Pakteh bukan pakar agama. Sedari awal pakteh meneliti mengapa Mahathir berani menolak HUDUD (dibaca hudud pas), pakteh mula mengagumi ketajaman fikiran Mahathir walaupun Mahathir bukan terlalu arif dalam bidang agama. Sebelum terbongkarnya surat/dokumen Mahathir kepada kerajaan yang memberikan alasan mengapa HUDUD (lagi perlu dibaca hudud pas) perlu ditolak. Pakteh bertambah yakin dengan pendirian pakteh menyokong Mahathir apabila Hadi Awang begitu yakin mengatakan HUDUD hanyalah 0.001% dari hukum Islam. Peliknya sebelum menang di Terengganu, Hadi Awang begitu lantang berkata "Jika Pas memerintah Terengganu, sebelum ayam berkokok Pas akan melaksanakan HUDUD"
Hari ini...selepas PR menolak utk laksanakan HUDUD cadangan Pas, tuan-tuan dan puan-puan muslimin muslimat bacalah dengan mata hati, dengan minda terbuka berlapang dada, bacalah dengan penuh keikhlasan...apa kata YB Zul Kulim.
(Pakteh bersetuju Pas & UMNO duduk semeja berbincang bagi memantapkan lagi agenda melaksanakan HUDUD yang sebenar. Harus diingat, yang ditolak hanya HUDUD Pas, bukannya HUDUD Islam.)
-------------------------------------------------Artikel oleh YB Zul KUlim---------
Salam 2 all.
Ruyati Binti Satubi, wanita Indonesi berasal daripada sebuah perkampungan di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia. Ibu tunggal ini lahir pada 07 Julai 1957, kurang sebulan sebelum umat Islam bangsa Melayu menyambut kemerdekaan Tanah Melayu. Ruyati pernah berkhidmat sebagai Tenaga Kerja Indonesia (TKI) (dalam bahasa kita orang gaji yop) di Arab Saudi beberapa tahun sebelum peristiwa menyayat hati menimpa beliau.
Pada bulan Sept 2008, Ruyati berlepas ke Arab Saudi sebagai TKI buat kali ketiganya. Sewajarnya Ruyati tidak boleh pergi kerana sudah berumur lebih 50 tahun (51 pada masa itu). Tetapi agennya memalsukan tarikh lahir Ruyati, dan itu membolehkan Ruyati pergi walaupun tidak disenangi ahli keluarga. Namun demi survival, demi mencari sesuap nasi, Ruyati membulatkan hati pergi jua ke tanah asing.
Namun kali ini, nasib tidak menyebelahi Ruyati, tidak saperti dua majikan sebelum daripada ini. Kali ini majikannya dilapurkan sangat zalim. Rakan sebilik Ruyati bernama Warni, yang bekerja dengan majikan yang sama , menceritakan bagaimana zalimnya majikan mereka, terutamanya isteri majikan bernama Khiriya Bini Hamid Mijid, seorang berbangsa Arab.
Warni menceritakan bagaimana Ruyati sering dipukul termasuk dikepala. Malah ketika berpuasa dibulan Ramadhan, Ruyati sering dianiaya sehingga tidak diberi makan. Hinggakan Warni mahu berkongsi tamar pun dimarahi sang majikan. Gaji Ruyati juga tidak dibayar 7 bulan sebelum kejadian!
Ruyati seorang yang dikenali sangat sabar lagi pendiam. Jarang menimbulkan masalah. Sangat disenangi majikan terdahulu. Tiada aduan langsung, malah mahu diminta berkhidmat lagi. Jiran-jiran di perkampungan Ruyati di Bekasi juga menceritakan kebaikan wanita separuh umur ini.
Mungkin akibat tidak tahan dengan deraan dan seksaan berpanjangan, pada 12.01.2010 Ruyati (yang mungkin sedang disiksa dan didera ketika itu) mengambil tindakan nekad (apakah mungkin mempertahankan diri, kita tidak mendapat butirnya). Menggunakan pisau didapur, Ruyati memukul kepala sang isteri majikan Khiriya, dan menikam tengkoknya yang menyebabkan kematian Khiriya.
Ruyati dibawa ke Mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati. Pada 18.06.2011, Ruyati dibawa ke pinggir Makkah dan dihukum pancung. Hukuman dijalankan disebuah lapangan dengan kehadiran orang awam. Hukuman dilaksanakan oleh seorang tukang pancung menggunakan sebilah pedang. Ruyati yang berbaju jubah putih, dan mata ditutup, diletakkan berlutut ditanah. Kepalanya ditundukkan, dan kemudian terus dipancung. Putuslah kepala Ruyati dari jasadnya (videoklip diatas adalah filem perlaksanaan hukuman pancung keatas Ruyati).
Setelah pancungan dilaksanakan, saksi menceritakan bagaimana tubuh jasad Ruyati tanpa kepala itu dinaikkan menggunakan helikopter untuk dilihat oleh orang ramai. Kemudian jenazah Ruyati dan kepalanya dibawa masuk kesebuah van, terus dibawa ketempat pengkebumian.
Malangnya dalam kes Ruyati, keluarga langsung tidak dimaklumkan mengenai nasib yang menimpa beliau. Sehingga kepada hukuman pancung dilaksanakan, tiada siapa mengetahuinya. Setakat ini, teman tidak tahu samada usaha keluarga untuk membawa kembali jenazah Ruyati berjaya atau tidak?
Persoalan besar yang bermain difikiran teman ialah, apakah prosedur dan amalan kehakiman dan guaman yang digunapakai dalam kes saperti ini. Kalau didalam amalan sivil, Ruyati boleh membangkitkan pembelaan mempertahankan diri, atau tiada mens-rea atau niat kerana ujudnya penderaan dan penyiksaan berpanjangan. Teman tidak pasti kalau dalam pendakwaan syari'e, apakah prinsip yang sama diterima pakai. Kalau didalam amalan sivil, walaupun seseorang itu mengaku, tetapi jika dia memberikan sebab kenapa dia bertindak saperti yang dituduh, maka pengakuan itu akan ditolak.
Teman yang risaunya yop, dalam keghairahan mahu melaksanakan hudud, kita tidak bersedia. Dan yang paling malang, kalau kita melakukan kesilapan yang boleh memalukan Islam. Contohnya dalam satu kes seorang gadis di Iran bernama Atefah yang menjadi mangsa rakusan pemandu teksi yang merakusi dan merogolnya. Atefah dikenakan pertuduhan melakukan zina walaupun dia mengadu sebenarnya dirogol. Setelah perbicaraan, Atefah dikenakan hukuman mati ditali gantung, sedangkan sang lelaki hanya dikenakan sebatan. Setelah hukuman dilaksanakan, barulah didapati Atefah baru berusia 16 tahun. Kalau di Malaysia, bawah umur 16 tahun hanya dihukum berkelakuan baik dan mungkin dihantar ke pusat pemulihan. Tetapi nasi sudah menjadi bubor. Atefah telahpun mati digantung!
Masalahnya ialah penafsiran zina yang teman percaya tidak tepat. Di Pakistan contohnya, seorang wanita yang mengadu dirogol diwajibkan membawa empat orang saksi "lelaki suci" yang melihat sendiri dia dirogol!!! Wanita yang gagal membawa 4 saksi ini akan dihukum cambuk. Akhirnya di Pakistan, banyak berlaku kes rogol yang tidak dilapur. Ramai wanita Islam yang merana di bawah "bayangan qazaf"! Yang malangnya mereka menamakan ini sebagai "Undang-Undang Syariah". Adakah benar itu undang-undang syariah, yang tidak membawa keadilan dan perlindungan kepada wanita, sedangkan Islam sangat memuliakan wanita!
Dan teman juga bertanya kepada diri sendiri, adakah mampu kita bersikap saksama dan adil. Contohnya dalam kes Saiful Bukhori Azlan, yang mengadu dirogol oleh Anwar Ibrahim. Belum pun mendengar penjelasan atau menanti perbicaraan, ada segelintir daripada kita terus menjatuhkan pelbagai macam hukuman kepada Saiful. Bukan sahaja ada yang hukum dia dengan qazaf, ada yang mengadakan solat hajat mintak la'nat kepada Saiful. Dan inilah kaum yang konon nak laksanakan hudud? Bolehkah mereka bersikap 'adil?
Begitu juga bila Datuk Eskay, rakan baik Anwar Ibrahim mendedahkan satu videoklip untuk menunjukkan manusia yang diidolakan oleh kaum ini. Belumpun tengok videoklip itu, mereka terus menghukum dan mela'nat Datuk Eskay; ada yang siap mempatwakan Datuk Eskay masuk neraka (macam syurga tu bapak dia punya). Sedangkan Datuk Eskay langsung tidak menuduh Anwar berzina; jelas beliau menyatakan bahawa videoklip itu didedahkan untuk membuktikan Anwar yang mereka "sembah" itu sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin!
Jadi timbul keraguan kepada teman, adakah kaum ini mampu berlaku 'adil dalam nak melaksanakan hukum ALLAH. Mereka tidak berlaku adil kepada diri, agama, dan bangsa mereka sendiri. Mereka menjual kalimah ALLAH kepada kristian. Mereka gadai anakbini mereka dengan baiah talaq tiga. Mereka idolakan komunis. Mereka menjulang penganut syiah yang mereka sendiri fatwakan sebagai sesat. Mereka agongkan penganut fahaman pluralisma yang sudah difatwakan sebagai sesat dan boleh murtad.
Jadi adakah kaum ini mampu melaksanakan undang-undang ALLAH ini dengan adil dan saksama. Wallahua'lam.
Teman tidak menentang perlaksanaan hudud, qisas dan ta'zir. Malah teman antara Ahli Parlimen yang cukup konsisten dalam isu ini. Dan teman telah memfailkan Usul-Usul di Parlimen untuk memperkasa dan menobatkan Islam (usul yang sama pernah teman kemukakan beberapa kali termsuk semasa bersekongkol dengan kaum ni) walaupun mereka sendiri tidak berani mengemukakan usul yang sama kerana takutkan parti cauvinis biaDAP. Namun teman khuatir dengan keghairahan puak-puak tertentu, dan kegopohan mereka serta kegiatan politiking yang melampau, akhirnya yang akan mendapat malu ialah agama Islam itu sendiri. Agama Islam itu sempurna, yang cacat ialah pengikutnya. Wallahua'lam.
Yang baik datang dari ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri.
Jazakallah & Wassalam.
Zulkifli bin Noordin
Rabu
30 Syawal 1432
28 Sept 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
5 comments:
YG PALING MUDAH HUKUM HUDUD BERKAITAN DGN ZAKAT. YG MULA DITEKANKAN PEMERINTAH.MANA YG AGAK MENGUNTUNGKAN KITA BUAT DULU.SBB TU JUDI HARAM TETAPI KERAJAAN TAK HARAMKAN SBB ADA KEUNTUNGAN DISINI
Anon 18:24
Boleh jelaskan ayat "yg paling mudah hukum hudud berkaitan dgn zakat"
T. kasih
Pak Teh: PAS bukan ikhlas dengan hudud ini.Cuma modai politik je.
yang mati kena pancung tu rakyat indonesia berugama islam.
senyap jer pihak2 yang memperjuangkan hak asasi manusia.
kalau yg kena pancung rakyat amerika...satu dunia heboh.
yang memancung pihak arab saudi...sekiranya ia berlaku di malaysia..habis bendera,kedutaan malaysia dan rakyat kita di indon sana dibunuh walaupun yg membunuh amah indon tu kaum cina kominis kat malaysia.
aku nak lihat bila puak indon ni nak bakar bangunan kedutaan arab saudi.
jangan hanya berani tunjuk kekuatan dengan rakyat malaysia yg membenarkan mereka datang mencari rezeki demi mengelak mereka dari mati kebuluran.
kesian kat cheq pakteh oiii..
juai buloh pun tak laku la ni.
dok longgok tepi jalan sampai gheput.
"mat tanjung piring"
mat tanjung Piring:
Silap pilih buluh kottt?...
kalu buluh junjung kacang..jangan la pi ambik yang besaq lengan haji hadi...xlaku.
Kalu buluh 40 tu...jgn la pulak pi ambik bsaiz hati anwar..kecik sangat....
kalu nak buat buluh mekawan....pilih la yang tebai2 sikit...kang bila belah..sayong pulak....
kalu nak buat rakit ranting...bilih la yang betoi2 sikit...kalu ambik yg kerekot2...susah nak susun. buat rakit buluh 40 xpa la lagu mana pun..
pakteh pun baru nak gi tebang buluh niii....
Post a Comment