Sunday, January 1, 2012

Ostat Azizan....DS kena ikut kata Pakteh....

Ulama Muda UMNO Ust Fathrul mencadangkan diadakan musyawarah atau perbincangan. Pakteh sendiri melihat jangan ditutup pintu rundingan kerana ini akan memalukan umat Islam. Pas (Ostat Azizan) mungkin perlu sedikit berlapang dada untuk menerima pendapat dan pandangan.
Pakteh melihat kawasan Surau Salihiah tidak seluas mana dan jika ingin dimasukkan dalam projek shooping compleks dan hotel, mungkin cara pengambilannya diubahsuai dan tidak melibatkan gantian tanah wakaf. Mungkin konsep yang digunakan untuk bangunan Sentosa boleh digunapakai serta Surau dinaiktaraf dan diasingkan dari bangunan shooping compleks. Contoh terbaik sudah ada dimana Pusat pentadbiran Bandaraya Alor Setar, Hotel serta Shooping Compleks dalam satu bangunan dan disebelahnya ada Pusat Dakwah (cukup selesa untuk sembahyang disini malah menjadi pilihan ramai jika ada urusan dikawasan sekitar)
Tidak susah untuk memberi kepuasan kepada semua jika pemimpin sanggup berlapang dada menerima idea dan cadangan rakyat.
Apapun keadaannya....MAIK.......say something......bukan sekadar surat tanpa tarikh yg tidak pasti...............................................................

Mau ka YAB Ostat Azizan dengaq kata Pakteh...hehehehe.....

2 comments:

Lahuma said...

oooooooi pak teh ostat mengaji kat mesir mana boleh tegok.naik angin.

Pakteh said...

Lahuma:
hehe...penebang buluh dan pelajar Al Azhar mana mngkin sama ilmunya.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih