Wednesday, December 4, 2013

SUMPAH KERAMAT 1300 TAHUN DAHULU

Pakteh Bangkitkan kembali semangat dan aura untuk pencinta sejarah. Biarkan sejuta manusia menipu tentang kerosakan dan kemusnahan Candi 11 Lembah Bujang. Biarkan sejuta tangan ghaib memanipulasi segenap peluang yang ada demi keuntungan politik. Biarkan begitu kerana akhirnya tanah Lembah Bujang yang terukir segala peradaban sejak berzaman akan membuahkan kebenaran. Lihatlah hasil usaha kerajaan yang memerintah sejak dulu sehingga begitu banyak tinggalan sejarah dapat dipelihara. Mengapa hanya kerana ketamakan pemaju, Kerajaan Kedah diserang seperti melakukan kesilapan yang teramat besar?


Sumpah keramat kepada penderhaka raja
sejak 1300 tahun dahulu .



Buat melayu yang mudah lupa,
Yang lupa akan dia benih asal usul keturunannya,
Yang lupa akan dia akar budi dan sifat bangsanya,
Yang lupa akan dia pokok adab dan dahan akhlak agamanya,
Yang lupa akan dia pucuk dan kuntuman bahagia
Bernaung dibawah payung mahkota



Wahai melayu yang masih alpa,
Hari ini akan aku titipkan kembali
Sejarah lama 1300 tahun lampau
Sumpah setia dan taat setia rakyat jelata
Pada Sang Raja di dalam Negara
Terpahat dan tersurat indah
Jadi ingatan dan khazanah bangsa
Di hamparan batuan megalithic
Yang terpamer di Muzium Balaputra Dewa di Palembang,
Yang ditulis dalam Bahasa melayu kuno,
Bercampur bahasa Sanskrit dan jawa-ka,
Dengan tulisan Pallawa yang dikenal Prasasti Boom baru
Dizaman Empayar Melayu Sriwijaya pada tahun 400 Masihi


Sumpahan(sapatha) pada prasasti itu berbunyi:


"Tida ya bhakti tatwa arjawa dy-aku
niwunuh ya sumpah
maka langit,
maka sakit,
maka gila,
droraka,
upuh tuwa
kasihan
wasikarana


kadaci ya bhakti tatwa arjawa dy-aku
santi
dngan gotra santananya
swastha
niroga
nirupadrawa
subhiksa"


MAKSUD SUMPAH (SAPATHA) :

Sumpah ini ditujukan kepada barangsiapa yang tidak setia kepada negara (tida ya
bhakti tatwa arjawa dy-aku). Mereka akan dibunuh oleh sumpahnya(niwunuh ya sumpah), hilang ingatan (maka langit), sakit (maka sakit) dan gila (maka gila). Perbuatan melawan negara itu bentuknya bermacam-macam seperti durhaka (drohaka), meracun orang lain (upuh tuwa), mengguna-gunai orang lain supaya jatuh cinta (kasihan), mengguna-gunai orang lain supaya tunduk kepada kemahuannya (wasikarana). 



Tetapi sebaliknya apabila rakyat bakti-setia kepada negara (kadaci ya bhakti tatwa arjawa dy-aku), mereka akan dapat keselamatan(santi) dengan seluruh keluarganya (dngan gotra santananya),sejahtera (swastha), sihat-walafiat (niroga), bebas dari kecelakaan(nirupadrawa) dan makmur sejahtera (subhiksa).



Oleh itu
Sedarlah wahai bangsaku,
Marilah kita bersatu,
Taat perintah Duli Tuanku,
Semoga kita selamat,makmur dan sejahtera selalu,
Dengan izin Tuhan yang Satu.

Nukilan : Sangtawal sakranta 8.2.2009 @ 11.45 am

Pemimpin DAP Pulau Pinang sengaja perbesarkan isu kerosakan candi 11?

Entah hari ke berapa isu candi 11 yang musnah diperkatakan rakyat negara ini dan juga negara luar. inilah jadinya apabila niat sebenar disembunyikan dan mengambil kesempatan dari peluang yang terhidang.
Gambar The Star 

Memang benar kerosakan telah berlaku namun selepas dijelaskan candi tersebut hanyalah binaan semula yang dibangunkan pada 1974, Pimpinan DAP Penang sepatutnya boleh memahami dengan jelas namun komen YAB Lim Guan Eng dalam Malaysia Insider dan semangat Prof Ramasamy menyebabkan Pakteh terfikir...apa tujuan sebenar mereka?

Mungkinkah CEC DAP 2013 yang masih dipertikaikan ahlinya menjadi faktor?. Ruang kerjasama yang terhad sehinggakan didakwa Lim Guan Eng tidak memberikan butiran lengkap kepada ROS seolah-olah sengaja mencari nahas. 

Isu candi yang dibawa oleh pimpinan DAP Penang ini ternampak jelas mereka tidak ikhlas. Pakteh pernah sebutkan mereka sendiri gagal mengawalselia tapak arkeologi Guar Kepah dengan baik dan harus diingat, Mereka juga menjadi sangat ZALIM dengan penduduk Kg Buah Pala. 

Pakteh seorang yang sukakan sejarah dan warisan namun nilai kemanusiaan Pakteh mengatasi perasaan kepada nilai sejarah. Bayangkan Kg Buah Pala yang begitu lama terbina di Pulau Pinang dilenyapkan dengan rakus ketika penduduknya merayu dan meratapi nasib Mereka?. 

Mana lebih zalim dan kejam? Kerosakan Monumen binaan semula yang boleh dibangunkan semula atau Meruntuhkan rumah penduduk Kg Buah Pala dihadapan mata penduduk yang meraung kesedihan?. 

Inilah manusia hipokrit yang hanya tahu menunding jari kepada sedikit kealpaan pihak lain sedangkan mereka sendiri terpalit tahi yang lebih busuk. 

Jika benar kerajaan kedah bersetuju membina semula candi 11 (insan yang membina candi ini pada 1974 juga khabarnya masih hidup), Bolehkah kerajaan Pulau Pinang membangunkan semula Kg Buah Pala?. Prof Ramasamy perlu pentingkan perjuangan ini jika beliau benar-benar ikhlas.

P/S: PAS tak perlu la riuh-riuh. Surau Salihiah yang terbina atas tanah wakaf pun hangpa lenyapkan. jangan malukan diri sendiri.

Tuesday, December 3, 2013

PR dah kembali memahami sejarah?

"Ketahui olehmu kepada zaman dahulu kala dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya cetera ini, maka adalah kepada suatu masa sedang zaman Nabi Allah Sulaiman 'alayhi'-salam naik jadi raja yang tetap di atas takhta kerajaan dikurnia Allah Taala di dalam dunia ini memerintahkan daripada segala makhluk khalayak yang berjenis-jenis bangsanya yang dijadikan Allah Subhanahu wa Taala didalam dunia ini, dititahkan oleh Tuhan seru sekalian alam dunia ini di dalam hukum Nabi Allah Sulaiman 'alayhi'-salam, tiada boleh hendak melalui daripada hukumnya, baik daripada binatang yang melata di bumi dan yang terbang di udara, sekaliannya dalam hukum Nabi Allah itu, beberapa banyak bukit, gunung pulau yang menjadi pasak dunia ini yang didiami oleh makhluk" - Hikayat Merong Mahawangsa.

Setelah sekian lama PR melalui DAP mengingkari sejarah, minggu ini mereka kembali menjadi peminat dan pencinta sejarah. Mungkin kerana terminum air sungai Muda yang mengalir dari penghujung di utara Kedah sehinggakan puak DAP sanggup merentasi jambatan pulau pinang malah melepasi pusat arkeologi Guar Kepah untuk menyerang kerosakan yang berlaku kepada warisan sejarah di Lembah Bujang. 

 Pakteh secara peribadi mengutuk sekeras-kerasnya pihak Pemaju yang merosakkan tapak bersejarah ini.

Disebalik isu ini, perlu difahami bahawa struktur binaan yang dimusnahkan itu adalah binaan baru yang dibangunkan pada 1974 dan bukanlah struktur asal yang telah lama lenyap. Oleh itu, buat masa ini tapak masih ada dan boleh dibangunkan semula. Namun jika dilihat kepada Muzium Arkeologi Lembah Bujang, tidak salah rasanya binaan candi 11 ini dibuat ditempat lain yang boleh dikawalselia dengan baik. Pakteh juga gembira melihat kerajaan BN Kedah mengambil tindakan segera menghentikan aktiviti pembangunan walaupun sedar tanah ini milik persendirian.

Harus diingat 2 tahun dulu pimpinan Pas yang melepaskan tanah ini untuk projek pembangunan dan semakan pada Januari 2013 (masih zaman Pas) juga memberi kebenaran kepada projek ini. Pakteh menilai isu ini sengaja dibangkitkan oleh DAP bagi membantu PR menyembunyikan isu kenaikan gaji ADUN Selangor dan masalah pemilihan DAP dan ROS. 

Jika DAP Pulau Pinang benar-benar cintakan khazanah sejarah warisan negara berusia 2000 tahun, DAP patut menjaga kain sendiri. Lihat Arkeologi Guar Kepah yang berusia 5000 tahun yang khabarnya kini ditanam pokok nangka dan dibina sarang burung walit. Jangan kuman seberang laut nampak tetapi Gajah depan mata dipandang sepi. 

Pakteh menunggu Malaysiakini untuk menulis isu Guar Kepah yang warisannya lebih lama sedangkan tapak 11 hanyalah binaan semula 1974. Ya betul...sejarah tetap sejarah dan perlu dipelihara namun cara olahan puak pembangkang membuatkan kita muak dan terbau taik yang dibawa mereka. 

 Err...Mahfuz pun tumpang sekaki.....oi....ang pi mana masa surau Salihiah?.

Kalah Bertaruh...Ada blogger hilangkn diri. Pakteh masih releks

Tidak pula pakteh terfikir dalam masa seminggu beberapa GLC di Kedah ini mengambil keputusan mengemaskini laman web mereka. Mengapa setelah sekian lama bersawang...tiba-tiba dalam masa seminggu dalam tempoh pertaruhn antara KedahTimes dan beberapa blogger lain, berlaku perubahan drastik.

Alhamdulillah

Hanya itu boleh dilafazkan. GLC ni bukan hak persendirian, ada amanah yang perlu dilaksanakan. Jika semudah mengemaskini laman web pun gagal ditangani, bermakna pengurusan GLC gagal dari satu sudut yang cukup penting.

Lebih penting dalam kish pertaruhan ini, masih ada GLC yang sudi menerima pandangan pihak luar. Baguslah begitu kerana ianya selari dengan hasrat MB Kedah yang sudi ditegur demi kebaikan rakyat. Namun jangan jadi pahat dan penukul...sekali ketuk sekali masuk. 

Juga dari kisah pertaruhan ini, kononnya blog-blog picisan tidak ada insan mahu membaca dan melawat blog seperti KedahTimes sehinggakan perjuangan blogger dialam maya dianggap remeh dan enteng malah tidak penting. Isu ini dibangkitkan dalam blog DukeOfUMNO. 

Sekali lagi, tahniah kepada KedahTimes
Kesian kat Nyior Kering, AloqSetaq dan Pakteh sendiri yang kalah

Syabas Kepada GLC yang mengemaskini laman web mereka. 

Sunday, December 1, 2013

Panas..! Blogger dari kedah bertaruh...Pakteh cuba NASIB

Pakteh terbaca kisah Zaib Ibrahim yang membuktikan beliau manusia liberal.
Pakteh juga mengetahui KJ juga nak jadikan Pemuda UMNO Liberal tapi tak tahu pula blogger dari Kedah juga suka bertaruh. Baca blog Kedah Times dan AloQStaq Blog 

Mujurnya pertaruhan itu berbentuk sinis dan sindiran kepada GLC di Kedah.
 Atas faktor itu, Pakteh akan turut mencuba nasib, mungkin dapat makan free di puncak menara Alor Setar.

Sehubungan itu Pakteh melalui blog Betoika Bertaruh bahawa

LAMAN WEB GLC2 KEDAH TIDAK AKAN MENGEMASKINI WEB MEREKA

Tempoh SAH sehingga Rabu ini iaitu 04/12/2013

Mari kita lihat sapa yang kena

Wednesday, November 20, 2013

Siapa takut berubah?

Sekitar 1999, UMNO masih lena apabila beberapa anak muda memaklumkan Pas dan pembangkang lain menggunakan media baru seperti laman web dan chatroom untuk menyebarkan ideologi mereka malah lebih dasyat, segala fitnah dan adu domba menggunakan kaedah ini. Apabila kehilangan banyak kerusi parlimen dan DUN malah Terengganu terlingkup, sedikit kesedaran mulai timbul bahawa media baru adalah satu keperluan dan bukan lagi boleh dibuat main-main. PRU10 hampir 100% media maya dikuasai pembangkang malah tidak jika da sekalipun dipihak BN yang cuba bertahan, pasti hancur lebur. Ketika itu anak muda yang bersingsing lengan sanggup mencetak segala maklumat di internet dan disebarkan dikampung-kampung sehingga ramai yang terpedaya. 

Kelemahan PRU10 diambil iktibar sepenuhnya oleh kepimpinan tertinggi dan dipihak BN mulai ada pejuang maya yang muncul secara sukarela. Mereka bekerja secara rela hati tanpa paksaan untuk mematahkan hujah fitnah pembangkang dan akhirnya, PRU11 BN menang bergaya dengan nilai tambah yang ada pada Pak Lah. 

Sayangnya....untuk menghadapi PRU12, jentera maya yang sudah ampuh ini disepak terajang secara zalim sehinggakan sukar untuk bangun menentang pembangkang kerana dimusuhi oleh BN sendiri. Natijah dari kerosakan dalaman ini dan ditambah dengan kekuatan jentera maya pembangkang yang saban hari melagukan segala fitnah dan rekayarsa jahat, BN boleh di anggap lingkup dan tertangkup. Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang diambil oleh pembangkang. 

Sejak itu, Blog ini dan banyak lagi blog yang cintakan UMNO/BN muncul secara sukarela untuk mempertahankan BN. Sejak 2008, niat hati hanya inginkan BN kembali kuat dan gagah. Tidak ada niat lain samada untuk meraih laba atau mencari kuasa, tidak ada dan sehingga hari ini dan akan datang...blog ini akan sentiasa begini. 

Pakteh menilai dengan rasa gundah gulana prestasi BN dalam PRU13. Bayangkan dengan berbiliion ringgit yang dilaburkan oleh DS Najib, rakyat secara undi terbanyak menolak BN. Cuba nilaikan apa yang dilakukan oleh pembangkang untuk meraih undi popular?. Demostrasi...ya...itu sahaja dan tidak ada lain namun gagal ditangani oleh DS Najib dan barisan kabinet beliau.

BN dibawah DS Najib masih GAGAL menangani perang persepsi. Kewujudan jentera siber termasuk bertaraf nyamuk @ cap ayam seperti blog ini masih GAGAL mewujudkan persepsi baik kepada rakyat. Dimana silapnya?

Mengapa jentera maya pembangkang masih utuh dan berjaya memberikan persepsi buruk kepada kerajaan BN?. 

Buat masa ini, DS Najib kelihatan masih suka bermain secara bertahan.....percayalah...dalam bola sepak....kaedah pertahanan terbaik ialah dengan menyerang. Jika kaedah DS Najib hari ini terus digunakan.....lambat laun...jika tidak PRU14, mungkin PRU15 BN sudah menjadi pembangkang.

Lakukan sesuatu.....kegagalan menangani PERSEPSI BURUK oleh rakyat perlu segera diatasi.

p/s: harus diingat.....rakyat bawahan tetap akan memandu teksi, menoreh getah, menebang buluh, mencari rotan, menjala ikan walau siapapun memerintah.....jadi jika persepsi BN sentiasa dilihat buruk....ada aku kisah nak undi PR?


Friday, November 8, 2013

Dah selesai semua? Apa lagi..!!? Azam tahun baru...??

PRU13 dah selesai
Pemilihan UMNO dah selesai
PRK Sg. Limau dah Selesai

Apa lagi?

Malaysia masih kekal milik BN
Kedah dah kembali ke BN
Sik menang 3 - 0 kepada BN

Apa lagi?

Tunaikan segala janji. Jangan biarkan puak PR betul dengan tag janji dicapati.
Kembali kepada rakyat dan mula laksanakan tugas mengikut jawatan yang dianugerahkan. 

Apa lagi?

PRU14

Ya...jika blog ini wujud sebaik BN Kedah dan BN Malaysia dilanda tsunami, tidak salah blog ini terus menyuarakan rasa hati seorang tua yang hasratnya hanya satu, rakyat menerima khidmat terbaik dari BN. Jika terpaksa mengatakan sesuatu yang perit tentang ahli BN, tidak akan rugi untuk menyatakannya. Ahli pakatan haram PR memang dah tentu akan dikritik. Tetapi kebenaran tidak bernama dan tidak ada memilik. Ia boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. 

kerana posting terakhir artikel sebelum ini tentang PRK Sg Limau, Pakteh ucapkan setinggi tahniah kepada calon yang menang. Jadilah pemimpin yang baik. 

Mungkin tidak ada yang membaca artikel diblog seorang tua yang hanya tahu menebang buluh tetapi harus diingat.

Blog ini diwujudkan secara ikhlas tanpa paksaan
Blog ini juga tidak dibayar
Blog ini bertitle cap ayam sahaja
Blog ini jarang dikemaskini setiap hari
Namun blog ini ada penulisnya. Penulis blog ini boleh menulis apa sahaja yang tidak betul demi kepentingan rakyat. Walaupun status pemilik blog ini iaitu Pakteh secara terang terangan pro BN dan pakteh juga ahli UMNO, tidak semestinya segala keburukan ahli UMNO tidak boleh ditegur. 

Akhirnya: Blog Pakteh menyokong beberapa blog yang memberi maksud Pemuda UMNO (KP & TKP) gagal di PRK Sg Limau (Tetapi ada pemuda Bahagian yang perlu diberi anugerah cemerlang...Tahniah dari Pakteh). 

pakteh Kata: Betoika jawapan Menteri Agama tentang jualan murah semasa PRK Sg Limau secara kebetulan tu?

Tuesday, October 29, 2013

Sunday, October 27, 2013

Hot di PRK Sg Limau!! Siapa Munafik?

Boleh ternganga mulut jika memikirkan kebobrokan puak penentang di Malaysia. Pagi ini pakteh terbaca satu artikel yang berstatus taik yang busuk lagi membusukkan.

Tahukah anda hari ini, jika anda memakai kopiah, ianya satu kesalahan jika anda bukan ahli Pas. Hanya Ahli Pas layak memakainya kerana jika kopiah dipakai oleh ahli UMNO, ianya akan dihina malah dikeji seolah-olah maruah insan hanya layak dimiliki puak Pas.

Blog Omakkau menghina seorang insan berstatus MB hanya kerana MB itu ahli UMNO yang memakai kopiah. Politik apakah ini?

Belum cukupkah syurga dan neraka dijadikan hak milik Pas @ Nik Aziz, kini kopiah putih juga sudah dipatentkan khas untuk orang Pas.
Pakteh tidak berniat mengulas panjang namun jika inilah politik yang dibawa puak anutan Pas, jangan bermimpi untuk memerintah negara.

Untuk rakyat Sg Limau, UMNO/BN datang dengan senyuman membawa politik yang Budiman dan Bijaksana, tiada hasrat untuk memaki hamun atau mengeji......nilaikan pilihan anda kali ini. 

Tidak perlu keluar Pas untuk undi BN
Tidak perlu bermusuh dengan pas untuk undi BN
Kekalkan diri anda sebagai ahli setia Pas
kekalkan diri anda sebagai penyokong setia Pas
Cuma demi pembangunan......Undi anda kali ini....harus BN
Hanya tekadkan diri untuk BERANI HIJRAH......pilihlah BN ketika mengundi. 

Saturday, October 19, 2013

Kedudukan Terkini Pemilihan UMNO : Naib Presiden

01 : 21 Bahagian
02 : 13 Bahagian
03: 17 Bahagian
04: 2 Bahagian
05: 11 bahagian
06: 2 Bahagian

Setakat Jam 4.05 Petang

Maklumat dari Kedah belum dapat

Friday, October 4, 2013

#MM4VP ....! Ada kelebihan jika mempunyai aura dan Wow factor

Ada pihak beranggapan persepsi tidak mengambarkan sokongan keseluruhan ahli parti yang menjadi perwakilan. Itu Pakteh terima namun bolehkah kita menidakkan UMNO/BN kehilangan 2/3 majoriti diparlimen dalam PRU12/PRU13 kerana persepsi. Gerombolan petualang yang diketuai Anwar membina persepsi yang amat buruk terhadap BN dimata rakyat. Hasilnya pembaca boleh nilaikan sendiri.

Harus diingat PRU11 2004 juga ada unsur persepsi iaitu PM Malaysia ialah Mr clean dan berpewatakan rendah diri kerana mahu dipanggil Paklah. Sehubungan itu, Wow factor atau persepsi atau aura keperibadian calon akan diambil kira oleh perwakilan. Jika kita menidakkan hal ini bermakna kita sedang cuba menutup satu lompang yang mungkin kita tidak ada faktor2 tersebut. Datuk Paduka Mukhriz Mahathir (DPMM) berada satu tahap teratas dari segi wow factor.

Persepsi perwakilan terhadap beliau amat positif namun harus juga diambil iktibar, Paklah sukses 2004 namun ke longkang pada tahun 2008. DPMM dilihat mampu untuk memiliki satu kerusi Naib Presiden namun siapa yang bakal tersingkir?, Penjawat sedia ada adalah insan yang banyak berkorban untuk parti dan 3 nama yang ingin menawarkan diri juga telah terbukti keunggulannya.

Berbalik kepada Datuk Paduka Mukhriz, ada pihak bertanya kepada Pakteh apa Wow faktor yang ada dalam diri Mukhriz?, Pakteh menjawab juga dengan pertanyaan.....Mengapa ketika menghadapi PRU13 yang lalu, saat-saat akhir DS Najib umumkan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir akan diangkat menjadi Menteri Besar sekiranya BN berjaya menerajui negeri....Negeri kau ade DS Najib umum sebegitu?.... Jadi untuk kali ini, UMNO tidak ada banyak pilihan untuk mengharungi PRU14, tidak dapat tidak...seseorang yang mampu mendekatkan diri rakyat kepada UMNO perlu diangkat menjadi antara pemimpin tertinggi dalam hirarki parti. InsyaAllah, UMNO kekal menerajui Agama Bangsa dan Negara.

Yang lama Kekal berjasa
Yang Muda terus bekerja
Yang kecil memasang cita
UMNO pasti berjaya


Sunday, September 29, 2013

Hot D' Sik..!! Apa dah jadi?

Kawan-kawan blogger dan facebooker bertanya kepada Pakteh....Apa dah jadi?
Bukan tajuk lagu SM Salim tapi.....apa dah jadi dengan orang Sik?

Sejarah politik Sik sebusuk mana pun sepak terajangnya, diulit secara lembut dan penuh berhemah. Sejarah membuktikan Dato' Dr Wan Azmi Ariffin membentangkan permaidani merah untuk Allahyarham Tan Sri Dr. Hamid Othman. Sejarah juga melakarkan betapa Jawatan Ketua Pemuda sebelum ini ditandingi secara kekeluargaan tanpa perlu meletopkan isu keseantero bumi Malaysia. Sdr. Hamlan Din, Sdr Shafarudin Ts Hanapiah, YB Datuk Tajudin Abdullah dan terkini YB Mahadzir Abd Hamid. Mereka ada yang melalui pahit getir ditandingi tetapi tidak pernah orang luar mempertikaikan urusan Pemuda Sik.

Tindakan Sdr Hasri, calon Ketua Pemuda mempertikaikan sedikit maklumat dalam profile blog Sdr Akram Syah Ts Sanusi mengundang komentar banyak pihak. Pakteh pada awalnya menilai tindakan itu sebagai tanggungjawab beliau sebagai Presiden MAYC Malaysia. Namun apabila menilai kembali komen dan pandangan kawan-kawan yang menghubungi Pakteh, mungkin tujuan sebenar adalah berbeza. 

Pakteh secara mutlak menolak KJ buat masa ini. Tindakan saudara Hasri menjadikan dirinya seakrab mungkin dengan KJ memudahkan Pakteh untuk membuat pilihan semasa mengundi nanti. 

Soal Akram menipu atau tidak, sebolehnya diselesaikan dengan cara yang amat mudah tanpa perlu membesarkan sehingga kpd beberapa laporan polis. Akhirnya.....orang menilai Sdr Hasri sekadar dihantar oleh KJ ke Bahagian Sik untuk menguatkan kedudukan beliau. 

p/s: Sdr Hasri dan Sdr Det adalah kawan Pakteh. Jangan menilai tulisan ini sebagai membakar jambatan tetapi sebagai nasihat seorang kawan yang menulis untuk kebaikan diri dan parti. 

Monday, September 23, 2013

Naib Presiden UMNO - Pilihlah dengan mata hati

Selesai sudah proses penyerahan borang dan kini siapa menang tanpa bertanding dan siapa perlu bersaing sudah diketahui.

Diperingkat Naib Presiden, SAH kini 6 pemimpin terhebat UMNO akan bersaing Malangnya hanya ada 3 kekosongan untuk jawatan tersebut. Tanpa mengambil kira sedikit kelemahan yang ada pada setiap calon Naib Presiden, Pakteh gembira melihat demokrasi dalam UMNO. 

Keenam-enam calon ada nama tersendiri dan berjasa kepada UMNO. Tidak perlu menilai keburukan kerana setiap dari mereka pernah melalui pahit getir bersama parti UMNO. Calon lama terserlah pengalamannya dan calon baru terbukti kematangannya.

Pilihlah calon pilihan anda secara mata hati, menilai demi keutuhan dan kebaikan parti UMNO. 

BERANIBERUBAH
#MM4VP

Friday, September 20, 2013

Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir SAH tandingi kerusi Naib Presiden


Ucapan YAB Dato Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir, Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah 1730hrs 19 September 2013

Assalamualaikum WBT
Yang dimuliakan Pengerusi Majlis
Yang Berhormat Dato Paduka Ahmad Bashah Hanipah
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
Yang Berhormat/ Yang Berbahagia Dato-Dato, Saudara-saudari Ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Yang saya kasihi Ketua-ketua Bahagian, dan rakan-rakan yang sudi hadir bersama dari seluruh pelusuk negara (Kita berikan tepukan gemuruh)

Yang dikasihi Ketua-ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian-bahagian
Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian-bahagian 4 peringkat
Ketua-ketua Cawangan dan ketua-ketua sayap Cawangan 4 peringkat
Tuan-tuan. Puan-puan, Warga Keluarga UMNO Negeri Kedah
Para wartawan dan petugas media
Anggota-anggota Keselamatan
Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
  1. Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa penghargaan yang tinggi kepada kesemua yang sudi hadir pada petang ini. Tiada ungkapan yang sesuai dapat mengambarkan kepuasan kita untuk kembali berkumpul di rumah kita ini, Seri Mentaloon, setelah lebih 5 tahun tidak berpeluang menggunakannya.
  2. Marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat yang telah diberikan. Dengan izinNya jualah, keluarga UMNO dapat kembali berkumpul di dewan yang kita bina megah ini. Dengan izinNya jualah, kita kembali memegang tampuk pemerintahan Negeri Kedah Darul Aman yang kita cintai. Dengan kuasa politik yang sedang kita pegang ini jugalah, akan kita genggam erat amanah rakyat, memberi khidmat demi meningkatkan Syiar Islam, membangunkan bangsa dan mendaulatkan tanahair.
  1. UMNO telah melalui pelbagai pengalaman. Bermulanya dengan berusaha menyatu-padukan orang-orang Melayu dalam menentang pembentukan Malayan Union, beralih kepada perjuangan memerdekakan negara. UMNO telah diuji sejak Pilihanraya pada tahun 1955, kemudian melalui pahit getir perpecahan kaum pada tahun 1969. UMNO diasak dengan pelbagai halangan dan dugaan dalam berjuang untuk mengisi kemerdekaan, memajukan bangsa sambil terus berusaha mengekalkan keharmonian antara kaum.
  2. Hari ini, setiap rakyat Malaysia sebenarnya telah berpeluang menikmati hasil perjuangan UMNO. Tanpa kira bangsa, agama, keturunan atau ideologi politik, setiap rakyat telah menikmati peluang untuk belajar, mengguna perkhidmatan kesihatan dan memperoleh kekayaan hasil daripada dasar yang dibuat oleh UMNO.
  3. Kalau seseorang itu jatuh sakit, lantas dipanggil ambulans untuk ke hospital, UMNO lah yang usahakan agar perkhidmatan ambulans itu wujud, jalan yang dilalui ambulans itu juga dibina Kerajaan yang ditunjangi UMNO, hospital tujuan pesakit juga hasil titik peluh UMNO, doktor dan nurse dilatih oleh sistem pendidikan yang diperjuangkan UMNO, pendekata tiada yang berlaku dinegara kita ini yang UMNO tidak dari segi polisi Kerajaan dan perlaksanaannya. Begitu besarnya perjuangan UMNO yang tidak disedari dan tidak diiktiraf ramai. Inilah sumbangan fardu kifayah UMNO untuk seluruh rakyat Malaysia.
  4. Namun hakikatnya, UMNO juga telah di kecam, di tentang dan di khianat. Hari ini, kita telah melihat dengan jelas tanpa selindung, anak-anak bangsa kita yang sanggup bersekongkol dengan mereka yang sejak awal menentang cita-cita perjuangan. Musuh kita jelas menghina Agama Islam dengan lantang dan berani mendesak Kalimah Suci Allah digunakan dalam kitab selain al Quran ulkarim. Mereka memesongkan fikiran rakyat dengan alasan hak asasi, keadilan dan hak kesamarataan antara kaum.
  5. Apabila UMNO Kedah merintis usaha untuk menyekat penyebaran fahaman Syiah di negara, jelas ianya mendapat sambutan yang hebat dari kalangan pendokong2 ahli Sunnah wal Jamaah dari pelbagai latarbelakang politik. Malah penyokong penyokong tegar PAS dan penggiat pondok2 agama yang dahulunya lebih cenderung kepada PAS juga mulai meyakini UMNO, terus bersama kita dalam menyekat kemaraan Syiah. Kini apabila pemimpin2 PAS di negeri Kedah ini juga tidak menyokong enakmen jenayah syariah baru yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kedah baru baru ini, jelas terbukti keberanian UMNO untuk mempertahankan kesucian Islam lah yang disambut baik oleh segenap lapisan ummat di negeri ini.
  6. UMNO berdepan dengan mereka ini. Cita-cita perjuangan kita untuk meningkatkan syiar Islam, membangunkan bangsa dan mendaulatkan tanahair terbantut dengan tanggungjawab untuk melawan akidah songsang mereka. Namun, apa juga alasan dan halangan daripada puak seperti ini, tidak melemahkan semangat kita untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
  7. Untuk itu, UMNO mesti pandai menyesuaikan diri dalam apa juga situasi. Setiap kita mesti memahami permasalahan rakyat dan merasai denyut nadi mereka. UMNO mesti terus kekal relevan di mata rakyat. UMNO juga mesti Berani Berubah!
  8. Saudara-saudari warga Keluarga UMNO sekalian, Setiap yang kita lakukan mesti membawa maksud yang selari dengan landasan perjuangan asal UMNO. Begitu juga setiap tindakan kita sebagai pewaris perjuangan ini mestilah dengan tujuan untuk memperkukuhkan parti pusaka bangsa ini. Jangan ada diantara kita yang mendahulukan kepentingan diri, keluarga mahupun kumpulan lebih dari kepentingan parti.
  9. Saya berceloteh tentang perkara-perkara ini kerana kita semua sedia maklum akan kehadiran musim pemilihan bagi mengisi jawatan-jawatan parti di semua peringkat. Mengikut sejarah lama UMNO, inilah musim yang akan menentukan kekuatan kepimpinan orang Melayu di Bumi Malaysia ini. Inilah waktunya, jika kita tidak memelihara tindakan-tindakan kita, ianya boleh melemahkan, bukan sahaja kepada diri kita sendiri tetapi kepada keseluruhan bangsa.
  10. Saya amat berharap, pemilihan parti yang akan kita lalui di peringkat Bahagian dan Pusat tidak berapa lama lagi akan memberi semangat baru kepada setiap seorang dari kita. Proses demokrasi yang digunakan, jika dipelihara dengan sempurna tentu akan memberi perolehan yang terbaik untuk setiap seorang dari kita.
  11. Dalam masa yang sama, hak untuk menawarkan diri dalam sebarang jawatan yang layak kita tandingi bukan bermaksud kita harus segera mengisi borang pencalonan. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden contohnya, layak di tandingi oleh ramai pemimpin yang pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi. Tetapi, kita sebagai ahli parti yang taat setia dan insaf akan keburukan yang boleh dibawa melalui pertandingan jawatan tertinggi parti, sebolehnya menolak mereka yang kepingin menjawat jawatan tertinggi itu. Ini adalah kerana, kepimpinan yang sedia ada adalah merupakan gandingan yang terbaik dan wajar diberikan sokongan seratus peratus. Saya dengan tegas ingin memberi komitmen Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah untuk mempertahankan YAB Dato Seri Najib Tun Razak dan YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Jika ada pihak atau individu yang berhasrat untuk mencabar kedudukan tersebut, UMNO Kedah akan bersatu mempertahankan kedua pemimpin kita ini.
  12. Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Negeri Kedah ini terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri. Keagungan Kerajaan Kedah yang tertua di Asia Tenggara dan masih kekal merupakan satu kebanggaan bukan saja bagi kita anak-anak Kedah tetapi bagi seluruh rakyat di negara ini. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah merupakan anak Kedah. Begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang anak guru yang juga merupakan anak Kedah. Mereka telah begitu banyak berjasa kepada negara dan kita berbangga dengan pencapaian mereka.
  13. Kita percaya, kegemilangan anak-anak Kedah ini dalam mengharumkan nama negeri dan membawa kemakmuran kepada negara boleh diteruskan dengan pemimpin-pemimpin sedia ada di masa kini. Kejayaan Barisan Nasional kembali memegang tampuk Kerajaan Negeri Kedah adalah bukti kebolehan dan komitmen para pemimpin kita, terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO. Kebolehan dan daya kepimpinan mereka ini wajar diberi pengiktirafan. Mereka-mereka ini wajar diberikan tanggungjawab yang lebih besar dalam sama-sama merencana perjalanan parti kita.
  14. Walaupun kejayaan besar yang telah kita perolehi, tentu sekali kita tidak mampu menjadikan setiap pemimpin Negeri Kedah sebagai pemimpin di peringkat Kebangsaan. Dalam perkara itu, saya amat bersyukur dengan komitmen dan tolak ansur dikalangan Ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Kami telah sama-sama duduk berbincang dan mencadangkan pemimpin diantara kami yang boleh kita ketengahkan ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO. Begitu juga, di kalangan Pergerakan sayap-sayap.
  15. Pada petang yang berbahagia ini, sukacita saya mengambil peluang untuk memperkenalkan calon-calon Majlis Tertinggi yang akan mewakili kita dari Negeri Kedah. Saya amat berharap agar kesemua mereka akan mendapat doa restu dan sokongan padu dari keseluruhan jentera UMNO Negeri Kedah.
  1. Calon Pengerusi Tetap UMNO Malaysia 

  • Yang Berbahagia Tan Sri Badaruddin Ameruddin
  1. Calon-calon Ahli Majlis Tertinggi

  • Yang Berhormat Dato’ Seri Mahadzer Khalid - Ketua UMNO Bahagian Padang Terap merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
  • Yang Berhormat Dato’ Azeez Rahim - Ketua UMNO Bahagian Baling merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO
  • Yang Berhormat Dato’ Seri Jamil Khir Baharom - Ahli Majlis Tertinggi UMNO
  1. Tuan-tuan yang saya hormati dan kasihi sekalian, inilah calon-calon yang akan mewakili Negeri Kedah ke peringkat pusat. Marilah kita sama-sama berusaha keras, berdoa dan memastikan agar kesemua mereka terpilih agar dapat membawa suara kita ke peringkat yang lebih tinggi. Saya mengharapkan agar setiap dari kita, keluarga UMNO Negeri Kedah memberikan kesetiaan dan sokongan kepada setiap calon ini. Boleh? Sokongan yang sama saya harap dapat diberikan kepada calon-calon dari Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda seperti yang telah diperkenalkan tadi.
  1. Hadirin sekalian, telah berminggu-minggu saya disapa dengan persoalan apakah saya akan menawarkan diri dalam apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Sejak mula saya menjadi ahli UMNO, saya hanya berhasrat untuk menumpahkan khidmat bakti saya kepada Agama, Bangsa dan Tanahair. Berulang kali saya tegaskan, UMNO bukanlah tempat untuk membina kerjaya atau mengumpul kekayaan. UMNO adalah wadah perjuangan bangsa. Walau sejengkal ilmu yang ada dalam diri saya, akan saya kongsikan bagi membina negara bangsa.
  2. Saya amat gembira apabila Barisan Nasional berjaya dalam Pilihanraya yang baru lepas. Tumpuan selepas kejayaan tersebut adalah untuk mengekalkannya. Saya tidak pernah merancang untuk bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri, jauh sekali menyusun strategi untuk menduduki kerusi Menteri Besar mahupun Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Namun sebagai ahli parti, kita harus sentiasa bersedia memikul apa juga tanggungjawab yang diarahkan.
  3. Kita juga harus melihat kehadapan. Parti-parti lawan telahpun memulakan persiapan menghadapi Pilihanraya umum yang ke 14 dari sekarang. Di ketika itu, mungkin AI sudah tiada dalam kancah politik negara. Mungkin juga tiada LKS, NA, KS dan Haji H. UMNO akan berhadapan dengan ramai pemimpin-pemimpin muka baru yang kini ditonjolkan dan diberi tanggungjawab menggalas jawatan jawatan penting parti masing masingdan Kerajaan diperingkat negeri. Di pihak kita, apakah persiapan yang telah kita lakukan. Apakah kita telah membuat persiapan dan perancangan strategik untuk terus memegang tampuk pemerintahan Negara. Apakah kita telah bersedia untuk meraih undi daripada lebih 3 juta pengundi baru nanti. Inilah persoalan yang paling penting difikirkan sebelum kita sama-sama membuat keputusan dan membantu pemimpin kita mengemudi parti.
  4. UMNO juga merupakan sebuah parti yang amat bergantung kepada kesetiaan ahlinya. Pengikut dan pemimpin saling melengkapi. Sebagai pemimpin Negeri, saya juga tidak dapat tidak, mendengar nasihat dan menerima desakan daripada pengikut. Antara nasihat yang banyak saya terima ialah untuk memastikan saya terus memberi khidmat, jika boleh, ke peringkat yang lebih tinggi. Nasihat-nasihat ini, semakin menjadi sebagai satu harapan. Sebagai pemimpin, saya semestinya tidak boleh lari dari perkara ini, yang juga merupakan satu tanggungjawab.
  5. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya sesungguhnya menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Saya sekali lagi menyeru agar seluruh warga keluarga UMNO Negeri Kedah untuk bersama saya memberikan sokongan padu kepada gandingan mantap mereka berdua.
  6. Saya juga bertegas, bahawa pemilihan UMNO adalah merupakan satu proses demokrasi bagi membolehkan ahli-ahlinya membuat pilihan. Setiap pemimpin yang ada, tentunya telah berusaha dengan penuh setia dan bertanggungjawab. Pembaharuan yang difikirkan perlu dibuat, mesti dilakukan dengan penuh berhemah. Jangan ada keji-mengeji, tohmah atau memperkecilkan sesama pemimpin. Yang lebih penting sekali jangan sekali2 kita mencemarkan nama baik UMNO dengan amalan2 dalam proses pemilihan kita ini yang tentu akan merosakkan parti. Ingat kepada Allah yang esa dan balasan di dunia dan akhirat. UMNO mesti kekal kuat dan bersatu berlandaskan kepada nilai dan budaya yang murni.
  7. Hadirin-hadirat warga keluarga UMNO yang saya kasihi. Setelah menerima banyak nasihat dari setiap lapisan kepimpinan, saya telah memikirkan apakah jawatan yang sesuai untuk saya dipertanggungjawabkan. Saya telah memikirkan kesesuaian masa dan amanah yang tinggi bagi setiap jawatan. Saya telah tanyakan diri saya, apakah saya bersedia. Saya telah menimbang perkara ini dari setiap sudut.
  8. Maka bagi mewakili zon utara di negara tercinta ini, khususnya Kedah yang telah kembali kepangkuan UMNO, Kedah yang melahirkan Bapa Kemerdekaan, Kedah yang juga melahirkan Bapa Pembangunan Malaysia, Kedah yang DYMM Tuanku Sultan nya menaiki takhta menjadi Seri Paduka Baginda Yg DiPertuan Agong sebanyak dua kali…….. bagi pemilihan parti kali ini saya dengan penuh rendah diri ingin menawarkan diri bertanding sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.
  9. Saya mohon doa restu dari setiap warga keluarga UMNO Negeri Kedah. Saya mohon sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bagi. Hanya yang cekal dan tabah, dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.
HIDUP UMNO
HIDUP UMNO
HIDUP UMNO

BERANIBERUBAH
BERANIBERUBAH
BERANIBERUBAH

Wassalamualaikum wbt.

Thursday, September 19, 2013

DP Mukhriz Sah bertanding..!

Betoika?? 
 Angin yang bertiup sampai ke telingan pakteh bukan angin biasa. Tiupannya tenang namun bisa meruntuhkan sebuah gunung. Tidak ganas, tidak juga merosakkan kehidupan tetapi dalam tiupan angin yang tenang itu, ada aura luar biasa sehinggakan sungai bisa berhenti mengalir, salju bisa cair malah mungkin dunia juga boleh berhenti berputar. 

 Pakteh masih seperti biasa, menebang buluh mencari sesuap nasi namun perkhabaran bahawa pada petang ini 19 September 2013 Jam 4 Petang Datuk Paduka Mukhriz Mahathir akan mengumumkan sesuatu membuatkan buluh tidak menjadi rakit dan rakit tidak jadi ke hilir. Jika tidak penting mana mungkin diwar-warkan seantero dunia untuk peristiwa petang ini. Harapan dari dari hati Pakteh biarlah pengumuman itu membawa maksud beliau akan menyertai DS Zahid Hamidi, DS Hishamudin Tun Hussein, DS Shafie Afdhal, DS Ali Rustam, TS Isa Samad untuk pertandingan jawatan Naib Presiden UMNO. Pakteh tidak berhasrat mendahului DPMM dalam soal ini tetapi Pakteh sangat yakin, Undi yang asalnya berpecah 5 akan dikecilkan lagi kepada 6. 

 Jika akhirnya keputusan DPMM untuk memasuki pertandingan ini, Blog Pakteh 100% menyokong malah akan turut serta bersama rakan blogger lain berbaiah kepada beliau. Blog Pakteh juga secara jujurnya tidak akan memburukkan pimpinan parti yang lain untuk menaikkan DPMM kerana menghormati DPMM sebagai seorang yang sangat berhemah dan berbudi pekerti tinggi. Biarlah beliau menang atau kalah dalam pertandingan sesama saudara ini melalui kekuatan beliau sendiri. Biarlah Aura yang lahir dari ketrampilan beliau menjadi pendorong kepada perwakilan untuk memilih beliau. Tidak ada keburukan akan terpamer untuk merosakkan pemimpin lain yang turut serta bersaing.

 InsyaAllah.....pertandingan ini akan membawa kebaikan kepada parti dan pertandingan yang sihat. Biarlah DPMM membuktikan dan menyuburkan cara kempen yang memaparkan sifat terpuji demi keutuhan UMNO. 

BERANI BERUBAH
#MM4VP 
#KEDAHAMANMAKMUR

Monday, September 9, 2013

Busuk lagi membusukkan. Blogger Kedah pro BN di catur pihak luar??

Betul la kata kawan Pakteh, lebih baik terus tebang buluh dari menulis di blog. Terkedu juga Pakteh pada awalnya tanpa memahami maksud tersirat. Rupa-rupanya kawan Pakteh telah boleh membaca bahawa akhirnya dunia blogger juga akan diresapi virus politik yang jijik dan kotor.

Sayang seribu kali sayang, niat suci hati membantu mula dikaburi dengan RM yang melayang kedalam poket atau mungkin sudah tergambar impian menggunung jika berhasil menjadi bos kepada blogger. Jika boleh jadi bos blogger, mengapa terbitnya istilah blogger tidak bertuan?.

Di Kedah, dunia blogger tidak luas dan tidak sukar untuk mencari rakan-rakan blogger yang sealiran. Abaikan blogger haprak PR yang kerjanya mengisi jarum fitnah. Pakteh hanya ingin melihat yang terbaik kepada blogger pro BN yang jumlahnya boleh dihitung dengan jari di Kedah.

Pakteh juga menilai dengan teliti artikel terbaru dari KedahTimes yang secara bersopan menegur golongan tertentu yang menjadikan dunia blogger sebagai sumber rezeki secara kotor. Bagi Pakteh....hanya jauhari mengenal manikam. Tidak perlu ada pihak luar yang mencatur apa blogger Kedah perlu buat. Lebih parah jika ingin menyusun sifulan itu dan sifulan ini perlu berada dalam saf blogger Kedah dan yang ini perlu ditolak kerana tidak sebulu. Pergi jahanam dengan mainan kotor sebegini.

Harus diingat, Blogger Kedah boleh bertuan dan boleh tidak bertuan namun istilah tuan itu jangan ditakrif sebagai DUIT semata-mata. Jika benar hasrat meletakkan seseorang yang tidak dipersetujui oleh majoriti blogger Kedah sebagai ketua, baik lantik tunggul kayu.Mungkin itu lebih baik.

p/s: Beringat sebelum kena....kalau dah terkena...taik pun lebih suci dari yang mengena.

Saturday, September 7, 2013

Edisi Khas..!! Sanusi Xsetpol MB Azizan cuba terus malukan x bosnya?.

Pakteh sedang beronok-ronok dengan kaum kerabat apabila terbaca komen Tn Haji Sanusi Md Noor, X Setpol X MB Kedah, DS Ostat Azizan di wall FB beliau. Jika sesiapa yang tidak pernah mengikuti perkembangan pembentangan bajet oleh Pas Kedah sejak 2008 hingga 2012, pasti terpedaya dengan manipulasi dakwaan beliau. 

Ya betul, atas kapasiti X setpol MB, Beliau mempunyai akses untuk maklumat yang mungkin rakyat marhaen tidak tahu tetapi teks ucapan bajet ni lain, sesiapa sahaja boleh memperolehinya. Pakteh dari sejak X MB sakit seboleh mungkin tidak ingin melibatkan beliau lagi dalam isu politik. Apatah lagi jika memungkinkan beliau terheret sama. Tetapi apa boleh buat, X Setpol beliau yang Pakteh anggap Setpol terbaik kepada seorang MB ni membuka kembali kisah penipuan kerajaan Pas Kedah. Rakyat sudah hampir melupakan kisah haprak bertaraf longkang pemerintahan Pas ini. XSetpol ungkitkan kembali. Jadi Pakteh imbau semula kepedihan rakyat ditipu Pas Kedah.

Bajet kerajaan negeri untuk tahun 2013 ialah 640 Juta.

"Kerajaan menjangkakan kutipan hasil Negeri pada tahun 2013 akan meningkat daripada 550juta ringgit pada tahun 2012 kepada 640juta ringgit pada tahun 2013. Jumlah peningkatan sebanyak 105.6juta ringgit bakal disumbangkan oleh hasil premium tanah di Langkawi, Alor Setar dan Bandar Baharu, serta bayaran jualan air mentah kepada SADA dan Kerajaan Pulau Pinang".

Petikan diatas sengaja cedok dari kedahlanie kerana itu pro Pas. Memang kelihatan Gah dan ini yang dipetik oleh Sanusi sebagai Bajet Lebihan. Tetapi puak Pas lupa bahawa untuk bentangkan bajet...akar umbi kepada setiap angka perlu diperjelaskan maka keluarlah antara punca kenaikan bajet utk 2013 ialah dari jualan air kepada SADA dan Kerajaan Pulau Pinang. 

Jika bajet menipu ini dibentangkan oleh Mahfuz Omar yang menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah ketika ini, Pakteh tak ambil pusing kerana itu memang taraf beliau. Tetapi MB Kedah pada tahun 2012 ialah orang terpelajar, mengapa harus dikaitkan dengan jualan air kepada Pulau Pinang untuk menghalalkan kenaikan lebihan bajet?. Inilah sebenarnya pembohongan oleh pasti Pas Kedah dan layak bergelar munafik.

Jualan Air kepada Pulau Pinang memang disedari oleh Pas Kedah takkan berhasil dalam jangkamasa yang singkat. BN sendiri ketika ini dibawah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir sedang cuba membawa kerajaan Pulau Pinang ke meja rundingan, bagaimana pada tahun 2012, Pas Kedah dah war warkan hasil kutipan jika tidak berniat MENIPU?

Cukuplah untuk Pakteh ulas berkaitan bajet 2013 oleh Pas Kedah untuk menjawab wall Sanusi X Setpol kerana jika dikaitkan dengan bajet 2012, 2011, 2010....nanti terkeluar pula tentang peningkatan cukai hiburan 200% dan TERSEMBUL pula KERAJAAN YANG SEJAK BERZAMAN MENGAKU LEBIH ISLAM DARI BN TETAPI MENCAMPUR ADUKKAN HASIL CUKAI PERKARA HARAM DAN HALAL. Bayangkan jika soalan ini ditanyakan kepada tuan Imam di Kg Sungai Pau "wang kerajaan Kedah ni bercampur halal dan haram....bulih ka terima elaun dari depa?"
p/s: Kerajaan BN memisahkan wang hasil haram dan halal dan terkini...Pakteh dimaklumkan BN Kedah kini akan melaksanakan perkara yang sama.

Pakteh Kata: Cukup-cukuplah nak kaitkan dengan pentadbiran Pas Kedah....kelak yang terkeluar lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Akhirnya: Datuk Paduka Mukhriz Mahathir (DPMM) membuat kenyataan berdasarkan kepada keyakinan kepada angka yang boleh diterjemahkan kepada realiti. Pas Kedah dari sebelum membentangkan angka, sudah berniat menipu rakyat. Jadi bagi Pakteh...komen Sanusi Kepada kenyataan DPMM sekadar mengimbas kembali kepada kemunafikan pentadbiran Pas Kedah 2008-2012.

Wednesday, September 4, 2013

Hot D' Sik..!! UMNO Sik bakal terkubur dan hancur.

Bila kerakusan menguasai diri. 
Bila ketamakan menjadi raja peribadi
Bila Kebobrokan menjadi suci
Bila hati sudah hitam tiada seri

Apa lagi nak dikata?

Pakteh sangat sukakan kedamaian dan ketenangan. Malah jika dalam peperangan sekalipun, Pakteh sangat berharap musuh melawan secara berhemah. Sebab itulah apabila menerima berita taik-taik sudah diberakkan di Sik, Pakteh tidak boleh terima. 

Sik bukanlah kawasan yang kaya, sepatutnya pemain politik Sik tidak perlu menyambut taik yang diberakkan petualang yang berimej gemilang. 

Jika sekadar menyambut saranan demokrasi, Pakteh sangat berlapang dada. Bertandinglah atas padang yang sama rata. Mengapa perlu terhutang budi dengan Petualang Gemilang untuk bertanding?. Lebih dayus apabila bekas anak buah Sang Petualang Gemilang juga turut serta memberi baiah dan restu. Politik apakah ini yang cuba dibawa ke kawasan Sik?. 

Jika perkara ini berterusan, tidak dapat tidak kerosakan yang cuba dibawa perlu dilenyapkan. Untuk minggu ini, biarlah warisan budaya melayu memukul anak menyindir menantu Pakteh gunakan. tetapi percayalah....untuk minggu-minggu berikutnya, Alang-alang menyeluk pekasam, biar satu negara tercium baunya, Alang-alang mandi, biar basah rambut yang menggurai, Alang-alang menulis, biar terburai segala kebejatan dan kelemahan yang tersimpan.

Sunday, September 1, 2013

Pasca Sidang Dun : Pas dokong Syiah

Alhamdulillah, genap seminggu Sidang DUN Kedah pasca PRU13, Pakteh melihat ada sinar untuk rakyat Kedah. Kesungguhan kedua-dua pihak kerajaan maupun pembangkang merajai hati rakyat amat terserlah malah jika ini berterusan, tidak mustahil Kedah akan kembali gemilang.

Pemilihan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir (DPMM) sebagai MB Kedah dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri tidak dapat disangkal lagi adalah pilihan terbaik ketika ini. Begitu juga di pihak Pas, meletakkan Datuk Ir Amiruddin Hamzah (DIAH)  dilihat sebagai tepat. Kedua-duanya buat masa ini Pakteh lihat mengutamakan kepentingan rakyat berbanding keuntungan politik. Setakat acah sambil siku menyiku sekali sekala itu, lumrah dalam berpolitik.

Di Pihak pembangkang, mereka mungkin terkejut dengan keazaman DPMM untama untuk menyelesaikan kemelut utama yang diperkatakan secara politik. Isu KUIN dan Syiah diutamakan dalam sidang kali ini dan memberikan ruang kepada Pas untuk berhujah. Namun akhirnya Pakteh penuh yakin dan percaya, rakyat dapat menilai hasrat murni DPMM terhadap dua isu ini.

Pihak pembangkang terutama DIAH mungkin telah telah merancang awal untuk mencari jawapan kepada penolakan Enakmen Jenayah Syariah 2013. Kultus mereka telah memutuskan untuk menolak Enakmen ini dan pakteh percaya, perbincangan mereka sejak awal memang berhasrat untuk menolak. Mana mungkin mereka boleh menerima penambahbaikan kepada jenayah syariah Kedah yang dibuat DPMM dalam masa 100 hari mentadbir Kedah sedangkan mereka ada peluang 5 tahun untuk mengubahnya.

Akhirnya.....sebulat suara mereka menolak Enakmen Jenayah Syariah 2013 dengan alasan ianya bertentangan dengan Al Quran iaitu mencuit dari sudut hukum Hudud. Terpesona seketika apabila hukum hudud menjadi asas kepada penolakan enakmen ini. Pakteh tercari-cari apakah kewajaran alasan hukum hudud digunapakai untuk menolak enakmen ini oleh Pas. Selepas seminggu, kewajaran yang boleh disabitkan dengan penolakan ini ialah semata-mata bermotifkan politik. Mengapa?. Bukankah Pas diberikan amanah untuk mentadbir Kedah selama 5 tahun dan apa yang berrlaku kepada enakmen syariah? Satu titik pun tidak berubah...

Pakteh ulang..........

SATU TITIK ATAU NOKTAH PUN TIDAK TERUSIK DALAM ENAKMEN JENAYAH SYARIAH

Jadi bagi Pakteh, Pas HILANG HAK atau TIDAK BERHAK untuk bersorak atau menyalak soal Enakmen ini tidak betul dan sebagainya.

Seperti Pakteh tuliskan tadi, tujuan sebenar penolakan ini bermotifkan politik. Pas bencikan kebaikan yang dibuat oleh DPMM dan UMNO Kedah. Mereka tidak menyangka dalam masa 100 hari mentadbir, DPMM mampu melaksanakan urusan sukar ini dengan baik.

Lebih dasyat lagi, Pakteh menemui keburukan dan kebusukan dalam Pas yang sebenarnya boleh terungkai sekiranya mereka menyokong Enakmen Jenayah Syariah 2013. Enakmen ini membuat penambahbaikan kepada pengembangan ajaran sesat. Kedah buat masa ini meletakkan syiah sebagai sesat dan wajarlah enakmen ini dikuatkuasakan. Inilah yang amat ditakuti Pas.

Pimpinan Pas dikatakan ada yang menganuti kesesatan syiah. Pengikut Pas/ahli Pas juga khabarnya ramai yang sesat dengan syiah. Apa akan jadi jika Pas menyokong DPMM dalam isu ini?. Habis bercerai berai dan bergolak Pas Kedah. Kini mereka boleh menggosok rakan syiah mereka dalam Pas kerana beralasan, "kami dah cuba tolak enakmen itu tapi kita kalah". Sangat jahat politik Pas.

Buat masa ini, penjelasan oleh Tn Haji Sanusi Md Noor, Zulkifli Yahya dan Kedahlanie sekadar mengisi ruang demokrasi dan keutuhan perbezaan pendapat namun untuk mengakui hujah mereka, amat jauh lari dari apa yang pimpinan mereka jelmakan dalam sidang Dun yang baru selesai.

p/s: Pas juga sibuk memilih pemimpin sekarang, gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk membuang segala kebusukan syiah yang ada dalam pas. Itupun kalau Pas "Berani Berubah"


Pakteh kata : Pas dan Syiah...erm....

Friday, August 23, 2013

Pas tak pernah ingin berubah

Pas tetap pas. Pas tidak ingin berubah walau bukti diletakkan depan mata bahawa mereka ada melakukan kesilapan. Terbaru isu Kalimah Allah, Pakteh menanti pemimpin Pas samada di pusat atau negeri yang mampu bertindak sebagai ketua untuk mengajak seramai mungkin pengikut Pas turun ke Mahkamah kelmarin. Senyap dan sunyi. Jika kes BERSIH 2.0 dan lain2 siri, wow...merekalah juara. Sebut sahaja berapa bilangan peserta yang diinginkan, pasti pemimpin pas akan tunaikan. Malah merekalah jaguh tidur dihadapan kereta sultan, mereka juga jaguh beradu asap pemedih mata menentang FRU dan bermacam-macam lagi kejaguhan. Amat malang sekali, dalam soal mempertahankan kalimah Allah, mereka senyap dan sunyi. Pas Kedah bagaimana? berapa puluh ribu berhimpun di hadapan mahkamah kelmarin? Tak perlu pakteh timbulkan nama-nama pemimpin pas yang suka posting gambar di FB bila beraksi di BERSIH.

Thursday, August 15, 2013

Bai'ah UMNO

Agak lama berdiam diri dari bercakap-cakap dan selain dari bercakap kerana khuatir ianya mungkin mengurangkan pahala puasa Pakteh. Permulaan syawal, ayat teraawal Pakteh pasti ingin memohon keampunan dari semua pihak yang merasakan pakteh berbuat silap kepada mereka. Maaf Zahir dan Batin. Awal penulisan ni Pakteh merasakan adalah sebaiknya memperbetulkan diri sendiri@parti sendiri dari menegur parti lawan. Jika parti kita dah terbaik, pihak lawan takkan mampu untuk menang. Entah dimana silapnya, UMNO kelihatan lesu selepas memenangi banyak kerusi dalam PRU13 yang lalu. Bukan semua sebegitu tetapi banyak isu yang berlaku kini membuatkan rakyat sesak nafas. Contohnya di awal ramadhan, umat Islam amat tersinggung dengan pelakon porno Alvin dan vivian. Setakat hari ini, tindakan terakhir yang diketahui ialah reman 4 hari dan dibebaskan dgn jaminan. Apakah ini yang mahu dipertontonkan kepada rakyat? Ya benar negara perlu mengikut undang-undang....jadi laksanakan undang-undang dengan segera. Rakyat juga terkedu dengan Jamuan Aidilfitri kepala Babi, juga oleh seorang berbangsa china. Rakyat , masih menanti tindakan sewajarnya. Rakyat makin berang apabila surau resort dijadikan tokong....juga oleh bangsa China. Pakteh belum lagi sabitkan isu rakyat ditembak hampir saban hari. Inilah Malaysia baru...ya..Malaysia Koboi. Bagi Pakteh, tindakan untuk setiap isu mungkin hanya akan dibuat sebaik selesai Pemilihan UMNO. Buat masa ini, segenap keringat dan usaha ditumpukan kepada pemilihan UMNO dimana setiap jawatan mungkin boleh terlepas. Inilah wajah pemimpin pejuang rakyat. masih ingat slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". 100 hari selepas pru13, Rakyat mana diutamakan dan apa yang dicapai?. Bukan ingin menuduh tetapi hakikat sebenar bahawa DS Najib dihimpit dari segenap penjuru perlu diakui. DS Anwar mengambil kesempatan ini untuk memanipulasi setiap isu. Apa yang lebih merisaukan ialah, wujudnya kader-kader Anwar dalam UMNO yang gagal dikesan secara lahiriah. Ahli2 akar umbi UMNO masih mempertikaikan mengapa KJ yang perlu menyerahkan passport Anwar?. Ahli2 akar umbi UMNO masih teringat saat Zahid Hamidi membaiah Anwar sehingga ditahan barulah U Turn semula. Ahli2 akar umbi UMNO masih berfikir benarkan Ezam betul-betul berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar ahli2 akar umbi UMNO masih tidak percaya Lokman Nor Adam betul-betul ingin berjuang dalam UMNO ahli2 akar umbi UMNO masih tertanya2 mengapa hero-hero haprak tingkat 4 tidak dilupuskan khidmatnya oleh Najib. Percayalah....ramai yang yakin KJ adalah Anwar II yang lahir dalam UMNO. Kehadiran KJ juga awalnya ditatang dengan jawatan Naib Ketua Pemuda. Kemudiannya menang Ketua Pemuda dengan cara paling memalukan. 2008 - 2013 adalah zaman KJ dilihat insaf dan baik. Tindakannya dilihat mencerminkan kebijakannya setaraf berstatus Oxford. sayang seribu kali sayang, sebaik diangkat sebagai Menteri kabinet Najib, wajah sebenarnya muncul kembali dan percayalah, Pemilihan kali ini disusun sebaik mungkin agar hanya pilihan beliau akan menduduki setiap carta dalam Pemuda. Sebab itulah apabila LOkman Nor Adam tanpa malu mewar-warkan ingin merebut jawatan Naib Ketua Pemuda, Pakteh terkesan akan kerosakan besar bakal berlaku dalam UMNO. KJ yang mendambakan PM sebelum umur 40 perlu berbuat apa sahaja untuk menggapai impiannya dan parasit seperti Lokman Nor Adam adalah kader terlatih yang diutuskan khas oleh Anwar untuk melaksanakan setiap tugasan. Apa kaitan Kj dan Anwar?.....entahlah...Nak dikatakan KJ ni memenuhi selera Anwar....jauh sekali tetapi mungkin kerana nilai kerakusan kepada darjat itu sama, mereka boleh bekerjasama. Tidak terlalu sukar untuk menilai tahap kerakusan mereka tetapi timbul persoalan disini.....SIAPA yang sanggup tampil menghentikan calon-calon perosak ini?....SIAPA?. Tidak adakah seorang pemuda ahli UMNO yang merasakan mereka lebih layak dari KJ?. Jika tidak ada, Pakteh perlu akui bahawa saat kehancuran UMNO seperti yang diimpikan oleh Pakatan Haram Pembangkang akan tercapai dalam sedikit waktu lagi. Mungkin PRU14 UMNO masih wujud namun untuk mengimpikan dalam PRU15 UMNO seperti sekarang....maaf, kita membuat pilihan yang silap pada ketika ini. Jangan menyesal pada masa depan. Berbalik kepada DS Najib, apa beliau ada?. Menteri kabinet yang dilantik hari ini terkena sindrom senyap dan sunyi. Segala isu ditanggani secara takut kerana bimbang pemilihan UMNO. Mengharapkan ahli parlimen biasa mempertahankan UMNO seperti dilakukan Pakatan Haram Pembangkang, jauh panggang dari api. Kasihan dengan DS Najib. bai'ah anda penentu kepada jatuh bangun UMNO dimasa hadapan. p/s: Pakteh tegur ni apa yang terasa dihati. Atas kapasiti PM, pakteh amat menghormati PM. Atas kapasiti Menteri KBS, Pakteh amat hormati jawatan itu. Teguran ini setakat parti UMNO. Dah habis..??...Belum....Ini mukaddimah awal.Masih banyak nama belum disentuh. Paklah tak sebut pun...tengah glamer skang ni....sabar, masanya akan tiba.

Wednesday, August 14, 2013

Cubaan test run blog

Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Maaf...blog ada masalah. Mungkin mabuk ketupat kot.

Friday, June 28, 2013

Panas..!! Anwar terperangkap antara auta dan fakta

5 Mei 2013, BN kembali menerajui negara dengan kemenangan yang berkurangan berbanding 2008. Itu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan keyakinan Anwar bahawa BN akan kalah teruk. Entah lojik mana yang diguna pakai Anwar tidak dapat dipastikan tetapi aura semangat pada ketika itu ialah, ahli UMNO begitu teruja dan berkobar-kobar untuk mengundi. Apakah faktor ini gagal dikesan oleh Anwar?.

Anwar mungkin membaca dari satu sudut kebiasaan iaitu, undi kaum China akan menjadi penentu. Bacaan Anwar ini tidak ada peliknya kerana selama puluhan tahun undi kaum China memihak kepada BN dan kali ini Anwar yakin 100% bahawa kaum China akan berpihak kepada PR. Faktor inilah yang mendorong Anwar mempercayai 100% beliau akan menjadi PM menggantikan Najib.

Sebaik-baik perancangan ialah percaturan Allah SWT. Anwar terkhilaf dari satu sudut yang amat klasik iaitu undi ahli UMNO. Jika sebelum ini, ahli UMNO boleh dikatakan antara yang peratusan keluar mengundinya rendah. Pernah ada kawasan hanya menganggarkan 60% sahaja ahli UMNO akan keluar. Namun pilihanraya ke 13 ini menyaksikan semangat ahli UMNO yang begitu berkobar-kobar dan mereka keluar dengan satu tujuan, mengundi calon BN. Semangat ini juga terlihat ketika sebelum dan ketika tempoh berkempen. Ini sebenarnya disedari Anwar namun bacaan politiknya masih terlupa tentang peratusan keluar mengundi dan keyakinan undi kaum China.

Hari ini selepas beberapa hari mengangkat sumpah di Parlimen, wajarlah Anwar mengakui beliau seorang yang gagal. Jika Anwar berjaya menghalang ahli UMNO dari keluar mengundi, pasti PM Malaysia kini ialah beliau. Plan menakutkan pengundi itu ada dilakukan dengan konvoi bermotor yang bergerak ke semua kawasan malah flashmop di simpang-simpang jalan pada 2 malam terkakhir memang itu tujuannya. Malng sekali kerana ahli UMNO telah bersemangat dan tidak menghiraukan ugutan sebegini malah yang menjadi takut ialah generasi tua Pas dan golongan atas pagar. Akhirnya UMNO dapat menarik ramai ahlinya keluar mengundi dan undi dari beberapa golongan dalam Pas serta atas pagar memihak kepada BN.

Anwar perlu disedarkan bahawa beliau telah kalah. Parti beliau PKR mempunyai bilangan ahli parlimen yang sedikit malah banyak calonnya tewas jika nak dibandingkan dengan DAP dan PAS. Anwar perlu disedarkan bahawa kekalahan dalma PRU13 yang lalu adalah berpunca dari kelemahannya mengesan sesuatu yang sangat klasik iaitu undi dari ahli UMNO sendiri.

p/s: Kira kot mana pun...pusing kot mana pun....putaq pi la lagu mana pun....PM Malaysia ialah Najib dan Ketua Pembangkang ialah Anwar. Itu adalah hakikat yang diterima sendiri oleh Anwar.

Wednesday, June 26, 2013

Bashah mesti letak jawatan sebagai KPUNK

Buat gheja ni kena ikhlas
Kalau tak ikhlas...lama-lama orang akan nampak
Bila orang nampak...takut nanti lama-lama..orang kepak

Bashah sendiri dah habaq kata sedia undur diri dari jawatan nombor wahid dalam UMNO Kedah. Bukan susah nak faham jika semuanya ikhlas.
Mukhriz sendiri dah habaq beliau bersedia jika diberi tanggungjawab. Maknanya Bashah sedia memberi dan Mukhriz sedia menerima.....apa susah?

Susahnya bila bercakap dimulut tidak sama hasrat dihati. Bashah sebaiknya menyatakan hasrat kepada Presiden UMNO untuk mengundur diri. Jika tidak dilayan, Buat permohonan resmi, Jika tidak dilayan, Letak jawatan. Jika tidak dilayan....maknanya sudah sampai masanya Najib sendiri yang letak jawatan.

Jika di Selangor boleh ada perubahan, Mengapa di kedah yang sudah menang tidak boleh berubah? Apakah kerana Bashah amat cemerlang sebagai kepala Pilihanraya Negeri dalam PRU13 yg lalu? Sapa kata Bashah buat gheja hebat?....(tak perlu ulas panjang-panjang bab ni)

Pakteh bersuara pagi ni bukan saja soal blogger yang di anak kan dan di kera kan tetapi bila dok nampak Bashah main tarik tali dalam soal KPUNK sehingga menyukarkan keputusan politik dan kerajaan nak dibuat, beliau perlu ditegur atau diperingatkan.

Kawan-kawan tanya..."Bashah ni nak apa lagi?. DUN dapat, Timbalan Menteri dapat....kalau ikut hati kami....seblom PRU lagi dia dah tak layak sebagai winnable candidate". tudia...
Takkan nak tunggu pemilihan nanti baru nak habaq undur diri.....tak mungkin.

Cukup la tu...jangan menyusahkan bila ada ruang untuk memudahkan.

Najib.....undurkan Bashah...jangan nanti...yang dikejar tidak dapat...yang dikendong TERLEPAS....

p/s: Betoika Bashah dok nak lagi KPUNK....betoi la kot.
Sekadar meluahkan apa yang terbuku dihati....jangan marah dengan orang tua bangka seperti Pakteh ni...

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih