Friday, April 20, 2012

JELAS..!! Lagi bukti perjuangan Pas terpesong kerana Anwar

Sedih Pakteh...
Mungkin lumrah hati orang tua, marah atau geram dalam apa jua situasi sekalipun, apabila berhadapan dengan karenah anak-anak, Pakteh kecil akan sayu dan terawang-awang memikirkan bagaimana mudahnya anak cucu Pakteh diperkotak-katikan demi nafsu busuk politik. 
Pakteh sedih memikirkan mengapa disebalik sejuta harapan diletakkan dibahu anak muda untuk terus maju dalam pendidikan, terdapat sebilangan dari mereka terkhilaf mencari arah tuju. Terang-terangan kempen isu PTPTN ini mainan politik kotor PR@Anwar, masih ada anak-anak pelajar terjerut dan terjerumus.






Apapun keadaannya, fikiran Pakteh turut teruja untuk melihat sejauh mana Pas sanggup diperkaldaikan oleh Anwar. Pas hari ini sudah tidak lagi menggambarkan imejnya yang terdahulu malah turut sama berganding bahu melindungi kerosakan akhlak anak remaja yang bergelar pelajar.

Terbaru, Pas menghantar Unit Amalnya untuk melindungi anak pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka. Apa yang dikesali ialah mengapa Pas melindungi kebobrokan tindakan anak muda ini?. Apakah tingkah laku peserta perkhemahan boleh dijadikan contoh sehingga perlu dilindungi?.

Lagi soalan Pakteh.....Nama yang sering muncul disebalik aktiviti perkhemahan anak-anak pelajar ini ialah Anwar tetapi mengapa Pas yang perlu diperkaldaikan untuk menjaga?. Mengapa tidak dihantar jentera muda PKR? Atau AMK asyik menyusun strategi untuk mengambil alih kawasan calon Pas dan tidak ada masa untuk sama-sama berhujan panas mengawal peserta perkhemahan ala-ala pengakap ini.

Lagi pertanyaan.....dimana DAP dalam kes ini? Mengapa tidak DAP yang melindungi mereka?. Pakteh terfikir DAP sibuk dengan perniagaan mereka dan menjana ekonomi tatkala Unit Amal Pas bersengkang mata berjaga sehingga 6 pagi.

Lagi lontaran idea dari Pakteh.....apakah perlakuan anak pelajar sebegini yang ingin dijadikan tauladan tatapan rakyat Malaysia?. Mengapa ketika anak pelajar dari DAP sibuk mentelaah pelajaran untuk target 4.0 dan seterusnya mengubah status pinjaman kepada biasiswa, anak muda PKR dan Pas dibiar bergaul bebas ditapak perkhemahan haram mereka.

Inilah nasib bangsa ku.....sekadar dikaldaikan demi kebusukan politik semata-mata.

p/s: Jangan jadikan perlakuan remaja ini sebagai contoh. Awasi anak-anak anda yang sedang belajar di IPT....

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih