Tahniah kepada NikSuryani yang cekal berjuang mewakili negara walaupun berbadan dua. Seingat Pakteh....Makteh dulu-dulu kalau dah 8 bulan mengandung.....jangankan angkat senapang...pistol simpanan di rumah pun dah mampu dipetik.....
walaupun tewas, Nik Suryani masih mampu membidik mengenai sasaran dan ini membuktikan arah tembakannnya tepat....
Jauh berbeza dengan rakan blogger dari Pas Kedah yang sejak kebelakangan ini menjual cerita kosong malah sesekali menimbulkan rasa simpati Pakteh kepada kedaifan mereka. Mungkin terpengaruh dengan cara harakan yang memuatkan cerita secara mudah iaitu menarik minat penyokong biarpun fakta dan data amat jauh berbeza dari cerita yang dibawa.
Ambil contoh blog Kedah La yang sering menukilkan cerita ala-ala dongengan yang berkisarkan kepada agakan atau telahan kosong, Pakteh sering menemui kelemahan dari segi kekuatan bukti yang diberikan. Mungkin juga Saudara Zul Yahya menjadi sumber rujukan untuk menampilkan penceritaan dalam blog Kedah La kerana Zul Yahya terbabit secara langsung dengan Harakah....sudah pasti...lengkok tarinya akan kelihatan sama.
Permulaan mengenali watak Zul Yahya...beliau memperkenalkan seorang penulis blog yang dikatakan berpaling tadah di awal 2012. Dari situ sudah timbul rasa simpati Pakteh kepada beliau kerana begitu mudah termakan cerita dari sumber yang berpewatakan talam banyak muka. Percayakah Zul Yahya jika manusia yang sama yang Zul Yahya makan karipap bersama pada sebelah petangnya...menghubungi Pakteh berkali-kali....bercerita...merayu....berpuitis...menangis....untuk mengambarkan betapa tertekannya apabila terpaksa mengakui dirinya kini blogger Pas. Individu yang sama menghubungi blogger lain dengan menangis dan bersumpah mengatakan setianya masih dengan UMNO.
Percayakah Zul Yahya...Pakteh yang mati-mati percaya dengan individu ini mempertahankan tindakan individu ini sedangkan pada waktu yang sama Zul Yahya dan beliau enak menikmati karipap sambil menuduh blogger UMNO ini merupakan blogger upahan....hehehe....sebab itu Pakteh pernah berpesan(kalau masih ingat)...hati-hati dengan watak sebegini.
Melihat kepada betapa mudahnya penulis dokongan Pas mempercayai sumber berita.....Pakteh tidak hairan apabila blogger UMNO kini dituduh dengan berbagai cercaan dan fitnah yang tidak benar. Senjata yang sejak dahulu tidak pernah menembak dengan tepat mula mengelabah dan risau apabila memikirkan PRU13 semakin hampir namun musuh masih sukar dikesan. Pakteh percaya tembakan kini sengaja dihalakan kepada individu dan blog tertentu dengan andaian akan tercipta atau terpancul kelemahan musuh.
Percayalah......tembakan rambang malah amat tidak tepat tidak akan meninggalkan kesan kepada musuh dan buat masa ini, Kedah La masih gagal untuk melukai blogger UMNO malah untuk memberikan sedikit gurisan luka di hujung kaki kiri juga...Kedah La masih tidak mampu.
Penulisan dari blogger UMNO yang sarat dengan fakta mana mungkin dapat ditumbangkan dengan hujah auta dari blogger Pas?. Apatah lagi semangat yang lahir dari hati bukan untuk agama, bangsa dan negara tetapi kepada parti dan wang ringgit....tentu nukilan yang terukir adalah nawaitu jahat semata-mata.
Buat masa ini, Kedah La perlu belajar dari Kedah Times, TMK Team dan lain-lain blogger UMNO bagaimana untuk mengeluarkan artikel yang benar-benar ada nilai, bukan sekadar mengilai........
p/s: Tak perlu sibuk mencari siapa PadiJantan, Pakteh, TMK, Kedah Times, Sobri Sudin, AloqStaq tetapi tumpukan kepada fakta yang benar.....barulah Kedah La boleh menembak tepat seperti Nik Suryani. Kesian kat Bro Sanusi sebab percaya cerita hangpa...hehe...
lagi satu.....kononnya kalau dah kenal sapa Pakteh...senang depa nak luku kepala kalau pakteh pemmuhong.....aduih....skang bukan zaman undang-undang purba....bukan hidup zaman hang tuah....hehe.
2 comments:
pergh..terbaek la pakteh.. kena sebijik kat muka zul ya dgn sanusi..
Depa dulu sekolah tinggi atas pokok saja pak teh.. sebab tu depa kurang cerdik.. hehe..
Post a Comment