih Menteri Kewangan. Mac 1999 sekadar merujuk apa berlaku pada Julai 1998.
Bukankah sudah dimaklumkan sebelum ini antara punca Anwar dipecat ialah keinginannya mengikut kata IMF dan ini tidak dipersetujui Tun Mahathir.

Anwar..Anwar..akhirnya apa yang hang dedah untuk jatuhkan Tun telah berbalik kat hang jugak. Mungkin dah dimakan sumpah..apa sahaja tindakannya hanya sekadar melondehkan lagi keburukan hidupnya.

p/s: Satu dunia tahu Anwar hamba Yahudi. Satu dunia tahu Tun Mahathir anti Yahudi. Tak perlu pusing2 lagi Bro.....




Lagi artikel sampingan berkaitan isu sama. Dari blog Kepal Nasi Kepal Beras

Sedikit sedutannya...:


Lihatlah... Kemudahan Pakej Pinjaman World Bank yang disediakan untuk setiap negara di dunia ini untuk tujuan pembangunan pun cuba dikelirukan oleh Anwar sehingga rakyat tidak dapat membezakannya dengan pakej kewangan IMF yang ditolak mentah-mentah oleh Tun M sewaktu mengalami krisis kewangan pada tahun 1997/1998.

Lihatlah... Bagaimana Anwar mahu menggambarkan dia pernah menolak pinjaman world Bank pada tahun 1993!. Tahun 1993 bukankah tahun kemakmuran ekonomi yang berlaku di seluruh dunia? Bukankah limpahan kemakmuran ekonomi begitu dirasai oleh seluruh rakyat di negara ini pada ketika itu?

Hantu mana yang nak pinjam duit waktu makmur? Waktu Anwqr menolak tawaran World Bank itu, bukankah Tun M juga yang jadi PM? Bukankah Tun M juga yang jadi PM sewaktu negara menolak mentah-mentah pakej kewangan IMF pada tahun 1998?

Bukankah Anwar sedang merengkok di Sg Buluh pada tahun 1999, tahun di mana dikatakannya Tun M merayu pinjaman World Bank? Bukankah waktu itu kawalan RM telah dikuatkuasakan sebagai alternatif terhadap penolakan mentah-mentah pakej bailout yang dibuat oleh IMF? Apa perlunya Tun M merayu pinjaman lagi?

Tapi Anwar tetap Anwar. Disebabkan pembohongan, fitnah dan dusta sudah menjadi darah daging, dia tak tahu lagi mana satu cakapnya yang bohong dan yang tak bohong. Dia keliru sendiri kerana cakap-cakap bohongnya sudah bercanggah di antara satu sama lain.

BN Menang besar boleh jadi KALAH Besar JIKA..!!

Beberapa artikel Pakteh secara terang terangan mengakui BN akan menang besar. Sehingga hari ini Pakteh masih amat menyedari akan peluang itu cuma dalam tempoh tak sampai 10 hari, Pakteh merasakan beberapa perkara perlu ditangani dengan SEGERA. Dalam apa cara sekalipun, penyelesaian yang SEMPURNA amat diperlukan.

Wang RM500, Semua pihak yang terlibat WAJIB selesaikan segala isu dan permasalahan dengan cara yang TERBAIK. Tidak boleh ada lompang kesilapan. Secara mudah....tidak boleh ada individu yang BERHAK TERIMA dinafikan hak tersebut. Jangan sekali-kali hal ini berlaku kerana jawapan kepada kesilapan itu ialah peralihan undi dari BN kepada Pembangkang.

SBPA yang melibatkan semua kakitangan kerajaan, perlu ditangani dengan sebaik mungkin. JIKA PERLU ANJAKKAN TARIKH MEMBUAT KEPUTUSAN...BUATLAH.....
JIKA PERLU DIJELASKAN KEPADA SETIAP KAKITANGAN...BUATLAH.....
BUATLAH APA SAHAJA YANG PERLU.....

RM500 dan SBPA adalah pemberian ikhlas DS NAJIB berdasarkan kajian terperinci oleh badan2 yang terlibat CUMA pelaksanaannya PERLU dibuat sebaik mungkin kerana kedua2 anugerah ini akan memberikan IMPAK yang cukup besar kepada PRU13.

Jika dibuat dengan sempurna, BN boleh jadi menang dan boleh jadi kalah TETAPI jika dibuat secara caca merba dan tunggang langgang......COMFIRM BN KALAH malah boleh jadi kalah teruk.

Oleh itu pihak-pihak yang diberikan AMANAH untuk melaksanakan RM500 dan SBPA...jalankan tanggungjawab anda dengan sebaik mungkin.

Setakat hari ini yang masuk ke telinga Pakteh.....amat tidak enak didengar...........

Ambil manisan dibuat madu
habis madu sepah dibuang
sepah dibuang kedalam longkang
longkang tersumbat menjadi banjir
banjir tiba rumah pun hanyut
rumah hanyut mana nak tidur
anak kelaparan
suami kehausan
inikah musibah
inikah silap
inikah salah
INGAT....JANGAN SILAP PERCATURAN...
NANTI MERANA BADAN

Thursday, December 15, 2011

BN Menang Besar..!! PR tengok saja?

2003 dan 2011 dilancarkan oleh Presiden Pas yang sama




Beberapa artikel Pakteh menggambarkan BN akan menang besar. Itu menurut aura terkini beserta statistik tahap penebang buluh seperti Pakteh.
Disamping telahan BN akan menang besar di Kedah dan seluruh negara, Pakteh turut memberi peringatan agar ianya disusuli tindakan yang proaktif. Jangan pancut awal biarpun waktu foreplay nampak gagah perkasa.



PAS ada yang tak setuju dengan Pakteh malah beranggapan ianya sekadar menyedapkan hati. Sepatutnya PAS mengkaji mengapa Pakteh berani membuat telahan sebegitu.



Sebenarnya gelombang kemarahan rakyat terhadap sikap pimpinan PR turut merosakkan imej PAS di Kedah.



- Tindakan Anwar meliwat Saiful kini semakin terbukti kebenarannya. Malah ramai yang berharap Anwar dikenakan tindakan sekeras2nya



- Tindakan Anwar menyondol China Doll diakui ramai sebagai benar malah kajian pakar membuktikan 99.99% benar.



- Tindakan extrimis DAP yang berterusan mengguris hati kaum Melayu. Sikap angkuh yang ditunjukkan di Perak, Selangor malah Kedah sendiri membuatkan ramai TAKUT dengan DAP dan rakan subahatnya.



- Tindakan LG Eng di Pulau Pinang membuka pekung sebenar DAP namun PAS masih lagi menaruh harapan DAP boleh dikawal seperti UMNO dan MCA/Gerakan.



- Tindakan menghina SULTAN oleh sesetengah aktivis PR disokong pimpinan PR dan ini menakutkan rakyat.



- Tindakan PAS yang bermain kata dalam isu MURTAD/ isu GEREJA mencerminkan PAS kini dikawal DAP



Apa yang AMAT PASTI, perubahan dari NEGARA ISLAM (dokumen negara Islam Pas 2003) kepada Negara Berkebajikan (Dokumen Negara Berkebajikan Pas 2011) mengubah persepsi ramai rakyat bawahan. Pakteh terkejut..amat amat terkejut. Jika dahulu rakan2 yang tidak berminat sertai UMNO Pakteh cadangkan nama PAS dan jangan sekali-kali PKR....kini ianya sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Jika tidak ingin sertai UMNO....lupakan soal politik kerana PAS sudah tidak boleh diharap lagi. InsyaAllah..kupasan lanjut tentang isu ini Pakteh akan keluarkan dalam satu artikel penuh....



Perubahan itu dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan ini membawa PAS jauh tersasar dari perjuangan asal namun Pakteh percaya...perjuangan asal juga tersasar dari membawa kebaikan. Pakteh percaya ramai dikalangan Panglima dan pejuang PAS amat sukar untuk menerangkan isu ini kepada pengikut di akar umbi. Boleh dijelaskan tetapi siapa yang nak terima?



Isu ini akan menghakis sokongan ahli PAS dan tindakan masih terus bersokongkol dengan PKR/DAP, Pas pasti akan dijatuhkan oleh pengikutnya sendiri.



PAS juga perlu sedar ahli bawahan sudah muak dengan boneka-boneka Anwar dalam PAS. Lihatlah bagaimana seseorang SEPERTI Mohammad Sabu diangkat sebagai Timbalan Presiden...sedangkan Nasarudin ditinggalkan. Terkini Hassan Ali juga cuba dibuang...





Ingat..akhirnya yang tinggal dalam PAS ialah boneka-boneka Anwar yang luarannya kelihatan Islam namun hakikat sebenar, hanya ANWAR yang TAHU.





Akhirnya...dalam keadaan apa cara sekalipun kini...PR akan tewas teruk PRU13 dek kerana kegagalan mereka sendiri menguruskan kemenangan PRU12.



p/s: Eh eh Pakteh...bab Kedah tak ulas pun....tungguuuu.....versi khas akan muncul sedikit waktu lagi.....

Tuesday, December 13, 2011

Nak aku maki ka atau aku diam2 ja

Kalau ikut falsafah Pas...aku dah maki dah...
..
.
.
.
.
.
.
Projek keli belum untung, balak dan pasir dah boleh cover
itu kata-kata dari blog Kedahla...
.
.
.
.
Pakteh Kata pulak:
Adakah ini pengakuan benar bahawa memang PAS ambik balak dari projek ternakan keli?. Penjelasan Setpol MB Tn Hj Sanusi pulak adalah sebaliknya...

Tulis Tn Hj Sanusi di blognya""Sehingga pada satu hari, melalui telefon Ismadi, saya bercakap dengan pegawai perhutanan Batu 10…Bosss, saya Nordin!! Apa nak buat ni? Depa yang dok buka tapak keli tu bukak jalan luas sangat, masuk kawasan yang tak ada permit penggunaan. Kata Tok Renjer. Oh! Aku tak tau la pulak…orang mana buat keja tu? Tanya saya. Dia jawab..Siam! Saya tanya lagi...Kesalahan macam tu biasanya hampa buat macam mana.? Kami kena rampas mesin la bos! Kata Nordin. Oh! kalau macam tu, sila jalankan tugas Hampa! Jangan dok kira depa tu sapa... Selepas itu saya dengar, memang mesin kontraktor itu disita. Saya pun tak ambil kisah lagi. Padanlah masuk kampong orang tak jumpa tuan rumah dulu, masok hutan tak jumpa renjer…terimalah nasib!""
Yang mana satu ni? Ambik ka tak ambik?

Pasir oh pasir...ku sangka kau selautan dalam..rupa-rupanya pasir di atas, selut dibawah.....Wahai Kedahla...betoika bulih masyuk korek pasiaq di situ?....Setakat nampak dipermukaan..memang banyak pasiaqnya...untung...tapi sebenarnya...pasiaq disitu becampoq selut...

Eh eh...boleh ka ambik pasiaq tang tu? Apa status tanah tu....hahaha...sapa nak jawab....
Tapi kalau nak jawab...bagi kena elok2 tau.....bab daerah pakteh ni jangan dok buat tahana tak tentu hala. Ikut hati nak maki ja tapi tu bukan jenis Pakteh...
2 minggu lepas Pakteh lalu kot tu nampak la lori dok angkut machine kluaq...pasai pa?....

Keli lingkup....Balak balun....pasiaq takdak, sungai rosak...
.....................................................................

p/s: Awat kelihatan kureng masaknya jawapan Kedahla dalam isu ini..saja main2 kaa?

Thursday, December 8, 2011

Memang BN akan menang besar sunguh...ini betoi2 ni.

Ramai jugak yang tanya Pakteh, awat nampak comfident semacam ja?. laaa...Pakteh nak confident ka atau nak rasa takut ka...itu atas diri Pakteh. Buat masa la ni...Pakteh sangat yakin dan percaya BN akan menang besar.
Menarik jugak bila perasaan BN akan menang besar di Kedah ini turut dikongsi oleh rakan2 dari puak pembangkang.

Dengarnya hari ni taklimat berkaitan SBPA mula dibuat. Guru2 bersorak riang namun ada jugak kakitangan yang kurang bersyukur masih merasakan apa yang dibuat tidak memadai. Mereka mahukan gaji yang sama dengan DS Najib. Wahai manusia...bersyukurlah..

Hari ini juga Pakteh mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada PAS KELANTAN kerana berjaya membina sebuah masjid selepas lebih 20 tahun memerintah Kelantan.
Teramat hebat cara pemerintahan Nik Aziz, Sejak sekian lama dilaungkan "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" hehehe hanya sebuah masjid. Pakteh tidak sangka apa yang dibualkan sejak lebih 10 tahun rupa2nya benar. Dulu ditahun 2004, Pas dikatakan tidak pernah membina walau sebuah masjid di Kelantan. Rupa2nya BENAR....hanya selepas 2005 baru wujud sebuah masjid hasil usaha PAS. Tahniah tahniah dan tahniah...hehe...

Eh eh...bagaimana mungkin pemerintah yang berslogankan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM tidak menyediakan Masjid untuk rakyatnya beribadat? hairan bin ajaib bin pelik...
Wahai saudara2 dari PAS....Masjid ada tetapi dibina oleh KERAJAAN PUSAT yang Perdana Menterinya dari UMNO. Anda kira berapa masjid yang ada dan nilaikan sendiri secara jujur pendirian anda. hehe

Kedah?
Pedulikan apa nak jadi dengan Kedah. Disaat berita melaporkan UDA Holding buat JV dengan PKENps di Perlis untuk majukan tanah bumiputera dan dijadikan KOMPLEKS BELI BELAH bumiputera....Surau tanah wakaf diserahkan kepada pemaju kafir oleh MB Kedah.

Bukankah ini petanda jatuhnya PAS Kedah?. Ya..hangpa bulih buat apa hangpa suka kerana kini anda pemerintah...sebagai negara demokrasi...Pakteh terima hakikat itu tetapi harus diingat...rakyat bawahan marah bila tanah wakaf diperdagangkan oleh PAS. Rakyat bawahan tidak faham apa penjelasan anda...fikir2kan....

Kegagalan MB Kedah mengawal emosi memang tersangat jelas memaparkan ketidakupayaan beliau menjadi peneraju di Kedah. Amat malang Kulim Hi-Tech yang dibangunkan dengan kos yang bukan sedikit menjadi lesu tidak bermaya hasil buah tangan pimpinan PAS Kedah. Rakyat amat sedar akan hal ini...nahas nanti dalam PRU13.

Air oh air...
Amat pelik air kosong yang diminta...air teh susu yang diberi...siap sekali pakej dengan pasir dan batu...wow...memang hebat pengurusan air SADA. Tahniah...tahniah...Rakyat tidak mendengar penjelasan anda tetapi Pakteh yakin...ini boleh menjadi penyebab PAS disingkir dengan teruk dalam PRU13.

Soal berbini banyak tu hal peribadi...Pakteh takkan sentuh tapi....kesannya agak meletop di kampung-kampung. Teruskan tambah cawangan...kalau sampai 4 lagi bagus.

Syarikat milikan kerajaan menjadi seperti hilang arah apabila banyak diantaranya dipecah masuk oleh orang2 tidak berkelayakan dan tidak tahu bekerja. Rakyat kumpulan peniaga memerhati hal ini dan mesej mereka jelas....hangpa memang kaki rembat duit. Percaya?....semaklah apa dah jadi dengan YIKED....syarikat yang jika diurus dengan elok boleh sukses..

Akhirnya...amat hebat untuk melihat bahawa PAS ketandusan winnable candidate di Kedah. Pakteh amat yakin Pas akan meletakkan calon BUKAN ANAK TEMPATAN di beberapa tempat di Kedah...DAN...INGAT........padah menanti untuk calon sebegini. MB AZIZAN sendiri dah merasai nikmat calon luar 2004 di Parlimen Sik.

Aura kini secara realitinya...BN akan menang besar. PAS hanya digula-gulakan oleh Anwar Ibrahim bahawa mereka akan menang. Gula2 sebegitu dan tak laku kepada rakyat biasa. Rakyat dah muak....Gula2 sebegitu adalah beracun. Amat malang jika MB Azizan termakan gula2 beracun Anwar Ibrahim.

Tuesday, December 6, 2011

Terang Lagi Bersuluh BN akan menang besar

Bukan tidak ingin menulis tetapi pakteh berkira-kira apa isu yang ingin dikupas. Sudah kosongkah minda Pakteh?..tidak tetapi Pakteh cuma ingin menilai apakah sesuatu isu itu layak dipublishkan untuk tatapan tetamu blog Pakteh.

Selepas berkotaraya di KL 3 hari untuk pertemuan sesama penulis maya, Pakteh berkampung pula di Langkawi untuk percambahan minda isu2 semasa dan beberapa hari lalu Pakteh berkotaraya sekali lagi di KL untuk PAU 2011.

Ingin sekali rasanya menikmati suasana Muktamar Pas atau Perhimpunan PKR d Johor baru2 ini. Cuma jika hadir pasti bukan atas kapasiti sebagai ahli parti atau penyokong parti tetapi sekadar meninjau apa yang PKR dan PAS buat semasa perhimpunan tahunan depa.

Apa yang Pakteh dapat datang ke PAU 2011. Sebenarnya Pakteh melihat air muka perwakilan, pemerhati malah pengunjung juga Pakteh perhatikan air muka mereka. hahaha..Pakteh nak jadi tukang tilik ka?...

Pakteh minat sukan dan ada pelajar2 yang Pakteh asuh dalam sukan tertentu. Pakteh dapat merasakan mereka akan menang atau kalah melalui riak wajah ketika ingin bertemu lawan. Perasaan itu bukan sahaja lahir dari pemain tetapi juga jurulatih, pengurus dan juga presiden. Pakteh pernah melalui detik hiba tewas teruk dan melalui detik termanis mengondol kejuaraan. Pakteh tak main tapi Pakteh ajar pemain....

Perasaan akan menang atau akan kalah wujud dalam diri sebelum detik berjuang itu tiba. Inilah saatnya pemain akan memberi fokus kepada minda bahawa dirinya akan keluar sebagai pemenang. Keyakinan pemain melalui riak wajah akan memancarkan sinar jernih yang sukar dimengertikan dan jika takut untuk tewas juga, raut wajah akan memberikan gambaran kekalahan.

PAU 2011 juga begitu. Pakteh memandang setiap wajah jika berkesempatan. Sayangnya Pakteh tidak berkesempatan menatap seraut wajah manis Lisa Surihani yang turut diiktiraf oleh UMNO. Mungkin wajah itu terlalu mahal untuk diratah oleh mata-mata liar tetapi renungan mata Pakteh tidak sekadar untuk menatap raut manis Lisa...tidak...renungan Pakteh ingin membaca redup wajah yang tidak pernah memberikan kelesuan..berbanggakah dia?...ikhlaskah dia?....fahamkah dia? Senyum mekar yang terukir dibibir manis Lisa memberikan sedikit lukisan wajah kata hati gadis ini.

Lama-lama Pakteh merenung kelibat susuk tubuh tua yang sudah berpuluh tahun dimamah usia. Tidak letihkah tubuh itu bertandang ke PAU?. Tersentuh Pakteh menatap urat urat mata yang tertonjol pada wajah nenek tua yang setia mendengar hujah perwakilan.

PALING PASTI...kebanyakkan memaparkan raut wajah yang penuh keyakinan bahawa PRU13...UMNO/BN akan merangkul kejayaan yang besar. Memang benar mereka diasuh oleh jurulatih, dinasihat oleh pengurus malah dimotivasikan oleh presiden agar berhati-hati dengan lawan tetapi pancaran wajah yang Pakteh lihat menceritakan bahawa...orang-orang UMNO sudah bersedia untuk mencipta kejayaan besar kali ini.

CUMA..

Ikhlaslah dalam berjuang. Jangan bersangka buruk....jangan tamak haloba....jangan ada hasad dengki...sabar...

Belum hilang letih mendengar amanat Presiden, Pakteh sudah menerima berita-berita yang tidak enak.

Wahai orang-orang UMNO...ambillah sepenuhnya amanat Presiden. Jangan sekadar bermuka-muka kerana sesuatu yang buruk boleh menimpa kita.

Pakteh amat yakin UMNO/BN boleh menang besar tetapi jika berlaku khianat dalam parti...mungkin MENANG BESAR berubah menjadi KALAH BESAR.

Berhati-hatilah...JADIKAN PERLAWANAN HARIMAU MUDA VS BAHRAIN SEBAGAI PENGAJARAN. Jangan terleka sehingga pemenang diumumkan.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih