Thursday, February 3, 2011

Hari ni

Salam,
hari ni pakteh free sampai jam 12.00
free dalam erti kata dpt releks ngan anak-anak.
Makteh ada urusan sikit, pakteh takeover 3 puteri yang comei-comei (ikut baka pakteh).

Rasa hari ni nak santai-santai. Pakteh di taman jubli sebelah Wisma Darulaman. Ramai orang hari ni, Cina pun ramai walaupun depa raya. Beza sungguh ngan raya Puasa n Haji. Time raya Cina ni depa masih mai jogging bersama family...

Pakteh dok tengok 2 anak muda Melayu, buat promosi produk...nampak menarik dan berjaya memujuk beberapa kaum Cina untuk mendengar tentang produknya...tahniah, tak beli tak apa bagi pakteh, sekurang-kurangnya mampu memberikan keyakinan kepada prospek untuk mendengar.

Kat sini tenang namun lebih bagus jika prasarananya dijaga dengan lebih baik dan teliti. Banyak pokok bungan yang tidak terurus. Kemudahan banyak yang rosak. Tempat riadah kanak-kanak juga banyak rosak. Tandas masih perlu dinaik taraf atau sekurang-kurangnya dibersih selalu. Lagipun kini KEDAH SEJAHTERA...perkara sebegini perlu dititik beratkan.

Kat INSPIN tadi, rasa sayang sangat jika kemudahan begitu elok tidak diuruskan dengan baik. persekitarannya tidak terjaga.

Semalam pakteh tidoq lewat. Bukan kerana gangguan fizikal oleh Makteh tapi pakteh berada dalam satu majlis yang benar-benar mengujakan. Talk oleh siapa tu biarlah dirahsiakan namun rahsia besar yang boleh sedikit pakteh kongsi dengan anda....kedudukan orang MELAYU di negara ini benar-benar tergugat. Terus terang pakteh katakan, fakta dan data menunjukkan tidak ada jalan 2 dan 3 untuk selamatkan keadaan ini. Hanya ada jalan sehala...MELAYU perlu bersatu

Melayu pernah bersatu dulu...bila? semasa 1946 diwaktu menentang Malayan Union. Melayu pernah bersatu selepas berpecah...bila..1974 bilamana Pas menyertai pakatan bersama UMNO ketika dibawah Tun Abdul Razak.

Selepas itu Melayu hanya berpecah dan dan berpecah.

Sudah matang anak pakteh yang sulong...cantik...mewarisi darah menawan ibunya. Jurai keturunannya yang ada berdarah Cina dari sebelah emak membuatkan wajahnya menjadi begitu ayu dan menawan.

Angah atau anak kedua begitu aktif. Cuma pakteh sedih ketika seusiaanya masih terlalu muda, sudah terpaksa disediakan kaca mata. Tahap silaunya yang tinggi membuatkan sentiasa pening bila membaca. Ahhh itu warisan dari pakteh yang rabunnya tidak teruk tapi silaunya waduh-waduh...mengalah nenek tua. Sikecil yang bertitle bongsu setakat hari ini 3 Februari 2011 jam 10.46 amat cepat belajar. Ingatannya begitu kuat dan bijak menangani keadaan. Apakah title bongsunya berkekalan atau bertukar....bergantung kepada cuaca bilik.

ISA perlu dikekalkan. Amat-amat perlu dikekalkan. Siapa yang berkata?. Seorang pesera yang pernah ditahan ISA satu ketika dahulu. Penceramah memprovokasi lalu bertanya..mengapa perlu dikekalkan?....Hanya itu dapat menghalang dari kerosakan yang lebih besar terhadap negara. Fikirkan apa jadi pada Mesir ketika ini kata beliau...

C.N Al Afghani yang popular kini kerana menulis buku Mat Sabu, Air Mata Memali sebenarnya seorang ketua bagi kumpulan militan/extrimis...waduh...pernah lari ke Afghanistan....siapa tahu jika kerana seronok terhadap bukunya...rakan2 boleh terikut dan jadi pengikut....minta dijauhkan. Pendedahannya kita sokong, idealoginya kita kesimpangkan...jangan diikut.

Hari makin panas...anak-anak masih seronok bermain di taman...kepala pakteh makin sakit.
Entahlah...dah bertahun lamaanya menderita Migrain. sakit tak tertahan, itu antara punca pakteh kurang menulis....menderita sangat apabila menatap skrin laptop ni. Namun jiwa tak tenteram jika tak mengadap....terima ja la...

Petang nanti ada di kampung. pakteh selalu balik kampung di Sik. Kali ni pakteh balik 4 hari, bukan seperti minggu lain yang balik cuma 2 hari. Apa program, pakteh dah atur. Bateri dah nak habis...pakteh pun dah habis idea...anak-anak pi main tempat jauh sikit. pakteh kena ikut. pakteh takkan tinggalkan anak jauh2...apa lagi nak biarkan mereka hilang dari pandangan....sayang pakteh pada anak sama macam sayang pakteh pada makteh.

Makteh dalam seminar sekarang ni...12.30 nanti baru selesai...sehingga itu, pakteh akan jaga anak-anak. Paper Berita Harian pakteh dah selesai baca...isunya Banjir dan Mesir.

Itulah lumrah dunia...jika silap diuruskan...manjir membawa musibah, kemarahan manusia membawa rebah.

Berdoalah kita semua banjir di Selatan dapat ditangani dengan bijaksana, Berdoa juga kita anak-anak kita di Mesir selamat kesemuanya. Penceramah hari ni untuk program yang makteh menghantar anaknya ke Mesir ketika berumur 15 tahun untuk mendalami Al-Quran. Dok sembang-sembang tadi....Alhamdulillah...selamat.

2 comments:

Anonymous said...

memang benar kata Pak Teh melayu mesti bersatu,Umno dengan Pas yang paling utama,wahai pemimpin atasan jangan dok ketegak sangat(terutama Pas).Pada pandangan saya sejak kebelakangan ini kaum mata sepet ini dah tak boleh diprcayai lagi tiada keikhlasan dlm setiap sudut,ibarat bagi ketih nak paha,jangan berulang peristiwa lama kerana setiap perkara yang berlaku ini seperti putaran roda dimana akan sampai ke titiknya semula.

titi panjang said...

UMNO itu kena bersatu dulu.Ketua Bahagian tak habis lagi ini dok pancung sana sini di Kedah ni Pakteh.Seperti di Pokok Sena,Merbok,Sungai Petani,Padang Serai,Baling,Pendang dan lain lagi.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih