Friday, November 8, 2013

Dah selesai semua? Apa lagi..!!? Azam tahun baru...??

PRU13 dah selesai
Pemilihan UMNO dah selesai
PRK Sg. Limau dah Selesai

Apa lagi?

Malaysia masih kekal milik BN
Kedah dah kembali ke BN
Sik menang 3 - 0 kepada BN

Apa lagi?

Tunaikan segala janji. Jangan biarkan puak PR betul dengan tag janji dicapati.
Kembali kepada rakyat dan mula laksanakan tugas mengikut jawatan yang dianugerahkan. 

Apa lagi?

PRU14

Ya...jika blog ini wujud sebaik BN Kedah dan BN Malaysia dilanda tsunami, tidak salah blog ini terus menyuarakan rasa hati seorang tua yang hasratnya hanya satu, rakyat menerima khidmat terbaik dari BN. Jika terpaksa mengatakan sesuatu yang perit tentang ahli BN, tidak akan rugi untuk menyatakannya. Ahli pakatan haram PR memang dah tentu akan dikritik. Tetapi kebenaran tidak bernama dan tidak ada memilik. Ia boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. 

kerana posting terakhir artikel sebelum ini tentang PRK Sg Limau, Pakteh ucapkan setinggi tahniah kepada calon yang menang. Jadilah pemimpin yang baik. 

Mungkin tidak ada yang membaca artikel diblog seorang tua yang hanya tahu menebang buluh tetapi harus diingat.

Blog ini diwujudkan secara ikhlas tanpa paksaan
Blog ini juga tidak dibayar
Blog ini bertitle cap ayam sahaja
Blog ini jarang dikemaskini setiap hari
Namun blog ini ada penulisnya. Penulis blog ini boleh menulis apa sahaja yang tidak betul demi kepentingan rakyat. Walaupun status pemilik blog ini iaitu Pakteh secara terang terangan pro BN dan pakteh juga ahli UMNO, tidak semestinya segala keburukan ahli UMNO tidak boleh ditegur. 

Akhirnya: Blog Pakteh menyokong beberapa blog yang memberi maksud Pemuda UMNO (KP & TKP) gagal di PRK Sg Limau (Tetapi ada pemuda Bahagian yang perlu diberi anugerah cemerlang...Tahniah dari Pakteh). 

pakteh Kata: Betoika jawapan Menteri Agama tentang jualan murah semasa PRK Sg Limau secara kebetulan tu?

2 comments:

Anonymous said...

ALLAH MAHA KUASA. SUNGAI LIMAU MEMBUKTIKAN SIAPA YANG BELA HANTU. RUPANYA HANTU PAS SANGAT BESAR KAT S BESAR DAN B CHORAS. SATU LAGI. S LIMAU MEMBUKTIKAN MANUSIA BERNAMA KJ AND GENGNYA TERUS MENAMPILKAN PERANGAI KOTOQ. DIA AND THE GENG YANG MENGALAHKAN BN SEBENARNYA. SORRY KALAU SAYA SALAH. TAPI. INILAH CARA YANG CUBA DIBUAT MASA DMM BERTANDING DI JERLUN. SEMUA TAHU MENTOR KJ ADALAH NUAR IBRAHIM. APAKAH UMNO AKAN MEMBIARKAN AI KEDUA MENGHANCORKAN UMNO DARI DALAM. BIBIT-BIBITNYA DAH MULA KELIHATAN BUKAN. MINTA MAAF YA. SEKADAR FURASAT MATA HATI SAYA YANG DAH LAMA DALAM UMNO.

Pakteh said...

Xsalah komen tuan. Ada kebenarannya.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih