Thursday, December 8, 2011

Memang BN akan menang besar sunguh...ini betoi2 ni.

Ramai jugak yang tanya Pakteh, awat nampak comfident semacam ja?. laaa...Pakteh nak confident ka atau nak rasa takut ka...itu atas diri Pakteh. Buat masa la ni...Pakteh sangat yakin dan percaya BN akan menang besar.
Menarik jugak bila perasaan BN akan menang besar di Kedah ini turut dikongsi oleh rakan2 dari puak pembangkang.

Dengarnya hari ni taklimat berkaitan SBPA mula dibuat. Guru2 bersorak riang namun ada jugak kakitangan yang kurang bersyukur masih merasakan apa yang dibuat tidak memadai. Mereka mahukan gaji yang sama dengan DS Najib. Wahai manusia...bersyukurlah..

Hari ini juga Pakteh mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada PAS KELANTAN kerana berjaya membina sebuah masjid selepas lebih 20 tahun memerintah Kelantan.
Teramat hebat cara pemerintahan Nik Aziz, Sejak sekian lama dilaungkan "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" hehehe hanya sebuah masjid. Pakteh tidak sangka apa yang dibualkan sejak lebih 10 tahun rupa2nya benar. Dulu ditahun 2004, Pas dikatakan tidak pernah membina walau sebuah masjid di Kelantan. Rupa2nya BENAR....hanya selepas 2005 baru wujud sebuah masjid hasil usaha PAS. Tahniah tahniah dan tahniah...hehe...

Eh eh...bagaimana mungkin pemerintah yang berslogankan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM tidak menyediakan Masjid untuk rakyatnya beribadat? hairan bin ajaib bin pelik...
Wahai saudara2 dari PAS....Masjid ada tetapi dibina oleh KERAJAAN PUSAT yang Perdana Menterinya dari UMNO. Anda kira berapa masjid yang ada dan nilaikan sendiri secara jujur pendirian anda. hehe

Kedah?
Pedulikan apa nak jadi dengan Kedah. Disaat berita melaporkan UDA Holding buat JV dengan PKENps di Perlis untuk majukan tanah bumiputera dan dijadikan KOMPLEKS BELI BELAH bumiputera....Surau tanah wakaf diserahkan kepada pemaju kafir oleh MB Kedah.

Bukankah ini petanda jatuhnya PAS Kedah?. Ya..hangpa bulih buat apa hangpa suka kerana kini anda pemerintah...sebagai negara demokrasi...Pakteh terima hakikat itu tetapi harus diingat...rakyat bawahan marah bila tanah wakaf diperdagangkan oleh PAS. Rakyat bawahan tidak faham apa penjelasan anda...fikir2kan....

Kegagalan MB Kedah mengawal emosi memang tersangat jelas memaparkan ketidakupayaan beliau menjadi peneraju di Kedah. Amat malang Kulim Hi-Tech yang dibangunkan dengan kos yang bukan sedikit menjadi lesu tidak bermaya hasil buah tangan pimpinan PAS Kedah. Rakyat amat sedar akan hal ini...nahas nanti dalam PRU13.

Air oh air...
Amat pelik air kosong yang diminta...air teh susu yang diberi...siap sekali pakej dengan pasir dan batu...wow...memang hebat pengurusan air SADA. Tahniah...tahniah...Rakyat tidak mendengar penjelasan anda tetapi Pakteh yakin...ini boleh menjadi penyebab PAS disingkir dengan teruk dalam PRU13.

Soal berbini banyak tu hal peribadi...Pakteh takkan sentuh tapi....kesannya agak meletop di kampung-kampung. Teruskan tambah cawangan...kalau sampai 4 lagi bagus.

Syarikat milikan kerajaan menjadi seperti hilang arah apabila banyak diantaranya dipecah masuk oleh orang2 tidak berkelayakan dan tidak tahu bekerja. Rakyat kumpulan peniaga memerhati hal ini dan mesej mereka jelas....hangpa memang kaki rembat duit. Percaya?....semaklah apa dah jadi dengan YIKED....syarikat yang jika diurus dengan elok boleh sukses..

Akhirnya...amat hebat untuk melihat bahawa PAS ketandusan winnable candidate di Kedah. Pakteh amat yakin Pas akan meletakkan calon BUKAN ANAK TEMPATAN di beberapa tempat di Kedah...DAN...INGAT........padah menanti untuk calon sebegini. MB AZIZAN sendiri dah merasai nikmat calon luar 2004 di Parlimen Sik.

Aura kini secara realitinya...BN akan menang besar. PAS hanya digula-gulakan oleh Anwar Ibrahim bahawa mereka akan menang. Gula2 sebegitu dan tak laku kepada rakyat biasa. Rakyat dah muak....Gula2 sebegitu adalah beracun. Amat malang jika MB Azizan termakan gula2 beracun Anwar Ibrahim.

2 comments:

paktam@ said...

> sya pun bermimpi umno/bn menang besar dlm pru 13 ni!!!

> tapi warlord umno kena la pi tarbiah puak2 tuli pas and yg dok atas pagaq....spya undi umno/bn!!
>undi umno/bn adalah jihad untuk menegakkan islam di malaysia/kedah!!
>sanggup/berani ka wardlord umno kata mcm tu kat puak tu???
>jangan dok biaq pm and tpm saja yg dok pulun!!...yg lain( warlord ) dok nganga saja!!!!

paktam@

Gang Aji said...

warlord masih dok bergaya duit mayang tak habis lagi.

he he he he he.

syoknya jadi warlord.super warlord lembu kerbau pun dapat pula.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih