Kata YAB Menteri Besar Kedah
"Menerusi Kedah Bamboo Agenda" (KBA), Pelbagai bidang baharu berkaitan buluh dapat diteroka, termasuk aktiviti pembuatan, pemasaran, pemborongan, keusahawanan, pelancongan serta pertanian".
Alhamdulillah....akhirnya kerjaya turun temurun sejak sekian lama diperhalusi dan mengadi agenda kerajaan kedah. Kampung pakteh sejak dulukala lagi...penuh dengan buluh. Pakteh membesar dalam rumah berdinding buluh. Pakteh minum air sungai yang disimpan dalam buluh. Lantai rumah, gelegar rumah semua dari buluh.
eh eh...kalau dah semua pakar dalam bidang buluh, apa perlunya KBA?.
Sebenarnya dunia hari ini amat memerlukan Nilai Kreatif dan Inovatif. Sebab itu wujud KIK @ Kumpulan Inovatif & Kreatif.
Buluh yang sejak dulu menjadi bahan utama sekitar kawasan pakteh pasti menjadi produk yang berkualiti yang ada sentuhan nilai tambah. Semoga KBA menjadi menjadi pemangkin sebenar kepada kebangkitan ekonomi penduduk luar bandar. Pakteh akan tumpang gumbira dengan kejayaan2 yang dok nampak berkaitan buluh ni.
harap jangan jadi buluh seniang ja.....rebung sedap tapi penuh miang.... :)
No comments:
Post a Comment