Tuesday, November 29, 2011

Jawapan Pakteh terhadap Jawapan SETPOL MB Kedah

Memandangkan Tuan Haji Sanusi Md Nor (SETPOL MB KEDAH yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah) menjadikan balasan jawapan di komen beliau sebagai tajuk, Pakteh juga perlu berbuat demikian di blog Pakteh. Ketika posting ini dibuat, komen pakteh mungkin dah dilepas atau belum...maklumla..kena ada tapisan di blog beliau dan berbeza dengan blog cap ayam pakteh yang sesapa pun boleh terus hantar.
-------------------------------------------------------------------------------------


Maaf la tuan haji, tak jenguk komen tuan haji yg tujuan sedikit sebanyak menjawab persoalan pakteh, mujur juga dijadikan tajuk dan dapatlah pakteh baca. Maklumla...hujan2 ni nak tebang buluh pun belengaih.

Tuan Haji,
Buat masa ini ada agensi dikawal oleh Kerajaan Negeri dan ada yang dikawal oleh Pusat. Mungkin Pas perlu memerintah lebih lama di Kedah untuk lebih arif dalam menangani isu rakyat dan mengembeleng kuasa secara bijak malah dapat menangani masalah dari kerajaan pusat.

Kelantan pernah banjir tetapi mungkin pengalaman lebih 20 tahun menjadikan mereka bijak menguasai agensi pusat.

Apapun tahniah kerana telah bersiap siaga. memang tak masuk TV kerana saluran kini dikawal oleh BN.

Adil atau tidak?. Tepuk dada tanya naluri tuan haji kerana tindakan Pas memerintah Kedah juga sebegitu. Agensi yang dikawal Pas juga terpaksa mengikut kata telunjuk Pas..itulah adatnya...mengikut kata tuan. Nakkan bukti...xperlu rasanya kerana Tuan Haji sendiri tentu sedar.

Alhamdulillah..selamat kaum kerabat pakteh dan rakyat Kedah. Kita mendoakan agar banjir tak sebesar seperti yang diramal.

Namun begitu peringatan harus diberikan dari masa ke semasa agar rakyat tidak terleka. Di Kelantan sudah ada mangsa banjir....
Ibu-bapa harus lebih prihatin tentang bahaya banjir. Kes jatuh tali air ketika mandi sepatutnya tidak berlaku jika semua berhati2.

Tuan Haji,

Pakteh cukup prihatin semua soal dalam bajet Kedah.....tapi pakteh takmau ulas kerana soalan pakteh untuk bajet 2011 yang tuan haji janjikan dulu nak jawab pun belum terjawab.

Friday, November 25, 2011

Anwar & Lim Kit Siang Lacurkan rakyat


Kedah makin banyak maksiat, boleh ikuti dari blog rakan Pakteh...AloqStaQ
.........................................................................

Pakteh tertarik dengan artikel Agendadaily. Amat bagus untuk dikongsi bersama. Tahniah Roslan Bian

...............................
Artikel dari Agendadaily
24/11/2011- OLEH ROSLAN BIAN


Perbahasan untuk mansuhkan Proklamasi Darurat 1966,1969 dan 1977 di Dewan Rakyat pada Khamis menconteng arang di muka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang apabila dua ahli parlimen Bebas ‘hentam cukup-cukup’ Ketua Pembangkang dan penasihat DAP itu.

Puncanya, Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timor yang bangun membahaskan usul itu mempersoalkan kenapa kerajaan tunggu 34 tahun untuk mansuhkan proklamasi tersebut.

Bagaimanapun, ahli parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang turut membahaskan usul itersebut mengambil peluang menjawab soalan itu dengan meminta Kit Siang bertanya kepada Anwar jawapannya.

“Ipoh Timor patut tanya Anwar Ibrahim. Sejak 1982 hingga dipecat, beliau ada 14 tahun dalam kerajaan. Beliau pegang jawatan Ketua Pemuda, Naib Presiden dan kemudian Timbalan Perdana Menteri,”.

“Anwar patut cadang ISA dimansuhkan, begitu juga dengan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) serta undang-undang Darurat,” sindir Presiden Perkasa itu.

Menurut Ibrahim, isu ini hanya timbul sejak Anwar dipecat dari UMNO.

“Kalau dia (Anwar) cadang dulu lagi bukan macam sekarang, semua dah selesai,” kata Ibrahim.

Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin kemudian bangun mencelah dan mendakwa Kit Siang sengaja 'putar’ isu itu dan lupa sejarah mengapa undang-undang Darurat dikuatkuasakan.

Menurut beliau, kewujudkan undang-undang itu adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan dan tindakan rasis yang melampau didalangi Ipoh Timor (merujuk Kit Siang) dan partinya pada masa itu.

” Antara tindakan itu, saya nak baca, biar rakyat dengar balik apa mereka kata pada 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa masa itu adalah bermakna antaranya Mati Melayu..,” tegas Zulkifli.

Katanya, kenyataan lain dikeluarkan adalah,” dalam perhimpunan dan perarakan yang d buat dan kenyataan yang mereka buat pada 11 Mei (1969) di Bukit Bintang... Apa polis boleh buat, Mati Melayu, Sakai Pergi Masuk Hutan, pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah,.. KL sekarang Cina Punya, pada 12 Mei, Jalan Ipoh, Jalan Tuanku Abdul Rahman...Melayu Balik Kampung, Melayu Sekarang Tiada Kuasa.”

“Di Kampung Baru depan orang Melayu, ini kenyataan parti Ipoh Timor. Melayu Keluar, apa lagi duduk sini, Kita hantam Lu, Sekarang kita ada kuasa,” ujar Zulkifli.

Pada masa itu Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar menegur Zulkifli kerana masa yang diperuntukkan kepada Ibrahim selama 10 minit hampir tamat.

Ibrahim sendiri nampak gelisah kerana Zulkifli terus berhujah mendedahkan apa dikatakan parti diwakili Ipoh Timor sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei.

Zulkifli kemudian mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berani melakukan anjakan dan transformasi politik ke arah demokrasi lebih matang.

Beliau kemudian mencabar Ipoh Timur dan partinya melakukan transformasi yang matang seperti dilakukan kerajaan dengan mengungkai proklamasi Darurat.

“Saya cabar Ipoh Timor antara dalang tercetusnya 13 Mei jadi ‘anak jantan’ meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas apa berlaku pada 13 Mei 1969 dan tidak mengulang perbuatan terkutuk tersebut,” tegasnya.

Wan Junaidi terus menegur Zulkifli dan berkata tidak gembira dengan apa diluahkan Zulkifli.

Bagaimanapun, Ibrahim yang meneruskan perbahasan menyokong apa didedahkan Kulim Bandar Bharu dan mahu ucapannya Zulkifli dimasukkan sebagai sebahagian ucapannya.

Lebih parah, Ibrahim kemudian berkata, waktu berlaku 13 Mei, ahli Ipoh Timor adalah Ketua DAPSY atau ketua pemuda DAP.

“Dia (Kit Siang) bangun nak menutup sejarah. Tapi dia lupa kita masih segar dalam ingatan sejarah,” katanya.

Ibrahim kemudian meneruskan kritikan terhadap Anwar yang sebelum ini dalam perbahasan mendakwa proklamasi Darurat bertujuan menjatuhkan rakyat Kelantan.

“Pada waktu itu Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang adalah Pengerusi UMNO Kelantan, Dan waktu itu, PAS berada dalam Barisan Nasional. Krisis dalam parti PAS menyebabkan huru hara Kelantan. Kalau dituduh ini rancangan jatuhkan kerajaan negeri, Ketua Pembangkang menuduh Tengku Razaleigh sebagai pengerusi UMNO negeri,” jelasnya.

Ibrahim turut menyatakan sokongan terhadap Akta Perhimpunan Aman dan pindaan AUKU.

Beliau mengakui sebagai orang terbanyak anjur dan terbabit tunjuk perasaan satu ketika dulu.

“Apapun, akta ini untuk izinkan rakyat Malaysia adakan perhimpunan dan aman. Ertinya menghormati kebebasan rakyat dan pada masa sama jamin perhimpunan aman,” katanya.

Katanya, orang yang menentang akta itu mengamalkan politik gila dan tidak menghargai soal keamanan negara.

Menariknya, sama ada ketika Ibrahim atau Zulkifli berhujah, Dewan sunyi dan pasti kalau ada yang merah telinga adalah Anwar dan Kit Siang.

Itulah akibat menjolok sarang tebuan.- 24/11/2011- OLEH ROSLAN BIAN

p/s: RAKYAT TAKKAN LUPA. ANWAR DAN LIM KIT SIANG HARUS INGAT TENTANG HAL INI....RAKYAT BUKAN BODOH...

Wednesday, November 23, 2011

Pusat Maksiat makin banyak di Kedah



Kedah Sejahtera
Kini penduduk Kedah disejahterakan dan dibahagiakan dengan aktiviti maksiat. Seluruh pelusuk Kedah kini penuh dengan pusat maksiat.

Ikuti pendedahan oleh sahabat Pakteh

Tn Haji Sanusi Setpol MB Kedah ....!!!

Tn haji..
hujan mulai turun lebih banyak mulai 23 Nov 2011.

bersyukurlah dengan persediaan rapi kerajaan pusat. Kerajaan negeri juga diharap turut bersedia selain dari sembahyang hajat seperti yang Tn Haji katakan.

nada ego kerana hujan tidak turun malah kedah tidak banjir agak memeranjatkan pakteh. masakan seorang yang bergelar Setpol dan Ketua Penerangan Pas boleh keluarkan artikel sedemikian?...

