Setelah dua siri pakteh apaprkan tentang kisah raja-raja di Sik, ramai yang bertanya apa sebenarnya yang pakteh cuba sampaikan?.
Sebenarnya, bila banyak sangat makan lemang, ketupat, daging....macam2 hal boleh difikirkan. Apapun, apabila melihat Dato' Tengku Zainal Rashid agak agresif mempromosikan diri di Sik, Pakteh mula khuatir natijahnya kepada UMNO.
Apa perlunya Pakteh khuatir?....laaa...Pakteh ni kan ahli UMNO, sudah tentulah Pakteh risau apabila Presiden Kerabat Diraja Kedah ini menunjukkan minat yang mendalam terhadap Sik apatah lagi berterus terang ingin menjadi YB di Sik.
Apa masalahnya jika DTZ (Dato' Tengku Zainol) menjadi calon?.....uihhh...banyak masalahnya. meh pakteh cerita sikit-sikit.
Yang pertama: Siapa DTZ?....Jangan tanya Pakteh...sebab pakteh tak tau walaupun Pakteh pernah menetap seketika di Taman Seri Indah Mergong Loq Staq. Kalau Pakteh tak tau...nak kena tanya sapa?.....Ini yang jadi masalah sebab masyarakat Sik hanya disajikan dengan kehadiran DTZ sebagai tetamu kehormat diraja yang merasmikan maslis dan memberi sumbangan. Siapa sebenarnya DTZ secara peribadi....orang Sik TAK TAU.
Yang Kedua: Apa jawatannya dalam politik sehingga begitu berani langgar sempadan?.... ini pun masalah besar jugak....Khabarnya DTZ ditolak (tidak diterima) untuk menjadi Ketua UMNO CAWANGAN di Tmn Seri Indah (kalau salah tolong pebetoi) dan hanya dilantik sebagai PENGRUSI TETAP Cawangan. Isk...kalau betoi2 hebat...Presiden/Pengerusi Kerabat Diraja Kedah....sudah pasti..koman2 pun Naib ketua UMNO Bhg kalau2 xdpt Timbalan or Ketua bhg. Ini tidak....diperingkat cawangan lagi dah kantoi. (maklumat perkara kedua ini berdasarkan apa yg dimaklumkn kepada pakteh)
Yang Ketiga: Bagaimana hubungannya dengan istana?.....entahlah...DYMM Sultan Kedah kini bukan lagi penaung kepada Persatuan Kerabat Diraja Kedah dan pejabatnya juga sudah berpindah dari Istana Kuning. Mengapa......kerana terlalu menggunakan jawatan dalam persatuan ini untuk kepentingan politik.
Yang Keempat: Ada pihak memaklumkan DTZ menyatakan dia ke Sik atas restu UMNO Pusat. Ini amat berbahaya kepada keselesaan/keharmonian UMNO Sik malah mungkin UMNO Sik akan beranggapan UMNO Pusat tidak menghormati UMNO Sik. Punca sebenar ialah DTZ
Yang Kelima: Mengikut rencana tulisan Sobri Sudin dan Mohd Hafidz Hussein bertajuk : Politik Kedah Selepas Pilihanraya Umum 1999: Cabaran UMNO Dan Peluang Pas dalam Menangani Pilihanraya Umum Akan Datang yang dipetik dari buku Kedah 100 Tahun: Isu-isu Politik dan Sosioekonomi terbitan UUM 2002. Dalam jadual 2 hlm 63 menunjukkan P13 Sik kalah antara puncanya ialah Faktor Isu, Jentera Gerak Kerja Pilihanraya. Pakteh ingin tanyakan kepada semua pendokong UMNO (pas xpayah tanya...depa lagi syok), bukankah kes 1999 membuktikan Jentera Parti di peringkat Bahagian tidak boleh ditolak ketepi. Bayangkan seorang menteri kabinet yang tersohor namanya tumbang kerana jentera parti. Inikan pula sekadar calon yang penduduk hampir tidak kenal dari mana datangnya.
Yang Keenam: Pilihanraya 2008, P13 Sik, Dato' Osman Desa boleh dianggap calon political patronage dan parachute candidate. Calon yang dinaungi pemimpin tertinggi parti serta turun secara payung terjun. Biarpun Osman Desa mengakui mempunyai kabel terbesar....beliau tetap kalah sedangkan risikan/kajian/dapatan pada waktu itu JIKA DILETAKKAN CALON ASAL MEMPERTAHANKAN KERUSI IAITU DATO' DR HAJI WAN AZMI ARIFFIN, UMNO akan menang di kerusi P13 Sik. Apakah UMNO Sik masih tetap akan merestu political patronage dan parachute candidate?. SUDAH PASTI tidak kerana jika ini berlaku PRU 13 P13 Sik PASTI KEKAL MILIK PAS. Jika menurut dakwaan DTZ, beliau pasti 100% mempunyai ciri2 political patronage dan parachute candidate dan kerana itu....DTZ 100% PERLU/WAJIB DITOLAK.
Yang ketujuh: Sik dah kehabisan stok calon?. Sebaik kalah pada 2008, ramai menangis, marah dan mengutarakan punca political patronage dan parachute candidate ada faktor utama kekalahan di Sik disamping isu Paklah n KJ. Pakteh sarankan....Siapapun yang UMNO sik nak calonkan....pilihlah anak Sik biarpun muda, biarpun lama, biarpun baru...xkisah..yang penting anak Sik. tengok2 la jugak...boleh menang ke tidak...boleh buat kerja ke tidak.
Ada sahabat dalam blog berkata demokrasi memberi peluang kepada sesiapa sahaja. Pakteh 100% setuju dan dengan itu jika DTZ berminat menjadi calon....jadilah calon bebas dan bukannya calon UMNO....tak siapa akan membantah...., Pakteh hanya pertikaikan jika DTZ ini menjadi calon UMNO utk PRU13 di P13 Sik. Atau...cuba2 tanya PAS Sik kot2 depa dah xmau dah kat Cikgu Uda.
Sebenarnya DTZ ni lemah lembut dan berbudi pekerti (menurut sahabat yg pernah bersembang dengan dia) cuma apabila dilihat dari sudit politik.....sendiri mau ingat...
Kata Pakteh: Betoika UMNO kalah kalau silap percaturan? yup..kalah....Cadangan pakteh: faktor Winnable Candidate perlu diterima dengan hati terbuka oleh UMNO Bhg Sik. Jika akhirnya pada hari terakhir untuk menyerahkan borang pencalonan, kajian/dapatan/research/risikan oleh Presiden parti DS Najib menunjukkan sifulan sifulan ini yang 100% orang Sik, kebarangkaliannya untuk MENANG adalah tinggi....terimalah dengan hati terbuka dan berlapang dada, bukannya dengan hati terluka dan masam mencuka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
5 comments:
Pakteh: demam dan selsema PRU 13 dah mola.Itulah penyakit dlm umno.Setuju local candidate.Mesti wineable candidate.Biasa lah itu cerita geli awai.UMNO Sik kena calon hebat bekuasa tinggi.Bukan loleh puna calon.
Kalau calon bersih akhlak baik Sik akan 3-0.Kalau Datok Naijb letak calon haprak 0-3.
belantik- belum selamat.
jeneri - ada peluang.
p.sik -pun ada harapan.
faktor calon penting
Anon 23:20
Seblom PRU 12 dulu pun ada gak orang dok taboq duit kot Sik, derma sana sini, rasmi PIBG sana sini..last skali...bila xlekat calon...nama pun dah ingat2 lupa...hehe
hahah orang sik mana ada pandai dan bijak. Umno perlu import dari luar sebagai calon. Kalau tak import pun depa ambil anak sik yg separuh umor depa dok cari makan kat luar. Tak pernah balik bantu rakyat sik pun.
Biarkan biarkan ... yang ada dok pakat berebut nak jadi calon pun ... aku tengok nak jaga parti pun tatau. Inikan nak jaga rakyat.
akhir nya ... terjunlah depa dgn labu2nya
Pak Teh:
bila orang luar tengok dangau sendiri pun cocor.Dia masuklah Pak Teh.
bila jadi pemimpin kena galas susah payah rakyat.buka jadi pemimpin depa yg senang rakyat susah macam biasa.
Orang kita di Sik pintar berfikir macam roda lah Pak Teh.Sebab itu kerusi disini berputar macam roda.Sekejap PAS sekejap UMNO.Mungkin PRU 13 BEBAS pula jadi YB.
Syburi Times:
Kalau ada yg terasa.....biarkan2...tapi itulah hakikatnya.
Kalau nak ambik anak sik sekalipun, biaqla yang betoi2 menghayati harumnya bau kerbau berkubang, tengiknya tahi lembu selepas hujan, sejuknya berselimutkan kain geba baundle, jeleknya bau sekerap, malah mengenali dan dikenali orang orang Sik.
Setakat lahir dan berICkan warga Sik, sure feelnya bukan di Sik.
Non Ulu Sik:
Betoi tu...peluang dan ruang untuk orang luar memang ada jika anak2 Sik masih terlena...
Itu pilihan yang ada sekiranya PAS dan UMNO mengutamakan calon anak Sik. jadilah wakil bebas dan jika menang....Tahniah
Post a Comment