Wednesday, November 20, 2013

Siapa takut berubah?

Sekitar 1999, UMNO masih lena apabila beberapa anak muda memaklumkan Pas dan pembangkang lain menggunakan media baru seperti laman web dan chatroom untuk menyebarkan ideologi mereka malah lebih dasyat, segala fitnah dan adu domba menggunakan kaedah ini. Apabila kehilangan banyak kerusi parlimen dan DUN malah Terengganu terlingkup, sedikit kesedaran mulai timbul bahawa media baru adalah satu keperluan dan bukan lagi boleh dibuat main-main. PRU10 hampir 100% media maya dikuasai pembangkang malah tidak jika da sekalipun dipihak BN yang cuba bertahan, pasti hancur lebur. Ketika itu anak muda yang bersingsing lengan sanggup mencetak segala maklumat di internet dan disebarkan dikampung-kampung sehingga ramai yang terpedaya. 

Kelemahan PRU10 diambil iktibar sepenuhnya oleh kepimpinan tertinggi dan dipihak BN mulai ada pejuang maya yang muncul secara sukarela. Mereka bekerja secara rela hati tanpa paksaan untuk mematahkan hujah fitnah pembangkang dan akhirnya, PRU11 BN menang bergaya dengan nilai tambah yang ada pada Pak Lah. 

Sayangnya....untuk menghadapi PRU12, jentera maya yang sudah ampuh ini disepak terajang secara zalim sehinggakan sukar untuk bangun menentang pembangkang kerana dimusuhi oleh BN sendiri. Natijah dari kerosakan dalaman ini dan ditambah dengan kekuatan jentera maya pembangkang yang saban hari melagukan segala fitnah dan rekayarsa jahat, BN boleh di anggap lingkup dan tertangkup. Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang diambil oleh pembangkang. 

Sejak itu, Blog ini dan banyak lagi blog yang cintakan UMNO/BN muncul secara sukarela untuk mempertahankan BN. Sejak 2008, niat hati hanya inginkan BN kembali kuat dan gagah. Tidak ada niat lain samada untuk meraih laba atau mencari kuasa, tidak ada dan sehingga hari ini dan akan datang...blog ini akan sentiasa begini. 

Pakteh menilai dengan rasa gundah gulana prestasi BN dalam PRU13. Bayangkan dengan berbiliion ringgit yang dilaburkan oleh DS Najib, rakyat secara undi terbanyak menolak BN. Cuba nilaikan apa yang dilakukan oleh pembangkang untuk meraih undi popular?. Demostrasi...ya...itu sahaja dan tidak ada lain namun gagal ditangani oleh DS Najib dan barisan kabinet beliau.

BN dibawah DS Najib masih GAGAL menangani perang persepsi. Kewujudan jentera siber termasuk bertaraf nyamuk @ cap ayam seperti blog ini masih GAGAL mewujudkan persepsi baik kepada rakyat. Dimana silapnya?

Mengapa jentera maya pembangkang masih utuh dan berjaya memberikan persepsi buruk kepada kerajaan BN?. 

Buat masa ini, DS Najib kelihatan masih suka bermain secara bertahan.....percayalah...dalam bola sepak....kaedah pertahanan terbaik ialah dengan menyerang. Jika kaedah DS Najib hari ini terus digunakan.....lambat laun...jika tidak PRU14, mungkin PRU15 BN sudah menjadi pembangkang.

Lakukan sesuatu.....kegagalan menangani PERSEPSI BURUK oleh rakyat perlu segera diatasi.

p/s: harus diingat.....rakyat bawahan tetap akan memandu teksi, menoreh getah, menebang buluh, mencari rotan, menjala ikan walau siapapun memerintah.....jadi jika persepsi BN sentiasa dilihat buruk....ada aku kisah nak undi PR?


No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih