Tuesday, July 31, 2012

Beza Nik Suryani dan Blogger Pas Kedah

Tahniah kepada NikSuryani yang cekal berjuang mewakili negara walaupun berbadan dua. Seingat Pakteh....Makteh dulu-dulu kalau dah 8 bulan mengandung.....jangankan angkat senapang...pistol simpanan di rumah pun dah mampu dipetik.....
walaupun tewas, Nik Suryani masih mampu membidik mengenai sasaran dan ini membuktikan arah tembakannnya tepat....

Jauh berbeza dengan rakan blogger dari Pas Kedah yang sejak kebelakangan ini menjual cerita kosong malah sesekali menimbulkan rasa simpati Pakteh kepada kedaifan mereka.  Mungkin terpengaruh dengan cara harakan yang memuatkan cerita secara mudah iaitu menarik minat penyokong biarpun fakta dan data amat jauh berbeza dari cerita yang dibawa.

Ambil contoh blog Kedah La yang sering menukilkan cerita ala-ala dongengan yang berkisarkan kepada agakan atau telahan kosong, Pakteh sering menemui kelemahan dari segi kekuatan bukti yang diberikan. Mungkin juga Saudara Zul Yahya menjadi sumber rujukan untuk menampilkan penceritaan dalam blog Kedah La kerana Zul Yahya terbabit secara langsung dengan Harakah....sudah pasti...lengkok tarinya akan kelihatan sama.

Permulaan mengenali watak Zul Yahya...beliau memperkenalkan seorang penulis blog yang dikatakan berpaling tadah di awal 2012. Dari situ sudah timbul rasa simpati Pakteh kepada beliau kerana begitu mudah termakan cerita dari sumber yang berpewatakan talam banyak muka. Percayakah Zul Yahya jika manusia yang sama yang Zul Yahya makan karipap bersama pada sebelah petangnya...menghubungi Pakteh berkali-kali....bercerita...merayu....berpuitis...menangis....untuk mengambarkan betapa tertekannya apabila terpaksa mengakui dirinya kini blogger Pas. Individu yang sama menghubungi blogger lain dengan menangis dan bersumpah mengatakan setianya masih dengan UMNO.

Percayakah Zul Yahya...Pakteh yang mati-mati percaya dengan individu ini mempertahankan tindakan individu ini sedangkan pada waktu yang sama Zul Yahya dan beliau enak menikmati karipap sambil menuduh blogger UMNO ini merupakan blogger upahan....hehehe....sebab itu Pakteh pernah berpesan(kalau masih ingat)...hati-hati dengan watak sebegini.

Melihat kepada betapa mudahnya penulis dokongan Pas mempercayai sumber berita.....Pakteh tidak hairan apabila blogger UMNO kini dituduh dengan berbagai cercaan dan fitnah yang tidak benar. Senjata yang sejak dahulu tidak pernah menembak dengan tepat mula mengelabah dan risau apabila memikirkan PRU13 semakin hampir namun musuh masih sukar dikesan. Pakteh percaya tembakan kini sengaja dihalakan kepada individu dan blog tertentu dengan andaian akan tercipta atau terpancul kelemahan musuh.

Percayalah......tembakan rambang malah amat tidak tepat tidak akan meninggalkan kesan kepada musuh dan buat masa ini, Kedah La masih gagal untuk melukai blogger UMNO malah untuk memberikan sedikit gurisan luka di hujung kaki kiri juga...Kedah La masih tidak mampu.

Penulisan dari blogger UMNO yang sarat dengan fakta mana mungkin dapat ditumbangkan dengan hujah auta dari blogger Pas?. Apatah lagi semangat yang lahir dari hati bukan untuk agama, bangsa dan negara tetapi kepada parti dan wang ringgit....tentu nukilan yang terukir adalah nawaitu jahat semata-mata.

Buat masa ini, Kedah La perlu belajar dari Kedah Times, TMK Team dan lain-lain blogger UMNO bagaimana untuk mengeluarkan artikel yang benar-benar ada nilai, bukan sekadar mengilai........

p/s: Tak perlu sibuk mencari siapa PadiJantan, Pakteh, TMK, Kedah Times, Sobri Sudin, AloqStaq tetapi tumpukan kepada fakta yang benar.....barulah Kedah La boleh menembak tepat seperti Nik Suryani. Kesian kat Bro Sanusi sebab percaya cerita hangpa...hehe...

lagi satu.....kononnya kalau dah kenal sapa Pakteh...senang depa nak luku kepala kalau pakteh pemmuhong.....aduih....skang bukan zaman undang-undang purba....bukan hidup zaman hang tuah....hehe.


Tuesday, July 24, 2012

Fitnah atau Konspirasi

Hang Tuah difitnah oleh pembesar istana kononnya bersundal/bermukah dengan dayang istana, tanpa usul periksa, Hang Tuah dijatuhkan hukuman mati....

Itu dulu...zaman iPad dan FB belum wujud....

Kini fitnah amat mudah tersebar namun pokok pangkal kepada permulaan fitnah harus disiasat kerana kadangkala fitnah dicipta oleh mangsa demi keuntungan tertentu.

Ada artis sanggup difitnah demi menaikkan nama yang telah suam-suam kuku. Malah ada artis sanggup menimbulkan kontroversi demi menyambung hayat dalam dunia seni.

Politik juga satu seni.....hanya ahli yang pakar sahaja akan terus berjuang dalam bidang seni berpolitik ini. Tun Mahathir, DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, TG Nik Aziz, TG Hj Hadi, Ibrahim Ali, Rais Yatim dan DS Najib telah membuktikan mereka pakar dalam seni politik. Siapa boleh nafikan sejak 70an hingga kini, tokoh2 inilah yang mendominasi pentas seni politik. Ahli lain sekadar pelakon tambahan atau penyedap rasa kepada seni yang dicipta.

Kerana itu, Pakteh tidak terlalu melatah apabila timbul isu Setpol MB Kedah ditahan SPRM kerana rasuah RM1.3J.

Blog Tn Hj Sanusi memuatkan artikel yang menuduh seolah-olah punca isu ini dibuat musuh politik secara nyata iaitu UMNO melalui seorang individu berkepala botak yang akhirnya dinamai sebagai Sobri Sudin. Pakteh berpendapat agakan sebegini agak mudah bilamana menuduh musuh tradisi secara fisikal atau lahiriah membuat honar bagi menjatuhkan pihak lawan....terlalu mudah.

Pakteh berpandangan Tn Hj Sanusi perlu memperincikan tuduhan/agakan beliau dengan menilai setiap isu yang timbul. Bolehkah jika kita anggap isu ini juga boleh dimainkan musuh dalaman beliau. Faktor ini bagi Pakteh lebih sesuai jika nak dibandingkan dengan menuduh pihak UMNO/Blogger UMNO sebagai penyebab.

Fikirkan siapa untung jika Tn Hj Sanusi mengalah dan tertewas?

Apa untungnya UMNO?....Fikirkan kemungkinannya...

TETAPI apa untungnya pesaing beliau dalam PAS jika BENAR Sanusi tertewas.....

Fikir-fikirkan...............

Sunday, July 22, 2012

Gempar...!! Sanusi Setpol MB Kedah DIPECAT kerana rasuah 1.3 Juta??

Rakan dari ibu negerinya Alor Setar call Pakteh.....

Awal ramadhan ni ada baiknya berita yang terpapar adalah berunsurkan nasihat, pengajaran dan pedoman. Pakteh bukan berniat mmebawa berita fitnah atau khabar angin tetapi ada berita yang sampai ke telinga Pakteh memaklumkan Tn Hj Sanusi Md Noor yang Pakteh hormati bakal/akan/telah dipecat dari jawatan kerana rasuah 1.3 Juta?

