Wednesday, November 16, 2011

kau Roboh Surau?.....Jahannam..!!


Assalamualaikum W.B.T

Pakteh bukan seorang yang anti pembangunan malah Pakteh antara orang yang menyokong pembangunan ekonomi ditanah wakaf milik umat Islam.
Apabila digembar gemburkan isu Madrasah Salihiah jln Kanchut bakal dirobohkan dan digantikan dengan sebuah Pasaraya yang bakal mencetuskan perkembangan ekonomi kepada umat Islam, Pakteh percaya isu ini sengaja digembar gemburkan oleh orang yang berkepentingan politik semata-mata untuk menjatuhkan Pas. Atas faktor itu juga pakteh tidak mengulas tentang isu ini.
Pandangan pakteh masih begitu iaitu banyak tanah wakaf di negara ini tidak dikendalikan dengan baik malah satu kerugian apabila niat untuk mewakafkan tanah bagi pembangunan umat Islam oleh orang terdahulu tidak dijaga dengan baik malah banyak yang terbiar. NAMUN BEGITU dalam kes Madrasah Salihiah jalan kanchut ini, Pakteh disedarkan Zaini Hassan melalui rencananya di Utusan Malaysia.

Sebelum meletakkan artikel Zaini Hassan, ada baiknya dibaca buah fikiran pakteh.

Pakteh awalnya bersetuju surau yang baru dibina dibawah pasaraya yang bakal dibina. Persoalannya yang perlu Ustad Azizan jawab dan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang berubah pendirian ialah...

Bolehkah amalan2/program yang sentiasa dilakukan di surau berkenaan diteruskan?

Apa program...tuan-tuan dan puan-puan muslimin muslimat cari la apa program yg selalu kita buat di surau. Sekadar bersembahyang...YES...dapat surau baru...YES..

Ibadah korban?...Moreh?...Kenduri kendara?...bacaan ayat2 suci Al-Quran...eh eh..jangan laud speaker....

Bagaimana dibawahnya Surau yang tanahnya diwakafkan tapi aktiviti diatasnya...???? Pasaraya?....ermm...ada apa erk kat pasaraya?...Lu fikir La Sendiri......

Eh Eh..siapa pemajunya? Belleview Group,dari Pulau Pinang yang jadi Pemaju. Ermmm.....Belleview.....eh eh Pengarah urusannya Datuk Sonny Ho......

ooooooo...patut la MB Azizan sanggup dok atas back hoe tempohari...


......................................................
ARTIKEL DIPETIK UTUSAN MALAYSIA TULISAN ZAINI HASSAN

BANYAK kali sudah saya menulis mengenai sikap hipokrasi dan munafik orang kita, iaitu orang Melayu beragama Islam di negara ini. Cakap tak serupa bikin. Matlamat menghalalkan cara. Akhirnya yang rugi ialah bangsa itu sendiri.

Apabila terkena di atas batang hidung sendiri semua senyap. Ya, semuanya yang salah menjadi betul. Sehinggakan Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar berusia lebih 100 tahun, yang diumumkan oleh kerajaan Pas Kedah mahu dirobohkan, pun menjadi betul.

Semua orang senyap sunyi. Hanya 30 orang sahaja kariah yang berdemo. Tiada perbincangan dalam blog. Tiada kata-kata yang menuduh kerajaan Pas Kedah zalim, mahazalim, mahafiraun kerana mahu merobohkan sebuah madrasah – rumah suci umat Islam untuk dijadikan sebuah kompleks beli-belah.

Apa kata sekiranya kerajaan Kedah yang mahu merobohkan madrasah itu ialah Kerajaan Barisan Nasional (BN)? Saya rasa akan ada pak-pak lebai Pas yang sanggup tidur di atas jalan bagi mempertahankan madrasah itu.

Kini, tiada apa-apa berlaku. Malah kerajaan negeri pimpinan ustaz Azizan pula berkata siapa yang menentang ‘projek pembangunan’ itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai, atau tak reti bahasa atau dalam bahasa Inggeris yang bersopan ignorant atau jahil.

Wahai pembaca sekelian. Madrasah itu bukanlah madrasah biasa atau surau baru. Ia telah berusia lebih 100 tahun dan menjadi salah satu bangunan warisan Kedah di kota raya Alor Setar tua itu.

Perlu disebut, Alor Setar ialah salah sebuah bandar yang tertua di dunia, berusia sekitar lebih 200 tahun.

Bangunan-bangunan tua seperti Madrasah Salihiah Kanchut itu sepatutnya diperbaiki dan perindahkan seperti Masjid Zahir Alor Setar – bukannya dirobohkan.

Madrasah itu sepatutnya dijadikan bangunan warisan. Carilah tanah lain untuk didirikan kompleks beli-belah itu atau biarkanlah madrasah itu berdiri megah di keliling pusat beli-belah tersebut.

Yang mahu dirobohkan ini pula bukan bangunan tua yang bukan-bukan, ia adalah tempat ibadah yang maha suci umat Islam. Islam pula ialah parti yang kononnya didokong oleh parti Pas, parti yang memerintah Kedah sekarang?

Apa sudah jadi ini? Mana pergi hulubalang Pas yang sanggup tidur di atas jalan di Kuala Kangsar dulu dan sanggup menjadikan tubuh badan sebagai perisai di hadapan kereta FRU semasa demo Bersih dulu? Pergilah pertahankan madrasah berusia 100 tahun itu.

Azizan kata kita semua bingai. Menteri Besar itu kata dia pandai. Katanya kita roboh madrasah berusia 100 tahun itu, kita bina kompleks beli-belah dan kita buatlah surau di bawah bangunan itu. (Di atasnya ada apa?)

Tak apalah kita semua bingai. Apa yang Azizan itu cakap samalah seperti kita robohkan Masjid Zahir, kita bina kompleks beli-belah di atasnya dan kita buat surau yang indah-indah di dalamnya. Bolehkah kita perdengarkan azan di dalam kompleks beli-belah itu, sama seperti madrasah itu sekarang? Jika sebuah surau lain dibina di bawah bangunan atau di tapak lain, adakah sama dengan Madrasah Salihiah berusia 100 tahun itu?

Kita bukan nak beremosi di sini. Cuba kita bandingkan dengan senario ini: Pas pernah melancarkan kempen Kerajaan Selangor Zalim sekitar 2003 kerana kononnya Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo mahu menamatkan tauliah solat Jumaat sebuah surau sementara dan merobohkannya di bawah sebuah pangsapuri lima tingkat di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Itu hanyalah surau berdindingkan plywood yang didirikan, sementara sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hasanah siap dibina.

Oleh kerana surau itu sudah menjadi markas pengikut Pas, maka mereka melancarkan tentangan hebat dan blog-blog memainkan peranan dengan melancarkan kempen zalim terhadap kerajaan negeri.

Jika sebuah surau sementara di bawah sebuah flat Jubli Perak itu pun ditentang habis-habisan oleh puak Pas, bandingkan pula Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun? Kenapa senyap sunyi?

Oleh itu wahai sahabatku di Kedah, cubalah lihat hipokrasi yang anda semua tunjukkan. Sesungguhnya kami sedih kerana anak-anak kami dan kaum kerabat kami telah dikelirukan oleh anda semua selama ini.

Kelmarin ustaz Azizan dengan megah menaiki jentera backhoe membuat upacara pecah tanah – tanpa mempedulikan tunjuk perasaan kariah. Kompleks membeli-belah itu berharga RM500 juta. Turut hadir ialah Pengarah Urusan syarikat pemaju, Belleview Group, Datuk Sonny Ho, sebuah syarikat berpangkalan di negeri pakatan, Pulau Pinang.

Sesungguhnya Allah amat murka dengan orang yang munafik. Antara ciri-ciri munafik yang berat ialah: Apabila berbicara selalu berbohong (Orang ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkan); Apabila berjanji tidak ditepati, dan; Apabila diberi kepercayaan mereka mengkhianatinya.

Semua ciri itu adalah bertentangan sama sekali semasa mereka berjanji ketika pilihan raya lalu.

Akhir sekali, wahai umat Islamku semua marilah kita mempertahankan dan menyelamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di Alor Setar daripada dirobohkan.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada sifat-sifat munafik dan kejahatan orang munafik.

FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT

Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.

Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”

Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.

Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri berjanji akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut

4 comments:

SANUSI said...

Pak Teh...saya tak baca tulisan Zaini Hassan ni di Utusan, bagus juga Pak Teh perturunkan di bolg. Kandungannya sama dengan tulisan di blog PadiJantan yang saya tahu dan faham susuk dan karektornya.

Ia juga terkandung dalam risalah-risalah yang bertaburan di Masjid dan beberapa lokasi lain di sekitar Alor Setar... Risalah itulah yang dimasukkan ke dalam sampul dan diserahkan kepada saya untuk disampaikan kepada Menteri Besar masa 30 orang berdemontrasi sewaktu majlis pecah tanah diadakan. 'ini memorandum kami membantah pembinaan Aman Central di tapak ini...kenapa tak robohkan sekali gereja di sebelah tapak projek ini? Jangan buang tepi jalan, sila serahkan kepada Menteri Besar memorandum kami ini"...kata ketua pendemo kepada saya.

Zaini Hasaan orang lama dalam akhbar. Dia memetik dari sumber yang Terbantut. Dia sendiri membantutkan penyelidikannya dalam isu ini yang mengalami perubahan dan perkembangan. Apa respon majlis agama, apa keputusan dan cadangan Majlis Fatwa Kedah dalam isu ini tidak diteliti lagi. Dia tidak teliti ...maka tulisannya jauh ketinggalan. Sebaiknya, jangan sampai akhbar itu pun terbantut juga....

Pakteh said...

Tn Hj Sanusi:

Pakteh tidak mengetahui secara mendalam (boleh dibaca sebagai rakyat) apa akan jadi sebaik pembangunan ditapak tanah wakaf itu dilaksanakan.

Soal Zaini Hassan memetik dari sumber yang tidak sahih atau separuh benar (terbantut istilah Tn Hj), itu terpulang kepada kredibiliti beliau yang cukup arif dalam dunia kewartawanan. Tujuan Pakteh meletakkan artikel beliau kerana artikel tersebut menjadikan Pakteh seorang yang turut bimbang dan tertanya-tanya.....

Pakteh turut menyatakan Pakteh menyokong pembangunan malah amat bersetuju tanah-tanah wakaf diberikan nilai tambah agar amanah insan terdahulu dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Amat rugi jika ianya terbiar.

Cuma.....Pas wajar memberi penjelasan secara terperinci aspek pembangunan yang dilaksanakan terutamanya perniagaan yg bagaimanakah akan dijalankn dalam premis tersebut dan adakah 100% diserahkan kepada pemaju atau Pihak berwajib terutama Jabatan Agama masih ada kuasa penentu agar tidak ada unsur yang boleh mencemarkan kesucian Islam.

Masih banyak tanah wakaf yang tidak dimajukan dan jika Pas mengambil sikap proaktif untuk memajukan tanah-tanah ini, pasti Pas akan dinilai dalam aspek yang lebih positif dalam memakmurkan ekonomi umat Islam.

Anonymous said...

SANUSI NI SAPA? sanusi , kamu juga tidak mengetahui apakah yang sebenarnya telah berlaku....terhadap madrsah salihiah kanchut itu..kamu hanya tahu di saat akhir sahaja..kamu telah menipu ...kamu tak tahu apa yang berlaku di glc sebenarnya...

bagaimanakah..sebenarnya terjadi nya tanah wakaf ini ..telah dimasukkan di dalam senarai tanah di dalam akta pengambilan tanah 1960?
adakah termasuk di dalam mesyuarat exco? tidak..tidak..ini telah disahkan oleh pahrohrazi dan taulan rasul..

adun anak bukit itulah yang punya angkara ...dan juga termasuk md bdb tu yang haram jadah..

taukah kamu...md bdb itu telah guna sami siam dan hindu untuk menhancurkan kan tanah wakaf..


adakah kamu masuk dlm mesyuarat di pejabat tanah ...?
kamu tidak tahukah..bagaimana bdb telah menekan mufti?

tau kah kamu....pergilah selidik ..lagi sebelum..semuanya terbongkar...skit demi sket...

jika diroboh madrsah salihiah..alamatnya ialah..pas kedah akan dirobohkan...terkubur...selama-lamanya...lihatlah nanti..

Medan Tempur Kedah said...

pakteh mohon pakteh linkkan blog saya ke blog pakteh http://medantempurkedah.blogspot.com/

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih