Monday, January 2, 2012

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Art of War


2011 Meninggalkan noktah yang buruk dikalangan pencinta keamanan di Malaysia. Kelibat beberapa anak muda yang mendakwa mereka mengagungkan demokrasi dinilai sebagai silap dan taksub kepada seseorang secara membabi buta. Tidak sukar untuk menilai kejadian demostrasi anak muda di hadapan pintu masuk utama UPSI pagi 1 januari 2012. Rakyat yang matang secara cepat akan menyedari ini adalah satu slot drama yang dirancang secara rapi untuk dipertunjukkan kepada khalayak. Slot demi slot akan dipaparkan mengikut skrip penulis sehingga episode akhir pada 09/01/2012 dan pelakon-pelakon drama ini perlu bersedia dengan perubahan skrip saat akhir.

Datuk Seri Anwar bin Ibrahim merupakan seorang sifu dalam demostrasi jalanan malah boleh dianggap sebagai pengasas yang berjaya. Doktrin yang dibawa sebagai bekalan untuk menjadi pendemostrasi jalanan diwariskan kepada generasi demi generasi dan kini menjelang awal Januari 2012, Datuk Seri Anwar menggunapakai kaedah yang sama, bekalan yang sama malah bungkusan bekalan juga sama. Cerminan dari kejadian ini memberi ruang kepada Pakteh untuk melihat bahawa Datuk Seri Anwar juga sudah menjadi seperti kebanyakkan tokoh politik yang lain. Corak politik cara kuno dan mewakili zaman Jurassic bolehlah dianggap sudah ketinggalan. Pakteh akui ada strategi sesuai sepanjang zaman namun bolehlah dianggap frasa itu tidak sesuai digunapakai dalam konteks manusia bernama Anwar Ibrahim.

Mungkin cara Datuk Seri Anwar sesuai pada zaman 70an, 80an dan 90an namun jejak kemerdekaan sudah semakin jauh meninggalkan kita malah aura dari gerakan timur tengah sezaman Ikhwanul Muslimin juga sudah lama menghilang. Datuk Seri Anwar mungkin terfikir cara yang sama boleh dilaksanakan memandangkan pusaran angin yang sama seperti dulu kini sedang meruwap-ruwap di Mesir, Syria, Jordan, Libya dan hampir keseluruh Tanah Arab. Jika ini berada dalam kotak pemikiran Datuk Seri Anwar, Pakteh berpandangan YB Permatang Pauh sudah jauh ditinggalkan dek pemikiran baru yang dibawa oleh begitu banyak pencinta demokrasi, pencinta keamanan, pencinta keadilan malah Datuk Seri Anwar juga sudah tertinggal oleh pembenci kebobrokan pemerintah.

Hampir 3 tahun kebelakangan ini, penanda aras perjuangan Datuk Seri Anwar jatuh merudum sehingga hampir mencapai titik sifar. Pendokong dan pengikut tegar terkedu melihat jaguh mereka berpaling ke serata arah untuk meraih sokongan malah memaut apa sahaja dahan asalkan dapat terus bertahan. Rakyat sudah bijak membaca maksud yang tersurat dan tersirat disebalik ucapan bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”.

Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka kelihatan mewar-warkan bahawa beliau melakukan seks luar tabie dengan Saiful secara suka sama suka. Samada rakyat sedar atau tidak, itulah yang dicanang ketika ini dan rakyat juga secara tidak langsung ditagih untuk menerima amalan sebegini. Strategi sebegini mungkin baru bagi rakyat Malaysia namun apabila pencetusnya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rakyat mulai menilai bahawa penafian paksaan liwat adalah semata-mata untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu sedar bahawa perlakuan dan tindakan beliau mungkin tidak mampu dibuktikan 100% tepat oleh manusia biasa namun perancangan ALLAH adalah sebaik-baik rancangan. terimalah hakikat ini dan akuilah bahawa anda kini sekadar mempunyai idea pertahanan yang ketinggalan zaman dan amat pasti juga, serangan anda terlalu mudah untuk ditangkis dan ditepis.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih