Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR selaku Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia telah mencuba segala cara untuk melonjak aura rakyat agar bangun memberontak dan menjatuhkan kerajaan sedia ada pimpinan Datuk Seri Najib Razak. Cubaan demi cubaan, namun semuanya menemui noktah kegagalan. Rusuhan jalanan diberikan dengan pelbagai nama dan seribu alasan untuk menghalalkan rusuhan tersebut tetapi hasrat sebenar amat mudah dikenalpasti, Pakatan Rakyat amat sukar untuk memenangi hati rakyat terbanyak atau teramai dalam pilihanraya dan hanya melalui pintu belakang sahaja, hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki Putrajaya akan tercapai.
Semangat dari Timur Tengah kononnya perlu dibawa ke Malaysia walau apa cara sekalipun tetapi apakah tidak ada analisis secara mendalam oleh Pakatan Rakyat bahawa masalah dan isu di Timur Tengah teramat jauh bezanya dengan Malaysia. Mengambil Syria sebagai contoh, Amat tidak berbaloi setiap rakyat Malaysia turun ke jalanan menyahut seruan Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia amat sedar bantahan seawal 26 Januari 2011 di Syria tidak perlu dibuat di negara ini malah untuk berharap suasana itu berlaku sudah memberi rasa gerun kepada penduduk negara ini. Apakah berbaloi menyerahkan nyawa kepada sesuatu yang tidak wujud?. Apakah layak menyerahkan jiwa dan raga semata-mata kerana ajakan Anwar?. Sudah pasti tidak kerana rakyat Malaysia menikmati keamanan, kemakmuran dan kebebasan yang rakyat Syria tidak menikmatinya sejak puluhan tahun. Pembaca boleh renungkan bilamana PRU10, Pihak pembangkang menggunakan seluas-luasnya media online, kerajaan tidak membuat sekatan malah sehingga kini, tidak ada sekatan untuk berbuat demikian. Ini tidak berlaku di Syria kerana Youtube, Facebook, Amazon dan Wikipedia disekat untuk rakyat.
Jika kebangkitan rakyat Syria yang lebih setahun gagal menjatuhkan presiden Bashar, apakah rakyat Malaysia yang bersenang lenang begitu tegar untuk bangun memberontak kepada sesuatu yang tidak pasti?. Bagaimana dengan Libya?. Apakah kematian Muammar Ghadafi boleh dijadikan contoh untuk rakyat bangun menentang pemerintahan Parti Barisan Nasional dan mengherat Datuk Seri Najib Razak untuk ditembak kepalanya?. Ini juga mustahil berlaku di Malaysia kerana sekali lagi, situasi di Libya amat berbeza dengan di Malaysia. Sejak 1969 Muammar Ghadafi memerintah dan segala aktivitinya menjadi bahang amarah dalam hati rakyat. Bagaimana dengan Malaysia?. Tun Mahathir Mohammad memerintah sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun dan dikenali sebagai Bapa Pemodenan Negara. Jika beliau zalim, apakah akan ada rakyat yang ingin mengiktiraf?. Untuk berlaku adil, pasti ada suara yang tidak berpuas hati dengan seseorang pemimpin terutama apabila ideologi politiknya berbeza namun hakikat kepimpinan Barisan Nasional berjaya menjadikan Malaysia negara yang maju tidak dapat disangkal.
Ramai kalangan penuntut Islam berimpian untuk belajar di Mesir dan sehingga kini, keinginan itu terus membara walaupun hakikatnya Mesir pernah melalui suasana yang tidak selamat. 25 Januari 2011, tarikh awal yang mencetuskan Revolusi Mesir 2011 perlu diingati sebagai jalan pintas untuk menjatuhkan pemimpin negara. Inilah yang diimpikan oleh Anwar Ibrahim. Analisis dan dapatan kajian daru sudut apa sekalipun, Pakatan Rakyat akan gagal menawan Putrajaya. Sehubungan itu, cubaan demi cubaan terus dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Bukankah pelik untuk memikirkan bagaimana Hosni Mubarak, Presiden kepada negara yang mempunyai pusat-pusat pengajian Islam terulung dunia dibenci rakyat. Pembaca boleh membuat kajian dan analisa bagaimana corak kehidupan dan sistem pemerintahan di Mesir dan bandingkan dengan kehidupan di Malaysia.
Rakyat Malaysia dianugerahkan dengan keamanan, kemakmuran dan ketenangan dalam bekerja. Jika dihalusi secara mendalam corak kepimpinan dari parti Barisan Nasional, pasti akan ditemui kepincangan dan kelemahan namun penemuan sebegitu amat tidak wajar untuk mengharuskan kerajaan ini dijatuhkan secara jalan belakang. Peluang 5 tahun sekali untuk membuang undi perlu diguna sepenuhnya untuk memenangi hati rakyat tetapi sekali lagi Paktan Rakyat gagal untuk membaca kehendak suara ramai. Majoriti rakyat inginkan kedamaian. Apakah tidak ada yang membuat analisa betapa BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 meninggalkan ketakutan dimata ramai rakyat. Memang betul bagi yang ingin terlibat akan berasa puas dan gembira tetapi apakah kepuasan 20 ribu rakyat yang turun kejalanan mampu mewakili jutaan rakyat yang kerisauan dan ketakutan.
Hati seorang bapa akan risau memikirkan anak yang belajar di Lembah Kelang apabila BERSIH 3.0 akan terjadi. Hati seorang suami gundah dulana memikirkan isteri kesorangan bekerja di sebelah Dataran Merdeka. Hati seorang guru risau memikirkan rancangan untuk bercuti bersama anak pelajar tertangguh kerana rusuhan BERSIH 3.0. Lebih penting, hati semua pihak yang terlibat untuk menangani kehendak minoriti ini akan berserabut dan marah. Apakah undi mereka yang berserabut dan marah ini tidak penting?. Apakah undi mereka yang runsing, risau, gundah dulana ini tidak diambil kira?. Secara realistik, kepada parti manakah golongan yang kerisauan ini akan memberikan undi apabila berpeluang membuang undi dalam PRU13?.
Bukan sedikit hati yang terluka dek kerana keinginan menjatuhkan kerajaan BN melalui jalan belakang ini. Secara pasti, mereka ini akan memberikan untuk kepada pihak yang bertahan iaitu BN. Anwar Ibrahim sepatutnya lebih sedar bahawa dalam waktu begini, strategi untuk membangkitkan amarah rakyat akan menemui kegagalan. Andaikan BERSIH 3.0 mampu menghadirkan 500 000 rakyat di Dataran Merdeka, Apakah jutaan rakyat yang tidak turun dan tergengala segala rancangan akan bersetuju dengan tindakan sebegini?. Dengan kemampuan Dataran Merdeka yang hanya boleh menampung 20 000 orang, apakah tidak akan berlaku sesuatu yang tidak diingini?. Cukuplah dengan satu kematian yang sehingga kini berlalu seperti angin malam tanpa sebarang pembelaan dari PR. Amat jelas, majoriti rakyat hanya menunggu untuk melihat kerosakan yang dibuat oleh BERSIH 3.0 dan suara teramai ini akan menghukum kerakusan BERSIH 3.0 dalam PRU13.
Paling menakutkan, kejatuhan kerajaan yang memerintah disabitkan dengan tangan-tangan asing dan gerakkerja NGO-NGO di Malaysia ada dihubungkaitkan dengan dana asing. Jika dari Amerika sendiri sudah ada teguran, amat-amat pasti dana ini sudah dibelanjakan dan diguna untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. Apakah kewajarannya untuk rakyat menerima gabungan haram BERSIH 3.0 dan NGO-NGO tempatan yang menadah tangan dana asing?. Apakah hasilnya nanti, PR hanya memerintah sebagai boneka dan jari jemari yang menggerakkan pemerintahan adalah dari luar. Sudah sampai masanya rakyat terbanyak menghukum perosak keamanan negara ini dengan memberikan pengajaran dalam PRU13.
Pakteh Kata
Jumaat, 12 April 2012
No comments:
Post a Comment