Untuk bersangka baik, Pakteh harap berita ini cuma palsu

Penyebaran berita sebegini mungkin disebarkan oleh banyak pihak apatah lagi Tn Haji Sanusi sendiri ada menulis soal serangan sebegini dalam FB beliau. Mungkin ini adalah satu lagi siri serangan terhadap beliau.

Apapun...sebagai peminat politik tanahair, Pakteh akan tunggu dan lihat dan untuk ulasan yang lebih terperinci...ada baiknya Pakteh tunggu berita lanjut kerana ada maklumat yang tidak sesuai dipaparkan kerana jika tidak benar, Pakteh boleh dianggap menipu....apa lagi bulan ramadhan niii......

Selamat Berpuasa....

Thursday, July 19, 2012

Promo Balak siri 1 : Sanusi Setpol...janji tinggal janji

Sebagai mukaddimah kepada isu balak di kawasan Lasau, Sik Kedah....Pakteh bangkitkan kembali beberapa isu berkaitan Balak di Negeri Kedah.

1. Balak di Baling
2. Balak di Tasik Pedu
3. Balak di Kubang Pasu/Changlun
4. Balak di Sik

Pakteh ulaskan sikit tentang balak di Sik

- Ketibaan ramadhan tahun 2010 disambut dengan musibah apabila banjir lumpur merosakkan rumah penduduk kampung di Chepir. Penduduk kampung menyalahkan pembalakan tidak terkawal yang baru berlaku sejak Pas memerintah menjadi punca utama kepada banjir lumpur tersebut

- Balak di Sg Pau, 200 meter dari jalan masuk ke rumah Setpol MB, Tn Haji Sanusi Md Noor. Projek Keli K yang gah kononnya menyebabkan balak-balak diCURI dan khabarnya Setpol MB yang hebat ini tidak menyedari projek angkut balak tersebut.


Hidangan sahur yang belum sempat dijamah ketika banjir melanda


Mukaddimahnya.....

tunggu......

Pakteh tunggu jawapan dan artikel terkini dari Tn Haji Sanusi Md Noor, Setpol MB Kedah yang berjanji akan menjelaskan kepada pembaca berkaitan gambar isu pembalakan di Baling. Rujuk artikel beliau bertarikh 30 Mei 2012. Story yang dok tunggu-tunggu tak kunjung tiba.....

Bolehkah ini dianggap janji tinggal janji DAN memperakui bahawa memang inilah tabiat ahli Pas dari orang bawah sampai orang atas......Janji tinggal janji.....

patut la janji manifesto PR banyak sangat yang TIDAK DITUNAIKAN.

Selepas selesai................................Pakteh ulaskan sikit demi sikit Balak di Lasau.....dan apa kaitannya Balak dan Pasir.....Pasir dan Air....

Eh eh....ini bukan kes Keli K vs Balak vs Pasir.......hehe...jangan terasa Setpol MB. Tapi memang la Keli K besaq2 di Sg Pau.....besaq jengkaut Pasiaq...haha (tapi dengaq kata pasiaq tukaq jadi selut.....ada untung?)

Wednesday, July 18, 2012

Balak dan Pas...sudah tak boleh dipisahkan...

Buluh banyak nak kena tebang hari ni...tak sempat Pakteh nak tulis tapi keasyikan Pakteh menebang buluh sedikit terganggu dengan kes Balak di Lasau, Sik Kedah....

Senang cerita Pakteh dah dua kali bersabung nyawa ikut lori balak dari Gulau ke Pekan Sik....dok pikiaq mai mana balak-balak ni...
Dalam hati dok menyumpah sebab bawak Balak melebihi muatan........ingatkan itu ja masalahnya...

Ghupernyer ada lagi masalah lebih besar...........................................

Tunggu....banyak sangat buluh nak kena tebang....nanti Pakteh cerita betapa rakusnya puak-puak Pas bila sebut tentang Balak.

Tuesday, July 17, 2012

Kalau dah TAIK tu...pegang apa pun terbau busuknya

hehehe.....Sasterawan Negara dulu buat karya Shit...sedap bunyinya...busuk lagi membusukkan..
hehehe....Pakteh tengok bila Taik pegang taik...bunyinya tetap busuk...
Sebab tu bila Pas perintah kelantan...bunyinya tetap sama....Air..Air....Air...
aduih...semudah menguruskan Air pun hancoq...apa lagi nak jaga negara....

Kedah pun sama....buka paip kluaq angin....bayaq bil utk ayaq...yang depa bagi angin...betoi-betoi masuk angin kluaq asap....betoi-betoi busuk lagi membusukkan...

Selangor.....hahaha...ini lagi kartun......Kelantan dan Kedah sekurang-kurangnya cuba baiki kelemahan...tapi Selangor dah jadi kura-kura dalam perahu.....

Bayangkan Rakyat Selangor perlukan Air Terawat...Khalib Brahim pi dok jaja empangan-empangan dalam Selangor masih penuh airnya.....Exco berkaitan pun turut dendangkan irama yang sama...

Sapa kata Air Mentah tak cukup....masalah sekarang ialah Air Terawat......
Nak rawat air perlu loji...seperti juga nak rawat orang perlu hospital.....kalau takdak hospital..hangpa timbun bertan-tan ubat dan medic tool pun tak berguna.....

Jadi ayaq empangan di Selangor yang katanya berlambak-lambak tu...camna nak rawat kalau semua loji dah melebihi kapasiti pengeluaran.....

Hari ni Exco melalui Malaysiakini keluarkan kapasiti air mentah di empangan dalam Selangor...
ADA BAIKnya puak SYABAS keluarkan kapasiti pengeluaran di semua loji yang ada.....

Nak tipu rakyat mudah tapi ingat...bukan semua rakyat bodo.....hehe....

Kalau suruh khalid Brahim minum ayaq empangan yang katanya melimpah2 tu...mau ka....betoi2 putar sigh la.....
Cara untuk tingkatkan pengeluaran salah satunya tambah loji sebab dimaklumkan kapasiti pengeluaran terkini sudah maksima.......teramat asas bacaa kira-kiranya tapi Khalid Brahim buat kura-kura dalam perahu...

Kerana politik taik....Seluruh rakyat Selangor, KL dan Putrajaya tercium bau busuknya....

Friday, July 13, 2012

Edisi Bongkar..! Kedahla DEDAH & BONGKAR Kepincangan rancangan jahat Anwar berkaitan Petronas

Melihat kepada tajuk yang diberikan oleh Kedahla...WOW...."Petronas jadi lubok duit pemimpin UMNO, Nak wat gena..biaq penyamun perintah Malaysia" Tajuk yang secara khusus dan jelas merujuk kepada pemerintahan BN/UMNO sejak petronas ditubuhkan hingga kini.

Agak panjang artikel yang dikeluarkan dan Pakteh tercari-cari penulis artikel tersebut samada Saiburi Sudin ka, Mat Kering Bakaq Bata kaa atau Tok Senapi..ermm..mungkin Pak Dee Jantan. Rupanya bukan depa semua yang tulis...bukan...patut jauh betoi jalinan ayat dan ruang lingkup topik yang dibicarakan.

Secara umum, Pakteh akui penyunting artikel ini, Bill Tarrant dan Michael Williams membuat kajian terlebih dahulu sehingga mengetahui agak mendalam data-data yang dikeluarkan. Laporan tambahan oleh Rosenberg Mica di Mexico City dan Yantoultra Ngui di Kuala Lumpur turut menyedapkan lagi isi kandungan artikel tersebut dan yang paling penting terjemahan ke Bahasa Melayu oleh Hasani Mohamed memudahkan orang tua kampung seperti Pakteh memahami apa yang disampaikan.

NAMUN...secara khusus.....tulisan ini sekadar jasad tanpa roh. Tulisan yang hanya lahir secara fizikal tetapi tidak disertakan dengan aura dari hati. Pakteh tidak ambil peduli tentang ini kerana sedar penulisnya bukan bernama Abu bin Kasim atau Sanusi bin Leman. Jadi apa nak diherankan jika penulisannya sekadar seperti kakak tua yang mampu berkata-kata tetapi tidak memahami apa yang dituturkan.

Intipati yang boleh Pakteh dapat dari artikel tersebut (boleh rujuk di blog Kedahla) ialah:

1. Petronas berjaya dibangunkan oleh kerajaan sejak penubuhannya pada 1974 Petronas ialah satu-satunya Syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune Global 500, Ianya tempat teratas di seluruh negara Asia Tenggara. Eh eh...kalau penyamun yang jaga...mampu tersenarai? jangan main belakang bro....sat hang kata Penyamun jaga tapi dok publish artikel yang mengakui Petronas hebat. Ikhlas Pakteh tanya...dari 1974 sampai 2012 ni....berapa kali Pas atau pembangkang jaga Petronas?. Jika dah Petronas berjaya...itu membuktikan apa? Jangan la bewak pun sanggup kata burung demi nak tegakkan benang yang basah.

2. Bila syarikat milik kerajaan, pasti halatujunya sedikit sebanyak akan mengikut arah kehendak kerajaan. Jika ada kakitangan yang merasakan syarikat tersebut berjalan seperti yang dikehendaki secara individu apabila terpaksa menurut tuan yang menubuhkannya...agak-agak sapa yang kena blah?...kerajaan Malaysia atau pekerja di Petronas. Bersyukurla dapat kerja di Petronas....Tanya Rafizi kalau nak tau...

3. Artikel ini menulis CEO dan pegawai atasan dilantik melalui perkenan PM, Apa masalahnya?....Syarikat pun milik kerajaan, takkan nak mintak perkenan Anwar Ibrahim. Tetapi sistem yang sama digunakan sejak dulu hingga Petronas kini menapak mercu kejayaan.

4. Pas dok riuh satu Malaysia kata Petronas rizab minyak banyak..sebab apa tak turunkan harga minyak. Pasai pa Brunei boleh buat. Terang lagi bersuluh artikel ni dah habaq...Malaysia ni rizab minyak dia cuma rangking ke 28 dunia ja. Jadi kepada paklong-paklong di kampung...jangan dok kena tipu dah dengan ceramah pemuhong Pas.

Artikel yang dikeluarkan mengambarkan kerajaan sepatutnya jangan ambik banyak sangat duit dari petronas. "Pada Khamis, syarikat itu mengumumkan ia telah memperolehi Syarikat "Joint-Venture" Kanada nya, Progress Energy Resources Corp, pada harga US$ 4.7 bilion. Beliau mengumumkan lebih banyak lagi selepas ini.

"Untuk melakukan itu, kita perlukan tunai," kata Shamsul dalam ucapannya

Setakat hari ini...itu sahaja yang digunakan oleh Kerajaan BN pimpinan Najib dan PM terdahulu.

Mari kita sama-sama nilaikan apa pula JANJI ANWAR?

1. PTPTN.........Hapus dan kos pengajian gunakan WANG PETRONAS.......Jika belum guna wang petronas untuk kos pengajian di IPT pun Petronas kata mereka perlukan tunai............APA akan jadi jika langkah Anwar ini dilaksanakan? Terima Kasih Kedahla kerana membuktikan hasrat Anwar dan PR tu silap dan salah dan berniat jahat iaitu menghancurkan Petronas......eh eh...Pas dalam PR laa....soriii..

2. Kos kenaikan harga minyak. Masih ingat debat Anwar dengan Ahmad Shabery?.....Anwar nak tampung lagi kenaikan harga minyak dengan wang Petronas....eh eh......

Agak-agak jika kerajaan BN hari ini yang berjaya membawa kegemilangan hebat kepada Petronas hingga mahsyur di seluruh dunia PUN dituduh PENYAMUN............KATEGORI mana pulak kita nak letakkan ANWAR?......peliwat Petronas atau pembalun Petronas atau apa?.....Harap Kedahla boleh berikan jawapan.

Akhir kalam....juga dari artikel yang sama yang Pakteh petik dari kedahla...."Sebagai syarikat minyak negara, Petronas mempunyai reputasi yang baik bagi tadbir urus. Pada 2011 Kertas Kerja Bank Dunia mengenai tadbir urus dan prestasi syarikat-syarikat minyak nasional meletakkan Petronas sedikit melebihi purata global"

Hehe...sebenarnya Pakteh dan blogger tak perlu pun buckup kerana artikel itu sendiri telah membuktikan betapa hebatnya BN/UMNO membawa kegemilangan kepada Petronas.

p/s 1: Biaq betoi......takkan Kedahla sengaja nak siarkan artikel ni untuk kenakan ANWAR.....

p/s 2: Agak-agak jika Petronas bukan GLC.....apakah CEOnya akan bernama Abu bin Kasim atau Leman bin Dolah?.....Fikir-fikirkan............

Wednesday, July 11, 2012

Exco Pas Khianati MB Azizan



Pertambahan pusat hiburan malam di Kedah Pakteh lihat sebagai satu uasaha jahat Exco Pas yang diberi amanah menjaga hal2 tersebut.

Hendak disalahkan pegawai kerajaan, yang meluluskan dan lebih berkuasa ialah exco...jadi Pakteh lebih ingin mempercayai...hasrat sebenar exco ini adalah...menjerut leher MB Azizan yang sering tak tau apa-apa dengan permasalahan maksiat sebegini.

Jangan menuding jari kepada UMNO atau pegawai kerajaan yang dituduh pro UMNO tetapi tuding jari kepada exco yang berniat jahat menjatuhkan air muka MB Azizan.

Tuesday, July 10, 2012

Penyerang Dikenalpasti....idea Anwar meracuni rakyat mula memakan korban

Sejak dipecat kerana meliwat dan berzina dengan lelaki dan wanita, Anwar sering menuduh kerajaan zalim. Namun sejak kebelakangan ini, suaranya diubah kepada mengajak rakyat menjatuhkan kerajaan melalui jalan pintas.

Rakyat dimomokkan betapa jahatnya BN/UMNO sehingga menjadi satu kewajipan setiap umat Islam untuk menjatuhkan pemerintah yang ada. Anwar berucap diseluruh pelusuk negara betapa rakyat perlu bangkit. Percubaan menjadikan dataran Merdeka seperti dataran Tahrir GAGAL. Anwar tidak pernah jemu membohongi rakyat malah lebih teruk lagi..Anwar secara konsisten berhasrat menjatuhkan kerajaan secara anarki.....

Hasilnya.....remaja yang terpengaruh lupa diri dan mengabaikan pelajaran. Tugasan sepatutnya di dewan kuliah dibawa ke jalanan.

Terbaru.......serangan ala samurai di JPM pada tanggal 09/07/2012, sedikit sebanyak perkaitannya dengan Anwar ataupun Pakatan Rakyat atau lebih khusus Pas boleh dijadi diterlibatkan. Pakteh tidak menolak kemungkinan ini kerana melihat kepada Blog dan FB penyerang tersebut....suaranya 100% sama seperti suara Anwar/PR/PAS
1. Membenci raja-raja
2. Membenci pasukan keselamatan
3. Membenci pemerintah
4. Membenci ulama iaitu Harunsani dan Noh Gadut.

Lihat pendedahan individu tersebut kamerakupang yang menyedut dari penembak tepat

Apakah kita perlu menunggu hingga puluhan, ratusan atau ribuan nyawa melayang baru ingin mempercayai bahawa Anwar ini memang perosak keamanan negara?

Monday, July 9, 2012

Lagi berita sampah dari blog kedahla...

Kalau pemimpin Pas tidak mengiktiraf Kedahla...Pakteh takkan ambik kisah...tetapi ada dikalangan general dan Panglima kalangan pimpinan Pas Kedah seolah2 beranggapan blog Kedahla lidah rasmi mereka. Sehubungan itu Pakteh perlu menilai berita yang dipaparkan seolah2 dari kelompok mereka yang bermaruah dan ada integriti.

Bagaimana kes di nunnnn jauh dari Malaysia dihubungkait dengan UMNO dan bilamana membaca artikel tersebut.....1% pun tidak ada sangkut paut. Paling-paling tidak pun.....biaq la ada 0.5% perkaitan.....betul-betul sampah....
 apa berita sampahnya?......sila pi baca sendiri disini, haha...promosi blog depa secara percuma dari Pakteh

Friday, July 6, 2012

KedahLa sumber putar Pas kedah sejak kebelakangan ini...

jarang Pakteh nak ambik pusing apa tulisan blog Kedahla kerana Pakteh faham tujuannya hanyalah untuk spin isu yang sudah tak mampu dipertahankan oleh Pas Kedah atau Pas Pusat. Bagi Pakteh tujuan asalnya adalah bagus iaitu menjadi benteng mempertahankan parti.

Apa yang tidak bagusnya Kedahla ialah tulisannya terlalu spin atau terlebih sampai ada isu nampak seolah-olah cuba memperbodohkan pembaca. Ini juga turut berlaku kepada beberapa blog pendokong BN/UMNO dan Pakteh tidak berminat dengan cara sebegini. Mungkin ada juga satu atau dua artikel Pakteh yang TERjadi sedemikian dan nampak begitu bodoh berbuat demikian. Cuma dalam soal Kedahla....hampir selalu kita akan temui artikel sedemikian.

Terbaru isu minyak RON97 diturunkan harga...mengapa dipertikaikan apabila kerajaan mewar-warkan penurunan?. Lebih teruk dipertikaikan mengapa hanya RON97 yg diturunkan tetapi tidak RON95...

Semua2 penulis dalam Kedahla tu rasa pakteh orang hebat2...jadi sengaja xmau faham atau memang tak faham...hehe..

RON95 kekal harganya walau ada kenaikan pada harga minyak dunia.

Pernah ada sorang mamat mengamuk bila RON97 mengalami kenaikan harga....mengamuk dan terus mengamuk....selepas tak tahan melihat amukan bodoh mamat tersebut...soalan mudah terpacul dari mulut pakteh......hang guna RON95 ka RON97?.........RON95..selamba ja jawab mamat ni.....Laaaa...yang naik tu RON97 balas Pakteh.......merah padam muka.....

Untuk Kedahla....cari isu lain la yang lebih best.......isu lapuk ni rakyat dah faham dahhh.....xboleh nak spin n konar baring lagi.......maluuuuu

Wednesday, July 4, 2012

Mahfuz sekali lagi menunjukkan siapa dirinya yang sebenar

Artikel ini merujuk kepada kenyataan Mahfuz seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini bertarikh 3 July 2012 tulisan Abdul Rahim Sabri

Rezeki ni kekadang ada..kekadang tiada
Kekadang lambat...kekadang cepat
Kekadang susah...kekadang senang..

Adat menebang buluh, kalau hari hujan....nasib badan la...jika bernasib baik, sebelum turun dari rumah, hujan dah sampai...alamat terus berselimut sampai ke tengahari la....nasib malang jika buluh dah ditebang, hujan lebat sampai......basah kuyup la segala anggota....

Pagi tadi hujan lebat...Pakteh tak sempat masuk hutan untuk tebang buluh....alang-alang dah keluar rumah...Pakteh lepak-lepak di Kedai kopi yang pelanggannya majoriti penjawat awam. Malu pun ada segan pun ada....maklumla....compang camping baju Pakteh ni maqamnya mana nak sama dengan depa segak berkasut kilat. Namun apakan daya...Pakteh kena lepak jugak sebab motor kapcai pakteh mana ada bumbung......

enak-enak Pakteh menghirup kopi o panas....ermmm..Nun di meja hujung mula kedengaran bersuara perihal  Tan Sri Abu Bakar Abdullah , bekas ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam yang ditamatkan perkhidmatan pada 1 Julai yang lalu. Dek kerana Pas melalui Mahfuz begitu lantang memperjuangkan Tan Sri Bakaq dan mengaitkan isu ini dengan 1.4 juta penjawat awam, Pakteh yang kerja tebang buluh pun tumpang sekaki dengaq apa puak-puak makan gaji ni nak kata.

Majoriti 100% ahli persidangan meja kopi di kedai pagi tu sependapat, Tan Sri Bakaq wajar ditamatkan. Kerosakan yang dibuat bukan sahaja kepada diri sendiri yang gagal mengesan kelemahan SBPA tetapi beliau hampir-hampir memusnahkan sistem yang sekian lama diamalkan.

Untuk pengetahuan Mahfuz (mewakili suara Pas)....dapatan pakteh dari persidangan meja kopi penjawat awam pagi tadi ialah

1. 1.4 juta penjawat awam dan rakyat tidak ambil endah apa yang berlaku kepada Tan Sri Bakaq. Mereka lebih memikirkan apa lagi PM nak umum untuk penjawat awam berbanding isu ini.

2. PM Dah umumkan pada 2011 bahawa Peningkatan gaji ialah 9% hingga 13%. Soalan geng meja kopi...berapa kenaikan untuk JUSA dan entah apa jawatan yang menjadi isu?.....100% Bang Bean....100%. Lebih teruk lagi khabarnya kenaikan itu sudah dimasukkan ke akaun masing2......Eh eh....Ini kecik punya kes ka?.....

3. Apa akan jadi jika sistem yang terang-terangan lemah dan dipertikaikan hampir semua penjawat awam ini diteruskan......Kerajaan Najib yang akan dipertanggungjawabkan sedangkan kelemahan awal adalah diperingkat Penjawat Awam yang ketuanya Tan Sri Bakaq.

4. Untuk makluman YB mahfuz juga....siapa yang mula gubal SBPA tak penting...yang penting sebagai pengganti...amanah yang beliau pikul perlu dijalankan. Jika jawapannya sekadar tidak tahu atau kurang arif, bagaimana beliau boleh yakinkan PM sehingga umumkan SBPA dan akhirnya akur dan dimansuhkan semula SBPA.....agak-agak berapa punya besar kerosakan yang dibuat?.

5. Berapa ramai penjawat awam yang ambil peduli isu ini?....betul2 kaki kelentong la Bang Bean....1.4 juta tu bermaksud 100%.....Banggg...biar betul....jangan malukan Pas banggg...

6. Semua rakyat Malaysia inginkan kepastian?....betoika bang...Pakteh tak ingin pun....apa hal nak ambik peduli...lain la kalau isu buluh....ada kes jugak dengan pakteh.

Akhirnya...apa yang Pakteh nampak....sesiapa sahaja yang dilihat mampu dijadikan isu....PR @ Pas akan perkudakan demi keuntungan politik busuk mereka. Lebih molek jika Tan Seri Bakaq turut termakan hasutan dan menyertai mereka...WOW.....pasti kesilapan anda semasa menjawat jawatan tidak akan ditimbulkan oleh Bang Bean.

Memecat penjawat awam (apatah lagi berpangkat ketua pengarah JPA) bukanlah perkara yang mudah.....nak pecat Pembantu Am pun amat-amat sukar...apatah lagi sebegitu tinggi pangkatnya. Pasti ada klausa tertentu yang mengsabitkan beliau sehingga di pecat.

Eh Eh....Zul Nordin dan Hassan Ali dah kena pecat dari PKR dan PAS?....mudahnya kena pecat.....apa puncanya?.....dipanggil mengadap J/K Disiplin?.....siapa anggotanya?.......Ermmmmmmm...patut laaa......

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih