Friday, January 7, 2011

Edisi Sik: Tahniah untuk UMNO Sik


Assalamualaikum

Daripada Pakteh
blog betoika

Kepada: Ketua Bhg, Ketua Pemuda, Wanita, Puteri, AJK dan semua yang terlibat

Tahniah atas kejayaan GELOMBANG MERAH DI SIK

Pakteh mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan menganjurkan GELOMABANG MERAH di Sik. Difahamkan ini yang pertama dilaksanakan (ikut kata blog pelantaq Hujah), Mungkin berbeza dengan program DMM di Kuala Nerang minggu lepas.

Lokasi yang dipilih bagi pakteh amat sesuai dan tepat. Lokasi ini adalah antara kubu terkuat PAS. 100 borang keahlian yang diserah diharapkan menjadi titik tolak kepada kaum keluarga yang lain untuk turut serta.

Tahniah n Terima Kasih juga kepada Ketua Perhubungan UMNO Kedah yang baru kerana sudah beberapa kali turun ke Sik. Mukhriz juga tidak segan2 untuk turun ke Sik. Gabungan Ketua dan Timbalan yang mesra Sik adalah amat baik untuk UMNO Sik.

Harapan pakteh semua unit di UMNO Sik bergabung tenaga sehati sejiwa, seia sekata untuk merubah angka 100 yang baru diperolehi kepada angka 1000 mungkin atau lebih tinggi lagi. Tidak mustahil untuk dicapai jika tidak ada hasutan dan hasad dengki dari dalam UMNO sendiri.

Apa ada pada PAS di Sik???

7 comments:

pengundi luar belantik said...

Pakteh.Biasalah di Sik.Dekat pilihanraya ramai masuk UMNO.Bila pilhanraya depa undi PAS.

dolah doleng said...

Apa hal pula ada ahli umno sendiri undi PAS .Kalau tidak tentu UMNO/BN meneng masa ngundi hari itu. .Orang umno tak pernah study kenapa undi UMNO/BN naik turun tak pernah stabil.Jaga-jaga di Belantik ini belum lagi selamat.UMNO kena kerja kuat lagi.PAS kerja dalam gelap.UMNO kerja dalam cerah.

Pakteh said...

Pengundi luar Belantik & Dolah Doleng:

Kepung pengundi ni lebih kurang kepung ayaq jugak...xleh alpa...silap ja dia boleh bocoq...

sik united said...

Sdr ku Pak Teh.Awat Tajudin tak jemput KJ sama mai majlis itu.Kesian kat KJ.Dulu sikit=sikit KJ.Macam inikah adat berkawan dalam UMNO.Tajudin dah lupa ke pada KJ sahabat baik dia.Amboi sebut pun tak mau dah ni.Tak patut.

orang lama said...

Di Sik umno perlu banyak striker handalan untok menymbat gol di pintu gawang PAS.Tajudin jangan lah dia sahaja yg jadi fullback.Dia lah center back dan dia lah penyerang.Susah nak tembus gol PAS.Orang sik nak tengok kombinasi dalam satu team umno sik.Cara kerja tu elok dah.Cuma kurang kemas.Nampak macam buat kerja solo je dan kroni je.Bergerak lah dalam satu team secepat mungkin.Tak nampak pun wajah timbalan ketua,naib ketua,ketua pemuda,ketua wanita.PU3 isteri dia no problem.Di sini kami nampak macam ada kewpincangan .Teruskan lagi demi umno.

Pakteh said...

Sik United:
Bagi pakteh, zaman YB Tajudin bersama KJ adalah zaman KJ sebagai org nombot dua pemuda.
seni dalam berpolitik memang sebegitu. Sapa2 yg nak masuk dunia politik...kena faham seni tu. Kawan dan lawan bila2 boleh berubah.

Orang Lama:

Harapnya ramai lagi yg membantu.
Kalau tuan sudi jenguk2 blog Pelantaq Hujah atau onesik, tuan akan lihat gambar Bashah bersama Ketua, timbalan, naib, dan ketua pemuda. pic pakteh letak tu cuma satu n ehsan blog pelantaq hujah.

Pakteh said...

Orang Lama:
Tambahan:
Dalam gambaq yang pakteh letak tu pun jelas nampak Bashah bersama YB Tajudin, Dr. Mansor, Safarudin dan Mahadzir.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih