Sambungan dari Sik dan Raja siri 1.0
Sebermulanya disebutkan adapun Raja Sakti itu kononnya amat hebat dah gah. Rohnya boleh berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khindir sedangkan jasadnya di Damansara. Perintahnya perlu dituruti dan penuh kerahsiaan biarpun tersasar dari ajaran Islam.
Biarpun begitu ketara tersesatnya Raja Sakti yang mengangkat dirinya sebagai Presiden Kerabat Diraja Sakti Negeri Kedah, RAMAI ORANG SIK membiarkan diri mereka digula-gulakan dengan kebendaan dan wang ringgit pemberian Raja Sakti. Setiap kali tibanya Aidilfitri, Pasti Kuala Menanti (betoika nama asai situ Kuala Menanti?, khabarnya tidak...) akan dipenuhi puluhan ribu penduduk yang datang dari seluruh pelusuk SIk malah dari Pulau Pinang, Perak dan Perlis pun turut serta. Mengapa?
Puncanya...Raja Sakti atau Yang teramat Mulia Ayahanda raja sanggup menyediakan HADIAH DAN CABUTAN BERTUAH yang TERAMAT LUMAYAN MENURUT PANDANGAN PENDUDUK SIK. Bayangkan 15 ekor lembu sanggup dikorbankan untuk jamuan, puluhan alatan elektrik, basikal malah motosikal dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah. Penyertaan memancing adalah percuma...sudah pasti puluhan ribu penduduk SIK akan terjun ke Kuala Menanti, empangan Beris.
Pakteh masih ingat pada awalnya pihak keselamatan memberi amaran agar tidak menghadiri majlis anjuran Raja Sakti, begitu juga dengan masjid2 memberi peringatan melalui tuan Imam NAMUN tahun berikutnya tuan2 Imam pun antara terawal sampai.
SEMUA INI BERLAKU KERANA APA? KERANA WANG DAN HADIAH LUMAYAN
Tidak sedarkah mereka siapaa Azhar Wahab ini? Sebenarnya ramai yang sedar tapi kerana IMBUHAN...segala-galanya tergadai....
Amboi..panjangnya kisah Raja Sakti....
Saja la Pakteh nak habaq...ORANG SIK NI KALU BAGI APA PUN DEPA AMBIK...TAPI....bila berpolitik....ingat ingat....jangan gelang bini tergadai semata-mata nak bagi habuan.
Tahun lepas muncul lagi insan berdarah RAJA yang sudi berbakti kepada rakyat Sik. Terima Kasih kerana sering memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan cumanya Pakteh heran mengapa hanya ditumpukan secara berlebihan kepada Daerah Sik (bacaan politik...Parlimen Sik?). Pakteh pernah menulis tentang Presiden Kerabat Diraja Negeri Kedah iaitu Tengku Zainol yang berterus terang ingin menjadi wakil rakyat Parlimen Sik. Kini kehangatannya kian terasa dan Pakteh yakin, ini memberi iklim yang tidak selesa kepada keutuhan UMNO di Sik.
Siapa yang merestui Dato' Tengku Zainol Rashid untuk bergiat aktif menawan hati penduduk di Sik?. Mengapa Ketua UMNO Cawangan menjadi sasaran lambakan habuan?
tunggu......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
4 comments:
Pakteh:
itulah raja berjiwa rakyat.
dengan harapan jadi wakil rakyat.
tak cukup kah dengan bantuan umno,pas,pkr.
barangkali bantuan tak sampai kemana.
demokrasi lah Pakteh.
biarlah mereka berentap bila PRU 13 nanti.
Non Ulu Sik....
Setiap bantuan dihulur oleh Raja atau kerabat pasti dianggap berjiwa rakyat. Pakteh pun suka lagu tu cumanya....bacaan politik berlainan dengan bacaan biasa.
Mungkin dalam siri seterusnya pakteh akan ulas...
Slmt Hari raya, maaf Zahir dan Batin...
ketua umno cawangan tak boleh dipercayai lagi.bukan ada perinsip.dia kira asyuk saja.sebab itu akar umbi umno sekarang mulai goyang.
umno sik sendiri apa cerita.aktiviti kena menyeluruh.perpaduan kena mantap.sengketa kena menurun.pemimpin kena bersih zahir dan batin.
rakyat lebih cerdik drp pemimpin di sik hari ini.pemimpin pun spm je......
Cikgu Man:
Kata orang tua-tua, dalam setandan pisang, mungkin ada sebiji dua yang buruk, begitu juga dengan pemimpin di akar umbi. bukan semua tapi sure ada yang ikhlas membantu namun bab duit tetap disapu.
Soal pendidikan tu....kalau berPhD sekalipun tapi niat hanya utk kepentingan peribadi, xdak gunanya. Lebih baik sekadar darjah 6 sekolah atap tapi seluruh jiwa hanya memikirkan penduduk Sik.
Post a Comment