Sebelum keluaq rumah buat kerja rutin, pakteh siram dulu kebun sayoq pakteh. Musim kemarau ni, tanah yang dulunya lembab dah jadi kering kontang, tak berair. Musim kemarau ni, pakteh kena berusaha lebih agar tanah yang kontang disirami air sepanjang masa. Letih jugak kalau nak disiram sepanjang masa namun untuk melihat hasil yang elok, pakteh kena usahakan juga membajak, menanam dan memancutkan air dari batang paip ke ladang yang pakteh dah bajak. Alang-alan menanam, biarlah elok hasilnya.
Pakteh ikut kata Menteri. Bila harga barang naik, langkah terbaik adalah menanam sayoq belakang rumah. Belakang rumah pakteh dah ada terung, bendi, bayam, cili, salon (betoika), kacang kelisa dan jika Pak Menteri kata itu belum cukup, pakteh akan tanam pulak kobis, kentang, dan macam-macam lagi. Saranan Pak Menteri pakteh kena ikut sebab mana ada Menteri nak berikan idea jika tak bernas.
Pakteh ikut saranan Mail Sobri ni sebab harga barang dah naik, kementerian beliau dah tak mampu nak kawal harga. Langkah terbaik yang ada kini ialah menanam sayoq belakang rumah. Kawan pakteh mintak pakteh tanam tebu di tepi bibir tapi pakteh tak ikut cakap kawan pakteh. Saranan Mail Sobri jugak yang pakteh ikut, tanam sayoq belakang rumah.
Bayam dah boleh dicabut dalam sehari dua lagi. Pakteh dah terbayangkan betapa enaknya menikmati sayur bayam yang digoreng kering. Ehh...digoreng?. bukankah untuk mengoreng pakteh perlukan MINYAK...Mail Sobri kata minyak sudah cukup di pasaran. Rakan-rakan pakteh dah letih mencari minyak tapi dah habis. Pakteh dapat jugak beli tapi harganya...RM2.60 dan RM2.70...hanya minyak paket yang ada, minyak dalam botol jangan harap la. Jika bernasib baik, dapat la beli minyak tapi harga minyak masak cap HELANG dah naik.
Minyak dah naik harga, bagaiman pakteh nak jimat jika sekadar menanam sayoq di belakang rumah. Petang nanti pakteh akan cadangkan kepada makteh untuk sama-sama menanam pokok kelapa sawit...Yes...good idea. Ini idea pakteh dan bukan idea Mail Sobri. Mungkin minggu depan Mail Sobri akan umumkan idea ni.
Jika pakteh nak goreng sayoq bayam, selain minyak pakteh perlukan bawang untuk menumis, WOW...ini lagi dasyat...harga bawang dah naik 100%. ini bermakna selain pokok kelapa sawit, pakteh juga bersama-sama makteh akan menanam bawang. satu batas bawang putih, satu batas bawang merah, satu batas bawang besar.
Untuk lebih enak, sayur bayam boleh dimasukkan fishcake or fishball or crab ball. Menda-menda sebegini pun dah naik harganya, maka pakteh juga akan menanam fishcake dan fishball dibelakang rumah pakteh. Satu batas fishcake dan satu batas fishball.
Letih jugak rupanya. itu baru soal semudah sayoq bayam, bagaimana pula jika pakteh nak buat kari ayam atau kari ikan?.
Tuan-tuan dan puan-puan, cadangan yang lebih praktikal perlu diberikan kepada rakyat yang kini teruk terkena tempias kenaikan harga barang. Jika sekadar meminta rakyat tanam sayoq belakang rumah, kumpulan sasar iaitu golongan berpendapatan rendah di bandar kebanyakkannya hanya menghuni rumah yang tidak ada tanah. Jika rakyat di KL mempunya tanah di belakang rumahnya, golongan ini sudah pasti tidak begitu terasa kenaikkan harga barang dan pasti tidak ada masa untuk ikut saranan Mail Sobri ni.
Langkah yang lebih serius perlu dibuat oleh KPDNKK. Jangan hanya kerana harga barang, perancangan DS Najib mendapat 2/3 majoriti di parlimen dan merampas kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan lanun tidak diendahkan rakyat. beberapa negara di Asia Barat kini huru-hara kerana antarannya adalah harga barang naik.
Letih juga bercucuk tanam ni. Tanah perlu digembur, dibelai biar senang untuk ditanam benih. Tanah yang tidak pernah disentuh atau jarang disentuh biasanya kaku dan keras. tanah yang keras tidak sesuai untuk bercucuk tanam. pakteh selalu membajak ladang pakteh agar benih yang pakteh tanam dapat tumbuh dengan subur. ladang pakteh selalu disirami air. Ladang yang selalu disirami air tidak banyak masalah untuk bercucuk tanam. tanah ladang yang selalui dijaga dengan baik amat subur walaupun musim kering. pakteh tak perlu tanam benih dalam-dalam kerana tanah ladang pakteh subur. Cukup sekadar dipermukaan sudah dapat membuahkan hasil. Makteh boleh bantu pakteh. Pakteh tak mampu bercucuk tanam sorang diri dan makteh banyak membantu ketika pakteh menanam benih.
Petang nanti pakteh nak tanam pokok kelapa sawit dan pokok fishball. . Mungkin selepas pokok fishball, pakteh akan tanam pokok kobis pulak.
Pokok hujan belum nampak, sudah mimpikan kemenangan....adusss...buatla kerja dulu, baru bulih menang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
3 comments:
salam pak teh.
cheq dok pdg sanai...
yang kena beli cuma minyak masak..tapi kekadang minyak tanak sendighi.
nyorq kerin banyak..
ikan cheq pi cari kat sungai degheyan bughong.kalo dapat lebih cheq buat salai guna kayu cheneghai.
sayorq cheq pi kutip puchok paku,kangkong paya,ghebong atau pun labu ayiarq had tanam tepi2 sungai.
ulam cheq tebang pokok meghedin atau pokok palaih ambik umbut.
beghaih cheq beli kat belah siam..dapat la ghega mughah sikit.
pendek kata..biarqpi la ghega baghang neik..cheq tak susah sangat..
sekerap pun dah naik ghega,ghamai dah oghang kampong beli iswara terpakai.
ghega petrol mahai cherq tak heghan..bukan selalu pi alorq starq pun.
takat pi pekan nat kola neghang seminggu 2 kali neik moto 2ghinggit tak abih aihh..
yang jadi masaalah...tanah untuk berkebun dah kughang la ni.
dulu bolih tumpang tanah GPTB,tapi lani tak bolih dah..GPTB dah juai kat TRADEWIND.
peghangai TRADEWIND ni teghok daghi YAHUDI.
kenughi pun ada selalu..la ni nak caghi bujang pun payah ghamai yang dok menikah lebih daghi satu.
yang tinggai pun had expired.
oghang paih kata ini semua umno punya pasai la.
balik2 umno jiga yang kena.
pak teh:kalau harga minyak petrol naik.eloklah pula korek telaga minyak sendiri dibelakang rumah agar keluar minyak petrol sendiri.
Salam,
pakteh xdan nak reply...baghu baghi ni dpt online..
Post a Comment