
Itu kisah kebobrokan Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang Malaysia. Terfikirkah kita semua bahawa disebalik pembongkaran segala kejahatan Anwar ini adalah blogger-blogger yang minatnya terhadap politik begitu mendalam. Kelebihan berupaya menggunakan kecanggihan teknologi dipergunakan sepenuhnya untuk memberi maklumat kepada umum secara maya atau online. Segenap lapisan masyarakat kini beria-ia untuk mahir menggunakan media sosial agar tidak dipandang ketinggala zaman.
Apapun kisahnya, Pakteh bersyukur kerana dianugerahkan sedikit kebolehan untuk membaca dan dengan kebolehan itu, bolehlah Pakteh membaca artikel yang begitu banyak di internet. Blog pilihan utama Pakteh dan kerana minat Pakteh cenderung kepada politik, sudah pasti membaca blog politik menjadi satu kemestian kepada Pakteh. Pakteh juga bersyukur kerana disamping boleh membaca, Pakteh juga mampu menggunakan kelebihan media sosial sedia ada dan terkini. Lebih manis, melalui media sosial sebegini, Pakteh mengenali agak ramai kawan.



Adat kata...jika tangan dihulur...sambutlah....jika ingin disambut ... hulurlah...
Pakteh kekal dengan kepercayaan bahawa senjata tetap dihala ke muka musuh namun lebih elok benar jika ada kesepaduan untuk menghalakan senjata. Jika semua rakan menghalakan kearah yang sama dan membidik dengan corak yang sama....pasti musuh sekuat mana sekalipun akan tumbang.
Kata orang-orang tua di kampung Pakteh...tak rugi berlapang dada......kerana dengan berlapang dada, kita mampu menjatuhkan kerajaan Pas Kedah yang menjadikan hutan rimba lapang ternoda.
No comments:
Post a Comment