Rezeki ni kekadang ada..kekadang tiada
Kekadang lambat...kekadang cepat
Kekadang susah...kekadang senang..
Adat menebang buluh, kalau hari hujan....nasib badan la...jika bernasib baik, sebelum turun dari rumah, hujan dah sampai...alamat terus berselimut sampai ke tengahari la....nasib malang jika buluh dah ditebang, hujan lebat sampai......basah kuyup la segala anggota....
Pagi tadi hujan lebat...Pakteh tak sempat masuk hutan untuk tebang buluh....alang-alang dah keluar rumah...Pakteh lepak-lepak di Kedai kopi yang pelanggannya majoriti penjawat awam. Malu pun ada segan pun ada....maklumla....compang camping baju Pakteh ni maqamnya mana nak sama dengan depa segak berkasut kilat. Namun apakan daya...Pakteh kena lepak jugak sebab motor kapcai pakteh mana ada bumbung......
enak-enak Pakteh menghirup kopi o panas....ermmm..Nun di meja hujung mula kedengaran bersuara perihal Tan Sri Abu Bakar Abdullah , bekas ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam yang ditamatkan perkhidmatan pada 1 Julai yang lalu. Dek kerana Pas melalui Mahfuz begitu lantang memperjuangkan Tan Sri Bakaq dan mengaitkan isu ini dengan 1.4 juta penjawat awam, Pakteh yang kerja tebang buluh pun tumpang sekaki dengaq apa puak-puak makan gaji ni nak kata.
Majoriti 100% ahli persidangan meja kopi di kedai pagi tu sependapat, Tan Sri Bakaq wajar ditamatkan. Kerosakan yang dibuat bukan sahaja kepada diri sendiri yang gagal mengesan kelemahan SBPA tetapi beliau hampir-hampir memusnahkan sistem yang sekian lama diamalkan.
Untuk pengetahuan Mahfuz (mewakili suara Pas)....dapatan pakteh dari persidangan meja kopi penjawat awam pagi tadi ialah
1. 1.4 juta penjawat awam dan rakyat tidak ambil endah apa yang berlaku kepada Tan Sri Bakaq. Mereka lebih memikirkan apa lagi PM nak umum untuk penjawat awam berbanding isu ini.
2. PM Dah umumkan pada 2011 bahawa Peningkatan gaji ialah 9% hingga 13%. Soalan geng meja kopi...berapa kenaikan untuk JUSA dan entah apa jawatan yang menjadi isu?.....100% Bang Bean....100%. Lebih teruk lagi khabarnya kenaikan itu sudah dimasukkan ke akaun masing2......Eh eh....Ini kecik punya kes ka?.....
3. Apa akan jadi jika sistem yang terang-terangan lemah dan dipertikaikan hampir semua penjawat awam ini diteruskan......Kerajaan Najib yang akan dipertanggungjawabkan sedangkan kelemahan awal adalah diperingkat Penjawat Awam yang ketuanya Tan Sri Bakaq.
4. Untuk makluman YB mahfuz juga....siapa yang mula gubal SBPA tak penting...yang penting sebagai pengganti...amanah yang beliau pikul perlu dijalankan. Jika jawapannya sekadar tidak tahu atau kurang arif, bagaimana beliau boleh yakinkan PM sehingga umumkan SBPA dan akhirnya akur dan dimansuhkan semula SBPA.....agak-agak berapa punya besar kerosakan yang dibuat?.
5. Berapa ramai penjawat awam yang ambil peduli isu ini?....betul2 kaki kelentong la Bang Bean....1.4 juta tu bermaksud 100%.....Banggg...biar betul....jangan malukan Pas banggg...
6. Semua rakyat Malaysia inginkan kepastian?....betoika bang...Pakteh tak ingin pun....apa hal nak ambik peduli...lain la kalau isu buluh....ada kes jugak dengan pakteh.
Akhirnya...apa yang Pakteh nampak....sesiapa sahaja yang dilihat mampu dijadikan isu....PR @ Pas akan perkudakan demi keuntungan politik busuk mereka. Lebih molek jika Tan Seri Bakaq turut termakan hasutan dan menyertai mereka...WOW.....pasti kesilapan anda semasa menjawat jawatan tidak akan ditimbulkan oleh Bang Bean.
Memecat penjawat awam (apatah lagi berpangkat ketua pengarah JPA) bukanlah perkara yang mudah.....nak pecat Pembantu Am pun amat-amat sukar...apatah lagi sebegitu tinggi pangkatnya. Pasti ada klausa tertentu yang mengsabitkan beliau sehingga di pecat.
Eh Eh....Zul Nordin dan Hassan Ali dah kena pecat dari PKR dan PAS?....mudahnya kena pecat.....apa puncanya?.....dipanggil mengadap J/K Disiplin?.....siapa anggotanya?.......Ermmmmmmm...patut laaa......
1 comment:
betoi tu pakteh, kami tak peduli pun apa nasib dia. Dia dah guris perasaan kami kakitangan bawahan. Tahniah, sebab kerajaan btindak tegas mengeluarkan duri dlm daging ni. Untuk mahfuz, hg jgn dok buat generalisasi, hang bukan mewakili kami. haktuih!
Post a Comment