Semalam Pakteh terbaca satu banner yang membuat dakwaan Surau Salihiah sebenarnya Pejabat Takaful. Dakwaan sebegini Pakteh nilaikan mungkin ada kebenarannya kerana blogger PAS pasti lebih tahu kerana isu ini melibatkan maruah PAS. Pakteh sekadar bertanya sendiri jika sekadar pejabat takaful, mengapa rakyat bangun mempertahankan bangunan tersebut. Mengapa ada signboard Surau Salihiah Jalan Kanchut.
Hari ini Pakteh ambil peluang untuk melihat sendiri apakah bangunan tersebut sebuah surau atau hanya pejabat takaful seperti yang didakwa blogger PAS. Sampai di depan bangunan yang dimaksudkan, Pakteh ternampak signboard "Pejabat takaful Ikhlas". Sah dan Pasti bangunan ini ialah pejabat takaful. Jika ini pejabat takaful mengapa pula ia dipolimikkan?. Pakteh masih seperti semalam sekadar bertanya diri sendiri.
Azan Asar berkumandang menyeru umat Islam menunaikan sembahyang dan azan itu datangnya dari pembesar suara bangunan tersebut. Bagaimana sebuah pejabat takaful boleh menjadi surau?. Rupa-rupanya fikiran sempit dan kolot malah kategori munafik blogger pas sanggup menipu bahawa bangunan tersebut ialah pejabat takaful sedangkan hakikat sebenar ialah bangunan itu merupakan sebuah surau yang sudah melewati 100 tahun usianya.
Pakteh mengambil peluang untuk berjemaah bersama di surau Salihiah petang tadi. Renungan mata imam ketika pakteh bersalaman membuatkan pakteh sebak seketika. Imam tersenyum menerima salam pakteh namun renungan matanya sepi, kosong dan seperti mempunyai sesuatu ingin diluahkan. Mungkin bebanan yang ditanggung cuba dihilangkan dengan senyuman namun mampukah mata yang hampir berkaca menipu?.
Setelah melihat surau Salihiah dan berjemaah Asar disitu, terus terang pakteh berani katakan bahawa Surau Salihiah lebih lengkap dan tersusun berbanding sesetengah surau di negeri Kedah. Ini sekali lagi mematikah hujah puak munafik Pas yang mendakwa surau tersebut tidak terurus malah tidak ada jemaahnya.
yaa..beberapa perkataan imam yang menjelaskan sesuatu kepada pakteh membuatkan hati pakteh sayu. Entahlah....mungkin itu kali pertama dan terakhir pakteh bersolat disitu. Merenung keluar tingkap dari ruang sembahyang imam membuatkan pakteh terasa amat yakin, PAS akan runtuhkan surau ini seperti bangunan disebelahnya yang telah ranap menyembah bumi.
Mengapa PAS kini bertukar menjadi begitu zalim?.
Mengapa bloggernya menjadi munafik?.
Mengapa Ostat Azizan menjadi begitu ego dan bongkak ?
Ostat Azizan sudah mabuk kuasa dan lupa diri. Perasaan bongkak yang membengkak dalam hati Ostat Azizan membuatkan MB ini dengan angkuh menutup ruang musyawarah dan bertegas akan meneruskan pembinaan kompleks membeli belah serta hotel ditapak surau Salihiah tersebut.
Ada blogger PAS yang samakan pengambilan tanah wakaf Surau Salihiah ini dengan kompleks Yayasan AL Bukhary. waduh waduh....mengapa harus ada agenda matlamat menghalalkan cara apabila terdesak sebegini?. Bukankah perjuangan itu digambarkan suci? Adakah mata hati PAS sudah buta sehingga tidak ada lagi akal waras untuk dibuat perbandingan?.
Bukankah di Kompleks Yayasan Al Bukhary itu yang tersergam ialah Masjid, Rumah anak yatim dan Universiti untuk yang tidak mampu?. Mengapa harus disamakan dengan kompleks membeli belah serta hotel yang ingin dibangunkan itu?.
PAS Kedah demi menegakkan kerja kotor yang pecah tembelangnya sanggup menjadi munafik.
Lebih teruk ada juga yang samakan kes Surau Salihiah ini dengan bangunan Sentosa. Tahukah blogger tersebut waris tanah wakaf di Sentosa masih menerima faedahnya hingga hari ini. Tahukah blogger tersebut tanah tapak bangunan Sentosa itu dalam kategori wakaf yang mana?
Inilah jadinya apabila pagar makan padi.
Mengapa tanah wakaf yang harus dikorbankan demi kepentingan seseorang?. Betoika KHABARNYA apa yang terjadi ini adalah kerana SISTEM BARTER antara Kedah an penang?.
Sistem barter pun sepatutnya kena adil.
Eh eh...ada terpalit nama exco? betoika?....pakteh taktau....
Eh eh...kalau pejabat takaful awat sampai 2 kali ubah isi mesorat org bijaksana agama Kedah?.
Eh eh...bukanka sepatutnya kena ada perkenan Ketua Agama Islam Kedah?
Eh eh...hangpa tak penah kat tunjuk?...camna nak pekenan?
Akhirnya PAS Kedah terpaksa MAIN BELAKANG kerana kezalimannya sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
2 comments:
di mana Pemimpin UMNO ketika kerajaan pimpinan Umno meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana. Paling ironi bila kompleks Bukhari Alor Setar juga dibina atas tapak masjid pada tahun 2004!
Adan darwisy
Pakteh nyanyuk dah le nh...masjid bukhari kt sebelah kompleks bukhari la..xkn makteh xcakap kot??kt kompleks tu ada giant la...tp xpa la..la ni da 2013 da..mesti pakteh nmpk da depa nk buat surau kt dpn aman central tu..besaq lg..lgpon yg buat kputusan ni bkn ust azizan..mufti bwh tuanku abd halim..
Post a Comment