Tuesday, September 30, 2014

Hebat !! Motivasi terbaik untuk MELAYU

Copy & paste 100% dari blog asal disini yang merujuk kepada sumber ini


Tahniah Hazzirah Izzati Pelajar Paling Muda Dianugerahkan PhD UTM
Inilah pelajar paling muda yang dianugerahkan PhD dari UTM yang membawa gelaran Doktor Falsafah. Dr. Hazzirah Izzati Mat Hassim merupakan pelajar paling muda yang dianugerahkan PhD dari Universiti Teknologi Malaysia(UTM).


Anak kedua daripada 8 adik beradik ini dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Bapanya Mat Hassim bekerja sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat Kelantan. Ibunya iaitu Martinawati Binti Salleh merupakan guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu.


Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.

Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.


Kata pakteh: Belia seperti ini yang sepatutnya dijadikan Idola.....bukannya Adam Adli dan sekutunya yang terang-terang menolak ilmu dan mencintai kebatilan.


Monday, September 15, 2014

Popular belum tentu masyhur dimata rakyat.

Sik 15 September 2014 - Sejak sekian lama kita meyakini seseorang yang popular boleh membina kemahsyuran. Namun apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim membina populariti sebagai seorang perasuah, peliwat, penzina dan penipu dan terkini pengamal kronisme, kepercayaan bahawa seorang yang pepular itu akan menjadi mahsyur perlu difikirkan semula. 

Menilai tindak tanduk DS Anwar Ibrahim, amat diyakini beliau seorang yang ada keyakinan diri dan bertekad apabila melaksanakan sesuatu. Sifat ini yang terbina sejak awal remaja memberi kelebihan kepada beliau namun pada penghujung hayat beliau, terlihat dengan jelas bahawa populariti yang dibina sejak sekian lama tidak mampu memahsyurkan beliau apatah lagi untuk dikenang sebagai tokoh terbilang. Mengapa?. Rakyat Malaysia sedang memerhati dan menilai malah telah siap memberi markah kepada individu bernama Anwar bin Ibrahim.

Albert Einstein, menghambakan diri kepada ilmu secara mutlak sehingga keakhir hayat. Beliau bukan sahaja membina populariti tetapi namanya mahsyur hingga ke hari ini. Adakah tidak ada kerosakan yang dibuat?. Percayalah.....Bom Atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki ada terpalit nama beliau walaupun beliau tidak sedikitpun menyentuh bom tersebut. Berbeza dengan DS Anwar Ibrahim, menyedari kerosakan yang dilakukan oleh bom atom, Albert Einstein berusaha mencegah dari bom tersebut terus dibina dan ini dilakukan sehingga ke penghujung nyawa. Anwar?

Mungkin ada pembaca beranggapan agak keterlaluan menyamakan pemikiran hebat Albert Einstein disamakan dengan DS Anwar Ibrahim yang lahir dari Universiti Malaya tetapi mengimbaskan kembali pengikut beliau yang menyamakan DS Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi, apalah sangat perbandingan Albert Einstein dalam artikel ini. 

Cuma apabila teringatkan kisah Sang Kelembai, Sangat Popular dan Mahsyur. Mungkin adalah lebih tepat menyamakan DS Anwar Ibrahim dengan Sang Kelembai. Apa sahaja yang disentuh oleh DS Anwar Ibrahim akan binasa atau porak poranda. Lihatlah apa yang berlaku kepada UMNO?. Sejak 1998 UMNO menjadi mangsa kepada fitnah jahat DS Anwar Ibrahim. Terkini Partai Islam SeMalaysia (PAS) turut menanggung padah akibat membenarkan DS Anwar Ibrahim menyentuh parti tersebut. 

Akhir Kalam.....Jauhi Sang Kelembai.....nanti habis rosak apa yang disentuh.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih