Monday, October 3, 2011

UMNO Kedah menang 100% part 1

Setiap manusia ditakdirkan mempunyai minat. Ada minat memancing, ada minat tanam bonsai, ada minat jebak burung, ada minat bela kucing, ada minat modifikasi kereta, ada minat motor/kereta klasik, ada minat karaoke...maksudnya..minat orang ni macam2 termasuklah minat berpolitik.

Minat berpolitik juga seperti minat dengan benda lain, tidak bermusim dan berwaktu serta juga tidak berperingkat. Politik rumahtangga paling berseni tingkah silatnya. Jika siang, sibapa merah padam seperti singa, malam hari bertukar harimau tetapi misainya berkodek seperti kucing kelaparan melihat lauk terhidang. Seni politk berumahtangga ini hanya boleh dicapai melalui pengalaman dan tidak ada pakar yang benar2 arif. Seni politik berumahtangga jika dicampuradukkan dengan politik kepartian menjadi politik kuasa dua. Seorang ketua Umum parti boleh memarahi/mempertikai tindakan presiden parti secara berdepan, dan presiden menurunkan kemarahannya kepada Naib Presiden, itu tindakan politik kepartian namun balik rumah, Isteri boleh bertanyakan barang2 suami yang hilang tidak dapat dikesan dan suami yang awalnya seperti singa boleh menjadi tikus. Itulah seni politik kuasa dua. Sama2 berkuasa singa dan sama2 menikus atau jika digabungkan singa dan tikus boleh menjadi SIKUS, NGAKUS, SITI atau apa sahaja kerana sudah cacamerba.

Bila UMNO yakin menang 100% di Kedah, pakteh melihat ini saja minat politik nak menang atau comfirm boleh menang ATAU...paling teruk..adakah ini seni politik membodek?.

Jika comfirm boleh menang, apa bacaan yang dinilai untuk merelevankan kenyataan sebegitu kerana Pas Kedah juga yakin mempertahankan Kedah. Sapa lebih minat dan sapa lebih comfirm?

Mungkin sulit tetapi tidak salah diwar-warkan...
Berapa keahlian terbaru UMNO Kedah? atau tunjukkan peningkatan tahunan dari 2008, 2009, 2010.

Tunjukkan juga peningkatan pada suku pertama dan kedua tahun 2011. Adakah peratusannya meningkat berbanding tahun sebelumnya?

Sudah berapa banyak kawasan hitam dikelabukan dan kawasan kelabu diputihkan?. Apa tindakan diperingkat bahagian?. Apakah semua bahagian berjaya meningkatkan jumlah ahli dan jumlah pengundi baru.

tuan-tuan dan puan-puan

UMNO/BN perlu berharap 60% ahlinya keluar mengundi dan memangkah UMNO/BN (keluar lebih lagi bagus)
Ini penting kerana ahli Pas sudah pasti akan keluar 80% ke 95% untuk mengundi

Eh eh..mengapa ahli pas keluar ramai tapi BN still menang?....KERANA ahli UMNO/BN lebih ramai.....60% pun dah memadai utk menang tetapi perlu ada faktor lain....apa faktornya?

UNDI dari penyokong Pas. Ini amat sukar dan jarang ahli pas pangkah UMNO tetapi ada ahli UMNO pangkah Pas. Dalam keadaan tertentu..keadaan ini boleh berlaku terutamanya faktor calon.

Ini bermakna bilangan 60% keluar mengundi perlu ditambah dengan faktor calon agar 10%-15% dapat dicuri dari ahli Pas.

Faktor penting juga ialah pengundi atas pagar, sudahkah UMNO mengenalpasti mereka dan YAKIN mereka akan memilih UMNO/BN?.

Kerana itu 60% UMNO + 10% pas perlu diambil kira undi atas pagar.....disini Isu Semasa dan Isu tempatan boleh menjadi penentu. Apakah isu dikedah kini lebih memihak kepada UMNO atau PAS?. UMNO perlu kaut lebih dari 50% pengundi atas pagar kerana mereka ini akan mengimbangi ahli UMNO/BN yang tidak keluar mengundi.

Tuan-tuan dan puan-puan

Angka itu hanya agakan pakteh yang sedang sibuk menebang buluh, menarik rotan, memotong teja, mencari depu, apa yang lebih penting ialah....setakat hari ini, UMNO/BN masih lagi berharap kepada UNDI Pas dan atas pagar untuk memenangkan calon BN/UMNO. Mengapa?.....
Kerana peratus keluar mengundi oleh ahli UMNO/BN lebih rendah berbanding ahli Pas. Ini hakikat dikebanyakkan tempat.

Lebih parah jika dirosakkan lagi dengan kehadiran calon bebas yang mampu mencuri 10% hingga 15% undi. Amat malang kerana pakteh yakin undi untuk calon bebas ini biasanya datang dari undi ahli UMNO dan atas pagar sedangkan undi inilah yang diharapkan dapat memenangkan calon BN/UMNO.

Sehubungan itu, Pakteh amat suka sekiranya Ketua UMNO bahagian di Kedah memainkan peranan ahtif untuk:

Mendekatkan diri dengan semua anggota masyarakat dalam bahagian tersebut. Jika tagline yang ada perkataan UMNO/BN ditakuti oleh Pas dan atas pagar, gunakan kaedah lain....DAN INI MASIH GAGAL DILAKSANAKAN SECARA BERKESAN

kaming sun : UMNO Kedah menang 100% part 2

6 comments:

Anonymous said...

hmmm....ada ketua bahagian yg dok gila bawa ketua cawangan,ajk dan puak2 yg rajin bodek depa pi makan angin sana sini..
sat pi kl sat pi kola kangsar..alasan depa pi rumah terbuka hari raya.
kain depa sendiri dok ghelah tengah tepi depa tak mau jahit.
ahli2 umno peringkat bawah dan orang2 kampong depa tak pandang pun.
peruntukan kain pelikat.batik depa dulu peghaik.
ada ketua wanita cawangan simpan kain batik sumbangan umno untuk orang kampong penuh bag besarq bawah katil.
bila mai masa mengundi puak ni yg yang kalut sakan menunjuk depa bekerja untuk parti.
aku undi pas pasai calon pas tu bolih aku minta baca doa tahlil dan rajin pi madrasah kampong aku.
dia sembahyang betoi tak betoi tu urusan dia dengan ALLAH.
nak harap ketua cawangan umno bila ada kenuri kala doa dah abih dibaca baru dia tunjuk muka.


"ahli umno pdg sanai".

pena biru said...

pak teh: umno kedah masih lagi sakit dan perlu rawatan doktor yg baik agar cepat sembuh.pengerusi umno kedah dia bukan doktor.dia cuma atendent sahaja yg lama bekerja di rumah sakit.sebab itu sakit pada um,no kedah makin parah.Entah lah hanya tangan ajaib sahaja yg boleh umno menang.Penilaian kini umno kedah masih dakwat merah.UMNo kedah kena bersih kerana banyak penyakit.

Anonymous said...

Ahli umno padang sanai dok tunggu apa lagi. umum sajalah keluar parti. tok sah dok kata umno. bukan semua ketua cawangan macam tu. puak pas pun sama. malah lebih teruk. masa banjir besaq dulu semuanya terburai.

Anonymous said...

Umno hendaklah perkasakan perjuangan dia.UMNO hari ini macam parti perjuangan jalan mini tar,Dewan,bantuan mesin jahit,rumah burok.Ahli UMNO amat manja.semua nak bantuan usaha tak mau.bila kata malas marah pula.

paktam@ said...

>kalau sayang kat anak cucu kita yg islam/melayu/semua bangsa kat Tanah melayu ni...pangkah umno/bn!!!
>pikiaq dengan mata/hati...jgn dok pikiaq pakai emosi!!
> xkan kerna nyamuk sekoq masuk dalam kelambu...rumah kita nak bakaq!!
>depa yg LAIN tu...pandai cakap jer!!
>klu xcaya...cuba baca belanjawan yg Menteri Pulus depa bentang...pehhh...kalah PM yg nak btang jumaat ni!!
>tapi hakikatnya janji pru 12 dulu pun haram tak tunai pun...walaupun depa perintah
>pikiaq la bg molek sikit...

Simpang Kola said...

Kalau boleh DS Najib nyatakan terlebih awal bakal MB Kedah jika BN menang PRU 13 nanti.Sebenarnya pro BN memang nak pangkah BN tapi mereka nak lihat siapa bakal MB Kedah nanti.Pro BN mahau tokoh yang berwibawa ada imej yang baik dan berkelulusan yang baik.Tokoh yang dimaksudkan ialah dato Mukhrij atau Dato Jamil Khir.Kedah juga memerlukan gandingan muka lama dan muka baru yang mempunyai rekod bersih dan terpuji.Baru sahaja pun tak berguna kalau rekod buruk.Lama pun tak berhasil kalau tak imej terpuji.Kami mahu lihat calon BN di Kedah tokoh yang kaliber.Bukan calon kereta besar yang hidup mewah.Kami mahu tokoh yang mahu berhidmat pada rakyat.Cukuplah zaman PAS yang penuh dengan pembohongan dan penipuan pada rakyat.Lagi pula zaman UMNO di monopoli Ketua Bahagian sudah pun barakhir.Ada ketua bahagian yang cuma hebat dikalangan sendiri sahaja.Kami harap Dato Najib dapat m,emberi perhatian akan hasrat rakyat Kedah yang Pro BN ini.Zaman PAS perintah Kedah macam amat sunyi sepi macam dilanggar garuda.Tapi pemimpin UMNO masih malas dan syok sendiri.Tak ada program macam DS Najib mahu iaitu Tranfomasi dalam semua bidang.UMNO Kedah masih ditakok dulu kini dan selamanya.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih