Tuesday, February 8, 2011

Hanya copy & paste tapi sesuai dengan kata hati pakteh

pakteh masih dalam mood rehat. pakteh masih tak berupaya menulis sebarang ulasan politik. Pakteh lebih tertarik dengan isu MESIR dan itulah berita yang akan pakteh selongkar saban hari semenjak krisis bermula. Pakteh takdak anak di MESIR. Hanya rakan taulan yang ada anak mereka belajar di MESIR.

Misi membawa keluar 11 ribu manusia dari medan yang bergolak adalah satu usaha BESAR yang memerlukan perancangan tersangat rapi. Pakteh TERSANGAT MARAH, KECEWA BERBULU, BENCI, MELUAT apabila membaca pihak pembangkang (PAS terutamanya) masih angkuh dan bermain politik dalam isu ini. Bila ada yang dunggu pi dok buat demo tempohari, tahap kewarasan manusia biasa pakteh mula hilang sedikit demi sedikit. Jika dulu ulasan pakteh sekadar memenuhi keperluan politik dan tidak dibawa ke hati, kini pakteh mula mentafsirkan manusia berdarah hijau totok ini memang tidak wajar dilayan sebagai manusia yang tahu membalas budi.

itu sekadar ulasan pakteh, apa yang pakteh sampaikan...disampaikan dengan baik oleh
HELME HANAFI YANG BARU KEMBALI DARI KAHERAH. Ruangan yang di BOLD menyebabkan kita di Malaysia turut mengalirkan air mata

-------------------------------------Agenda Daily---------------------------
Hati jadi geram terkenang pada Ops Piramid...

Kalau nak ikut hati memang geram habis.Hanya mereka yang berada di Kaherah dan berpeluang melihat dengan mata kepala usaha nak ‘bagi jadi’ Ops Piramid untuk selamatkan segera lebih 11,000 rakyat Malaysia dapat merasainya.
Memang sukar nak gambarkannya menerusi tulisan atau laporan yang ringkas.
Sepanjang lima hari berada di Kaherah saya berpeluang melihatnya sendiri bagaimana mereka yang terlibat berkerja bagai nak gila urus itu ini di tengah-tengah situasi di Mesir yang pentabiranya hampir lumpuh kerana tunjuk perasaan desak Presiden Hosni Mubarak letak jawatan.

Hati jadi geram bila menelefon balik Kuala Lumpur dan diberitahu oleh kawan-kawan mengenai laporan-laporan dalam media pembangkang yang cuba perlekeh Ops Piramid.

Mereka duduk goyang kaki senang lenang di Malaysia main sembur air liur saja sana sini.

“Urusan nak selamat nyawa manusia dan mungkin ada anak atau saudara mara sendiri yang nak di selamatkan pun mereka boleh buat sial cakap begitu,” kata rakan saya dari Kuala Lumpur yang turut naik angin dengan jenis manusia begini.

Bayangkan kami sendiri sebagai wartawan begitu sulit nak buat liputan kerana berbagai sekatan di Mesir ..inikan pula para pegawai yang kena berkejar ke sana kemari nak urus kumpul pelajar dan rakyat Malaysia di serata tempat dalam situasi rumit begitu.

Saya sendiri dapat merasai angin kelegaan dan kegembiraan sewaktu menaiki pesawat bersama kumpulan pertama pelajar dan rakyat Malaysia seramai 778 orang yang tiba di KLIA pagi Isnin.

Kita mesti bagi sejambak bunga sebagai penghargaan kepada orang-orang seperti Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail,Timbalan Menteri Luar Kohilan Pillay,Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Thajudden Wahab serta kedutaan Malaysia di Kaherah.

Begitu juga kepada Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan 42 sukarelawan Kelab I Malaysia pimpinan Datuk Azeez Rahim yang datang membantu.

Ops Piramid menunjukan bagaimana Malaysia menyayangi rakyatnya, kata Shahlan kepada sayay semasa kami berdiri dikelilingi ratusan pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah 4 Febuari.

Beliau yang berada di Mesir sejak 29 Januari, terlibat dengan operasi harian kadang berdiri kadang duduk di kawasan lebih kurang 50 meter persegi di lapangan terbang itu yang dikhaskan untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Tak ada kerusi empuk, tak ada sebarang protokol.Ada waktu beliau dan Thajudden, yang bertanggungjawab mengkoordinasikan misi nasional ini berbual santai dan ada waktu tegang.

“Perdana Menteri cakap pada saya “Tiada guna negara senang,tapi rakyat susah,” dia suruh saya ke Mesir untuk bantu apa yang boleh dan jangan balik selagi misi tidak selesai,” kata Shahlan.

Mungkin ramai yang tidak sedar inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia memindahkan pelajar dan rakyatnya, secara besar-besaran, melibatkan satu jarak yang sangat jauh (11 jam menaiki kapal terbang). Tentulah ia bukan satu perkara mudah.

“Masa saya sampai, kita mulakan mesyuarat bertiga sahaja, kita lihat semua pilihan yang ada, bagaimana hendak bawa keluar rakyat kita, yang berselerak di seluruh Mesir,”katanya.


Menurut belau, pada peringkat awal, pengangkutan darat merupakan satu cabaran kepada misi ini.

“Kita hendak bawa pelajar dari berbagai tempat berkumpul di hanya satu atau dua tempat yang dikhaskan sebelum di bawa ke airport, dalam keadaan huru-hara, bukan senang hendak lakukan mobilisasi besar-besaran melibatkan 11 ribu orang,”kata beliau.

Jenuh cari 300 buah bas dan van untuk bawa pelajar berkumpul di Dewan Malaysia di Abasiyyah (ARMA) untuk yang terbang dari Kaherah dan Rumah Mara untuk yang terbang dari Iskandariah.

“Alhamdulilah kita berjaya juga, kita minta bantuan berbagai pihak untuk pastikan apa yang dirancang iaitu bawa keluar secepat mungkin berjaya,”kata Shahlan.

Dari berbagai tempat, pelajar dikumpulkan di ARMA dan Rumah Mara sebelum berikan nombor giliran dan kumpulan untuk dibawa ke lapangan terbang.

Dari lapangan terbang sekali lagi, dikumpulkan, senarai nama di periksa ulang, dan perlu menunggu sebelum naik penerbangan.

Sepanjang proses itu, jangan lupa, semua yang terlibat perlukan makanan, maka logistik disiapkan, dan ini bukan makan 200 orang, ini makanan untuk lebih 11 ribu, kenduri besar yang memerlukan koodinasi terbaik untuk menjayakannya.

Di sinilah peranan Kelab Putera 1 Malaysia pimpinan Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO . Beliau bersama 42 sukarelawan terbang ke Kaherah bersama 20 tan bekalan makanan untuk membantu memudahkan operasi.

Tatkala pegawai kerajaan lain seperti Imigerisen, Wisma Putra, ATM sibuk dengan usaha pindahkan pelajar, sukarelawan Kelan Putera 1 Malaysia bantu siapkan makanan.

Kata Azeez pada saya, menyiapkan makanan tidak sukar, yang susahnya adalah hendak hantar makanan.

“Ada waktu kita masak di ARMA hendak hantar ke airport, tengah jalan kena tahan, van yang bawa makanan, sebab pihak berkuasa Mesir sangka makanan itu untuk penuntuk perasaan di Medan Tahrir, walaupun ada surat rasmi kedutaan mereka tidak percaya,”katanya.

Ada tiga kejadian seumpama itu, yang paling ngeri pada petang Jumaat, bila makanan yang ke airport tidak sampai, yang menghantar tidak dapat dihubungi, dan bila telefon ARMA, mereka dah bertolak lama.

Cerita seorang sukarelawan Kelab Putera, Mohamad Rizal Hassan, masa kejadian beliau di ARMA.

“Lepas call tak dapat-dapat, kami kumpul semua pelajar, ada lebih kurang 800 orang, di depan kawasan lapang di ARMA, kami solat hajat, imam yang doa itu menangis teriksak-isak mohon diselamatkan orang yang menghantar makanan, ramai yang menangis masa berdoa,” katanya.


Petang Jumaat itulah, merupakan hari paling bersejarah, bukan sahaja bekalan makanan, bahkan kami wartawan yang buat liputan pun kena ‘dera’ dek rakyat sebuah negara yang undang-undangnya sudah tidak berfungsi.

Alhamdulilah, makanan untuk pelajar dirampas, tukang bawa dihantar ke pusat tahanan sebelum dibebaskan beberapa jam kemudian hasil campur tangan pihak kedutaan.

Antara soalan yang paling kerap ditanya kepada Shahlan adalah kenapa perlu menunggu lama?

Ini proses besar, pindahkan rakyat Malaysia dari satu negara asing ke satu negara asing menggunakan pesawat.

Katanya, masalah utama adalah hak untuk mendarat (landing right) antara pihak berkuasa Mesir dan pihak berkuasa Jeddah.

“Ini penerbangan sewa khas, bukan penerbangan komersil, prosesnya tidak sama, bahkan lebih sukar, kerana ia perlu di buat satu persatu, dan kemudian bergantung kepada kekosongan ruang udara dan terminal.

“Ada kala kita boleh mendarat di Kaherah, tapi tak boleh berlepas balik, ada waktu boleh berlepas tapi tak boleh mendarat di Jeddah, kita kena pastikan kita boleh berlepas dan boleh mendarat baru boleh kita terbang, jadi ini menyebabkan pelajar terpaksa menunggu,” katanya.

Itu hanya pada hari pertama dan kedua operasi, masuk hari ketiga dan seterusnya lebih lancar, selepas Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak masuk campur dengan meminta bantuan dari pemerintah Arab Saudi.

Sebab itu, Perdana Menteri sendiri mengakui ketika sambut lebih 778 rakyat dan pelajar pertama yang pulang semalam di KLIA, beliau berkata, oleh kerana misi tersebut bukan sesuatu yang mudah.

Kerajaan, katanya, telah membuat perancangan teliti termasuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir untuk ditempatkan sementara di Jeddah sebelum dibawa pulang ke tanah air.

Menurut beliau, pelbagai pihak terlibat dalam misi tersebut kerana matlamatnya hanya untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Tegasnya, kerajaan bimbang tentang keselamatan warga Malaysia di Mesir kerana di negara berkenaan kini tiada lagi pentadbiran awam dan yang berasaskan undang-undang.

"Runtuhnya sama sekali undang-undang dan ketenteraman di Mesir yang menyebabkan sebarang kemungkinan boleh berlaku. Kami amat khuatir dan bimbang kalau berlaku perkara yang boleh mengancam nyawa dan berlaku kecacatan atau kecederaan kepada anak-anak kita yang tidak berdosa," katanya.

Najib juga tidak 'bercuti' sepanjang dua tiga hari lepas sedangkan pada masa itu cuti umum untuk menumpukan urusan membawa pulang rakyat Malaysia.

"Ada pukul 3 pagi pun kita terima telefon (berkenaan dengan urusan membawa balik rakyat Malaysia ini). Alhamdulillah, semua urusan ini berjalan dengan baik. Saya doakan supaya penerbangan lain (selepas ini dari Mesir) akan selamat kembali ke tanah air," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk MAS, AirAsia, Lembaga Tabung Haji, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Najib juga mengucapkan penghargaan kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Turki Abdullah al-Saud kerana sudi membiayai dua penerbangan menggunakan pesawat jumbo Boeing 747 untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Juga, kata Perdana Menteri, ucapan terima kasih buat Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud kerana membenarkan penggunaan ruang udara dan pendaratan seberapa banyak pesawat Malaysia di Jeddah.

Kata beliau, perkara itu merupakan satu 'pertimbangan yang luar biasa' dari negara berkenaan kepada Malaysia.

Kini seramai 7,209 pelajar dan warga Malaysia telah berjaya dibawa keluar dari beberapa bandar di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi menerusi Ops Piramid.

Sehingga pukul 10 Isnin, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui tiga pesawat Hercules C-130 berjaya memindahkan 3,374 orang, tiga pesawat MAS (2,150) dan dua pesawat AirAsia (1,685).

Ops Piramid adalah operasi membawa warga Malaysia keluar dari Mesir yang sedang bergolak akibat tunjuk perasaan ratusan ribu rakyat negara itu yang

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih