Tuesday, November 29, 2011

Jawapan Pakteh terhadap Jawapan SETPOL MB Kedah

Memandangkan Tuan Haji Sanusi Md Nor (SETPOL MB KEDAH yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah) menjadikan balasan jawapan di komen beliau sebagai tajuk, Pakteh juga perlu berbuat demikian di blog Pakteh. Ketika posting ini dibuat, komen pakteh mungkin dah dilepas atau belum...maklumla..kena ada tapisan di blog beliau dan berbeza dengan blog cap ayam pakteh yang sesapa pun boleh terus hantar.
-------------------------------------------------------------------------------------


Maaf la tuan haji, tak jenguk komen tuan haji yg tujuan sedikit sebanyak menjawab persoalan pakteh, mujur juga dijadikan tajuk dan dapatlah pakteh baca. Maklumla...hujan2 ni nak tebang buluh pun belengaih.

Tuan Haji,
Buat masa ini ada agensi dikawal oleh Kerajaan Negeri dan ada yang dikawal oleh Pusat. Mungkin Pas perlu memerintah lebih lama di Kedah untuk lebih arif dalam menangani isu rakyat dan mengembeleng kuasa secara bijak malah dapat menangani masalah dari kerajaan pusat.

Kelantan pernah banjir tetapi mungkin pengalaman lebih 20 tahun menjadikan mereka bijak menguasai agensi pusat.

Apapun tahniah kerana telah bersiap siaga. memang tak masuk TV kerana saluran kini dikawal oleh BN.

Adil atau tidak?. Tepuk dada tanya naluri tuan haji kerana tindakan Pas memerintah Kedah juga sebegitu. Agensi yang dikawal Pas juga terpaksa mengikut kata telunjuk Pas..itulah adatnya...mengikut kata tuan. Nakkan bukti...xperlu rasanya kerana Tuan Haji sendiri tentu sedar.

Alhamdulillah..selamat kaum kerabat pakteh dan rakyat Kedah. Kita mendoakan agar banjir tak sebesar seperti yang diramal.

Namun begitu peringatan harus diberikan dari masa ke semasa agar rakyat tidak terleka. Di Kelantan sudah ada mangsa banjir....
Ibu-bapa harus lebih prihatin tentang bahaya banjir. Kes jatuh tali air ketika mandi sepatutnya tidak berlaku jika semua berhati2.

Tuan Haji,

Pakteh cukup prihatin semua soal dalam bajet Kedah.....tapi pakteh takmau ulas kerana soalan pakteh untuk bajet 2011 yang tuan haji janjikan dulu nak jawab pun belum terjawab.

2 comments:

SANUSI said...

Pak Teh dok libruary hari- hari, banyak la masa nak menulis itu ini, saya mobile 25 jam sehari...tak dan mengadap, pegang itu terlepas ini...lama- lama lupalah...mujor tlg peringat...

Dah jadi brg basi, tak molek la nak goreng lagiii...kita cita benda baru lahhh Pak Teh dihhh!

Di kapong kita ujan tak bereti, Perlis hujan dak Pak Teh?

Pakteh said...

Saling ingat mengingat tu elok untuk kita semua. Lebih penting kita mengetahui kita ada kelemahan dan kekurangan malah jika kerana peringatan itu kita menjadi kuat..tak salah untuk dipergunakan sebaiknya.

Barang lama ni kalau yang baik, makin tinggi harganya, tapi kalau ada benda baru....InsyaAllah...seperti biasa...selepas tebang buluh bulih la pakteh goreng.

Kalau ada banyak masa, sure banyak la benda pakteh tuleh tapi yang banyak tu dok dalam kepala ja...cuma mungkin tak la sesibuk Tn Haji..haha

Perlis ni negerinya kecik, kapong kita pun besa lagi dari perlis tapi Alhamdulillah.....takdak lagi banjir..mungkin berkat doa dan sembahyang hajat Tn Haji dan rakan-rakan.

D kampung ni kalau tak banjir pun, penduduk tetap mengeluh...bukan kerana banjir tapi kerana xleh motong...
Bandar Baru Beris Jaya pun sama la Tn Haji...jenguk la tengok2...

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih