Bukan tidak ingin menulis tetapi pakteh berkira-kira apa isu yang ingin dikupas. Sudah kosongkah minda Pakteh?..tidak tetapi Pakteh cuma ingin menilai apakah sesuatu isu itu layak dipublishkan untuk tatapan tetamu blog Pakteh.
Selepas berkotaraya di KL 3 hari untuk pertemuan sesama penulis maya, Pakteh berkampung pula di Langkawi untuk percambahan minda isu2 semasa dan beberapa hari lalu Pakteh berkotaraya sekali lagi di KL untuk PAU 2011.
Ingin sekali rasanya menikmati suasana Muktamar Pas atau Perhimpunan PKR d Johor baru2 ini. Cuma jika hadir pasti bukan atas kapasiti sebagai ahli parti atau penyokong parti tetapi sekadar meninjau apa yang PKR dan PAS buat semasa perhimpunan tahunan depa.
Apa yang Pakteh dapat datang ke PAU 2011. Sebenarnya Pakteh melihat air muka perwakilan, pemerhati malah pengunjung juga Pakteh perhatikan air muka mereka. hahaha..Pakteh nak jadi tukang tilik ka?...
Pakteh minat sukan dan ada pelajar2 yang Pakteh asuh dalam sukan tertentu. Pakteh dapat merasakan mereka akan menang atau kalah melalui riak wajah ketika ingin bertemu lawan. Perasaan itu bukan sahaja lahir dari pemain tetapi juga jurulatih, pengurus dan juga presiden. Pakteh pernah melalui detik hiba tewas teruk dan melalui detik termanis mengondol kejuaraan. Pakteh tak main tapi Pakteh ajar pemain....
Perasaan akan menang atau akan kalah wujud dalam diri sebelum detik berjuang itu tiba. Inilah saatnya pemain akan memberi fokus kepada minda bahawa dirinya akan keluar sebagai pemenang. Keyakinan pemain melalui riak wajah akan memancarkan sinar jernih yang sukar dimengertikan dan jika takut untuk tewas juga, raut wajah akan memberikan gambaran kekalahan.
PAU 2011 juga begitu. Pakteh memandang setiap wajah jika berkesempatan. Sayangnya Pakteh tidak berkesempatan menatap seraut wajah manis Lisa Surihani yang turut diiktiraf oleh UMNO. Mungkin wajah itu terlalu mahal untuk diratah oleh mata-mata liar tetapi renungan mata Pakteh tidak sekadar untuk menatap raut manis Lisa...tidak...renungan Pakteh ingin membaca redup wajah yang tidak pernah memberikan kelesuan..berbanggakah dia?...ikhlaskah dia?....fahamkah dia? Senyum mekar yang terukir dibibir manis Lisa memberikan sedikit lukisan wajah kata hati gadis ini.
Lama-lama Pakteh merenung kelibat susuk tubuh tua yang sudah berpuluh tahun dimamah usia. Tidak letihkah tubuh itu bertandang ke PAU?. Tersentuh Pakteh menatap urat urat mata yang tertonjol pada wajah nenek tua yang setia mendengar hujah perwakilan.
PALING PASTI...kebanyakkan memaparkan raut wajah yang penuh keyakinan bahawa PRU13...UMNO/BN akan merangkul kejayaan yang besar. Memang benar mereka diasuh oleh jurulatih, dinasihat oleh pengurus malah dimotivasikan oleh presiden agar berhati-hati dengan lawan tetapi pancaran wajah yang Pakteh lihat menceritakan bahawa...orang-orang UMNO sudah bersedia untuk mencipta kejayaan besar kali ini.
CUMA..
Ikhlaslah dalam berjuang. Jangan bersangka buruk....jangan tamak haloba....jangan ada hasad dengki...sabar...
Belum hilang letih mendengar amanat Presiden, Pakteh sudah menerima berita-berita yang tidak enak.
Wahai orang-orang UMNO...ambillah sepenuhnya amanat Presiden. Jangan sekadar bermuka-muka kerana sesuatu yang buruk boleh menimpa kita.
Pakteh amat yakin UMNO/BN boleh menang besar tetapi jika berlaku khianat dalam parti...mungkin MENANG BESAR berubah menjadi KALAH BESAR.
Berhati-hatilah...JADIKAN PERLAWANAN HARIMAU MUDA VS BAHRAIN SEBAGAI PENGAJARAN. Jangan terleka sehingga pemenang diumumkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment