Thursday, October 6, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa


Anwar Ibrahim: Bahasanya selalu disulami dengan ayat retorik, konspirasi, rekayarsa, jelek, fitnah jahat (mana ada fitnah baik). Penggunaan bahasa yang bombastik kadang2 membuatkan penyokong sendiri tidak faham....malah sepertinya ungkapan itu lebih enak diperbualkan dikhalayak warga Indonesia kerna bisa difahami secukupnya. Pidatonya kelihatan hebat namun tahun2 kebelakangan ini, intonasi suaranya sudah lemah dan mendatar tanpa keyakinan. Isi pengucapan kosong, sekadar dihiasi bahasa yang lunak tanpa fakta. Lagak sengau pidatonya sudah membosankan.

Najib: Jelas dan tidak berbelit. Intonasinya semakin baik dan kelantangannya tidak dibuat2. Tidak mengeluarkan sengau yang dibuat2 tetapi sebagai PM, Najib boleh memperbaiki keperluan bersuara lantang atau mendatar bergantung kepada khalayak.

Nik Aziz: Bahasa yang semakin mengelirukan lawan dan kawan. Cukup merbahaya kerana orang sekeliling boleh tersentap pada bila2 masa tanpa disangka2. lengkok seperti ilmuan agama sepadan dengan imej Tok Guru. Kehebatan Nik Ajis ialah kepada bahasa politiknya yang digubah agar menandingi keupayaan orang memahami bahasa agama. istilah "tuhan mencarut", "berkawan dengan syaitan" dan sebagainya merupakan keunikan bahasa Nik Ajis.

Lim Kit Siang: Jika dipakaikan topi bintang tiga, Lim Kit Siang memang akan dianggap pemimpin utama parti komunis namun kemahiran utama LKS ialah bahasa pasar. Lebih penting bahasa pasar yang digunakan bukan pasar basah atau pasar malam tetapi pasar lambak dimana segala bahasa yang buruk mampu dituturkan dengan baik oleh LKS.

Chua Soi Lek: Merupakan saingan utama kepada LKS kerana CSL juga berkeupayaan menuturkan bahasa yang dasyat. Kemahiran utama CSL ialah bahasa tubuh dan ini pernah ditunjukkan dalam satu rakaman video kepelbagaian bahasa tubuh. Penggunaan bahasa tubuh ini juga mungkin menjadi penyebab utama kemenangan beliau sebagai Presiden MCA terkini...

Palanivel: Pakteh cuba memberikan bahasa yang digunakan Palanivel tetapi kekaguman pakteh terhadap samy vellu mengatasi segala-galanya. kerana itu pakteh akan menggunakannya lagi bahasa ini untuk samy vellu, tidak palanivel. bolehkah bahasa ini dikatakan untuk palanivel sedangkan ianya samy vellu selalu guna. MIC boleh akan terus berjaya menggunakan bahasa kita yang cintai ini.

Selepas 54 tahun merdeka dan Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Negara, Mengapa masih ada yang gagal menuturkan Bahasa Melayu ini dengan baik?

Cehhh..jalan la pakteh....menteri2 Melayu bercakap pun guna BI. Jepun, Cina< Korea, Perancis, Rusia semuanya menggunakan bahasa ibunda mereka di PBB, tetapi Malaysia......?? Sapa mau jawab??

Selamat Menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan
Bahasa Jiwa Bangsa

1 comment:

Non ulu sik said...

Pak teh: Mat Sabu pula lagu mana.oh noma ke

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih