Bukan...bukan...bukan...
Bukan Pakteh tak sokong kemajuan tanah wakaf. Bukan Pakteh menolak pem-bangunan (menggunakan ejaan Tn Hj Sanusi Md Nor, Setpol MB Kedah yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah).
Blogger/FBker Pas memutarkan pelbagai fakta apabila rakyat bangun menentang usaha meroboh Madrasah Salihiah. Pakteh sendiri menanti dan terus menanti apakah usaha PAS untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa projek Aman Central adalah semata-mata untuk memajukan dan memakmurkan lagi ekonomi rakyat. Pakteh menanti dengan sabar apakah matlamat Pas Kedah adalah untuk membangunkan tanah wakaf yang tersergam Madrasah Salihiah.
Pakteh meneliti setiap jawapan dan semuanya lebih kepada usaha menjawab persoalan yang dibangkitkan rakyat Kedah cuma jawapan yang diterima lebih kepada cuba membetulkan keadaan yang kelihatan agak merisaukan. Pakteh menanti jawapan dari pihak yang sepatutnya ada autoriti bagi pihak Pas Kedah.
Pakteh membaca ulasan dari bijak pandai Islam malah penjelasan dari Tn Mufti juga Pakteh baca, Pakteh membaca tulisan dari Zulkifli Yahya, Pakteh membaca juga dari blog Kedahla malah apa sahaja berkaitan Madsarah Salihiah, Pakteh cuba untuk memahami APA TUJUAN PAS KEDAH?. Mana mungkin Pakteh akan dapat jawapan sekiranya sekadar diberikan oleh mereka-mereka yang bukan direct inner circle YAB Menteri Besar.
Tidak hairan mengapa apabila Tn Hj Sanusi memberikan ulasan, Pakteh cuba memahami sepenuhnya artikel beliau kerana jawapan serta ulasan beliau akan memberikan jawapan yang sebenar hasrat dan keinginan Pas Kedah. Sekali lagi Pakteh ingatkan jawatan Setiausaha Politik MB Kedah dan Ketua Penerangan Pas Kedah berada ditangan Tn Hj Sanusi Md Nor. Atas faktor itu, ulasan dari beliau merupakan wadah terbaik untuk setiap rakyat memahami hasrat sebenar Pas Kedah dalam isu Perobohan Madrasah Salihiah.
Awalnya Pakteh benar-benar menyangka Pas Kedah ingin bangunkan Aman Central demi kemakmuran rakyat Kedah. Ini bagus untuk rakyat dan permasalahan yang timbul itu adalah lumrah yang perlu diterima apabila anda menjadi pemerintah. BN sepanjang pemerintahannya menhadapi pelbagai bantahan dan rintangan, namun apabila dijelaskan dengan baik serta NIATnya IKHLAS, maka segala projek dapat dijayakan. Tn Hj Sanusi boleh tanya penduduk Bandar Baru Beris Jaya yang pada awalnya mengangkat parang dan pedang apabila projek Empangan Beris hendak dilaksanakan tetapi kini semuanya menjadi nyata.
Apa yang penting ialah NIAT. Projek Aman Central mungkin BAGUS namun NIAT sebenar Pas Kedah AMAT BUSUK. Mengapa tidak diniatkan sahaja projek itu demi kemajuan rakyat Kedah?. MENGAPA HARUS DIBANGUNKAN PROJEK ITU DEMI MEMBUKTIKAN SESUATU KEPADA BN?. MENGAPA IANYA DEMI MENYAINGI BN?. Niat sebegitu amat tidak elok kerana tidak ikhlas membangunkan sesuatu untuk rakyat. Tn Hj Sanusi boleh bertanyakan DS Azizan, bagaimana Tun Mahathir IKHLAS, pasti DS Azizan ada jawapannya.
Apabila niat tidak ikhlas malah berlandaskan niat MENUNJUK-NUNJUK kepada BN, masalah yang timbul SUKAR diselesaikan dengan baik dan AKAN MULA PUSING-PUSING seperti dianggap Bangunan takaful.
Pakteh hairan memikirkan bagaimana isu yang begitu mudah untuk diselesaikan menjadi amat sukar untuk dijelaskan. Akhirnya Pakteh sedar....NIAT Pas Kedah yang tidak betul.
Saranan Pakteh....perbetulkan niat dan InsyaAllah...rakyat akan menyokong setiap pembangunan yang ingin dibawa. Jangan nukilkan sesuatu demi menyaingi BN tetapi buatlah demi kebaikan rakyat. Niat yang ikhlas memberi kita peluang dan ruang untuk perbincangan, bukan dengan EGO menutup keinginan rakyat.
Tn Hj Sanusi, tanganilah isu ini dengan elok, sejajar dengan laungan PAS bahawa mereka parti Islam, bahawa mereka parti kebajikan, bahawa mereka lebih baik dari BN, bahawa mereka lebih bijak memerintah dari BN.
Jika semudah isu Madrasah Salihiah ini pun GAGAL diselesaikan.....CUKUPla 4 tahun memerintah...hehe...tak gitu Tn Hj?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
5 comments:
ana di sini juga terharu kerana...ramai teman teman ana masih belum memahami...APAKAH NIAT SEBENAR ...KERAJAAN NEGERI TELAH MENJUAL TANAH WAKAF KHAS INI KEPADA ORANG KAFIR KRISTIAN ?
APAKAH NIAT ...LAGI SEKALI DITEKANKAN NIAT SEBENAR DILUBUK HATI MB AZIZAN ?
DIKHABARKAN...REKOD DI PEJABAT TANAH TELAH MENUNJUKKAN BAHAWA LOT TANAH WAKAF INI TELAH DIJUAL ...ATAU TELAH DIPINDAH MILIK...STATUS SEKRANG IALAH ..TIADA DI DALAM REKOD PEJABAT TANAH....JADI...DIMANAKAH GERAN TANAH WAKAF INI SEKARANG?
KELIRU......................KENAPAKAH ...WAKAF ALLAH INI TELAH DIPERKOSA?
harap harap ....umat islam semua ...mestilah membantu mempertahanhankan tanah wakaf ini dan rumah allah MADRASAH SALIHIAH...di alor setar , daripada pemimpin islam tidak amanah dan tidak bertanggungjawab
Bila Pak Teh belajaq menari twist ni...hehehhe.. Niat membangunkan kedah, memajukan rakyat, merancakkan urbanisasi, menyedia peluang kerja..bla.bla bla..tak perlu huraikan lagi. Memang dari awal kita bekerja dan berusaha ke arah itu.
Artikel akhir saya itu adalah satu persepsi kritikal terhadap soal dasar dlm penentangan terhadap aman central bersandar kpd madrasah dan wakaf. Ia sebenarnya hanya alasan untuk gagalkan aman central yg akan bawa byk manfaat ekonomi dan pekerjaan kpd Kedah.
Ada org menulis bahawa tanah wakaf telah dijual? Heran, siapa yang jual? Betapa harga, sapa bayar, sapa beli? Ia dibuat pengambilan guna akta pengambilan 1960 dan dibayar pampasan kepada pemegang amanahnya (MAIK) sebanyak 1.48 juta. Setelah mendapat pandangan majlis Fatwa yang menggunakan konsep istibdal....jadi apakah isunya?
Baca sinar harian hari khamis, pak teh dan semua akan faham apa itu sitbdal dan kenapa ia digunapakai dalam isu ini.
Saya hrp pak teh terus objektif bila menulis.
Tn Hj Sanusi:
Dalam apa keadaan sekalipun, buatlah yg terbaik. Sekiranya perlu dirobohkan, perlu benar2 pasti dan ianya adalah demi niat yang ikhlas dan bukan ada niat yang tersembunyi.
Tidak ada twist, dondang sayang malah ghazal party pun xdak aih. Pakteh ikhlas suarakan pandangan tetapi melalui cara dan bahasa yang berbeza.
Buat masa ini, Pas Kedah masih gagal memberikan kepuasan kepada rakyat. Jangan Tn Hj baca rakyat tu ahli Pas sahaja yang pastinya ada yg menyokong tindakan Pas Kedah tetapi dibaca sesiapa sahaja yang menjadi rakyat Kedah.
Isu ini tidak besar sebenarnya dan jika benar-benar Pas Kedah berada di pihak yang benar, laksanakan saja projek tu. Bangkangan pasti ada tapi itulah realiti yang dihadapi oleh semua yg bergelar kerajaan.
>syok jugak jadi kerajaan!!
>masa xjadi...dok bangkang ..semua xbetoi!!
>bila dah pegang kuasa...org len dok bangkang pulak!!
>la ni baru tau...betapa susahnya memegang amanah rakyat!!
Post a Comment