Pakteh telah nukilkan dalam promo versi 1.0 betapa the hidden hand sudah merosakkan Negara-negara Islam di Asia Barat. Tidak terkecuali dalam promo versi 1.0 itu digambarkan angin panas yang membadai itu kini mencari mangsanya yang terbaru. Negara Oman mungkin akan punah ranah malah Mesir kembali bergolak dasyat.
Bumi Melayu ini dikurniakan iklim yang terbaik, tanah yang subur malah pribuminya yang tinggi akhlak budi. Bumi melayu terhindar dari segala bencana alam, malah Bumi Melayu dengan sumber aslinya.
Telah tercatat sejak berzaman bahasa asal Bumi Melayu ini ialah Bahasa Melayu. Itu dulu, kini Bahasa Melayu sudah tidak ada lagi di Bumi Melayu walaupun peruntukan perlembagaan menetapkan agar Bahasa Melayu itu terpelihara. Amat bodoh rasanya memanggil Bahasa Melayu itu sebagai Bahasa Malaysia kerana Malaysia itu hanya wujud beberapa tahun yang lalu sedangkan Bahasa Melayu sudah berasimilasi dengan leluhur asal penduduk Bumi Melayu.
Pakteh amat percaya apabila Bahasa Melayu yang bermukim sejak awal leluhur Bumi Melayu ini tiba sanggup dipijak dan dihumbang ke longkang penuh sampah, masanya sudah tiba untuk Aura Panas melanda. Apabila leluhur Bumi Melayu lebih mengutamakan GOD berbanding ALLAH dan menyamakan ALLAH dengan GOD serta menggadaikannya demi politik murahan, amat pasti sekali, gelombang aura panas itu sudah mula meresap.
Aura Panas yang busuk bahangnya bukan mengambil jalan pintas atau singkat untuk merosakkan Bumi Melayu tetapi telah berusaha sejak ratusan tahun namun masih gagal. Adakah mustahil untuk Aura Panas ini Berjaya, tentu tidak kerana punca kegagalan mereka ialah laluhur Bumi Melayu ini sanggup bersatu padu menyinsing lengan berganding bahu. Kini Pakteh melihat lengan disinsing tetapi demi beradu tenaga dan mengadu domba.
Kejatuhan pemerintahan Islam Iraq, Afghanistan, Tunisia, Jordan, Libya, Kekalutan di Mesir malah kini meresap ke Oman….pasti ada sebab musababnya. Beberapa dekad kebelakangan ini, Bumi Melayu ini dianggap sebagai ancaman dan sudah pasti jika berpeluang, Aura Panas ini akan meresapi kesegenap pelusuk ceruk rantau untuk membaham umat Bumi Melayu.
Mengapa kini Aura Panas ini akan menang?. Persoalan yang sama untuk menjawab bagaimana Melaka jatuh ke tangan Portugis. Serangan oleh penjajah ini bukan kebetulan malah dirancang sekian lama, begitu juga kini. Kader-kader yang terdidik sejak sekian lama telah lebih 10 tahun memporak-porandakan Bumi Melayu.
Segala nikmat dan anugerah kesempurnaan diberikan oleh Aura Panas kepada Anwar malah terbaru, pertemuan Al-Gore dan Anwar ketika Umat Islam sibuk berurusan ke Mekah membuktikan hubungan akrab talian Aura Panas dengan Anwar. Segala Data dan Maklumat tentang Anwar dan kaitannya dengan makhluk perosak dunia kafir laknatullah melalui CIA sudah didedahkan oleh kebanyakkan blog.
Libya yang lantang bersuara melalui Muammar Ghadafi kini sudah diam membisu. Apa yang dilaksanakan oleh Muammar Ghadafi kepada rakyatnya begitu merisaukan untuk difikirkan. Pelbagai kemudahan ditawarkan dan diberikan namun……………
Bandingkan semua ini dengan Kerajaan Bumi Melayu. Pendidikan dan Kesihatan yang begitu diambil berat malah hampir keseluruhan rakyat menerima sumbangan dari kerajaan yang memerintah hari ini.
Mengapa dengan sebegini hebat kerajaan memberi bantuan kepada rakyat, Anwar masih mengadu domba kepada TUANNYA?. Mengapa kebanyakkan masanya yang dihabiskan di luar Negara hanya untuk mengutuk Malaysia malah memperlecehkan Malaysia. Bagaimana jika ada rakyat yang terpengaruh lantas turut ikut serta menjadi BODOH dan terus membuat huru hara.
Aura Panas pasti tidak akan berdiam diri malah diukirkan pelbagai tomohan dan fitnah untuk merosakkan keamanan yang ada di Bumi Melayu ini. Aura Panas Busuk Jijik ini tidak akan berpuas hati dengan sekadar kegelisahan dikalangan rakyat, Aura Panas mahukan Bumi Melayu ini terus lingkup dan bergantung harap sepenuhnya kepada mereka dan lebih enak jika mereka dipanggil semua untuk terus menjadi TUAN.
Sekadar pengenalan…pakteh berhenti disini…………….
Nantikan artikel Bumi Melayu diambang kehancuran – Data dan Fakta versi 1.1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
1 comment:
Pak Teh: Apa nak buat Pak Teh dalam mesyuarat 100 peratus melayu pun depa masih speaking orang puteh.
Tak pa pak teh kita tetap daulat bahasa melayu.tapi jgn buang bahasa orang puteh.
Post a Comment