Sunday, April 1, 2012

Hasad Dengki jadi rutin harian pendokong Pas

Pakteh cukup syok tengom bendera Pas berkibar di daerah Sik. Bukan banyak ada la satu dua tempat terutama berdekatan markas Pas atau pusat2 depa.

Pakteh lagi syok tengok sebab bendera BN/UMNO lebih banyak berkali ganda berkibar diseluruh Sik.

Tapi kali kesnya berbeza.......Pakteh selalu guna jambatan terpanjang di daerah Sik iaitu jambatan yang merentangi empangan beris. pada awalnya bendera UMNO megah berkibar disitu namun kini dah tinggai tak banyak sebab dicantas, dikepak, dibuang oleh orang tertentu yang takut dengan perang saraf sebegini.

Cuba tanya orang UMNO, berapa ramai yang sudi untuk kepak atau cantas tiang buluh bendera Pas?....langsung tak berminat sebab hak masing-masing untuk pasang bendera.

Ini amat berbeza dengan parti yang kononnya memperjuangkan Islam...tapi hati penuh hasad dengki...









2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Jangan hanya dek imbuhan wang yang tak seberapa dan posisi jawatan yang sementara,anda sanggup menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.Bayangkanlah bagaimana mungkin anda menyuapkan hasil dari sumber yang menjijikkan ini ke mulut ahli keluarga anda.Bersegeralah untuk bertaubat dan hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu supaya diberikan panduan untuk anda melihat dengan mata hati yang mana satu kebenaran dan yang mana satu kebatilan.

Pakteh said...

1. Pakteh tidak dibayar untuk menulis artikel. Anon 01:10 telah menuduh pakteh dan ianya 100% fitnah

2. Pakteh tidak berjawatan. lagi fitnah dari Anon 01:10

3. Untuk menyara keluarga....blog marhain ini bukan caranya. Blog ini hanya ingin menunjukkan betapa PR tidak layak menggantikan BN untuk menerajui negara

4. Sama-samalah kita mengimarahkan majlis-majlis ilmu. Semoga kita dijauhkan dari api kebencian dan hasad dengki manusia

p/s: Kes cantas bendera UMNO/BN ni bukan lagi khabar angin....takkan Pakteh pulak yang dok pi buang?

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih