Friday, January 14, 2011

Edisi Sik dan Kedah: siri-siri yang tertangguh...SIRI 3

Bukan niat untuk bertangguh dalam menerbitkan artikel bersiri dari blog pakteh. Dua siri yang pakteh belum sambung kisahnya ialah Calon-calonnya di di Sik dan GLC Kedah. Pakteh akan tinggalkan isu GLC untuk diulas di Kedah Times dan pakteh hanya akan tulis tentang calon-calon bagi Parlimen dan Dun di Sik.

Dalam siri 2, pakteh tinggalkan persoalan siapa yang melobi untuk jadi calon UMNO di kerusi Parlimen.

Panggilan dan percakapan yang masuk ke telinga pakteh mengatakan individu ini adalah AJK UMNO Bhg. Sik. Entah benar entah salah. Titlenya bukan encik atau puan atau cik atau tuan. Titlenya lebih sedap disebut berbanding tuan. Adik kakak boleh semak berapa ramai yang bertitle dalam AJK UMNO Bhg. Sik.

Jika individu ini memang dibaiah oleh Ketua UMNO Bhg, bolehlah diteruskan usaha anda namun jika hanya sekadar membuat larian solo, fikirkan semula tindakan anda kerana jika anda tidak dipilih....kumpulan anda akan merosakkan jumlah sokongan kepada calon UMNO dalam PRU13 nanti. Fikirkan semula Dato'....

Dalam siri 4 nanti, pakteh harap dapat membuat sedikit ulasan berkaitan DUN Jeneri. Calon-calon yang sedang merempit untuk menaiki podium adalah Saudara Mahadzir Abd Hamid (Penyelaras DUN Jeneri dan Ketua Pemuda UMNO Sik). Saudara Asri Hadzir [S/U MAYC Kebangsaan dan Pengerusi MAYC Kedah (Lantikan kumpulan pro Syed Hamid Albar)]. Saudara Nazri Abu Hassan (Pengerusi PERKASA Sik). Saudara Penghulu Mail (Mantan YB DUN Jeneri 2004-2008). Dato' Hasbullah (Calon UMNO DUN Jeneri yang tewas pada 2008).

Jika tuan/puan mempunyai lain-lain calon yang membisikkan hasrat hati ke telinga tuan/puan, boleh telakkan di ruangan komen atau emailkan kepada saya.

6 comments:

delima said...

Pak teh.Aku sokong mantan YB dulu penhulu Mail jadi calon Jeneri pada PRU 13 nanti.Yang lain pun layak juga.Cuma akar umbi yang mahu pada penghulu Mail ini.Dia anak watan Jeneri.Insya Allah UMNO akan menang di Jeneri.

Pakteh said...

Delima:
Ramai yang masih tak dapat terima penghulu Mail dicantas sedemikian rupa. Semuanya gara2 payung terjun PakLah.

Radzi Sik said...

Tokoh muda yg ada pelajaran tinggi ijazah betoi .Bukan beli iaitu sdr Hasri pagawai BTN anak mantan adun jeneri dulu cikgu det jaafar.Tokoh muda ini memang cantik sangat kita letakkan dia di Parlimen Sik.Anak cikgu det nampak ada tokoh untok berada di pusat.

delima said...

Pakteh: KJ atuk dulu di Sik .Kaki bodek KJ dah cabut dgn KJ laa ni.Cium tangan orang lain pula.Tak guna punya .....

pak su said...

Pakteh orang umno ke.Kalau umno aku rasa pakteh lagi lebih layak jadi calon dalam pilhanraya akan datang.Sebab pemimpin umno yg ada hari ini sebilangan besar terliabt dalam politik wang masa pemilhan yg lalu.Pengamal politik wang tidak layak jadi pemimpin.Rakyat akan undi pada calon yang bersih pada pilihanraya akan datang.Kami tak mahu pemimpin yang hipokrat.Biarlah pemimpin itu ada pelajaran yg tinggi sikit.Kami nak tengok calon dulu.Kemudian baru parti.Calon no 1.Parti no 2.Di sik sapa naik pun tak pa pasai tentu dah melayu .Kami orang tak berparti.Kalau pakteh jadi calon lagi bagus.Malangnya kami tak kenal pakteh.Kami undi di sik .ok ke pakteh.Nanti ada rezeki maka jadilah YB.Tuan Hj Pak Teh.Hebat pakteh.

Pakteh said...

Radzi Sik:
Jika kita menilai tokoh muda, ada tiga nama yang tidak boleh kita kesampingkan termasukkan sdr Hasri.

Sdr. Mahadzir Hamid, Sdr Hasri dan Sdr Nazri mempunyai Ijazah betoi, jika itu kriteria tuan untuk dibuat perbandingan.

Delima: Itu lumrah dalam memberi sokongan.

Pak su:
hehehe....Pak Su, keja tebang buluh macam pakteh mana layak. Jika pakteh rasa diri layak...bermakna pakteh tidak bermuhasabah diri dan hanya memikirkan kepentingan diri.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih