Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada pelaksanaan GST. Bukan terlalu bodoh untuk menidakkan setiap perancangan kerajaan itu pasti adalah untuk kebaikan rakyat.
Sebelum GST dilaksanakan, Pakteh diberikan taklimat oleh Pengarah kastam negeri dan sekali lagi oleh Pegawai kastam yang menjalankan tugasnya. Pada ketika itu, kefahaman tentang GST sudah hampir 90% faham dan apabila dilaksanakan pada 1 April 2015, Pakteh telah memahami apa itu GST.
Ketika ini, pada hari ini, saat ini,,,kepercayaan kepada kelebihan/kebaikan GST itu masih kekal dan Pakteh yakin GST akan membantu rakyat. Hanya masa yang menentukan cemuhan ini akan berganti pujian.
Cumaa....ya...cuma....
Jenis barangan yang dikenakan GST perlu dimurnikan lagi. Keperluan asas pendidikan, perubatan tidak sewajarnya dikenakan GST. harus diingat Malaysia sedang mengorak langkah memajukan Pendidikan dan Kesihatan rakyat. Amat pelik apabila saranan tidak sehaluan dengan tindakan. Hari sabtu 25/4/2015 Pakteh ada membeli peralatan asas untuk pelajaran maematik seperti jangka sudut dan sebagainya dan terkejut set barangan tersebut dikenakan GST. Sepatutnya Barangan berasaskan pendidikan dan perubatan dikecualikan GST.
Pemantuan dan penguatkuasaan perlu diperbaiki 100%. Jika perlu pecat menteri berkaitan...sila pecat. Patut dah lama pecat...sejak gagal dalam kempen GST fasa pertama. Longkang benar mulut apabila mendakwa rakyat dah terima GST sebab aduan dan kurang. Tarikh yang sama pakteh mengadu ada satu mini market kepunyaan Cina yang caj GST tanpa keluarkan resit. Email aduan tak dapat diterima kerana fullbox.
Untuk kategori pemantauan dan penguatkuasaan....betul2..benar2...sungguh2 mengecewakan.
Kawalan harga barang sudah tidak mampu dilakukan. harga barang naik mendadak. Ya menteri boleh salahkan peniaga tapi sampai bila? sampai bila-bila? Buat sesuatu...Negara ini rakyat dah lantik U sebagai agen pemerintah...U jalankan tugas...
Perlakuan/tindakan/kenyataan PM/TPM/Menteri harus mengambarkan penderitaan rakyat bukan sebaliknya. Pengumuman kutipan 42 juta sehari itu pakteh sambut dengan gembira malah sepatutnya lebih tinggi jika peniaga tidak menipu. Dengan 42 juta sehari.....taraf hidup rakyat akan mampu ditingkatkan. Jangan tanya kemana pergi wang itu kerana selama ini pun...kerajaan membuat kutipan cukai yang banyak dan disalurkan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk.
Hati memang marah dengan kelemahan pelaksanaan GST. Sakit hati dengar peniaga caj GST tanpa resit. Lagi sakit hati bila beli topup. Ini gambaran kelemahan yang paling memualkan.
Tenaga elektrik satu keperluan. Jika anak 9, sehabis jimat pun....penggunaannya akan meningkat dan caj GST menggambarkan kerajaan zalim pada golongan sebegini. Pakteh sudah tutup segala suis tapi masih gagal kurangkan angka pada bil elektrik.
Dapur...air panas dah kembali ke tradisional. Segala yang bersangkut dgn elektrik dah dihapuskan cuma peti ais.....sedang berfikir apakah peti ais ini barang keperluan atau barangan mewah yang melambangkan keagungan poket pakteh.
Bilik tidur....aircond hanya bila perlu....cuaca panas...kalau tak pasang air cond...comfirm migrain....belum semak lagi ubat migrain kena caj GST atau tidak. Bilik anak pernah juga tak buka aircond sebab pakteh memberikan analogi " abah dulu kecik2 pun tido tak dak aircond". Cuma pakteh lupa...umah tiga bilik yang direka jurutera terbaik dunia ni mengepung haba. Berbeza design umah berdinding buluh, berlantai buluh berbumbung atap bertam yang dibina abah dulu. Tiang kayu...lubang sana sini...bukan sahaja angin boleh masuk....burung terbang boleh cross dalam umah tanpa kebenaran. Free kedap bunyi...cakap tak perlu rahsia kerana dinding buluh.
Buluh dipilih dari buluh yang terbaik. buluh yang panjang dan lurus. Buluh yang matang kerana buluh yang matang mampu bertahan. Buluh muda lembut dan cepat dimakan bubuk. Lebih penting...tidak ada SST atau GST kerana abah pakteh ambil dari hutan...sumber asli.
Pendapat pakteh...GST tak perlu dikenakan kepada makanan harian walaupun sudah berubah wajah. Orang mempertikaikan udang kara 0% GST sedangkan ikan sardin 6%GST. Susah benarkah untuk memahami makanan utama di kedai runcit yang dibeli golongan marhain ini?. Mengapa perlu dihujahkan keburukan makan sardin.....mengapa tidak diiklankan bagusnya makan udang kara?. Ya ikan fresh lebih murah berbanding ikan sardin tetapi bolehkan ikan fresh itu dimakan begitu sahaja?.
Ikan fresh dari market itu perlu disiang......0% GST kerana guna tenaga sendiri tetapi....Bahan untuk membuatkan ikan tadi menjadi Gulai, Kari, masak lemak, asam pedas ada yang dikenakan GST.
Pakteh menyokong GST tetapi dada semakin sesak, nafas semakin panas....
6 comments:
Salam...
Mohon jasa tuan link kan blog :
http://suaramelayubaru.blogspot.com/
dalam bloglist tuan sebagai tanda sokongan kepada matlamat yang satu, memenangkan calon UMNO BN di Permatang Pauh dan Rompin.
Terima kasih...
...
Muhyiddin Mahu Hantar 200 Surat Ke UMNO BHG Tolak Najib?
https://youtu.be/zEJma8Ld5fM
https://youtu.be/KtM1vqPEBOc
https://youtu.be/mgssNnX_sZA
Sumber Berita
>>>Klik Di Sini<<<
Singkir Najib, Naikkan Mukhriz - Tun M Busuk Hingga Ke Usus!
Sumber Berita
>>>Klik Di Sini<<<
MAKIN Tolol - Puteri UMNO Menyalak Lagi Dari Caw ke bhg ke PAU 2015!!
Sumber Berita
>>>Klik Di Sini<<<
Hi nama saya Jeanne Xavier dan saya seorang wanita dari Kanada, saya bekerja dengan pemerintah Kanada untuk jangka waktu yang sangat lama dan saya mampu untuk mendapatkan begitu banyak uang selama waktu saya di kantor yang dibuat berjumlah $800,000,000. dan karena itu saya memutuskan untuk berinvestasi pada pinjaman pribadi bisnis untuk membantu memecahkan masalah-masalah keuangan saya sesama manusia. saya memutuskan untuk memberikan pinjaman apapun di 2%, jadi jika Anda tertarik untuk mendapatkan manfaat dari perusahaan saya Anda dapat menghubungi perusahaan saya melalui email: jeannexavier111@gmail.com
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Very nice blog and post, I found it informative and useful, thank you for kindly share it with us, best regards and take care
Sandro from Nomes
Post a Comment