Monday, March 25, 2013

Bila bab Masjid pun Pas menipu...Setpol kena jawab



Bila soal rumah Allah pun Pas menipu....apalah sangat dalam soal-soal lain. Puak Pas mungkin merasakan mereka telah dijamin syurga oleh Nik Aziz lantaran itu tanpa rasa takut, segala penipuan boleh dihalalkan.

Pakteh bukan ingin mengulas dari segi bukti dan data kerana segala2nya telah dipaparkan dalam blog, twitter dan FB bagaimana dasyatnya Pas Kedah mengakui telah membina 12 buah masjid sepanjang mereka bermaharajalela. 

Pakteh hanya inginkan penjelasan yang ikhlas dari individu yang sepatutnya.

Mana mungkin MB Kedah Ostat Azizan yang ditaglinekan sebagai "tak tau apa-apa" akan menjawab isu ini. Soal penipuan ini melibatkan kredibiliti Pas Kedah. Soal penipuan ini melibatkan maruah Pas Kedah. Soal penipuan ini melibatkan pegangan agama Pas Kedah.

Mungkin Setpol MB selaku Ketua Penerangan Pas Kedah boleh memberi penjelasan. Apalagi Pakteh melihat sejak dahulu, inilah individu yang tampil untuk memberikan fakta, data dan auta untuk mempertahankan Pas kedah.

Namun begitu, Pakteh berharap mendapat jawapan yang ikhlas dari hati. Jawapan yang mempunyai rasa pertanggungjawaban terhadap umat Islam di Kedah khususnya. Pakteh mengharapkan jawapan dari seorang pemimpin yang berhasrat tinggi dalam politik. Kali ini Pakteh inginkan jawapan yang lain daripada sebelum ini. 

Jika diimbas jawapan-jawapan Setpol MB Kedah Tn Haji Sanusi Md Noor terhadap sebarang persoalan yang dibangkitkan, Pakteh menemui banyak perkara yang sangat pasti keautaannya namun atas dasar perbincangan dan menghormati hujah beliau, Pakteh hanya mengiyakan malah jika agak terlebih keautaannya, Pakteh berdiam diri. 

Pakteh sangat mengharapkan kali ini, Tn Haji Sanusi selaku Ketua Penerangan Pas Kedah mampu memberikan jawapan terbaik kepada isu ini. Pas adalah parti yang mendakwa membawa syiar Islam malah ada disesetengah tempat, Islam itu Pas dan Pas itu Islam....jika UMNO....sendiri fikir jawapannya. Sebagai Ketua Penerangan, jawapan yang diharapkan adalah mencerminkan parti anda. 

Ingat....

Isu yang Pakteh bangkitkan ialah Penipuan Pas berkaitan pembinaan masjid seperti yang dinyatakan dalam buku "sayangi Kedah Sejahtera"

Untuk lebih kepastian, sila lihat Aloq Staq blog
dan di Nyoq Kering

Jenuh Pakteh memikirkan mengapa Pas yang sering mendabik dada kononnya mereka lebih Islam sanggup berbuat demikian. Jika amat terdesak sekalipun untuk meraih semula sokongan rakyat yang hilang....mengapa rumah Allah ini yang dijadikan sandaran penipuan?.

Pakteh tak perlukan cerita alkisah suka duka kenangan mengimbau kisah lama untuk penjelasan isu ini.
Pakteh juga tidak inginkan jawapan dari hujah fakta yang telah diauta asalkan tertipu rakyat jelata..

Pakteh hanya inginkan jawapan yang ikhlas......betul-betul ikhlas.

Friday, March 22, 2013

Pas menjual agama demi undi. Penipuan terkutuk menjelang PRU13

Tinggal lagi beberapa minit, InsyaAllah kita semua umat Islam akan sama-sama ke masjid untuk menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Solat jumaat begitu istimewa kerana hanya seminggu sekali dan indahnya keharmonian pemberian Allah, inilah saatnya umat Islam berkumpul bersama dalam jumlah yang ramai. 

Terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan untuk umat Islam bersolat. Pakteh teringat rakan-rakan yang berada di negara bukan Islam, terpaksa keluar rumah di awal pagi semata-mata untuk tidak terlepas solat jumaat.

Pakteh juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan Pas Kedah kerana berjaya mendirikan beberapa buah masjid semasa pemerintahan mereka. Ini amat berbeza dengan pemerintahan Pas di Kelantan yang melangkau lebih 22 tahun dan Pakteh di khabarkan hanya sebuah masjid dibina oleh Pas.

Memang diakhir zaman, masjid-masjid diperindahkan, dan itulah yang berlaku kini, samada UMNO atau PAS apabila diberi peluang untuk mendirikan rumah Allah, pasti akan disambut dengan penuh rasa kesyukuran.

Di akhir zaman juga masjid-masjid kebanyakkannya kosong dan hanya beberapa kerat sahaja jemaah yang setia untuk terus beribadah sepanjang waktu. 

Sebenarnya...bukan itu cerita pakteh....bukan. 

Pakteh dikejutkan dengan satu pendedahan yang sebenarnya seumur hidup pakteh tidak jangkakan. Berita Anwar berhenjut dengan China Doll masih tidak mengejutkan Pakteh kerana Pakteh tahu Anwar. Berita Anwar menjubor Saiful juga tidak mengejutkan Pakteh malah pendedahan terbaru bahawa Anwar menjubor mahasiswa....langsung tidak mengejutkan Pakteh.

Apa yang mengejutkan Pakteh ialah Buku Sayangi Kedah Sejahtera sempena 5 tahun pemerintahan Pas di Kedah amat-amat luar biasa. Keberanian puak Pas telah melebihi Anwar. Jika selama ini kita hanya tahu Anwar sahaja yang meliwat, kini rakyat kedah perlu tahu....kepimpinan Pas Kedah yang diketuai ostat Azizan yang bersetpolkan Sanusi Md Nor juga MAIN BELAKANG.

Bolehkah dibayangkan Pas Kedah menyenaraikan Masjid-masjid yang telah mereka bina dan tanpa malu memasukkan masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan Pusat. Apakah sudah hilang rasa malu dan lebih teruk lagi...apakah puak Pas Kedah begitu terdesak sehingga sanggup menipu walaupun Rumah Allah. 
Pas Kedah perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Kedah dan mengakui kejahatan mereka dan penipuan mereka malah perlu mengakuinya kepada kerajaan pusat. 

Tuan Haji Sanusi Md Nor Setpol MB mungkin akan mempertahankan Tuannya tetapi kali ni berbeza bro....setakat nak main-main dengan rumah urut, nak main dengan balak, nak main dengan KUIN....silakan. Tapi kali ni.....kejahatan puak hangpa dah mengatasi kejahatan banjingan negara Anwar Ibrahim. Anwar hanya main belakang jantan......hangpa main belakang dalam isu Rumah Allah. Itulah padahnya bila berkawan dengan DAP.

Buat masa ini...Pakteh takkan berikan nama Masjid dan fakta/dokumen yang berkaitan tetapi PAKTEH MENCABAR KETUA PENERANGAN PAS KEDAH untuk memberikan penjelasan. Senarai Masjid ada dalam buku Sayangi kedah Sejahtera....lihat dan buat penjelasan.

Betul-betul busuk lagi membusukkan.....inilah jadinya bila bertimbalankan puak Syiah.

p/s: Jom pi Masjid.........

Kata kawan Pakteh:
1. http://syburi-times.blogspot.com/2013/03/pelancaran-buku-sayangi-redah-segala.html
2. http://medantempurkedah.blogspot.com/2013/03/raja-penipu-memang-bangkai-betui-la-pas.html
3. http://kedahkekl.blogspot.com/2013/03/panass-aihh-oit-pas-buat-masjid-pun-mau.html

Tuesday, March 19, 2013

Kejelekan yang keterlaluan. Pas sedar mereka sudah tewas di Kedah

Selepas berehat panjang untuk hanya mengikuti perkembangan di Lahad Datu, Malam ini 19/03/2013 Pakteh terpanggil untuk menulis semula. Sejak beberapa minggu lalu, Pakteh hanya berFB dan tidak berblog.
Kesempatan berehat dari menulis ini memberi ruang kepada Pakteh untuk menilai parti-parti yang ingin berkhidmat kepada rakyat Kedah. Pakteh agak jarang mencelah apabila Ostat Azizan tertenyeh diri sendiri dengan Isu Balak di Pedu, Isu Bandar Sejahtera di Pokok Sena, Isu KUIN di Kola Ketil, dan pelbagai lagi isu yang jika dihimpun melayakkan Pemerintahan ini digelar Pemerintah serba tak kena.

Pakteh biarkan juga rakan-rakan dari PR menulis mempertahankan setiap tindakan Pas Kedah biarpun kebanyakkannya hanya sekadar pertahanan kosong yang begitu mudah dibahan peluru blogger BN. Pakteh juga mengikuti dengan dekat pendekatan yang digunakan Tn Hj Sanusi Setpol MB yang akhir-akhir ini layak digelar pencatur politik Pas Kedah.

Akhirnya malam ini, Pakteh merasakan kejelekan yang berlaku dibawah pemerintahan perlu sama-sama dikongsi walaupun Lahad Datu masih ada sisa-sisa pengganas.

Rata-rata pengikut setia Pas merasakan mereka akan menang di Kedah malah akan juga merampas Putrajaya. Inilah gula-gula Anwar Ibrahim yang mengalunkan lagu kemenangan kemana sahaja beliau pergi. Hakikat sebenar ialah PR kini hanya bernyawa ikan malah jika dicabut oksigen....perutnya akan kembung dalam mula membusung meninggalkan bau busuk akibat sudah lama mati beragan.

Keturunan Pakteh ada yang berakit-rakit dari Ulu Sungai Muda kerana kerajaan nak buat Empangan Muda. Lubok Mahang ditinggalkan demi kemajuan dan Pakteh sehingga kini terasa seperti masih bermain-main ditepian sungai yang dingin dan jernih. Itu dulu....kini kerakusan Gerombolan Azizan sudah makin mendekati kenangan lama di Lubok Mahang. Ya..mereka merembat balak di Pedu tetapi apakah jika mandat masih diberikan kepada mereka......tidak mustahil kerakusan itu akan sampai ke Empangan Muda dan akhirnya seluruh Kedah tidak ada lagi hutan yang layak dipanggil rimba.

Pakteh terfikir bagaimana Azizan dan Setpol boleh bermain-main dengan rakyat dalam urusan amanah. Ladang Rakyat dijanjikan dengan tanaman yang sukar untuk dimengertikan. Bukan tidak bijak untuk berbuat demikian tetapi amat tidak berbaloi apabila terpaksa merosakkan khazanah yang dipelihara sejak sekian lama oleh BN.
Mungkin inilah pokok buah buahan yang dijanjikan Azizan

Rakyat bukan mempertikaikan kepakaran PAS dalam mencari duit tetapi apabila ianya berbunyi Ladang Rakyat atau apa sahaja projek tetapi mengakibatkan Pokok Balak terpaksa ditebang,,,,,rakyat teringatkan Keli K di Sungai Pau, Sik yang terpaksa dijamu umpan Balak.

Belum pun Azizan menghela nafas kelegaan apabila bijak pandai Pas menerima hakikat pokok ajaib yang ditanam Azizan akan mengeluarkan bermacam jenis buah, timbul pula isu kegagalan melaksanakan projek yang dirasmikan sendiri oleh Azizan. Mahfuz Omar yang sering terlompat dalam Dewan Parlimen mungkin boleh memikirkan apa pula nak diauta apabila projek ni gagal. Sebenarnya kemungkinan projek ini sengaja diGAGALkan tidak boleh ditolak ketepi. Bukankah Mahfuz adalah seteru Azizan dan Azizan diketahui mudah panas baran. Entah apa nasihat yang diberikan oleh Setpol hinggakan Mahfuz yang berbangga kerana berjaya mewujudkan Bandar Sejahtera kini terkedu kerana Bandar Sejahtera kini hanya wujud atas kertas. Mungkin ini sekadar lawak ala-ala Mr Bean.


Menyedari rakyat Kedah amat marahkan Pas Kedah, Azizan diajar supaya menggunakan pendidikan sebagai cara mengambil semula hati rakyat. Maka di war-warkan KUIN akhirnya berjaya tersergam di Kuala Ketil. Setpol MB bukan main gembira malah sempat menempelak Kerajaan Persekutuan. Akhirnya hari ini, wajah sebenar puak yang sering mempermainkan agama ini terbongkar. Demi nama, demi politik, demi ego akhirnya pelajar menjadi mangsa. Tidak pernah terfikir oleh Pakteh puak ini begitu jelek dan menjengkelkan. KUIN yang sering bermasalah terus dipergunakan untuk menarik sokongan rakyat. kegagalan menyediakan asrama pelajar akhirnya memakan diri. Itulah akibatnya apabila tidak ikhlas dalam melaksanakan amanah.

MB Azizan makin garu kepala kerana disangka segala mainan politiknya akan berjaya apatah lagi penasihatnya ialah Tn Hj Sanusi yang bijak mengambil kesempatan. Eh eh...dengaq kata beli rumah di Loq Staq tu bawah harga sebenar....betoika?....jangan marah....Pakteh tak tau apa2...saja tanya ja...

MB Azizan bukan sahaja ditekan oleh BN yang inginkan Pas memberikan khidmat terbaik kepada rakyat tetapi dari PR yang tidak senang dengan cara Azizan. Kelompok Pas di Kedah yang terlebih taksub kepada Anwar semakin ramai dan tidak mustahil akhirnya kesetiaan ahli Pas kini lebih kepada Anwar berbanding Hadi. Jika diletakkan Azizan dan Anwar, mungkin Setpol MB Sendiri akan memilih Anwar....entahlah....
Pengakuan sebegini membuktikan Pas sudah dijajah mindanya oleh Anwar

Azizan tertekan kerana cara kerja Anwar amat berbeza dengan beliau, Anwar akan merobek apa sahaja yang menghalang malah setiap aturan dibuang ketepi. Salah laku Anwar yang tertonjol kini menyukarkan Azizan untuk meyakinkan rakyat Kedah bahawa bakal PM pilihan PR ialah Anwar. kejijikan puak Pas hingga kini ialah mereka masih merelakan Anwar meliwat kredibiliti mereka.

Azizan makin parah. Hatinya ingin memberontak namun sifat kebaculan yang sedia ada menghalang beliau. Bukan tidak disedari agenda DAP tetapi dibiarkan sahaja kerana itulah kehendak Anwar. Azizan yang baran pasti membuak-buak kemarahannya pada Lim Guan Eng yang inginkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. Entah apa hantu yang meresap dalam jiwa.....Azizan hanya mampu mengangguk setiap tutur kata Hadi dan kini jadilah MB Kedah menerima saranan PR dan saranan CM Penang. Begitulah dasyatnya apabila agenda politik melangkaui kepentingan agama.

Terkini....Pakteh percaya, tekanan yang sudah tidak mampu tertanggung lagi oleh Azizan menyebabkan Pahrolrazi menjadi mangsa terbaru beliau. Pakteh gembira akhirnya kejijikan dan kejelekan Pas Kedah didedahkan oleh puak mereka sendiri. Sedang rakyat bersedia untuk menghadapi PRU13, Azizan melalui Setpolnya bersedia membunuh karier politik seteru beliau dari Pas. Umum mengetahui Pahrolrazi mampu menggugat jawatan MB Kedah sekiranya Pas mengekalkan kerusi di DUN Kedah (pas akan gagal).

Jelas peristiwa "penculikan 2 jam" yang berlaku membongkar segala kebobrokan Pas Kedah. Amat malang rakyat Kedah kerana terpaksa bertuankan MB yang ada nafsu yang besar. Jika sesama rakan pun Azizan sanggup bunuh, apalah sangat rakyat biasa. Sebab itu jawapan kepada wartawan akhbar sangat memualkan. Langsung tidak menghormati wartawan. Entah apa akan jadi jika puak2 ini terus memerintah lagi 5 tahun. Mungkin segalanya hanya tinggal kenangan. Jika pemimpian sendiri diTAIKkan..apalah sangat pimpinan BN.

Pesanan Pakteh.....bersedialah dengan segala cara untuk menangkis segala kejahatan yang bakal dijatuhkan oleh PAS terhadap kepimpinan UMNO/BN.

Puak Pas tidak sukar untuk berbuat demikian kerana mereka hanya perlu menulis  fakta atau merekayarsa. Akhirnya cerita yang auta direka demi kelangsungan berkarya. Atas faktor itu, Pakteh meneliti secara serius artikel Kedah Times tentang PEMBUNUHAN KAREKTOR. Sebenarnya skill sebegini sedang dan bakal digunakan jentera Anwar. Entah berapa fitnah yang sudah ditaburkan dan Pakteh amat-amat yakin, segala penipuan/fitnah yang ditaburkan tidak diminta untuk dijawab. Mereka sekadar ingin mengaburi mata rakyat yang kebetulan hijau. Pimpinan BN/UMNO Kedah terutama yang mempunyai aura untuk kemenangan UMNO di Kedah harus bersedia dengan fitnah2 yang bakal muncul.

Akhirnya......selamat berjuang dan terimalah hakikat....perjuangan Pas Kedah penuh dengan kejelekan dan hanya beberapa hari saja lagi masanya akan tiba untuk mengundurkan puak ini dari terus merosakkan Kedah.

ralat: Pembetulan tarikh telah dibuat iaitu 19/03/2013 dan bukannnya 19/03/2012 pada baris pertama di perenggan pertama. harap maklum

Tuesday, March 5, 2013

Selamat berjuang perwira negara

SELAMAT BERJUANG
SEMOGA BEROLEH KEMENANGAN
AYUH SEMUA RAKYAT MALAYSIA
BERIKAN SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA PEJUANG-PEJUANG NEGARA

AL-FATIHAH KEPADA PEJUANG YANG TELAH GUGUR

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih