Wednesday, September 4, 2013

Hot D' Sik..!! UMNO Sik bakal terkubur dan hancur.

Bila kerakusan menguasai diri. 
Bila ketamakan menjadi raja peribadi
Bila Kebobrokan menjadi suci
Bila hati sudah hitam tiada seri

Apa lagi nak dikata?

Pakteh sangat sukakan kedamaian dan ketenangan. Malah jika dalam peperangan sekalipun, Pakteh sangat berharap musuh melawan secara berhemah. Sebab itulah apabila menerima berita taik-taik sudah diberakkan di Sik, Pakteh tidak boleh terima. 

Sik bukanlah kawasan yang kaya, sepatutnya pemain politik Sik tidak perlu menyambut taik yang diberakkan petualang yang berimej gemilang. 

Jika sekadar menyambut saranan demokrasi, Pakteh sangat berlapang dada. Bertandinglah atas padang yang sama rata. Mengapa perlu terhutang budi dengan Petualang Gemilang untuk bertanding?. Lebih dayus apabila bekas anak buah Sang Petualang Gemilang juga turut serta memberi baiah dan restu. Politik apakah ini yang cuba dibawa ke kawasan Sik?. 

Jika perkara ini berterusan, tidak dapat tidak kerosakan yang cuba dibawa perlu dilenyapkan. Untuk minggu ini, biarlah warisan budaya melayu memukul anak menyindir menantu Pakteh gunakan. tetapi percayalah....untuk minggu-minggu berikutnya, Alang-alang menyeluk pekasam, biar satu negara tercium baunya, Alang-alang mandi, biar basah rambut yang menggurai, Alang-alang menulis, biar terburai segala kebejatan dan kelemahan yang tersimpan.

3 comments:

Anonymous said...

Syabas Pakteh, saya menyambut mukadimah yang nampak akan membawa kpd satu letusan. Jangan dok kira apa dah, kaau ada pekung, segera pakteh buka, biar busuk satu Malaysia sebelum PAU, kalau dah selepas PAU, tak ada maknanya lagi.... Kami menunggu babak seterusnya... Sekali lagi syabas pakteh, kita kepak kepala ikan jika membusuk, supaya badannya tidak ikut busuk.

Remaja Kg Tupai said...

PakTeh.
Bukan di Sik saja.
Dengar cerita pembesar dari Putrajaya/KL sudah mula turun bawa dengan BRIM umno sekali.Ada habuan dan rasuah Pak Teh.RM ribu Pakteh.
Berduyun para pejuang ketua cawangan salam wang haram itu.
Berkatkah nanti perjuangan UMNO.

NK.. said...

Lawan jangan tak lawan..:)

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih