Wednesday, December 28, 2011

Tersungkur di pintu.....*&%#*&



Pakteh masih memikirkan PAS sekadar terkhilaf sedikit dalam mengisi ruang perjuangan. Pakteh cukup sedar akar umbi PAS yang rata-ratanya seperti juga ahli UMNO memasang impian bahawa PAS adalah parti yang sebenar-benarnya memperjuangkan ISLAM. Ahli PAS di bawah tidak pernah sedar malah tidak mahu mengambil tahu apa itu PAS. Pakteh terkedu apabila seorang ahli PAS mempertikai baiah Pakteh kepada UMNO kerana bagi beliau PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Sedihnya individu itu tidak mahu mendengar penjelasan Pakteh dan terus hanyut dengan kepercayaannya bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Bagi individu tadi, jika tidak menjadi ahli PAS bermakna tidak Islam.

Pakteh sering katakan bahawa jika tidak berminat dengan UMNO, jangan sertai politik atau jika ingin juga berpolitik....isilah borang PAS tetapi jangan sekali-kali PKR. Itu dulu namun kini Pakteh sudah cuak dan memikirkan semula apakah Pakteh seorang sahaja mempercayai politik Melayu yang ditunjangi UMNO dan PAS atau masih ada lagi orang lain yang berfikiran sebegitu. Segala-galanya berubah semenjak PAS mendapat sedikit kuasa.

PAS mengiktiraf dan mengangkat Lim Guan Eng setaraf Umar ABdul Aziz
PAS membiarkan Nik Aziz selaku Mursyidul Am diangkat sebagai Nabi
PAS sudah seperti mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Iman Mahadi

Bilakah semua ini berlaku?. Sejak PAS mempunyai sedikit kuasa selepas PRU12.

Selepas mendapat kuasa juga PAS mengubah dasar perjuangannya dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Puak PAS boleh mentakrif atau memberi apa sahaja definasi Negara Berkebajikan tetapi jika bolehkah ianya menandingi Negara Islam?

Selepas mendapat sedikit kuasa juga, PAS membuang Timbalan Presidennya yang mempunyai label Ulama dan diganti dengan seorang Timbalan Presiden yang diragui moralnya apatah lagi ilmu agamanya.

Selepas mendapat sedikit kuasa juga, PAS membuang laungan HUDUD (Nik Aziz cuba bangkitkan kembali tetapi tetap tenggelam ditelan puak Erdogan). Jangan tanya TG HJ Hadi kerana HUDUD sekadar 0.00001% sahaja.

Inikah PAS yang diserahkan jiwa dan raga oleh ahli akar umbi?. Jawabnya inilah Puak PAS yang mengkhianati 100% perjuangan PAS dahulu. Pakteh berpendirian jika PAS dahulu pun masih dianggap mengkhianati Islam dan Melayu di Malaysia, apatah lagi PAS hari ini....segala-galanya dengan mudah dijual beli.

PAS hari ini telah rosak seperti kayu yang diratah anai-anai. Kelihatan masih sempurna diluar namun rongga-rongga telah mula kelihatan apatah lagi jika disuluh dari dalam, yang kelihatan hanya kepala anai-anai yang rakus membaham kayu yang ditumpangi. Kiblat PAS hari ini adalah Anwar Ibrahim dan bukan lagi TG Nik Aziz atau TG Hj Hadi.

Hanya musibah yang menanti sekiranya puak anai-anai ini diberi peluang mencatur urusan negara.

1 comment:

paktam@ said...

>tersungkuq dipintu jamban!!!

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih