Thursday, October 9, 2014

Apa nak dikata...dah tinggai celana

Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja.

Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami yang gaji RM2000 ni nak ikat apa?...........jawapan yang sesuai apa ya...? Pakteh xtau nak ikat apa.... (ada orang kata kalu takut bini tu....teloq kena ikat......)

Biarlah....Malaysia masih murah minyaknya lagipun DS Najib bukannya SENGAJA. Minyak naik ini secara tidak sengaja TERNAIK akibat penurunan subsidi minyak. ( Kata orang kampung...Oiii...minyak naik takpa....habis semua barang2 naik...apa kejadahnya?)

Kalau orang tanya Pakteh...pasai apa kurangkan subsidi disaat umat Islam nak sambut Aidul Adha? Mungkin cadangan jawapan Pakteh.....untuk berkorban kepada negara.......ya...sempena hari raya korban. Tapi rakyat dah komplen DS Najib Sain MOU dengan DS Rosmah di Obersea......awat tak sain dalam bilik tidoq ja......?. yang ni Pakteh xdak jawapan.

Kalau orang tanya Pakteh....barang2 dah mahal sebab minyak naik....Apa Pakteh nak kata?. takkan nak suruh tanam sayur belakang rumah.....(kata anak muda....Oi...rumah pun kami tak mampu beli....dimana nak ada tanahnya?)
( Kata orang kota......HOII.....Rumah pun tingkat 16...mana nak cari tanahnya)
(kata nenek tua....Cek Oi....bawang besaq, ubi kentang ni....suboq kaa kalu tanam?. 

Kalau orang tanya Pakteh.....Akta Hasutan tu mengapa diganggu...mengapa nak dimansuh?. Pakteh akan suruh tanya Saifudin Abdullah.....Tapi......bila orang kata...Awat hari ni ada LETUPAN BOM di ibu negara....Err....takkan Pakteh nak kata HARAP2 yang maut tu Saifuddin Abdullah. Masa ni agak-agak kalau orang kata ITULAH NATIJAHNYA MANSUHKAN ISA....apa DS Najib nak Kata? Kata Pakteh....Padan Muka kita semua.....awat yang dok pi ikut puak2 perosak negara?.

Kalau orang tanya Pakteh...bila DS Najib nak umum perletakan jawatan.....agak2 bila boleh dapat jawapan?

INGAT....bercinta pun boleh ada rasa SAYANG BENCI KASIH MELUAT.......tidak mustahil harapan menggunung yang diharapkan ketika menggantikan Pak Lah....hancur lumat berkecai ketika ini....betul2 hancur....

Jika Tun M boleh menarik balik sokongan kepada DS Najib, apalah sangat Pakteh yang hanya penebang buluh......Tak sokong DS Najib bukan bermakna tak sokong UMNO.

Friday, October 3, 2014

Akhirnya kerjaya pakteh menjadi agenda kerajaan Kedah

Kata YAB Menteri Besar Kedah

"Menerusi Kedah Bamboo Agenda" (KBA), Pelbagai bidang baharu berkaitan buluh dapat diteroka, termasuk aktiviti pembuatan, pemasaran, pemborongan, keusahawanan, pelancongan serta pertanian".

Alhamdulillah....akhirnya kerjaya turun temurun sejak sekian lama diperhalusi dan mengadi agenda kerajaan kedah. Kampung pakteh sejak dulukala lagi...penuh dengan buluh. Pakteh membesar dalam rumah berdinding buluh. Pakteh minum air sungai yang disimpan dalam buluh. Lantai rumah, gelegar rumah semua dari buluh. 

eh eh...kalau dah semua pakar dalam bidang buluh, apa perlunya KBA?. 

Sebenarnya dunia hari ini amat memerlukan Nilai Kreatif dan Inovatif. Sebab itu wujud KIK @ Kumpulan Inovatif & Kreatif. 

Buluh yang sejak dulu menjadi bahan utama sekitar kawasan pakteh pasti menjadi produk yang berkualiti yang ada sentuhan nilai tambah. Semoga KBA menjadi menjadi pemangkin sebenar kepada kebangkitan ekonomi penduduk luar bandar. Pakteh akan tumpang gumbira dengan kejayaan2 yang dok nampak berkaitan buluh ni.

p/s: Sik nak keluarkan produk yang bagaimana. Arwah ada kepakaran membuat kapal layar, udang, menyodok udang, badang, siling, dan apa sahaja yang melibatkan kreativiti buluh..........Pakteh?...Pakteh hanya tau tebang buluh ja.....buat buluh 40...buluh mengkawan jenuh belah jugak la nak bagi sama....
harap jangan jadi buluh seniang ja.....rebung sedap tapi penuh miang.... :)

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih