Tuesday, April 10, 2012

Apa dah jadi..?? Pas kalah awal di Kedah

Amboi aih....
Dengaq tajuk Pakteh tulis ni, rasanya juak Pas Kedah akan muncung mulut dengan Pakteh. Apa tidaknya?...Pakteh pernah tulis tentang UMNO akan memang mudah di Kedah dan blog Kedahla mengambil kenyataan Pakteh itu sebagai kenyataan blogger UMNO Kedah.

Hari ni Pakteh tulis lagi...memang betoi UMNO akan menang mudah di Kedah atau jika dipusingkan ayat tersebut....Pas kalah awai di Kedah...sama ja maksudnya.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri telah maklumkan semua Bahagian telah menghantar borang calon dari UMNO kecuali Bhg. Sungai Petani dan padang Serai. Jika nak diikutkan hati Pakteh, biaq Pakteh kata semua Bahagian lain akan menang 100% kecuali Sungai Petani dan Padang Serai.

Bukan itu yang Pakteh nak ceritakan tetapi apa yang menarik perhatian Pakteh, kategori calon yang disenaraikan. Pakteh rasakan senarai calon ini menggambarkan kehendak semua pihak bilamana semua kategori ada dalam senarai. Pakteh setuju malah pasti semua setuju dengan tindakan sebegini. 

Seperti biasa....henjutan atau pecutan saat akhir ini memerlukan komitmen semua pihak dan kesungguhan itu begitu terasa kecuali beberapa INDIVIDU yang masih mengutamakan kepentingan diri berbanding parti. Masalah ini bagi pakteh adalah lumrah dan sangat-sangat pasti...Pas Kedah memang takkan mampu untuk melawan. 

Pas Kedah boleh gunakan strategi MB Kedah atau MB Kuala Kedah namun apapun kaedah yang digunapakai...kehancuran yang dibuat selama 4 tahun amat sukar untuk dimaafkan oleh rakyat. Apatah lagi dengan keperibadian orang disekeliling MB Kedah yang lupa diri walaupun berjawatan lantikan (Bukan Pakteh maksudkan Setpol MB Kedah....hehe).

Pas yang sepatutnya menggunakan masa suntuk yang ada untuk memperbetulkan keadaan namun terlalu sibuk untuk mengaut sehabis mungkin harta keuntungan sebelum menyerahkan Kedah kepada BN. Siapa dapat nafikan hakikat ini?. Habis segala bukit digondol dan alasannya mudah...."Nanti BN memerintah..kena ikut undang-undang...payah"....awat skang hangpa ikut apa?....undang-undang rimba?...betoi2 zalim dan munafik. Kalau tak betoi orang tak kata la geng Pas ni lebih penyamun dari UMNO....

Pakteh sarankan Pas Kedah buat keputusan mudah agar tidak menyusahkan rakyat dan merugikan wang parti....jangan hantar wakil dalam PRU13...biarkan saja Anwar mengatur ahli PKR untuk jadi wakil di Kedah dan senang untuk dibungkus oleh pengundi. Apa guna jadi calon jika keputusannya awal2 lagi sudah ditunjukkan oleh rakyat Kedah....."Kami dah tak sabar untuk menghukum Pas"....hahaha.......

Mungkin sebelum ni...Pas asyik tuduh dan fitnah UMNO sebagai penyamun dan merasakan semua yang difitnah itu betul...jadi bila memerintah....Pas lupa diri dan merelakan diri menjadi penyamun....

p/s: Jika ada yang merasakan PAS akan Menang di Kedah....sila berikan hujah dan fakta....boleh Pakteh berikan sebab musababnya Pas akan bungkus...artikel di atas sekadar Pakteh sentuh secara umum.

2 comments:

zakzak said...

terlalu umum PakTeh. rasa kalau bagi satu dua hujah lagi sedap baca artikel ni.

kot la depa tu x baca blog ni, tak ka haru kami pembaca setia.

Pakteh said...

Zakzak boleh ikuti artikel2 seterusnya yang akan muncul dengan fakta dan data...InsyaAllah...

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih