Monday, June 27, 2011

Khalwat = dipecat = UMNO

Dalam UMNO anda perlu bersih dan kelihatan bersih
Khir Toyo letak jawatan ketua pembangkang bila dituduh di mahkamah
Terbaru...ketua Puteri dan Setiausaha Bhg JERLUN dipecat dari jawatan kerana dituduh berkhalwat (dalam kategori dituduh dimahkamah kerana dua2 tak mengaku dan akan dibicarakan)

Itu dalam UMNO

Dalam Pembangkang...lain ceritanya...
Dalam pas...mat Sabu berkhalwat dan kerana teknikal...bebas dan kini berjawatan Timbalan Presiden Pas

Dalam PKR, Anwar bersalah kerana salahguna kuasa sewaktu menjadi TPM serta kes liwat 1 yang bebas kerana kekurangan bukti...kini Ketua Umum PKR

Maka...Pas dan PKR kini dikawalselia oleh dua2 penzina dan pernah berhadapan kes zina....

oi pakteh...Chua Soi Lek tu siap ada video dok tutuh betina hang tak tulis pun.....
hehehe...BRO.....itu cina....depa spesis lain sikit bab tutuh betina ni...pasai tu la pakteh tak tulis isu Elli kangkang dan Guan Eng yang menfitnah di Melaka dulu...

Pakteh ambik contoh yang beragama Islam dan Melayu.......................

Mahfuz memang LAYAK diPECAT oleh Azizan

patut pun MB Kedah pecat Mahfuz...bodo sombong, cerdik xleh ikut, bangang xleh ajaq...
memang nampak kasaq tapi nak kata lagu mana lagi?...bulih dia bagi contoh watak2 dalam filem sama macam watak sebenar tapi hakikatnya lari 100%. xfaham apa maksud watak yang sempurna, berkesan dan real...terus dihujahnya seperti kes video Anwar balun china doll.


1 gambar individu sebenar, lagi satu pelakon filem yang meniru individu sebenar...100% muka tak sama. bab ni yang mahfuz tak faham.
Berbeza dengan Anwar yang imej dalam video tu 99.99% sama yang membawa makna...orang dalam video tu adalah Anwar....
KITA AKUI MAHFUZ PENDIDIKANNYA RENDAH YANG JUGA MEMBAWA MAKSUD MATEMATIKNYA JUGA LEMAH APATAH LAGI MATEMATIK TAMBAHAN...

Tetapi masalah yang dikemukakan terlalu mudah...

99.99% yang membawa maksud 100%

Pas juga sepatutnya setuju begitu sebab........

Haji Hadi ketika MENANG pilihanraya di terangganu 1999 tidak melaksanakan hudud kerana hudud hanya 0.01% dari hukum2 dalam Islam....

Mahfuz.....jika 50.44% mengatakan anda adalah mr bean...bermakna anda adalah mahfuz yang lain....
tapi jika 50.46%.....kewajarannya perlu diakui....

Saturday, June 25, 2011

Kantoi lagii...

Ada penyokong tegar Anwar marah sebab pendakwaraya sendiri yang membongkar Anwar kelihatan bersama Eskay di lobi apartment tempat video yang sidebarkan Eskay diambil...

Inilah jadinya apabila TERLALU TAKSUB sehingga buta mata dan hati.

Pendakwaraya TERPAKSA menunjukkan BUKTI bahawa ESKAY memang berada di apartment tersebut dan Anwar hanya KEBETULAN turut terseret sebab Eskay bersama ANWAR berada di LOBI APARTMENT tempat China Doll diPRAP seperti dalam VIDEO.

Tugas Anwar sekarang....khabarkan kepada rakyat..apa yang dia buat di lobi apartment tersebut bersama Eskay pada tarikh yang sama China Doll dibalun oleh individu yang 99.99% sama seperti Anwar?....

Oiiii....dah hang yang tutuh...awat dok pusing2 lagiii????

Friday, June 24, 2011

ANWAR REPORT POLIS....Eskay Ngaku Salah...tapi rahsia besar TERDEDAH

Mujur Anwar tolong buat report polis sehingga Eskay tampil serah diri dan hari ini didakwa. Jika tidak didakwa...KITA SEMUA takkan tahu butiran lanjut kes China DOll & Anwar

Petikan dari Malaysiakini (pakteh letakkan disini kalau2 ada yang dah haramkan diri membaca di Portal Malaysiakini)

-----------------------------------------------------------------------------------
Kow Gah Chie
Jun 24, 11
3:00pm

Lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa peguam yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah (kanan) berkata, pakar video Amerika yang dirujuk polis Malaysia, telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

“Ini bererti A and B adalah orang yang serupa,” katanya kepada wartawan ketika mahkamah berehat.

Menurutnya, mengikut laporan 4 Jun profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.

Rakaman video seks itu, memaparkan aksi seks oral dan juga persetubuhan lelaki dan wanita, dianalisis oleh kedua-dua pakar tersebut.

Perkara itu dinyatakan dalam fakta kes pendakwaan yang dikemukakan dalam perbicaraan melibatkan trio 'Datuk T' hari ini.

Pakar berkenaan mendapati, rakaman berkenaan berasal daripada satu alat perakam video yang dirampas daripada Shazryl Eskay.

Pakar berkenaan seterusnya menjalankan analisis pengenalpastian wajah terhadap pelaku seks lelaki berkenaan dan hasilnya didapati menyerupai Anwar.

Anwar juga didapati hadir di sebuah pangsapuri di Ampang, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi rakaman video seks tersebut.

Polis telah mendapati kehadiran Anwar bersama salah seorang tertuduh -- Datuk Shazryl Eskay Abdullah -- di apartmen berkenaan pada 21 Februari lalu.

Perkara itu adalah berdasarkan rakaman litar tertutup yang diperolehi polis di apartmen berkenaan.

Berikut adalah fakta kes pendakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur:

1. Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah,
2. Tan Sri A Rahim Tamby Chik
3. Dato' Shuaib Lazim.

Fakta kes

1. Pada akhir bulan Februari 2011, Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah (selepas dirujuk sebagai “Dato' Eskay”) telah pergi berjumpa dengan Dato' Shuaib bin Lazim (selepas ini dirujuk sebagai “Dato' Shuaib”) di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (selepas ini dirujuk sebagai “Dato' Seri Anwar”) dengan seorang perempuan warganegara China.

2. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri A Rahim bin Tamby Chik (selepas ini dirujuk sebagai “Tan Sri A Rahim”) berkenaan kandungan peranti tersebut memandangkan ianya sensitif dan melibatkan kepentingan negara.

3. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berjumpa dengan Tan Sri A Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Setelah berbincang, mereka bertiga membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti tersebut dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut.

4. Dalam perbincangan tersebut, Tan Sri A Rahim mencadangkan tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui oleh Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib.

5. Pada 19 Mac 20011, Tan Sri A Rahim telah menghubungi seorang bernama Haji Kamarulail bin Sulaiman dan meminta beliau menempah sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.

6. Pada 20 Mac 2011, Haji Kamarulail telah pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur dan telah menempah bilik Seri Makmur di atas nama Tan Sri A Rahim bermula daripada hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin).

7. Pada 20 Mac 2011, Dato' Shazryl telah meminta ketua wartawan The Star, Sirajinisa bt Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita yang besar demi kepentingan negara.

8. Sirajinisa telah menyebarkan jemputan ini kepada beberapa wartawan dan wartawan-wartawan tersebut pula turut membuat sebaran yang sama pada wartawan-wartawan lain.

9. Pada 21 Mac 2011, ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di Hotel Carcosa Seri Negara seawal jam 9.00 pagi. Dato' Shazryl telah meminta Dato' Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara bagi menyaksikan tayangan video tersebut.

10. Pada jam 10.00 pagi, penayangan rakaman video yang mengandungi adegan aksi lucah ini kemundiannya dilakukan oleh Dato' Shazryl menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo kepunyaan Dato' Shazryl. Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Dato' Shazryl juga telah memberi penerangan mengenai rakaman video tersebut. Dato' Shazryl juga telah menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China. Dato' Shuaib juga hadir pada sepanjang masa penayangan di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tayangan hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan untuk menontonnya.

11. Tayangan ini mengambil masa di antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya, seramai 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari.

12. Pada 22 Mac 2011, Dato Seri Anwar telah membuat laporan polis berhubung penayangan tersebut vide Tun SHL Report 9703/11.

13. Pada 23 Mac 2011 jam 4.00 petang, satu sidang media telah dilakukan oleh Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut, Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim mengaku mereka bersama Dato Shuaib bertanggungjawab menayangkan rakaman video tersebut kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Negara pada 21 Mac 2011.

14. Pada 24 Mac 2011 jam 5.00 petang, Dato Shazryl dan Tan Sri A Rahim telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. Dato' Shazryl telah menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai sebagai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China.

15. Pada 25 Mac 2011, Dato' Shuaib telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

16. Keterangan mendapat rakaman tersebut diambil dalam sebuah bilik apartment di .... [dipadam] Ampang .... [dipadam] Kuala Lumpur.

17. Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Dato' Seri Anwar bersama Dato' Shazryl di lobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011.

18. Keterangan menunjukkan rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya bogel.

19. Hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering dan superimpose serta berasal daripada satu alat perakan DVR yang dirampas dari Dato' Shazryl.

20. Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika juga telah menjalankan facial recognition analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati .... [dipadam] adalah menyerupai Dato' Seri Anwar.

Barang kes:

1. Tun HSL Report 9703/11
2. Alat perakan DVR
3. Satu peranti storan media USB (pendrive) LCD CPU jenama Lenovo
4. Laporan pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat.

Thursday, June 23, 2011

terlalu PUTAR ALAM...betoika hang ni manusia?

baru beberapa hari Anwar dok pertikai Dato Eskay belum diapa-apakan oleh pihak berwajib...
kelmarin kecoh Eskay akan didakwa jumaat 24 jun 2011 TERUS Anwar pusing mengatakan mahkamah takkan mengapa-apakan Eskay...kalau kena pun sikittt ja...ala..cubit2 sayang gitu..

pungkoq hang aih...tak dakwa hang bising..bila nak dakwa..hang riuh2 dok petikai pulak....

isk..hang ni manusia ka apa?....

eh eh...lupa..ada lagi sikit....bab Nurul Izzah suruh ikut Turki tu AMACAM?....jangan la ambik bab demo jalanan ja...ambik la skali contoh orang politik Turki letak jawatan bila ada skandal seks.....hui hui hui...

Tuesday, June 21, 2011

Tahniah......

Pakteh ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada kepimpinan baru PAS Kedah yang baru terutama kepada orang Sik...Bro Sanusi Setpol MB yang dinaikkan pangkatnya kepada Ketua Penerangan Pas Kedah serta Bekas Adun Belantik Md Isa Shafie menggantikan mantan Imam Besar Masjid Negara YB taib Azamuddin..

Pakteh melihat MB Azizan cuba memberi imbangan yang positif kepada Pas Kedah serta kedudukannya sendiri selaku Pesuruhjaya Pas Kedah. Keseimbangan yang Pakteh maksudkan ialah....YB Baling yang bertitle Ulama dan luas pengetahuan agamanya digantikan oleh individu yang agak tenggelam timbul nafas politik diarus perdana...PUN BEGITU Ostat Azizan mengambil langkah bijak apabila menukarkan Mahfuz yang tahap pendidikannya sering dipertikaikan dengan seorang yang bergelar DR iaitu Dr. Ismail Salleh.

Ramai rakan menghubungi pakteh bertanyakan kesan kepada rombakan yang Pas Kedah ini...Jawapan pakteh mudah.....

Jika dulu UMNO kalah bukan kerana Pas kuat tetapi UMNO yang kucar kacir...Pakteh juga turut percaya...jika Pas Kedah gagal menangani beberapa isu dalaman...pasti hayat pemerintahannya hanya 1 penggal. Ini bermaksud bukan kerana UMNO kuat tetapi Pas Kedah yang kelihatan masih gagal menguruskan kejayaan dengan baik...

Apapun...Syabas kepada wakil2 dari Sik...

wakil UMNO di Sik bila lagi agaknya akan menduduki hirarki atasan parti di Kedah?..

Monday, June 20, 2011

Ikhlas...Kiamat Sudah Dekat (KSD)

beberapa tahun lalu, pakteh pernah menjadi seroang peminat setia drama kiamat sudah dekat dan apabila diadaptasi ke filem, pakteh juga menontonnya...bisa buat gue nangis dong....
drama KSD ini akhirnya mengutarakan ILMU IKHLAS....dimana membawa pengertian sesiapa sahaja yang hebat ilmu agamanya, belum tentu mampu mencapai tahap IKHLAS...

IKHLAS akan membawa erti yang besar jika seseorang itu berjuang dalam politik. Sayugia itu, amatlah penting pemimpin ISLAM berjuang dalam politik berusaha mencari keikhlasan dalam diri.

Bagi menguji KEIKHLASAN anda hari ini...satu ujian mudah pakteh utarakan

1. kosongkan hati memikirkan UMNO, PAS, PKR, KITA dan lain2 parti yang ada umat Islam menjadi ahlinya....
2. Fikirkan ANWAR IBRAHIM....
3. Buat solat Istikharah/Hajat untuk ditunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah dalam isu LIWAT 2 serta VIDEO SEKS

Jawapannya ANDA akan dapat kerana permohonan anda dibuat kepada Allah...bukan kepada manusia.....

Kemudian....IKHLAS menerima apa sahaja jawapan Allah terhadap manusia bernama ANWAR IBRAHIM...

Selepas itu...berikan komen anda disini untuk dikongsi bersama....

Wednesday, June 15, 2011

GEMPAR JUGAK..!! Individu yang ambil video china Doll telah ditangkap

Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang...tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama juga telah melakukannya ditempat lain....
Bukti paling nyata yang dipertikaikan oleh pembangkang ialah pintunya yang bengkok dan inilah juga bukti yang pakteh gunakan untuk memerangkap pelaku sebenar yang merakam video tersebut.



Fikirkan jika tempat secanggih ini pun gambarnya bengkok....apa lagi alasan bodoh yang nak pertikaikan video Anwar??

Tuesday, June 14, 2011

Breaking News...PANAS!!!! SAH...pelanggan china doll sudah KENA

UNTUK LEBIH JELAS...ZOOMKAN GAMBAR DIBAWAH SEHINGGA 200% ATAU 400% dari saiz asal




pelaku ini dikesan menggunakan kemudahan LRT bersama dengan seorang....!!!
Malangnya gambaran imej ketika dalam LRT MASIH juga tidak jelas....NAMUN 100% bertepatan dengan ciri2 pelaku dalam video china doll.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih