Friday, October 21, 2011
Bumi Melayu diambang kehancuran - promo versi 1.0
Al Fatihah buat Muammar Ghadafi yang syahid dibunuh pemberontak tajaan the hidden hand
Bukan sukar untuk menilai mengapa Muammar Ghadafi memerintah lebih 4 dekad tetapi amat payah untuk mengerti hakikat umat Libya begitu mudah terpalit dengan agenda tersembunyi the hidden hand.
Tidak sedarkah mereka Iraq sudah dihancurkan. Lupakah Afghanistan mudah dibonekakan. Lupakah Mesir yang agung dengan ketamadunannya menjadi porak poranda. Bukankah angin panas dari Syria membisikkan tangan-tangan jahat ini sudah hampir Berjaya meranapkan bumi penuh barakah itu?.
Angin panas Syria itu bukan sahaja meniup bisikannya ke Libya, tetapi terus mengikut gelombang badai yang melanda Thailand bumi tanpa dijajah dan membisikan dengan sepoi bahasa bahawa Bumi Melayu ini juga akan terasa bahang panasnya. Degup jantung yang meruntun bukan lagi lawan kepada naluri kerisauan memikirkan Bumi Melayu ini bakal punah ranah rosak binasa seperti Babylon, Damsyik, Syam malah ketumbukan tentera hebat Dzulkarnain juga belum tentu mampu melawan arus panas ini. Ketamadunan Mesopotamia sudah tidak lagi memberi erti kepada aura panas ini.
Hakikat bahawa kejatuhan Muammar Ghadafi adalah kerana kebobrokan the hidden hand amat mudah untuk ditelanjangi. Hasrat Ghadafi inginkan tukaran emas sebagai tukaran kepada minyak memeningkan banyak kuasa besar dunia. Bukankah ini juga pernah disuarakan Tun Mahathir Mohamad agar Dinar Emas diperkenalkan bagi meneutralkan kebejatan sistem kewangan dunia. Adakah kerana itu juga Tun Mahathir Mohamad ditekan hebat dari luar dan dalam sehingga akhirnya Tun Mahathir Mohamad menamatkan 22 tahun pemerintahan dengan penuh kerisauan. Usah dilihat secara kasar memori 1997, 1998, 1999 tetapi nilaikan secara halus dengan aura leluhur umat Bumi Melayu. Tumpukan kanta jiwa kepada mengapa satu dunia seperti seolah-olah bersatu untuk menjatuhkan Tun Mahathir Mohamad. Jika bukan kerana perancangan jahat the hidden hand, masakan Al-Gore boleh sujud menyembah Anwar dan menikam Malaysia?. Halusnya mainan jari jemari menyatukan IMF, Soros, Al-Gore membentuk gabungan hebat dibelakang Anwar menembak tepat ke seluruh sanubari umat Bumi Melayu ini.
Angin panas itu makin hampir dan amat pasti ianya akan membadai Bumi Melayu ini dengan begitu dasyat malah mungkin tidak pernah ada badai sebegitu sebelum ini. Umat Bumi Melayu harus bersedia. Hati naluri yang lembut perlu dibangkitkan dengan aura warisan leluhur terawal pemilik Bumi Melayu. Lidi sebatang perlu disatukan menjadi seberkas, beras seguni perlu dihimpun penuh jelapang, lembu seekor wajib dijinak menjadi sekawan, lurah sama dituruni, gunung sama didaki, yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan.
Angin panas rakus itu tidak peduli Bangsa asal Bumi Melayu ini sudah berasimilasi dengan segenap darah yang wujud, segalanya ingin dilenyapkan begitu sahaja. Iraq, Mesir, Afghanistan, Jordan, dan Libya menjadi bukti.
Bolehkah angin panas itu dihentikan?. Mampukah Bangsa Bumi Melayu ini menagkis deruan ganas itu?.
Segalanya akan terungkai dalam versi pengenalan 1.0 : Bumi Melayu diambang kehancuran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
1 comment:
>negara kita juga akan menjadi macam bumi mesir,Libya dan beberapa lagi negara arab yg lain jika......?
>bukan semua rakyat negera tersebut yg menyokong pemimimpin asal mereka daripada rebah kebumi....tetapi disebabkan asakan dan bantuan negara kapiaq dari barat dan rakyatnya yg talam dua muka serta bantuan daripada pibebe..maka rebahlah pemimpin tersebut.
>mesir ya....biaq pi dia rebah...pasai dok bersekongkol dgn amerika dan israel!!
> tetapi tidak Libya...walaupun mungkin ada rakyat atau pemimpin yg xsebulu dengannyer dibunuh???...tetapi dirasakan jasa Muammar Ghadafi ke atas rakyatnya adalah lebih banyak daripada keburukan/kejahatan yg dilakukannya???
>Kita dinegara ini perlulah berjaga2 dgn tektik pemimpin pembangkang....pihak keselamatan perlulah bersiapsiaga walaupun pemimpin politik yg mengetuainya nampak lembek dan tidak menunjukan kejantanan!!
wasalam
paktam@nolifir
Post a Comment