Terjunlah Pas dengan labu-labunya.

Disaat kerajaan pusat bertungkus-lumus menyedarkan rakyat akan bahaya banjir, siaran TV itu diperkecil2kan oleh Tn Hj Sanusi. Mungkin setakat itulah pemikiran pendokong pas....
Memalukan.....

Sepatutnya turut membantu....ini diperli dan dihina segala bantuan dari pusat. Memang terasa benar sikap berburuk sangka puak pas ini apabila membaca artikel Tn Hj Sanusi berkaitan bajet kedah dan banjir.

Sunday, November 20, 2011

Tak lama daaaahh

Assalamualaikum WBT

Tak lama dah...
Ayuh bersatu hati bulatkn tekad...apa keadaan sekalipun...halakan senjata hanya kepada musuh UMNO/BN.

Tak lama dahhh...
memang sungguh-sungguh tak lama...
Pakatan Haram Pembangkang tahu akan hal ini.
Depa tau PRU13 amat dekat dan akan sampai bila-bila masa....

Kita pun tahu hal ini cuma kita tak tau tarikhnya bila....

Apa yang penting....kerjasama.....

Soal-soal remeh..ketepikan dan buang jauh-jauh..

hati kena besar.....ingat...

renung-renungkan...

Thursday, November 17, 2011

Tinggalkan ANWAR..!! Pas perlu fikirkan PLAN B ini


Semua tahu...
Pakteh tahu..
orang kampung pakteh tahu...
jiran sebelah rumah tahu...
driver teksi tahu...
tokey kedai tahu....
Janda muda yang....pun tahu..
bak kata orang....satu dunia dah tahu...

apa yg semua orang tahu?

Pakteh tahu rungutan akar umbi Pas yang amat-amat tidak senang dengan pucuk pimpinan Pas hari ini yang sanggup sujud di kaki Anwar Ibrahim. Berbulu mereka melihat Pas kini terlebih PKR dari PKR dan terlebih DAP dari DAP.

Apabila Negara Islam menjadi negara Berkebajikan....itulah kemuncak kepada hinanya parti Pas dimata DAP dan PKR malah bahasa lebih lembut...betapa Pas ini sekadar melukut di tepi gantang.

Segala isu diberikan kepada Pas untuk menjadi juara sedangkan yang membalingnya PKR dan DAP. Akhirnya yang jadi mangsa kemarahan ialah PAS.

Perjuangan PAS membela Anwar bukans sahaja memberi rasa pelik kepada pengikut malah ada yang tersengih jelik melihat betapa PAS kini sudah hilang pedoman dan tidak lagi seperti pimpinan Arwah Padzil Noor dulu.

Percayalah...jika UMNO yang begitu besar dan hebat rencah politiknya dapat dimanipulasi Anwar hingga ke 2nd place....inikan pula PAS yang sanggup berbuat apa sahaja demi melihat parti mereka mampu bersaing dipersada negara.

PAS bagi Pakteh perlu guna plan B. Anwar kini adalah liabaliti kepada PAS dan jika PAS jatuh kepada UMNO di Kedah......antara puncanya ialah sokongan PAS yang memBABI buta kepada Anwar.

Anwar kini terpalit lagi dengan laporan polis palsu. Wajah dalam CCTV wajah Anwar. Wajah dalam bilik Wajah (menyerupai Anwar - 99.99% kata pakar). Waktu dan Masa telah dikenalpasti. Azizah dan Nurul Izah.....apa komen?

POLIS HANYA BERTINDAK APABILA ADA FAKTA DAN DATA SAHIH.......JIKA TIDAK KREDIBILITINYA AKAN DIPERTIKAI RAKYAT (APATAH LAGI PEMBANGKANG)

JADI.......bersedialah untuk melihat PENDEDAHAN yang mengejutkan mengenai PERILAKU SYAITAN Anwar Ibrahim.

PAS...masanya makin suntuk. UMNO semakin KUAT malah analisis terkini....PAS hampir2 kehilangan semua kerusi DUN. Percayalah......PAS takkan menang kali ini tetapi tindakan meninggalkan ANWAR/PKR/DAP menyebabkan PAS dilihat lebih BERMARUAH dan KALAH secara JANTAN.

p/s: Plan B.......pakteh tahu apa yang hangpa tau...hehe

Wednesday, November 16, 2011

kau Roboh Surau?.....Jahannam..!!


Assalamualaikum W.B.T

Pakteh bukan seorang yang anti pembangunan malah Pakteh antara orang yang menyokong pembangunan ekonomi ditanah wakaf milik umat Islam.
Apabila digembar gemburkan isu Madrasah Salihiah jln Kanchut bakal dirobohkan dan digantikan dengan sebuah Pasaraya yang bakal mencetuskan perkembangan ekonomi kepada umat Islam, Pakteh percaya isu ini sengaja digembar gemburkan oleh orang yang berkepentingan politik semata-mata untuk menjatuhkan Pas. Atas faktor itu juga pakteh tidak mengulas tentang isu ini.
Pandangan pakteh masih begitu iaitu banyak tanah wakaf di negara ini tidak dikendalikan dengan baik malah satu kerugian apabila niat untuk mewakafkan tanah bagi pembangunan umat Islam oleh orang terdahulu tidak dijaga dengan baik malah banyak yang terbiar. NAMUN BEGITU dalam kes Madrasah Salihiah jalan kanchut ini, Pakteh disedarkan Zaini Hassan melalui rencananya di Utusan Malaysia.

Sebelum meletakkan artikel Zaini Hassan, ada baiknya dibaca buah fikiran pakteh.

Pakteh awalnya bersetuju surau yang baru dibina dibawah pasaraya yang bakal dibina. Persoalannya yang perlu Ustad Azizan jawab dan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang berubah pendirian ialah...

Bolehkah amalan2/program yang sentiasa dilakukan di surau berkenaan diteruskan?

Apa program...tuan-tuan dan puan-puan muslimin muslimat cari la apa program yg selalu kita buat di surau. Sekadar bersembahyang...YES...dapat surau baru...YES..

Ibadah korban?...Moreh?...Kenduri kendara?...bacaan ayat2 suci Al-Quran...eh eh..jangan laud speaker....

Bagaimana dibawahnya Surau yang tanahnya diwakafkan tapi aktiviti diatasnya...???? Pasaraya?....ermm...ada apa erk kat pasaraya?...Lu fikir La Sendiri......

Eh Eh..siapa pemajunya? Belleview Group,dari Pulau Pinang yang jadi Pemaju. Ermmm.....Belleview.....eh eh Pengarah urusannya Datuk Sonny Ho......

ooooooo...patut la MB Azizan sanggup dok atas back hoe tempohari...


......................................................
ARTIKEL DIPETIK UTUSAN MALAYSIA TULISAN ZAINI HASSAN

BANYAK kali sudah saya menulis mengenai sikap hipokrasi dan munafik orang kita, iaitu orang Melayu beragama Islam di negara ini. Cakap tak serupa bikin. Matlamat menghalalkan cara. Akhirnya yang rugi ialah bangsa itu sendiri.

Apabila terkena di atas batang hidung sendiri semua senyap. Ya, semuanya yang salah menjadi betul. Sehinggakan Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar berusia lebih 100 tahun, yang diumumkan oleh kerajaan Pas Kedah mahu dirobohkan, pun menjadi betul.

Semua orang senyap sunyi. Hanya 30 orang sahaja kariah yang berdemo. Tiada perbincangan dalam blog. Tiada kata-kata yang menuduh kerajaan Pas Kedah zalim, mahazalim, mahafiraun kerana mahu merobohkan sebuah madrasah – rumah suci umat Islam untuk dijadikan sebuah kompleks beli-belah.

Apa kata sekiranya kerajaan Kedah yang mahu merobohkan madrasah itu ialah Kerajaan Barisan Nasional (BN)? Saya rasa akan ada pak-pak lebai Pas yang sanggup tidur di atas jalan bagi mempertahankan madrasah itu.

Kini, tiada apa-apa berlaku. Malah kerajaan negeri pimpinan ustaz Azizan pula berkata siapa yang menentang ‘projek pembangunan’ itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai, atau tak reti bahasa atau dalam bahasa Inggeris yang bersopan ignorant atau jahil.

Wahai pembaca sekelian. Madrasah itu bukanlah madrasah biasa atau surau baru. Ia telah berusia lebih 100 tahun dan menjadi salah satu bangunan warisan Kedah di kota raya Alor Setar tua itu.

Perlu disebut, Alor Setar ialah salah sebuah bandar yang tertua di dunia, berusia sekitar lebih 200 tahun.

Bangunan-bangunan tua seperti Madrasah Salihiah Kanchut itu sepatutnya diperbaiki dan perindahkan seperti Masjid Zahir Alor Setar – bukannya dirobohkan.

Madrasah itu sepatutnya dijadikan bangunan warisan. Carilah tanah lain untuk didirikan kompleks beli-belah itu atau biarkanlah madrasah itu berdiri megah di keliling pusat beli-belah tersebut.

Yang mahu dirobohkan ini pula bukan bangunan tua yang bukan-bukan, ia adalah tempat ibadah yang maha suci umat Islam. Islam pula ialah parti yang kononnya didokong oleh parti Pas, parti yang memerintah Kedah sekarang?

Apa sudah jadi ini? Mana pergi hulubalang Pas yang sanggup tidur di atas jalan di Kuala Kangsar dulu dan sanggup menjadikan tubuh badan sebagai perisai di hadapan kereta FRU semasa demo Bersih dulu? Pergilah pertahankan madrasah berusia 100 tahun itu.

Azizan kata kita semua bingai. Menteri Besar itu kata dia pandai. Katanya kita roboh madrasah berusia 100 tahun itu, kita bina kompleks beli-belah dan kita buatlah surau di bawah bangunan itu. (Di atasnya ada apa?)

Tak apalah kita semua bingai. Apa yang Azizan itu cakap samalah seperti kita robohkan Masjid Zahir, kita bina kompleks beli-belah di atasnya dan kita buat surau yang indah-indah di dalamnya. Bolehkah kita perdengarkan azan di dalam kompleks beli-belah itu, sama seperti madrasah itu sekarang? Jika sebuah surau lain dibina di bawah bangunan atau di tapak lain, adakah sama dengan Madrasah Salihiah berusia 100 tahun itu?

Kita bukan nak beremosi di sini. Cuba kita bandingkan dengan senario ini: Pas pernah melancarkan kempen Kerajaan Selangor Zalim sekitar 2003 kerana kononnya Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo mahu menamatkan tauliah solat Jumaat sebuah surau sementara dan merobohkannya di bawah sebuah pangsapuri lima tingkat di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Itu hanyalah surau berdindingkan plywood yang didirikan, sementara sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hasanah siap dibina.

Oleh kerana surau itu sudah menjadi markas pengikut Pas, maka mereka melancarkan tentangan hebat dan blog-blog memainkan peranan dengan melancarkan kempen zalim terhadap kerajaan negeri.

Jika sebuah surau sementara di bawah sebuah flat Jubli Perak itu pun ditentang habis-habisan oleh puak Pas, bandingkan pula Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun? Kenapa senyap sunyi?

Oleh itu wahai sahabatku di Kedah, cubalah lihat hipokrasi yang anda semua tunjukkan. Sesungguhnya kami sedih kerana anak-anak kami dan kaum kerabat kami telah dikelirukan oleh anda semua selama ini.

Kelmarin ustaz Azizan dengan megah menaiki jentera backhoe membuat upacara pecah tanah – tanpa mempedulikan tunjuk perasaan kariah. Kompleks membeli-belah itu berharga RM500 juta. Turut hadir ialah Pengarah Urusan syarikat pemaju, Belleview Group, Datuk Sonny Ho, sebuah syarikat berpangkalan di negeri pakatan, Pulau Pinang.

Sesungguhnya Allah amat murka dengan orang yang munafik. Antara ciri-ciri munafik yang berat ialah: Apabila berbicara selalu berbohong (Orang ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkan); Apabila berjanji tidak ditepati, dan; Apabila diberi kepercayaan mereka mengkhianatinya.

Semua ciri itu adalah bertentangan sama sekali semasa mereka berjanji ketika pilihan raya lalu.

Akhir sekali, wahai umat Islamku semua marilah kita mempertahankan dan menyelamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di Alor Setar daripada dirobohkan.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada sifat-sifat munafik dan kejahatan orang munafik.

FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT

Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.

Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”

Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.

Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri berjanji akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut

Friday, November 11, 2011

TERDEDAH...PKNS dan PKNK tidak ada bezanya....BOS gaji besar, masukkan KRONI...


eh eh..tersilap...bukan nak tulis hal PKNK...tapi pasal YIKED..
Bos gaji puluhan ribu tapi hasil kosong.....
Adik Exco yang tah apa apa diberi gaji tapi apa kerjanya di YIKED...
Inilah budaya PAS.....
Akhirnya yang kering ialah kantung YIKED....

bukan pakteh yang bukak cerita tapi ahli PAS sendiri yang mula bersuara bukak pekung PAS...

Eh Eh...tuan haji Sanusi pun terpalit?...apa ke halnya?....Pasir?? Balak??....
Iskk...takkan la pulak....Tuan Haji Sanusi ni bukanka dah bersumpah dalam blog pakteh dia tak ambik duit balak di Sik tu....

Oi Pakteh....di Sik memang la dia tak ambik...pasir di Sik pun memang la dia tak sebat....

Dah tu kalau Tn Haji Sanusi tak ambik...apa masalahnya?.....

Masalah sekarang ni orang dok kata dia guna proxy....rembat sana sini...
Iskkk...tak mungkin....Pakteh masih yakin dan percaya dengan Tn Haji Sanusi walaupun berbeza fahaman politik. Pakteh suka cara anak muda ni bekerja...malah sikap toleransinya jugak tinggi. Lagipun...Tn Haji Sanusi ni kalau tolong orang...dia tak tanya hang Pas ka atau hang hang UMNO....bab tu Pakteh suka kat Tn haji Sanusi nii....

Eh eh...Pakteh...bodek nampak.....??

Bukan Pakteh bodek..tapi benda yang betoi kena cerita....cuma susah sikit Pakteh nak buckup Tn Haji Sanusi bila orang dok tanya berapa gaji SETPOL MB?....Mat Pokok Sena bulih tulung habaq kaa?...

Wednesday, November 9, 2011

TERANCAM...!!Bumi Melayu diambang kehancuran - Ini balacinya

Pakteh kerap keluarkan artikel tentang tangan2 jahat yang ingin menghancurkan Bumi Melayu....mari kita lihat aktiviti mereka kebelakangan ini.

BERSIH 2.0 - Atas nama hak asasi dan keadilan....mereka melacurkan nama Malaysia diseluruh pelusuk dunia.

Festival Seks Bebas - Atas nama hak asasi.....mereka melaungkan Malaysia menyekat kebebasan

Puak hindu buddha kristian mempertikaikan ibadah korban....

Penggunaan nama Allah untuk pengganut kristian

Murtadkan umat Islam

Anjurkan pelbagai aktiviti maksiat

SIAPA DALANG DIBELAKANG SEMUA INI?
SIAPA YANG SUDAH DIRESAPI?

Tidak ada yang terkecuali cuma adakah mereka mampu menahan, mengelak, mengawal atau menjadi pak turut

UMNO cuba diresapi oleh tangan-tangan jahat ini namun kerana matlamatnya jelas, setakat hari ini mereka masih tidak dapat menguasai UMNO

PAS juga turut diresapi malah kerana taksub dan yakin mereka dijalan ALLAH, tangan jahat ini sudah hampir menguasai PAS dan kini PAS menjadi suara kepada tangan jahat ini

PKR menjadi antara parti awal diresapi tangan jahat malah menjadi pendokong, penggerak dan proxy terpenting tangan-tangan jahat untuk menghancurkan Malaysia

DAP telah lari dari matlamat asal untuk mengusai Malaysia dengan acuan Malaysian Malaysia apabila ramai dikalangan ahlinya mula bercakap seperti PKR malah lebih PKR dari PKR sendiri. DAP sudah hilang jati diri parti kerana tangan-tangan jahat ini. Peringkat awal sebelum kewujudan PKR, tangan-tangan jahat menggunakan DAP untuk mencapai matlamat mereka.

Akhir kalam, pakatan pembangkang kini adalah proxy utama the hidden hand untuk menghancurkan Malaysia. Lebih 50 tahun Malaysia dibawah UMNO/BN...negara ini lebih makmur dan aman..tetapi lihat apa yang sudah dilakukan oleh puak2 jahat ini?

Thursday, November 3, 2011

TERANCAM...!!Bumi Melayu diambang kehancuran - Illuminiti & Freemason sudah berjaya

Pelik bunyi apabila Aura Panas cuba menjatuhkan Bumi Melayu.

Pernahkan terfikir mengapa Bumi Melayu ini begitu hebat kurniaannya?

Tidak ada bencana alam malah menjadi tempat yang begitu selamat...

Kini Aura Panas itu sudahpun melaksanakan ideanya. Illuminati dan para freemason sudah bertapak kukuh di Bumi Melayu dan.............mereka sudah melancarkan agenda jahat ini......Hanya lelulur Bumi Melayu dapat menjauhkan bencana yang dirancang ini.

Illuminati dan para freemason amat mementingkan nombor. Nombor-nombor mereka tidak banyak hanya 3, 7, 9, 11, 13, 33, 39. Nombor2 inilah diagendakan mereka untuk merosak Umat Islam.

Jadi...rakan2 pakteh...bolehkah anda fikirkan kaitan sesuatu peristiwa dengan nombor-nombor ini?

marilah kita sama-sama mencari dan letakkan di ruangan komen.

Sebagai permulaan....Pakteh akan letakkan beberapa fakta disini.

9.7.11 - Bersih 2.0 (mengapa dipilih tarikh itu?)
9.11.11 - Sexsualiti Merdeka

Bila WTC runtuh...ermmm...eh eh...11/9

Nuuunnnn...dikejauhan sana...pakteh meneropong sepasang kekasih masuk ke 7Elevan untuk beli kondom.....eh eh...7/11....

Bayangkan jika search di yahoo filem2 yang menggunakan nombor2 ini...wow....(pakteh hanya guna keyword "film 13" search melalui yahoo image...hasilnya....baik anda cuba...

Tuesday, November 1, 2011

dari blog YB ZUL KULIM

Jika Elton John dikutuk, Bagaimana dengan WATAK UTAMA BERSIH 2.0?..Ambiga akan anjurkan satu lagi kebebasan hak asasi...SEDARILAH BAHAWA ANDA YANG BERGAMA ISLAM DALAM PKR N PAS SEDANG DIPERMAINKAN...

Ikuti tulisan YB Zul Kulim

-----------------------------------------------------------------
Salam 2 all.

Kalipah kaum Anwarinas dalam himpunan haram 09 Julai yang juga penganjur penubuhan IFC iaitu Ambeega Sreenavasan akan melancarkan satu program himpunan untuk tujuan KEBEBASAN SEKSUALITI pada 09 November ini di Annexe Gallery bersebelahan Bangunan Bar Council, Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Himpunan ini diberi tajuk "Queer Without Fear".

Projek himpunan Kebebasan Seksualiti ini disokong antaranya oleh Bar Council, Suaram, Women Aids Organisation dan beberapa lagi NGO dan individu (saperti yang tercatat dibawah). Dan kalau mike perhatikan yop, ada antara kumpulan atau NGO-NGO yang tersenarai dibawah ini turut sama terlibat samada didalam perancangan menubuhkan IFC, himpunan haram 09 Julai dan lain-lain. Dan merekalah menjadi penyokong dan pendokong kuat kepada kaum Anwarinas dan yang sewaktu dengannya!

Projek yang dinamakan SEKSUALITI MERDEKA 2011 sebenarnya berpegang kepada prinsip amalan seks bebas dengan mempromosikan amalan seks songsang dan luar tabi'e LBGT - Lesbianisma, Bisexuality, Gay & Transgender. Mereka sedang berusaha untuk memasukkan amalan LBGT ini sebagai salah satu agenda perjuangan hak asasi manusia!

LESBIANISMA - adalah amalan seks songsang dan luar tabi'e diantara wanita dengan wanita, dan ianya adalah satu kesalahan jenayah didalam negara ini. Ringkasnya, merea mahu menghalalkan musahaqah;

BISEXUAL - adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan;

GAY - adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan 'amalan liwat dan homoseksual;

TRANSGENDER - ini adalah 'amalan songsang dan luar tabi'e untuk berkelakuan dan bersifat seksual bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina (walaupun Islam mengiktiraf kaum khunsa, iaitu mereka yang dilahirkan dengan dua alat jantina dimana mereka diberi ruang untuk membuat pilihan jantina, tetapi Islam mengutuk keras dan melaknat 'amalan transgender ini!). Ringkasnya, mereka mahu menghalalkan amalan pengkid & maknyah!

Adalah jelas 'amalan yang hendak dipromosikan oleh program himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI yang akan dilancarkan oleh kalipah kaum Anwarinas Ambeega Sreenavasan ini bercanggah sama sekali dengan amalan dan norma kehidupan manusia bertamadun, apatah lagi dengan Islam!

Pada teman, ini adalah satu lagi sikap biaDAP dan kurang ajar puak-puak ini yang tidak putus-putus mencari helah untuk menimbulkan suasana provokatif terhadap rakyat Malaysia termasuk umat Islam!

Apakah tujuan mereka mahu membuat himpunan Kebebasan Seksualiti ini dalam suasana umat Islam sedang menjalani 'ibadah haji di Makkah dan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia menyambut 'Eidul Adha pada 06 November 2011.

Adakah kaum ini mahu memperjuangkan amalan seks bebas tanpa batas dalam negara ini? Dalam keadaan kita sedang berhadapan dengan pelbagai isu gejala sosial, perzinaan terbuka dan melampau, kegiatan homoseksual dan lesbian yang keterlaluan, gejala pembuangan bayi dan banyak lagi. Malahan sudah mula kedengaran amalan pesta bertukar pasangan diantara pasangan berkahwin bertukar laki dan bini masing-masing dengan orang lain.

Dan yang lebih memeranjatkan teman, ada kaum yang sedang berusaha untuk membawa usul supaya Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan yang mengharamkan liwat dan seks songsang luar tabi'e dimansuhkan. Alasan mereka kerana ini bertentangan dengan prinsip kebebasan amalan seks LBGT yang menjadi tonggak himpunan SEKSUALITI MERDEKA yang dicadangkan pada 09 November ini. Mereka mendakwa bahawa banyak negara sudah memansuhkan Seksyen 377A-D, antaranya Britain, India dan Singapura!

Seksyen 377A-D adalah peruntukkan dimana 'amalan seks songsang dan luar tabi'e saperti seks melalui dubur, samada antara lelaki dan lelaki, lelaki dan wanita (termasuk isteri sendiri), samada secara sukarela mahupun secara paksa, termasuk dengan haiwan adalah menjadi satu kesalahan yang dipandang serius dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan!

DAN INILAH SEKSYEN DIMANA ANWAR IBRAHIM DIKENAKAN PERTUDUHAN MELIWAT PEMANDUNYA AZIZAN ABU BAKAR (1998) DAN PEMBANTU PEJABATNYA SAIFUL BUKHORI AZLAN (2008)!!

Teman mengutuk keras program KEBEBASAN SEKSUALITI yang mahu dianjurkan ini. Pada teman, program himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI ini wajib ditentang dan dibantah habis-habisan. Malahan pihak berkuasa wajib mengambil tindakan mengharamkan himpunan ini.

Selain cuba untuk menghalalkan amalan seks songsang dan luar tabi'e, kaum ini juga bercadang untuk memansuhkan peruntukkan undang-undang yang menjadikan amalan seks songsang dan luar tabi'e saperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 377 A-D Kanun Keseksaan dimansuhkan.

Kita sekarang sudah ada paderi gay. Seorang paderi Gereja Protestant di Malaysia, Pastor Ou Yang Weng Feng baru-baru ini telah menggemparkan negara apabila melangsungkan perkahwinan gay dengan pasangan homoseksnya di pejabat City Clerk of New York. Dan yang lebih kurang ajar, pastor gay ini memilih tarikh kemerdekaan negara, 31.08.2011 sebagai tarikh perkahwinan homo beliau. Dan yang paling biaDAP, beliau mahu mengadakan majlis perkahwinan gay nya itu di Malaysia!

Teman berharap kita tidak sampai ke peringkat saperti yang berlaku kepada Presiden Obama yang menerima tekanan politik yang hebat daripada kaum ini yang akhirnya tunduk kepada kehendak mereka, sehingga kaum lesbian dan gay kini boleh menjalankan 'amalan seks songsang dan bebas didalam Angkatan Tentera Amerika, na'uzubillah min zalik!

Sebab itu teman bersetuju sangat dengan kenyataan YBhg Tan Sri Abdul Rahim Nor, mantan Ketua Polis Negara yang semasa merasmikan Perhimpunan Agong PERKASA pada hari Rabu 28 ZulQaedah 1432/ 26 Oktober 2011 menyatakan bahawa sebagaimana fahaman komunis menjadi "virus agama baru" yang menyerang dan merosakkan ketamadunan dan peradaban kemanusiaan pada awal abad 20, maka sekarang sudah muncul fahaman hak asasi kemanusiaan sebagai "virus agama baru" yang bukan sahaja menyerang dan merosakkan ketamadunan dan peradaban kemanusiaan, malah akan menghancurkan sejarah keujudan dan kesinambungan kemanusiaan ini.

Yang paling malang kata Tan Sri Rahim Nor, "virus agama komunisma" telah berjaya mempengaruhi orang Melayu beragama Islam, sehingga muncullah orang saperti Abdullah CD, Shamsiaf Fakeh, termasuk Mat Indera yang menjadi idola kaum Anwarinas sekarang. Dan melihat kepada senario keadaan semasa, "virus agama hak asasi manusia" juga sudah mula mempengaruhi segelintir orang Melayu beragama Islam, malah lebih malang virus ini juga berjaya merasuk segelintir kaum yang mendabik dada mengaku pejuang Islam.

Sehingga atas nama hak asasi manusia, mereka bukan sahaja membuang perjuangan mereka, malah mereka sanggup memartabat dan mengangkat kaum kafir harbi sebagai kalipah mengetuai dan mengemudi mereka. Malah yang tersangat malang, atas nama hak asasi kemanusiaan, mereka mengangkat kaum yang sudah rosak akhlaknya dengan amalan homoseks, liwat dan zina sebagai pemimpin dan kalipah sembahan mereka! Dan mereka muncul sebagai lembu-lembu barua suruhan yang dicocok hidung kepada kaum kafir dan makhluk perosak ini!!!

Semoga ALLAH melindungi kita semua daripada malapetaka dan ujian dan fitnah akhir zaman yang maha dahsyat ini. Ya ALLAH, peliharalah aqidah dan iman kami, peliharalah akhlak dan amalan kami. Ameen!

Adios amigos, grasias amigos.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
05 Zulhijjah 1432
01 Nov 2011


Antara pertubuhan yang menyokong himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI 2011

SPONSORS & SUPPORTERS of Seksualiti Merdeka 2011:
Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women's Aid Organisation
Women's Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV
and many other individuals

eh eh...boleh pulak jadi isu? mana lebih mahal? RM200K utk dot dot dot atau.!!!


pelik bin ajaib....
Kononnya jangan mainkan isu keluarga....tapi Malaysiakini dah tulis Anak PM berbelanja RM195 ribu di Australia.....
isk isk.....

tak terfikir ke Anak Lim Guan Eng berbelanja RM200 ribu hanya dalam negara...(kata orang laaa)

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih