Thursday, September 29, 2011

Mahathir & UMNO tolak HUDUD?..apa kata YB Zul Kulim

Pakteh bukan pakar agama. Sedari awal pakteh meneliti mengapa Mahathir berani menolak HUDUD (dibaca hudud pas), pakteh mula mengagumi ketajaman fikiran Mahathir walaupun Mahathir bukan terlalu arif dalam bidang agama. Sebelum terbongkarnya surat/dokumen Mahathir kepada kerajaan yang memberikan alasan mengapa HUDUD (lagi perlu dibaca hudud pas) perlu ditolak. Pakteh bertambah yakin dengan pendirian pakteh menyokong Mahathir apabila Hadi Awang begitu yakin mengatakan HUDUD hanyalah 0.001% dari hukum Islam. Peliknya sebelum menang di Terengganu, Hadi Awang begitu lantang berkata "Jika Pas memerintah Terengganu, sebelum ayam berkokok Pas akan melaksanakan HUDUD"

Hari ini...selepas PR menolak utk laksanakan HUDUD cadangan Pas, tuan-tuan dan puan-puan muslimin muslimat bacalah dengan mata hati, dengan minda terbuka berlapang dada, bacalah dengan penuh keikhlasan...apa kata YB Zul Kulim.

(Pakteh bersetuju Pas & UMNO duduk semeja berbincang bagi memantapkan lagi agenda melaksanakan HUDUD yang sebenar. Harus diingat, yang ditolak hanya HUDUD Pas, bukannya HUDUD Islam.)

-------------------------------------------------Artikel oleh YB Zul KUlim---------

Salam 2 all.


Ruyati Binti Satubi, wanita Indonesi berasal daripada sebuah perkampungan di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia. Ibu tunggal ini lahir pada 07 Julai 1957, kurang sebulan sebelum umat Islam bangsa Melayu menyambut kemerdekaan Tanah Melayu. Ruyati pernah berkhidmat sebagai Tenaga Kerja Indonesia (TKI) (dalam bahasa kita orang gaji yop) di Arab Saudi beberapa tahun sebelum peristiwa menyayat hati menimpa beliau.

Pada bulan Sept 2008, Ruyati berlepas ke Arab Saudi sebagai TKI buat kali ketiganya. Sewajarnya Ruyati tidak boleh pergi kerana sudah berumur lebih 50 tahun (51 pada masa itu). Tetapi agennya memalsukan tarikh lahir Ruyati, dan itu membolehkan Ruyati pergi walaupun tidak disenangi ahli keluarga. Namun demi survival, demi mencari sesuap nasi, Ruyati membulatkan hati pergi jua ke tanah asing.

Namun kali ini, nasib tidak menyebelahi Ruyati, tidak saperti dua majikan sebelum daripada ini. Kali ini majikannya dilapurkan sangat zalim. Rakan sebilik Ruyati bernama Warni, yang bekerja dengan majikan yang sama , menceritakan bagaimana zalimnya majikan mereka, terutamanya isteri majikan bernama Khiriya Bini Hamid Mijid, seorang berbangsa Arab.

Warni menceritakan bagaimana Ruyati sering dipukul termasuk dikepala. Malah ketika berpuasa dibulan Ramadhan, Ruyati sering dianiaya sehingga tidak diberi makan. Hinggakan Warni mahu berkongsi tamar pun dimarahi sang majikan. Gaji Ruyati juga tidak dibayar 7 bulan sebelum kejadian!

Ruyati seorang yang dikenali sangat sabar lagi pendiam. Jarang menimbulkan masalah. Sangat disenangi majikan terdahulu. Tiada aduan langsung, malah mahu diminta berkhidmat lagi. Jiran-jiran di perkampungan Ruyati di Bekasi juga menceritakan kebaikan wanita separuh umur ini.

Mungkin akibat tidak tahan dengan deraan dan seksaan berpanjangan, pada 12.01.2010 Ruyati (yang mungkin sedang disiksa dan didera ketika itu) mengambil tindakan nekad (apakah mungkin mempertahankan diri, kita tidak mendapat butirnya). Menggunakan pisau didapur, Ruyati memukul kepala sang isteri majikan Khiriya, dan menikam tengkoknya yang menyebabkan kematian Khiriya.

Ruyati dibawa ke Mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati. Pada 18.06.2011, Ruyati dibawa ke pinggir Makkah dan dihukum pancung. Hukuman dijalankan disebuah lapangan dengan kehadiran orang awam. Hukuman dilaksanakan oleh seorang tukang pancung menggunakan sebilah pedang. Ruyati yang berbaju jubah putih, dan mata ditutup, diletakkan berlutut ditanah. Kepalanya ditundukkan, dan kemudian terus dipancung. Putuslah kepala Ruyati dari jasadnya (videoklip diatas adalah filem perlaksanaan hukuman pancung keatas Ruyati).

Setelah pancungan dilaksanakan, saksi menceritakan bagaimana tubuh jasad Ruyati tanpa kepala itu dinaikkan menggunakan helikopter untuk dilihat oleh orang ramai. Kemudian jenazah Ruyati dan kepalanya dibawa masuk kesebuah van, terus dibawa ketempat pengkebumian.

Malangnya dalam kes Ruyati, keluarga langsung tidak dimaklumkan mengenai nasib yang menimpa beliau. Sehingga kepada hukuman pancung dilaksanakan, tiada siapa mengetahuinya. Setakat ini, teman tidak tahu samada usaha keluarga untuk membawa kembali jenazah Ruyati berjaya atau tidak?

Persoalan besar yang bermain difikiran teman ialah, apakah prosedur dan amalan kehakiman dan guaman yang digunapakai dalam kes saperti ini. Kalau didalam amalan sivil, Ruyati boleh membangkitkan pembelaan mempertahankan diri, atau tiada mens-rea atau niat kerana ujudnya penderaan dan penyiksaan berpanjangan. Teman tidak pasti kalau dalam pendakwaan syari'e, apakah prinsip yang sama diterima pakai. Kalau didalam amalan sivil, walaupun seseorang itu mengaku, tetapi jika dia memberikan sebab kenapa dia bertindak saperti yang dituduh, maka pengakuan itu akan ditolak.

Teman yang risaunya yop, dalam keghairahan mahu melaksanakan hudud, kita tidak bersedia. Dan yang paling malang, kalau kita melakukan kesilapan yang boleh memalukan Islam. Contohnya dalam satu kes seorang gadis di Iran bernama Atefah yang menjadi mangsa rakusan pemandu teksi yang merakusi dan merogolnya. Atefah dikenakan pertuduhan melakukan zina walaupun dia mengadu sebenarnya dirogol. Setelah perbicaraan, Atefah dikenakan hukuman mati ditali gantung, sedangkan sang lelaki hanya dikenakan sebatan. Setelah hukuman dilaksanakan, barulah didapati Atefah baru berusia 16 tahun. Kalau di Malaysia, bawah umur 16 tahun hanya dihukum berkelakuan baik dan mungkin dihantar ke pusat pemulihan. Tetapi nasi sudah menjadi bubor. Atefah telahpun mati digantung!

Masalahnya ialah penafsiran zina yang teman percaya tidak tepat. Di Pakistan contohnya, seorang wanita yang mengadu dirogol diwajibkan membawa empat orang saksi "lelaki suci" yang melihat sendiri dia dirogol!!! Wanita yang gagal membawa 4 saksi ini akan dihukum cambuk. Akhirnya di Pakistan, banyak berlaku kes rogol yang tidak dilapur. Ramai wanita Islam yang merana di bawah "bayangan qazaf"! Yang malangnya mereka menamakan ini sebagai "Undang-Undang Syariah". Adakah benar itu undang-undang syariah, yang tidak membawa keadilan dan perlindungan kepada wanita, sedangkan Islam sangat memuliakan wanita!

Dan teman juga bertanya kepada diri sendiri, adakah mampu kita bersikap saksama dan adil. Contohnya dalam kes Saiful Bukhori Azlan, yang mengadu dirogol oleh Anwar Ibrahim. Belum pun mendengar penjelasan atau menanti perbicaraan, ada segelintir daripada kita terus menjatuhkan pelbagai macam hukuman kepada Saiful. Bukan sahaja ada yang hukum dia dengan qazaf, ada yang mengadakan solat hajat mintak la'nat kepada Saiful. Dan inilah kaum yang konon nak laksanakan hudud? Bolehkah mereka bersikap 'adil?

Begitu juga bila Datuk Eskay, rakan baik Anwar Ibrahim mendedahkan satu videoklip untuk menunjukkan manusia yang diidolakan oleh kaum ini. Belumpun tengok videoklip itu, mereka terus menghukum dan mela'nat Datuk Eskay; ada yang siap mempatwakan Datuk Eskay masuk neraka (macam syurga tu bapak dia punya). Sedangkan Datuk Eskay langsung tidak menuduh Anwar berzina; jelas beliau menyatakan bahawa videoklip itu didedahkan untuk membuktikan Anwar yang mereka "sembah" itu sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin!

Jadi timbul keraguan kepada teman, adakah kaum ini mampu berlaku 'adil dalam nak melaksanakan hukum ALLAH. Mereka tidak berlaku adil kepada diri, agama, dan bangsa mereka sendiri. Mereka menjual kalimah ALLAH kepada kristian. Mereka gadai anakbini mereka dengan baiah talaq tiga. Mereka idolakan komunis. Mereka menjulang penganut syiah yang mereka sendiri fatwakan sebagai sesat. Mereka agongkan penganut fahaman pluralisma yang sudah difatwakan sebagai sesat dan boleh murtad.

Jadi adakah kaum ini mampu melaksanakan undang-undang ALLAH ini dengan adil dan saksama. Wallahua'lam.

Teman tidak menentang perlaksanaan hudud, qisas dan ta'zir. Malah teman antara Ahli Parlimen yang cukup konsisten dalam isu ini. Dan teman telah memfailkan Usul-Usul di Parlimen untuk memperkasa dan menobatkan Islam (usul yang sama pernah teman kemukakan beberapa kali termsuk semasa bersekongkol dengan kaum ni) walaupun mereka sendiri tidak berani mengemukakan usul yang sama kerana takutkan parti cauvinis biaDAP. Namun teman khuatir dengan keghairahan puak-puak tertentu, dan kegopohan mereka serta kegiatan politiking yang melampau, akhirnya yang akan mendapat malu ialah agama Islam itu sendiri. Agama Islam itu sempurna, yang cacat ialah pengikutnya. Wallahua'lam.

Yang baik datang dari ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri.

Jazakallah & Wassalam.

Zulkifli bin Noordin
Rabu
30 Syawal 1432
28 Sept 2011

Tuesday, September 27, 2011

Jahat..!! Fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar bin Ibrahim


pakteh terkedu melihat begitu ramai blogger pro BN/UMNO menyiarkan fitnah terbaru terhadap DS Anwar.
Mana mungkin DS Anwar sanggup menjejakkan kakinya ke rumah Azmin sedangkan skandalnya bersama isteri Azmin, Shamsidar dulu begitu menghairahkan.

Pakteh mengandaikan UMPORNO/UMNO-APCO begitu terdesak sehingga membuat penyamaran menyerupai anwar. Namun imej yang menyerupai Anwar itu begitu berbeza dengan Anwar yang kita kenal. Masakan Shamsidar sanggup menerima Anwar ketika Azmin ada dirumah. UMNO betul2 terdesak kerana video Anwar di Thailand hanyalah omongan kosong semata-mata.

Mungkin kerana itu juga, seorang yang menyerupai Anwar ditampilkan ke rumah terbuka aidilfitri Azmin dan Shamsidar boleh terpedaya.

Menurut maklumat, ketika gambar ini diambil, Anwar sedang bermesyuarat dengan Azizah dan Nurul Izzah yang turut tidak hadir ke majlis Azmin ini. Maklumat juga menyatakan individu yang menyamar ini adalah individu yang sama menyondol china doll.

Friday, September 23, 2011

Ku sangka Harimau rupanya Kucing

Anwar tutuh pungkoq saiful
Anwar balun pelacur china

Anwar tak mau bersumpah di mahkamah, sekadar buat kenyataan/omongan kosong dari kandang tertuduh.

Takrifannya: Anwar sendiri tak mau bela dirinya. Hanya yang takut/bacul/buat salah sahaja penakut sebegitu.

Alih-alih...dipaksanya pimpinan tertinggi negara jadi saksi untuk dirinya, sedangkan diri sendiri xmau jadi saksi.

Bukankah lebih mudah berada dikandang saksi dan bersumpah dan buktikan alibi beliau berada di sini dan ini saksinya. atau jika tidak ada saksi...khabarkan tempatnya. tutup kes.

Bila sendiri dah tak mau bela diri...jangan harap orang lain nak bantu.

Pakteh melihat tindakan DS Najib n DS Rosmah memohon menolak sapina sebagai saksi adalah kerana Anwar sendiri tak mau jadi saksi dirinya.

Tanggapan pakteh, Pada awalnya DSN n DSR memang bersetuju jika disapina kerana memikirkan Anwar akan berani untuk disoal jawab oleh pendakwa raya. Sebaliknya Anwar yang mengaku harimau sebenarnya hanya kucing kurap dari tong sampah permatang pauh.

Oiii...kalau diri sendiri dah tak mau bela diri...jangan harap la orang lain nak bela hang....

eh eh.....minggu ni awat Anwar jadi slow tahap siput babi?...adakah kerana ugutan beberapa blogger yang akan menyiarkan pesta seksnya di Thailand?. Berbeza sebelumnya yang menyondol seperti babi....

hehe...babi dah jadi siput babi
harimau dah jadi kucing...

itula akibatnya bila hari-hari mau...

Tuesday, September 20, 2011

Breaking News !! Hot hot hot...13 Januari 2011 Dimana ANWAR?

Jijah: ermm...errr....Bang nuar ada ngan sy di rumah...
Izzah: ermm..bukan..bukan...papa ada kat umah kami..main2 ngan cucu...

Azmin: Cis maduku....bang Nuar ada ngan I kat umah..ada mesorat keluarga.

Chegu Bad: Semua tu tipu...Anwar sedang cer meting di HQ PKR.

Anwar: Awak sapa?...TV3?...RTM?...Pakteh?....semua ni agenda busuk UMNO yang berkonspirasi untuk menjatuhkan pimpinan PR yang diterima rakyat secara kotor dan jijik. Gerakan Rakyat akan menjatuhkan kezaliman UMNO yang sudah rosak akhlaknya. Mana mungkin keadilan akan ditegakkan oleh UMNO yang terperosok dengan dengan Zina, Judi dan arak?....

Pakteh:...Bang nuar...jawab jer...bang nuar kat mana 13 Januari 2011?

p/s: hehehe...TARIKH DAN SOKLAN SERTA JAWAPAN ini sekadar imaginasi pakteh semata-mata...tapi bang nuar..jawab laaa....

Monday, September 19, 2011

KCX 8 - ini kereta kuda sapa punya?


KCX 8 ni sapa punya?
Blog CTS tanya pasai KCX 8..Apsal DS Azizan MB yang tak tau apa2 pi dok spin kat Sinar KCK 8?

Memang kalau spin plate yang berbeza..takkan jumpa puncanya..

Skang ni sapa nak tolong jawab?...KCX 8 ni sapa punya?

Kalau orang kerajaan negeri kedah seperti MB xleh jawab...SETPOL MB tolong jawabkan....
Tn Haji Sanusi......KCX 8 tu kereta sapa?....depa kata kereta MB Kedah...betoika?

Jangan pulak Tn Hj Sanuni pi dok jawab KCK 8.....
tolong jawab nooo....

Jangan tanya pakteh...pakteh tak tau apa2...pakteh cuma nak tau sebab CTS (cucu tok selampit) tanya dalam blognya.

Monday, September 12, 2011

Sanusi Setpol MB Kedah. Sapa menang sapa kalah?

Tn Hj Sanusi Md Nor, Setpol MB Kedah yg juga Ketua Penerangan Pas Kedah telah seminggu lebih memaparkan artikel yang ditulis oleh Dato' Tn Ibrahim Tn Man bertajuk " Yang Menang Tulis Sejarah, yang Kalah Membuat Puisi di blognya.

Artikel ini ditulis ketika isu Mat Sabu masih asyik dengan pendewaan hero komunisnya. Pakteh terfikir, apakah Dato Tn Ibrahim Tn Man benar2 menulis artikel ini yang kelihatan syahdu dan mendayu-dayu benar2 bertujuan menghakimi pasukan Pro UMNO/BN atau sejujurnya ditujukan kepada Mat Sabu?

Selaku orang politik, mana mungkin 100% nafsu ingin menang itu terhakis dan ini yang pakteh fikir terhadap tindakan Ketua Penerangan PAS Pusat ini. Masakan boleh dilupa kemenangan bergaya Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas mengalahkan kelompok ilmuan Islam. Apa ilmu agama yang ada pada Mat Sabu selain dari mengaku membaca buku/kitab tulisan para ilmuan Islam lain. Pengiktirafan secara RASMI ilmu Mat Sabu dalam bidang agama....?

Bukankah ini memberi maksud....Mat Sabu yang Menang dalam pemilihan PAS baru2 ini sedang menulis sejarah. Rakyat yang sekian lama menilai Mat Sabu kini mulai sedar berapa dasyatnya sejarah yang cuba ditulis oleh Mat Sabu hinggakan pengganut Pas sendiri terkedu dan terkucil. Inilah rasa gundah gulana jiwa Ketua Penerangan PAS Pusat hinggakan terbitnya artikel/gurindam jiwa seperti yang dipaparkan dalam blog Setpol MB Kedah. Itulah selayaknya yang mampu dibuat oleh orang yang tewas......sekadar menulis karya...sedangkan Mat Sabu kini sedang memahat sejarah. eh eh eh....Bukan saja Penulisnya Tn Ibrahim Tn Man KALAH.....Tn Hj Sanusi Setpol MB Kedah juga kalah di Sik...Kan?....entahla...Kalah kot...hehe....Pakteh teka ja laa...ceciter...kalah ka menang....

Jika dilihat kepada minat Sanusi yg memaparkan artikel ini lebih dari seminggu....huhuhu...sudah pasti Setpol MB Kedah ini juga kalah pada pemilihan Pas Sik.

Jadi selayaknya....Mat Sabu sebagai PEMENANG...sedang gila mencipta sejarah, Yang KALAH...terpaksa la menulis gurindam jiwa seloka cinta bak teruna ghairahkan dara.

Friday, September 9, 2011

HOT HOT HOT...!!UMNO AKAN KALAH PRU13


Pakteh baru nak masuk gear 5 pasia isu2 di Sik dan baru nak pusing stering ke kiri hantam Pas, alih2 mai pulak isu 6% cukai terhadap kad prabayar.

PR dah kena teruk dalam isu video seks, liwat, murtad, komunis, bersih...alih2...senang2 ja BN terpukul K.O

Pengundi saluran 3 adalah yg teramai dan majoriti golongan ini menggunakan prepaid. Tak ramai yang berkomitmen dengan postpaid.

Natijahnya sendiri mau tau la...pakteh marah, ramai yg marah2.....

Caj panggilan MAHAL, LANGSUNG TAK SECURE....sapa2 bulih dpt nombot phone kita n buat call macam2 hal...gila babi punya hal pun ada. apa jawapan operator?....cakap macam cibai...langsung takdak adab........alih2 hangpa pi penaik lagi caj...pungkoq aih..

Di Sik ni pakteh nak habaq bagi.......kalu takdak caj cukai tu pun harga kad prepaid RM10 perlu dibayar RM10.50.
OIIII...pikiaq tengok kalau kena caj 6%.....RM10.00 + 50sen + 60sen = RM11.10...

Raya baru ni pakteh dah tak puas ati..ada rakan2 yg muda beli prepaid kena caj lebih...pasai apa pakteh tanya....SIK NI JAUH...ULU.....KENA CAJ LEBIH....
baghal sungguh...

Mai kita tengok sapa yang kena....hahahahahhaha.....
xyah dok transform...xyah dok 1Malaysia...

Skali henjut kes 6% ni jaa.....UMNO bungkus........

Thursday, September 8, 2011

Sik dan Raja siri 3.0 : Hikayat Dato Berdarah Raja

Setelah dua siri pakteh apaprkan tentang kisah raja-raja di Sik, ramai yang bertanya apa sebenarnya yang pakteh cuba sampaikan?.

Sebenarnya, bila banyak sangat makan lemang, ketupat, daging....macam2 hal boleh difikirkan. Apapun, apabila melihat Dato' Tengku Zainal Rashid agak agresif mempromosikan diri di Sik, Pakteh mula khuatir natijahnya kepada UMNO.

Apa perlunya Pakteh khuatir?....laaa...Pakteh ni kan ahli UMNO, sudah tentulah Pakteh risau apabila Presiden Kerabat Diraja Kedah ini menunjukkan minat yang mendalam terhadap Sik apatah lagi berterus terang ingin menjadi YB di Sik.

Apa masalahnya jika DTZ (Dato' Tengku Zainol) menjadi calon?.....uihhh...banyak masalahnya. meh pakteh cerita sikit-sikit.

Yang pertama: Siapa DTZ?....Jangan tanya Pakteh...sebab pakteh tak tau walaupun Pakteh pernah menetap seketika di Taman Seri Indah Mergong Loq Staq. Kalau Pakteh tak tau...nak kena tanya sapa?.....Ini yang jadi masalah sebab masyarakat Sik hanya disajikan dengan kehadiran DTZ sebagai tetamu kehormat diraja yang merasmikan maslis dan memberi sumbangan. Siapa sebenarnya DTZ secara peribadi....orang Sik TAK TAU.

Yang Kedua: Apa jawatannya dalam politik sehingga begitu berani langgar sempadan?.... ini pun masalah besar jugak....Khabarnya DTZ ditolak (tidak diterima) untuk menjadi Ketua UMNO CAWANGAN di Tmn Seri Indah (kalau salah tolong pebetoi) dan hanya dilantik sebagai PENGRUSI TETAP Cawangan. Isk...kalau betoi2 hebat...Presiden/Pengerusi Kerabat Diraja Kedah....sudah pasti..koman2 pun Naib ketua UMNO Bhg kalau2 xdpt Timbalan or Ketua bhg. Ini tidak....diperingkat cawangan lagi dah kantoi. (maklumat perkara kedua ini berdasarkan apa yg dimaklumkn kepada pakteh)

Yang Ketiga: Bagaimana hubungannya dengan istana?.....entahlah...DYMM Sultan Kedah kini bukan lagi penaung kepada Persatuan Kerabat Diraja Kedah dan pejabatnya juga sudah berpindah dari Istana Kuning. Mengapa......kerana terlalu menggunakan jawatan dalam persatuan ini untuk kepentingan politik.

Yang Keempat: Ada pihak memaklumkan DTZ menyatakan dia ke Sik atas restu UMNO Pusat. Ini amat berbahaya kepada keselesaan/keharmonian UMNO Sik malah mungkin UMNO Sik akan beranggapan UMNO Pusat tidak menghormati UMNO Sik. Punca sebenar ialah DTZ

Yang Kelima: Mengikut rencana tulisan Sobri Sudin dan Mohd Hafidz Hussein bertajuk : Politik Kedah Selepas Pilihanraya Umum 1999: Cabaran UMNO Dan Peluang Pas dalam Menangani Pilihanraya Umum Akan Datang yang dipetik dari buku Kedah 100 Tahun: Isu-isu Politik dan Sosioekonomi terbitan UUM 2002. Dalam jadual 2 hlm 63 menunjukkan P13 Sik kalah antara puncanya ialah Faktor Isu, Jentera Gerak Kerja Pilihanraya. Pakteh ingin tanyakan kepada semua pendokong UMNO (pas xpayah tanya...depa lagi syok), bukankah kes 1999 membuktikan Jentera Parti di peringkat Bahagian tidak boleh ditolak ketepi. Bayangkan seorang menteri kabinet yang tersohor namanya tumbang kerana jentera parti. Inikan pula sekadar calon yang penduduk hampir tidak kenal dari mana datangnya.

Yang Keenam: Pilihanraya 2008, P13 Sik, Dato' Osman Desa boleh dianggap calon political patronage dan parachute candidate. Calon yang dinaungi pemimpin tertinggi parti serta turun secara payung terjun. Biarpun Osman Desa mengakui mempunyai kabel terbesar....beliau tetap kalah sedangkan risikan/kajian/dapatan pada waktu itu JIKA DILETAKKAN CALON ASAL MEMPERTAHANKAN KERUSI IAITU DATO' DR HAJI WAN AZMI ARIFFIN, UMNO akan menang di kerusi P13 Sik. Apakah UMNO Sik masih tetap akan merestu political patronage dan parachute candidate?. SUDAH PASTI tidak kerana jika ini berlaku PRU 13 P13 Sik PASTI KEKAL MILIK PAS. Jika menurut dakwaan DTZ, beliau pasti 100% mempunyai ciri2 political patronage dan parachute candidate dan kerana itu....DTZ 100% PERLU/WAJIB DITOLAK.

Yang ketujuh: Sik dah kehabisan stok calon?. Sebaik kalah pada 2008, ramai menangis, marah dan mengutarakan punca political patronage dan parachute candidate ada faktor utama kekalahan di Sik disamping isu Paklah n KJ. Pakteh sarankan....Siapapun yang UMNO sik nak calonkan....pilihlah anak Sik biarpun muda, biarpun lama, biarpun baru...xkisah..yang penting anak Sik. tengok2 la jugak...boleh menang ke tidak...boleh buat kerja ke tidak.

Ada sahabat dalam blog berkata demokrasi memberi peluang kepada sesiapa sahaja. Pakteh 100% setuju dan dengan itu jika DTZ berminat menjadi calon....jadilah calon bebas dan bukannya calon UMNO....tak siapa akan membantah...., Pakteh hanya pertikaikan jika DTZ ini menjadi calon UMNO utk PRU13 di P13 Sik. Atau...cuba2 tanya PAS Sik kot2 depa dah xmau dah kat Cikgu Uda.

Sebenarnya DTZ ni lemah lembut dan berbudi pekerti (menurut sahabat yg pernah bersembang dengan dia) cuma apabila dilihat dari sudit politik.....sendiri mau ingat...

Kata Pakteh: Betoika UMNO kalah kalau silap percaturan? yup..kalah....Cadangan pakteh: faktor Winnable Candidate perlu diterima dengan hati terbuka oleh UMNO Bhg Sik. Jika akhirnya pada hari terakhir untuk menyerahkan borang pencalonan, kajian/dapatan/research/risikan oleh Presiden parti DS Najib menunjukkan sifulan sifulan ini yang 100% orang Sik, kebarangkaliannya untuk MENANG adalah tinggi....terimalah dengan hati terbuka dan berlapang dada, bukannya dengan hati terluka dan masam mencuka.

Tuesday, September 6, 2011

Sik dan Raja siri 2.0 : Hikayat Raja Kayangan

Sambungan dari Sik dan Raja siri 1.0

Sebermulanya disebutkan adapun Raja Sakti itu kononnya amat hebat dah gah. Rohnya boleh berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khindir sedangkan jasadnya di Damansara. Perintahnya perlu dituruti dan penuh kerahsiaan biarpun tersasar dari ajaran Islam.

Biarpun begitu ketara tersesatnya Raja Sakti yang mengangkat dirinya sebagai Presiden Kerabat Diraja Sakti Negeri Kedah, RAMAI ORANG SIK membiarkan diri mereka digula-gulakan dengan kebendaan dan wang ringgit pemberian Raja Sakti. Setiap kali tibanya Aidilfitri, Pasti Kuala Menanti (betoika nama asai situ Kuala Menanti?, khabarnya tidak...) akan dipenuhi puluhan ribu penduduk yang datang dari seluruh pelusuk SIk malah dari Pulau Pinang, Perak dan Perlis pun turut serta. Mengapa?

Puncanya...Raja Sakti atau Yang teramat Mulia Ayahanda raja sanggup menyediakan HADIAH DAN CABUTAN BERTUAH yang TERAMAT LUMAYAN MENURUT PANDANGAN PENDUDUK SIK. Bayangkan 15 ekor lembu sanggup dikorbankan untuk jamuan, puluhan alatan elektrik, basikal malah motosikal dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah. Penyertaan memancing adalah percuma...sudah pasti puluhan ribu penduduk SIK akan terjun ke Kuala Menanti, empangan Beris.

Pakteh masih ingat pada awalnya pihak keselamatan memberi amaran agar tidak menghadiri majlis anjuran Raja Sakti, begitu juga dengan masjid2 memberi peringatan melalui tuan Imam NAMUN tahun berikutnya tuan2 Imam pun antara terawal sampai.

SEMUA INI BERLAKU KERANA APA? KERANA WANG DAN HADIAH LUMAYAN
Tidak sedarkah mereka siapaa Azhar Wahab ini? Sebenarnya ramai yang sedar tapi kerana IMBUHAN...segala-galanya tergadai....

Amboi..panjangnya kisah Raja Sakti....
Saja la Pakteh nak habaq...ORANG SIK NI KALU BAGI APA PUN DEPA AMBIK...TAPI....bila berpolitik....ingat ingat....jangan gelang bini tergadai semata-mata nak bagi habuan.

Tahun lepas muncul lagi insan berdarah RAJA yang sudi berbakti kepada rakyat Sik. Terima Kasih kerana sering memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan cumanya Pakteh heran mengapa hanya ditumpukan secara berlebihan kepada Daerah Sik (bacaan politik...Parlimen Sik?). Pakteh pernah menulis tentang Presiden Kerabat Diraja Negeri Kedah iaitu Tengku Zainol yang berterus terang ingin menjadi wakil rakyat Parlimen Sik. Kini kehangatannya kian terasa dan Pakteh yakin, ini memberi iklim yang tidak selesa kepada keutuhan UMNO di Sik.

Siapa yang merestui Dato' Tengku Zainol Rashid untuk bergiat aktif menawan hati penduduk di Sik?. Mengapa Ketua UMNO Cawangan menjadi sasaran lambakan habuan?
tunggu......

Monday, September 5, 2011

Sik dan Raja siri 1.0

Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK?
Mengikut Dato' Wan Azmi Ariffin yang disampaikan melalui cerita orang lama, Sik berasal dari perkataan Syed (lawat website Dato' Wan Azmi). Bagi mereka yang agak nakal, mungkin mendakwa ianya dari SHIT atau Seek. Berkebetulan pada 1998, Sasterawan Negara yang berasal dari banggol Derdap Sik telah menulis novel SHIT.

Sik...apa kaitannya dengan tajuk pakteh?.

Sebenarnya Sik menjadi tempat bermastautin beberapa raja Melayu (raja atau keturunan)cuma mungkin anak-anak Sik sendiri tidak mengetahuinya.

Menurut Al-Tarikh, Maharaja Derba iaitu Raja Kedah yang pertama telah menitahkan para pembesar negeri yang diketuai oleh Tun Dermadewa dan Tun Perkasa untuk mencari tempat dan membina Kota Pemerintahan di hulu singai Kedah . Kota langkasuka telah didirikan pada 634 masihi di sekitar Kampung baru nami, Sik Kedah dimana bertembungnya sungai Sok dan Sungai Nami (sungai Muda) dan menjadi Ibu Negeri Pertama Kerajaan Kedah pada masa itu.

Kota Aur dibina oleh Maharaja Maha Dewa 1. Maharaja Karna Diraja pernah bersemayam disini. Lokasinya ialah di Kampung Kota Aur, Sik Kedah iaitu di kawasan Kem tentera, Gubir. Berhampiran Kota Aur ini, didirikan pula kota Arong-Arongan di hilir Kota Aur. Seramai dua orang Raja pernah bersemayam di kota Arong-Arongan.

Kajian penduduk setempat juga menunjukkan keturunan pemerintah/raja/pembesar dari Kemboja juga menetap di Sik ialah keturunan Wan Ibrahim Mekong.

Itu kisah dulu, kini sudah lebih 3 tahun penduduk digemparkan dengan kehadiran Raja Sakti yang menjadikan tanah kosong di Empangan Beris sebagai tempat bersemayamnya. Mungkin ramai anak Sik yang beranggapan Raja Sakti ini benar-benar seorang raja, dapatan Pakteh menunjukkan sebaliknya iaitu Raja Sakti atau Azhar Wahab ini hanyalah rakyat biasa yang pada awal kehidupannya mencari rezeki di Kulim. Penghijrahannya ke Kuala Lumpur untuk menjadi driver kepada VIP mengubah hidupnya dan apabila bergaul dengan kumpulan Al-Arqam, Azhar Wahab mula nampak akan laba yang akan diperolehi jika bijak memanipulasi manusia. Selepas pengharaman Al-Arqam, Azhar Wahab memainkan peranan penting menarik kalangan pengikut Al-Arqam yang masih taksub dengan Aurad Muhammadiah dan Azhar Wahab naik mendadak. Penubuhan Al-Mansur dengan beberapa produk kesihatan mengaburi mata umum aktiviti lain Azhar Wahab. Anak2 Yatim dipergunakan dan akhirnya cabang Al Mansur ini diharamkan.

Paling penting, ajaran Azhar Wahab turut diharamkan. Logo yang bertulis AM masih diguna pakai oleh Azhar Wahab yang kini mengangkat dirinya kepada bermacam2 pangkat. Pakteh mengkaji gelaran Raja Sakti ini berkemungkinan kerana pengiktirafan dari Kerabat Raja Jenbal kepada beliau. Hubungkait keturunan Raja Jembal dengan asak keturunan Raja Bersiung melalui Raja Sakti. Mungkin inilah mengapa sebabnya Azhar Wahab menggunakan RAJA SAKTI. Apa yang penting...Sik masih menjadi pilihan walaupun Azhar Wahab mengangkat dirinya sendiri sebagai Raja.

Bersambung......masih ada lagi berdarah RAJA yang minat dengan SIK

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih