Thursday, October 20, 2011

Hormatilah........!!


Dari Runtuhan Kota Melaka, Kita Bina Putrajaya

Mengapa selepas 54 tahun Merdeka, kita masih perlu melaksanakan program bulan bahasa?. Bukankah Bangsa Melayu yang merajai negara ini sepatutnya menjadikan Bahasa Melayu itu sebagai pengucapan harian malah jika ada bangsa lain yang ingin menumpang hidup dibumi penuh misteri ini, sewajarnya sanggup berasimilasi menjadikan Bahasa Melayu itu sebagai bahasa harian.

Terganggu benak pakteh memikirkan mengapa Bahawa Melayu ini dibakulsampahkan. Memang benar dibakulsampahkan, jika tidak masakan kerajaan terpaksa keluarkan pekeliling untuk mempertahankan Bahasa Melayu ini. Sebenarnya tidak ada Bahasa Malaysia kerana Malaysia baru saja wujud sedangkan Bahasa Melayu itu pernah gah menjadi bahasa Lingua Franca. Bahasa Melayu itu menjadi waris kepada susur galur Bangsa Melayu yang menguasai alam di nusantara. Bahasa Melayu bukan sekadar dikaitkan dengan irama asli yang mengalun merdu tetapi Bahasa Melayu itu juga terpahat pada prasastri lama. Apakah perlu dilupakan bahawa batu Bersurat Kedudukan Bukit itu berkait Bahasa Melayu?.

Pakteh bukan pakar bahasa tetapi pakteh lahir di negeri asalnya bergelar Langkasuka. Kesultanan negeri pakteh merupakan kesultanan tertua di dunia. Usah terlalu percaya dengan momokan bangsa ini asalnya hindu. Bukankah awang, damak, sentang, bunga, melur, baiduri, sumpit, gayung itu nama Melayu?. Pakteh percaya Bahasa Melayu itu leluhurnya dari satu masa lampau yang penuh dengan kehebatan peradaban. Biarlah Portugis merejam Melaka hingga hancur. Mmengapa Inggeris bertapak ratusan tahun di Bumi Melayu ini?...God? Gold? Glory?....

Emas buminya sudah diangkut, Kegemilangannya sudah terbukti....TETAPI mengapa Inggeris masih gagal mengkristiankan penduduk asal Bumi Melayu?. Bukankah Filipina yang jatuh menyembah Sepanyol terkalih agamanya?. Bukankah Timor Laste yang terjarah dek Belanda itu kritian agamanya?...tetapi Bumi Melayu ini tetap bertahan...Mengapa?

Bangsa Melayu ini lembut pekertinya. halus tingkahnya, Mulus pengucapannya malah tidak terpamir kemarahannya. Bumi Melayu yang dikurniakan Allah SWT dengan segala kemewahan ini amat sukar dimenertikan bangsa lain dari Bangsa Melayu. Mengapa Kepulauan Jawa yang begitu hampir dengan Bumi Melayu terkumpul begitu banyak gunung berapi sedangkan Bumi Melayu terlepas?. Bukahkan Bumi Melayu ini teramat dekat tetapi gempa bumi amat jarang berlaku malah tidak pernah membahayakan sebarang bangunan. Mengapa Bumi Melayu ini begitu terpilih?. Apa Istimewanya Bumi Melayu ini?.

Wahai Rakyat Malaysia....terimalah hakikat Bumi Melayu ini ada asal-usulnya. Bumi Melayu ini ada leluhur Bangsa Asalnya. Bumi Melayu ini ada warisan dari sejarah lampau yang mana mungkin dapat diresapi secara fizikal oleh pemikiran bangsa bukan Melayu. Bumi Melayu ini adalah amanah.

Wahai Rakyat Malaysia....Jagalah AMANAH ini dengan baik dan sempurna. Jangan dibiarkan AMANAH ini rosak kerana natijahnya terlalu dasyat. Jangan dibiarkan Amanah Bumi Melayu ini porak poranda kerana musibahnya tidak akan terfikir dek akal.

1 comment:

Anonymous said...

Salah kita masih beri muka dengan orang luar jadi mereka tak perlu nak belajar bahasa melayu kerana mereka masih ada pilihan contoh dalam mesin ATM ada pilihan 3 bahasa malah nak ke tandas pun adan pilihan bahasa, Melayu tak merdeka takut di usir dari Malaysia.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih