Friday, July 13, 2012

Edisi Bongkar..! Kedahla DEDAH & BONGKAR Kepincangan rancangan jahat Anwar berkaitan Petronas

Melihat kepada tajuk yang diberikan oleh Kedahla...WOW...."Petronas jadi lubok duit pemimpin UMNO, Nak wat gena..biaq penyamun perintah Malaysia" Tajuk yang secara khusus dan jelas merujuk kepada pemerintahan BN/UMNO sejak petronas ditubuhkan hingga kini.

Agak panjang artikel yang dikeluarkan dan Pakteh tercari-cari penulis artikel tersebut samada Saiburi Sudin ka, Mat Kering Bakaq Bata kaa atau Tok Senapi..ermm..mungkin Pak Dee Jantan. Rupanya bukan depa semua yang tulis...bukan...patut jauh betoi jalinan ayat dan ruang lingkup topik yang dibicarakan.

Secara umum, Pakteh akui penyunting artikel ini, Bill Tarrant dan Michael Williams membuat kajian terlebih dahulu sehingga mengetahui agak mendalam data-data yang dikeluarkan. Laporan tambahan oleh Rosenberg Mica di Mexico City dan Yantoultra Ngui di Kuala Lumpur turut menyedapkan lagi isi kandungan artikel tersebut dan yang paling penting terjemahan ke Bahasa Melayu oleh Hasani Mohamed memudahkan orang tua kampung seperti Pakteh memahami apa yang disampaikan.

NAMUN...secara khusus.....tulisan ini sekadar jasad tanpa roh. Tulisan yang hanya lahir secara fizikal tetapi tidak disertakan dengan aura dari hati. Pakteh tidak ambil peduli tentang ini kerana sedar penulisnya bukan bernama Abu bin Kasim atau Sanusi bin Leman. Jadi apa nak diherankan jika penulisannya sekadar seperti kakak tua yang mampu berkata-kata tetapi tidak memahami apa yang dituturkan.

Intipati yang boleh Pakteh dapat dari artikel tersebut (boleh rujuk di blog Kedahla) ialah:

1. Petronas berjaya dibangunkan oleh kerajaan sejak penubuhannya pada 1974 Petronas ialah satu-satunya Syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune Global 500, Ianya tempat teratas di seluruh negara Asia Tenggara. Eh eh...kalau penyamun yang jaga...mampu tersenarai? jangan main belakang bro....sat hang kata Penyamun jaga tapi dok publish artikel yang mengakui Petronas hebat. Ikhlas Pakteh tanya...dari 1974 sampai 2012 ni....berapa kali Pas atau pembangkang jaga Petronas?. Jika dah Petronas berjaya...itu membuktikan apa? Jangan la bewak pun sanggup kata burung demi nak tegakkan benang yang basah.

2. Bila syarikat milik kerajaan, pasti halatujunya sedikit sebanyak akan mengikut arah kehendak kerajaan. Jika ada kakitangan yang merasakan syarikat tersebut berjalan seperti yang dikehendaki secara individu apabila terpaksa menurut tuan yang menubuhkannya...agak-agak sapa yang kena blah?...kerajaan Malaysia atau pekerja di Petronas. Bersyukurla dapat kerja di Petronas....Tanya Rafizi kalau nak tau...

3. Artikel ini menulis CEO dan pegawai atasan dilantik melalui perkenan PM, Apa masalahnya?....Syarikat pun milik kerajaan, takkan nak mintak perkenan Anwar Ibrahim. Tetapi sistem yang sama digunakan sejak dulu hingga Petronas kini menapak mercu kejayaan.

4. Pas dok riuh satu Malaysia kata Petronas rizab minyak banyak..sebab apa tak turunkan harga minyak. Pasai pa Brunei boleh buat. Terang lagi bersuluh artikel ni dah habaq...Malaysia ni rizab minyak dia cuma rangking ke 28 dunia ja. Jadi kepada paklong-paklong di kampung...jangan dok kena tipu dah dengan ceramah pemuhong Pas.

Artikel yang dikeluarkan mengambarkan kerajaan sepatutnya jangan ambik banyak sangat duit dari petronas. "Pada Khamis, syarikat itu mengumumkan ia telah memperolehi Syarikat "Joint-Venture" Kanada nya, Progress Energy Resources Corp, pada harga US$ 4.7 bilion. Beliau mengumumkan lebih banyak lagi selepas ini.

"Untuk melakukan itu, kita perlukan tunai," kata Shamsul dalam ucapannya

Setakat hari ini...itu sahaja yang digunakan oleh Kerajaan BN pimpinan Najib dan PM terdahulu.

Mari kita sama-sama nilaikan apa pula JANJI ANWAR?

1. PTPTN.........Hapus dan kos pengajian gunakan WANG PETRONAS.......Jika belum guna wang petronas untuk kos pengajian di IPT pun Petronas kata mereka perlukan tunai............APA akan jadi jika langkah Anwar ini dilaksanakan? Terima Kasih Kedahla kerana membuktikan hasrat Anwar dan PR tu silap dan salah dan berniat jahat iaitu menghancurkan Petronas......eh eh...Pas dalam PR laa....soriii..

2. Kos kenaikan harga minyak. Masih ingat debat Anwar dengan Ahmad Shabery?.....Anwar nak tampung lagi kenaikan harga minyak dengan wang Petronas....eh eh......

Agak-agak jika kerajaan BN hari ini yang berjaya membawa kegemilangan hebat kepada Petronas hingga mahsyur di seluruh dunia PUN dituduh PENYAMUN............KATEGORI mana pulak kita nak letakkan ANWAR?......peliwat Petronas atau pembalun Petronas atau apa?.....Harap Kedahla boleh berikan jawapan.

Akhir kalam....juga dari artikel yang sama yang Pakteh petik dari kedahla...."Sebagai syarikat minyak negara, Petronas mempunyai reputasi yang baik bagi tadbir urus. Pada 2011 Kertas Kerja Bank Dunia mengenai tadbir urus dan prestasi syarikat-syarikat minyak nasional meletakkan Petronas sedikit melebihi purata global"

Hehe...sebenarnya Pakteh dan blogger tak perlu pun buckup kerana artikel itu sendiri telah membuktikan betapa hebatnya BN/UMNO membawa kegemilangan kepada Petronas.

p/s 1: Biaq betoi......takkan Kedahla sengaja nak siarkan artikel ni untuk kenakan ANWAR.....

p/s 2: Agak-agak jika Petronas bukan GLC.....apakah CEOnya akan bernama Abu bin Kasim atau Leman bin Dolah?.....Fikir-fikirkan............

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

~Zaman Peralihan - Kami Tak KEBULUR dengan Jawatan dalam UMNO ~
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


~Perhimpunan Agung UMNO - Pemuda Dan Puteri UMNO Menyalak Macam Anjing Gila ~
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


~Semua Rakyat Malaysia Belum Tahu - Pemimpin2 UMNO Terengganu Terbodoh Sejak Merdeka ~
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih