Friday, January 27, 2012

Ada ahli PAS Sik keluar parti? MANA ADA.....

Penafian akan dibuat jika ditanya kepada ahli PAS yang masih merasakan baiah mereka kepada PAS masih laku. Bagi mereka sekali join pas, pasti akan terus bersama PAS.

Itu cerita dulu...cerita di zaman PAS menipu rakyat bahawa perjuangan mereka lebih baik dari UMNO. Itu cerita di zaman PAS mewar-warkan mereka parti Islam.

Cerita hari ini sudah berbeza malah telah bertukar lenggok tarinya. Tok Ketua Pas di Sik dan di Kedah harus mengenal pasti mengapa trend kini ialah ahli PAS keluar parti. Jika sukar untuk dibuat penilaian, Pakteh ada sedikit jawapannya.

1. Kegagalan penceramah PAS memberikan info yang betul. Penceramah PAS yang didatangkan khas dari luar Sik beranggapan penduduk Sik ni lebih KUNO dari penduduk asli lembah Amazon. Majoriti rakyat Sik tahu hal sebenar tentang RM500 tapi penceramah dok pi pusing putar alam sampai ahli Pas sendiri loya termuntah dengaq.

2. Kebodohan jentera parti. Sik ni hampir 99% Melayu, dan Melayu ni darah asalnya jangan dibuang seperti kain buruk. Mengapa kerana TAKSUB buta tuli, Jentera bawah hangpa pi pasang bendera DAP di Kota Aur?. UMNO ni dah lama kawan dengan MCA dan MIC tapi ada ka pernah nampak bendera MIC n MCA or Gerakan di Sg Pau? di Belantik? di Jeneri?. hahaha...skang orang kampung dok bisik-bisik....baru bekawan dan kena naik bendera DAP di Kota Aur...apa lagi kalau memerintah..........sendiri mau ingat la...

3. Kegagalan mengasingkan kuasa. Pas menjadikan kerajaan negeri sebagai milik parti. Faktor ini menyebabkan berlaku pertindihan arahan, kekeliruan, malah keputusan BODOH serta kucar kacir dalam menguruskan Kedah. Hal ini terbawa sehingga ke akar umbi dan akhirnya begitu banyak tanah-tanah rizab dipugar oleh puak Pas yang berpandangan mereka boleh buat sesuka hati kerana mereka kini memerintah. UMNO yang telah sekian lama memerintah sudah meninggalkan puluhan tahun perasaan sebegitu malah kini surat sokongan dari YB/Ketua Bhg sudah tidak laku malah dikeluarkan pekeliling oleh kerajaan.

4. Isu Madrasah Salihiah yang gagal ditangani dengan baik. MB Azizan sukar membuat penjelasan yang bersungguh-sungguh malah sekadar menunjukkan ego apabila membuat kenyataan akan meneruskan projek Aman Central. Pakteh sendiri merasakan projek ini wajar diteruskan cuma masalah kecil dalam kes Madrasah Salihiah perlu dibereskan. Persoalan mengapa Mufti hanya membenarkan selepas berlaku penjualan perlu dijawab. Jika semudah isu ini gagal ditangani, menyerahlah pada UMNO yang pelbagai isu dapat ditangani dengan mudah malah memberi kepuasan kepada rakyat. ** Pakteh berada dalam majlis taklimat oleh Mufti dalam isu pemindahan tanah perkuburan terbesar di Asia untuk projek Empangan Beris.

5. Isu Air..............................................Syarikat Air Datuk Azizan SADA ini memberi pukulan KO kepada PAS. Tak perlu Pakteh cerita panjang lebar.

6. Pergolakan dalaman. Jangan hanya melihat pergolakan di Selangor. Lihat juga di Kedah atau nak kecilkan lagi skop, lihat sepak terajang politik dalaman Pas di Sik. Jika nak tulis apa yang diceritakan oleh suara-suara Pas....aduih....mungkin inilah parti politik yang paling busuk pernah mentadbir negeri. Mengaku parti Islam tapi indah hanya dipermukaan, pergolakan di dasar penuh dengan taik dan sampah.

7. Syok Sendiri atau SS. Harap maklum...SS bukan Sanusi Setpol tapi Syok Sendiri. Tak buat kerja apabila memerintah dan bila buat kerja......dah merasakan itulah hasil terbaik. Langsung tidak menoleh apa UMNO dah buat untuk kebaikan rakyat.

8. Kerja kuat UMNO Sik. Sejak PRU12 dan Sik mempunyai Ketua UMNO yang baru iaitu YB Datuk Tajuddin Abdullah, gerak kerja ke peringkat akar umbi menjadi agenda utama. Perwatakan dan kerja keras beliau di setiap pelusuk kampung menjadikan UMNO Sik melekat di hati. CUMA YB Datuk Tajuddin harus ingatkan JKKKP agar berhati-hati dalam memberi khidmat kepada rakyat. Nasihatkan juga JKKKP Kg Batu Seketul, BB Beris Jaya, Saudara Mansur.....Wang RM500 untuk semua rakyat yang berkelayakan, bukan untuk ahli UMNO sahaja dan jangan guna ayat "ahli PAS tak layak terima" atau apa sahaja ayat yang boleh mencantas hasrat PM memberi bantuan kepada semua rakyat yang berkelayakan.

9. Kerja keras oleh Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia sejak dilantik menjadi PM telah menawan hati rakyat. Konsep 1Malaysia diterima baik dan Pakteh percaya.......Faktor Najib menjadi wadah terbaik untuk UMNO/BN memenangi hati rakyat.

10. Kerosakan yang dibawa oleh Anwar ke dalam Pas menyebabkan Pas bukan sahaja kehilangan pengundi malah kehilangan ahli. Inilah natijahnya apabila berkawan dengan perosak negara seperti Anwar Ibrahim.

Pakteh amat yakin PRU13, Sik akan menjadi bukti penerimaan kembali UMNO oleh rakyat. Auranya begitu terasa malah rakyat Sik seperti sudah tidak sabar untuk menghumban Pas ke lembah kekalahan.

8 comments:

Anonymous said...

UMNO parti HARAM. UMNO diharamkan pada tahun 1987

UMNO parti HARAM, Itu sebab UMNO tak perjuangkan Islam

UMNO parti HARAM. Patutlah UMNO tak iktiraf ulama

UMNO parti HARAM, Itu sebab orang UMNO suka buat perkara HARAM.

UMNO parti HARAM, Suka bela tokey ARAK, JUDI, DISKO, PELACURAN.

UMNO parti HARAM, Sesiapa jadi ahli UMNO mesti buat perkara HARAM

UMNO parti HARAM, ARAK, PELACUR jadi santapan harian.

UMNO parti HARAM, Pemimpin UMNO suka buat TAIK(Kejahatan)

UMNO parti HARAM, Ustaz ustazah UMNO dijadikan TISU JAMBAN untuk tutup TAIK-TAIK pemimpin UMNO (Supaya kejahatan nampak baik)

UMNO parti HARAM, Ahli UMNO dijadikan TONG TAIK(Penyokong & Pembela kejahatan)

UMNO parti HARAM, Sokong UMNO sama dengan sokong TAIK. NAJIS!!!

Anonymous said...

mengong....

Anonymous said...

TERKEDU JUGAK BILA MEMBACA TULISAN PAKTEH..

SAYA PUN BERSETUJU BANYAK DENGAN PAKTEH...

PAS KHUSUS DI KEDAH TELAH LUPA DIRI..SEJAK BERKUASA...

MENYESAL TAK SUDAH ...BILA MENGUNDI PAS 2008 DULU....TETAPI ORANG KEDAH TELAH TERTIPU ....MEREKA INI BERCAKAP SIANG DAN MALAM..SAJA PANDAI..PANDAI BERCAKAP ..WAH WAH WAH

TETAPI BUAT KERJA..BODOH DAN BAHLUL...

..BAB TANAH WAKAF MADRASAH SALIHIAH ITULAH YANG PALING DAHSYAT...

'matlamat menghalalkan cara' ..the ends justify the means'
INI TINDAKAN YANG PALING CELAKA DAN MUSIBAT...

TANAH WAKAF TELAH DIJUAL DIGADAI DICURI DIRAMPAS...DAN DIJUAL KEPADA CINA KRISTIAN DAP LAKNAKTULLAH .....KITA HARAP PEHAK MAIK MEMEGANG AMANAH ..TETAPI MEREKA LAH SEBENARNYA PECAH AMANAH...

KITA HARAPKAN PEMIMPIN ISLAM ..MEMEGANG AMANAH WAKAF INI..TETAPI MEREKALAH ..TALIBARUT PARASIT SEBENARNYA SEPERTI UNGGAKAPAN HASAN ALI..

JADI BENAR...TELAH TANAHWAKAF TELAH DIJUAL....LEPAS ITU BARULAH FATWA KEDUA TELAH DIPAKSA DIKELUARKAN.........

MEMANG PAS KEDAH ..CELAKA TALIBARUT DAP ..SELAMA LAMANYA...

AYUH JATUH KAN PAS KEDAH...SELAMALAMAYA....KALAU TIDAK..SEMUA TANAH WAKAF AKAN TERJUAL DIKEDAH..KEPADA KAFIR..

Pakteh said...

Anon 20:32
UMNO diharamkan 1987, diusahakan untuk hidup kembali dan didaftarkan semula. Apapun PAKTEH AMAT SUKA ayat-ayat anda. Menggunakan bait2 UMNO parti haram...

Pakteh teringatkan Pakatan Rakyat yang 100% HARAM dan tidak didaftarkan sehingga hari ini. Paling dasyat, apa yang Anon tujukan itu 100% berbalik taiknya kepada Pakatan Rakyat. Menulis secara emosi pasti menuduh UMNO parti HARAM tetapi secara faktanya, Antara UMNO/BN dan Pakatan Rakyat.....TERANG LAGI BERSULUH 100% Pakatan Rakyat yang menerima ludah dari Anon. Betoi dak...hehe..itula...jangan meludah ke langit.

Anon 20:42
hehehe..Pakteh xtau Anon maksudkn Pakteh atau Anon yg kat atas tu...apa2pun...tq laa..

Anon 20:59
Rakyat dah tak sabar untuk menjatuhkan PAS Kedah......

Anonymous said...

PAK TEH...ANON 2032 NI MENULIS MACAM YAHUDI MABOK...MEMANG PUN SEBAB KETUA DIA SENDIRI DOK MAKAN DANA YAHUDI...BAB UMNO HARAM PAK TEH DAH JAWAB...UMNO TAK PERJUANG ISLAM TENGKORAK DIA...SAPA YANG DOK BUKA SEKOLAH DAN BUAT MASJID DOK BAGI PUAK LAHANAT PAS MENGAJI DAN SEMBAHYANG JUMAAT...DIA TAK TAU KA ULAMA DALAM UMNO LEBIH RAMAI DARI DALAM PAS SENDIRI...MAT SABUN ULAMAK KA...KHALIS SAMAT ULAMAK KA...HUSAM MUSA ULAMAK KA...PUAK PAS TAK BUAT KERJA HARAM KA...FITNAH, BOHONG, SONGLAP DUIT SENGGARA JALAN TAK HARAM KA...PASAI APA SEJAK PAS PERINTAH KEDAH LAGI BANYAK PUSAT HIBURAN TIMBUL...LESEN DULU BULANAN LA NI 6 BULAN SEKALI...MALAS NAK JAWABLAH BAB ARAK, PELACUR SEBAB VIDEO SEKS SAPA TAK TAU YANG DOK BERJALAN LA NI...PEMIMPIN PAS TAK BUAT TAIK KA...USTAZAH PAS LAGI HUDOH..KATA PERJUANG ISLAM TAPI LA NI DOK TUNGGANG PUAK NAK MURTADKAN ORANG ISLAM PULAK...TONG TAIK ADA GUNA JUGA TAPI KALAU PAS JADI TONG KOSONG DOK BELA PELIWAT DAN PELANGGAN PELACOR YANG DITEGAH ISLAM JELAS DALAM AL-QURAN...JELASNYA...SAPA SOKONG PUAK PELIWAT NI SAMA MACAM SOKONG YAHUDI MABOK LA...SUDAHLAH ANON 2032...HANG TU TULIS PUN AGAKNA LEPAS BARU MINUM TODI...SEBAB TU MACAM ORANG MABOK PUN...

calon bebas said...

Pak Teh

dalam umno ada kaki mengendap.
dalam pas pun ada kaki mengendap.:

dalam umno ada kaki judi.
dalam pas pun ada kaki judi


dalam umno kaki betina.
dalam pas pun ada kaki betina.

dalam umno ada yg tak solat
dalam pas pun ada kaki tak solat

umno/pas serupa sahaja.
yg kaya bertambah kaya..
yg miskin macam tu juga.

TQ

Pakteh said...

Calon bebas:

UMNO vs Pas
Pakteh setuju semua tu ada dalam parti masing-masing. Namun kita tidak boleh katakan UMNO parti mengendap atau Pas parti mengendap. Kita hanya boleh katakan ahli UMNO/Pas kaki mengendap.

Tetapi jika kepalanya kaki liwat, mungkin kita boleh beranggapan parti itu parti liwat. Hal ini tidak boleh disamakan dengan UMNO atau PAS yang mana Presidennya masih mempunyai nilai moral yang cukup tinggi.

Bab kaya miskin ni, parti masing-masing hanya membantu tetapi tuan tubuh sendiri yang perlu berusaha. Nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya.

Calon bebas nak cuba nasib d Sik?

parlimen permatang pauh pkr dun seberang jaya umno said...

kata calun bebas tu betul tapi ada perbezaan, umno x gunakan perkataan islam kat nama parti dia tapi pas guna perkataan islam, samalah la macam artis Malaysia tu, nama tak melambangkan sebenarnya

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih