Tuesday, January 25, 2011

Edisi Terhad: Betoika begini?

Pakteh melalui minggu-minggu yang benar-benar menyentuh perasaan. Bila minggunya?...sejak pakteh keluarkan artikel tentang Kedah Sejahtera...maksiat berleluasa.
Pakteh masih terfikirkan anak muda Melayu yang sejak belasan tahun sudah mula terdedah dengan aksi lucah penari dangdut. Apa akan jadi akhirnya jika suasana begini berlarutan?.

Semalam pakteh masuk ke kedai seorang india untuk membeli marjerin jenama PELANGI...RM4.80...wow...minggu lepas harganya RM3.60.
Pakteh selalu beli sos jenama LADAS berat 4.6KG....WOW..harganya RM10.80...minggu lepas masih RM9.60

Semasa membayar harga, ingatan ini diberikan kepada pakteh..."beli stok banyak-banyak...lori tak datang seminggu...RAYA CINA.
erm...betullah tu...sejak bertahun...kita akan alami masalah untuk membeli brang keperluan kerana stok tak sampai ke kedai. Kilang tutup, Gudang tutup, Lori rehat, pasaraya tutup bila sambut chinese new year...
Kalau raya lain...gudang dibuka lebih masa untuk supply barang keperluan. Apa boleh buat ekonomi depa pegang...kata kawan pakteh.

Zahid Hamidi merungut kaum lain tak berminat untuk jadi askar...Dato Seri...jika Dato Seri tetapkan tangga gaji RM10,000 basic untuk jadi tentera mungkin ada kaum lain yang beratur panjang mohon masuk askar.

Semalam pakteh tengok akhbar lama....6000 pemohon beratur panjang untuk rebut beberapa jawatan kosong. hampir 100% berwajah Melayu. Pakteh juga sempat menatap keratan akhbar yang memaparkan ASN/ASW habis dilanggan....beratur panjang...sayangnya tidak ada muka Melayu...

Pakteh juga baca majoriti buang anak adalah Melayu. Majoriti di pusat serenti adalah Melayu. Majoriti dibuang sekolah Melayu.
Kata kawan pakteh...dulu-dulu ibubapa takut hantaq anak ngaji sokolah omputih..takut tak tahu mengucap. Kini selepas lebih 50 tahun merdeka...ada elit-elit Melayu masih takut dengan pengajaran dan pembelajran Sains&mate dalam BI.

Pakteh juga masuk satu seminar.....Dr. penceramah bertanyakan ada lagikah BAHASA MELAYU?...sebenarnya dah tak ada kerana di sekolah kini yang ada hanya Bahasa Malaysia.
Pakteh juga masih ingat begitu mudah Melayu jadi pak turut tidur depan kerata RAJA ketika krisis kerajaan di PERAK....Hanya MELAYU...mana yang lain?.

Pakteh juga teringatkan hartanah dan bangunan di Penang yang merupakan antara termahal di Malaysia...waduh..sipa bisa membelinya....pakteh lantas teringatkan rumah RM500 ribu ke atas warga asing layak beli.....adussss...terpinggir lagi bangsaku Melayu

Kenapa?????

ILMU.....Ada yang lebih sanggup membayar bil astro RM110 berbanding yuran tuisyen RM50. Lebih mampu membeli nombot ekoq dan rokok berbanding buku latihan anak...
Melayu sanggup marah kerajaan kerana YURAN PIBG RM100 setahun tapi tak kisah dan SANGGUP langgan movie tambahan di ASTRO.

Sedih....Melayu diberi motor 2 tayar terlebih canggih naik dengan 1 tayar...akhirnya jumlah Melayu yang mati adalah yang tertinggi dijalan raya. Pakteh ikuti kisah pesakit AIDS berbangsa MELAYU menumpang di GEREJA lebih dari setahun....perpaduan dan ukhwah dikalangan kita masih rapuh.

DS Najib umum ETP dan dijangka isi rumah berpendapatan RM4000 lebih...wow...semua ka begitu...sayangnya...ramai anak melayu hanya sekadar menumpang dari orang lain yang berpendapatan puluhan ribu sebulan...ya..gaji operator kilang RM1000 ditambah dengan gaji manager kilang RM7000. RM1000 + RM7000 = RM8000 dibahagi dua..dapat RM4000...Tahniah....pendapatan sudah meningkat...RM4000...WOW..

GAGALKAH UMNO dalam memperkasakan orang Melayu....ehhhh mengapa dipanggil UMNO yang ejaannya United Malay National Organization....itupun bukan bahasa Melayu...
UMNO tidak gagal namun belum berjaya....sampai bila harus mengharapkan UMNO?...dah lama dah bergantung kepada UMNO....ada pilihan lain??....

Melayu mudah lupa dan Melayu ingin cepat kaya...Kerajaan anugerahkan pelbagai kemudahan kepada Melayu namun.....segalanya ingin segera...segalanya mahu cepat berjaya...segalanya menjadi AliBaba....

Melayu sanggup menghina teruna penjual goreng pisang berpendapatan RM5000 sebulan namun boleh terima teruna kerani kilang BERGAJI RM700 sebulan jika kedua2nya datang meminang. Melayu malu menjual dijalanan tapi sanggup berdiri 12 jam menjadi operator kilang.

Betoi jugak kata TUN...Melayu Mudah Lupa...
pakteh...? Pakteh ada caranya untuk tidak jadi Melayu Mudah Lupa....
Apa yang penting.....Sentiasa Berusaha...Rezeki...kita mampu mencuba...Allah penentu segalanya...

4 comments:

Anonymous said...

terbaik pakteh..
melayu bila meniaga...melayu juga yang bunuh perniagaan tu.
datang kedai melayu sekadar buat hutang.
hutang 100 dibayar 80.00.
bila dah banyak hutang...terus tak bayar..
lepas tu kutuk macam2 dan memburukan bangsa sendiri.
masa tak ada duit datang kedai melayu...bila dapat gaji pergi kedai cina alasanya kedai cina banyak pilihan dan murah.
pengalaman saya...kedai keturunan india atau india muslim menjual barang2 paling mahal.
contohnya...dikedai runcit MAFANA MINIMART lebuh puteri puchong,selangor harga gula kasar dijual pada harga rm1.30 satu kilo.
gula adalah barang kawalan.
laporan dah buat..tapi siapa yang kenyang saya pun tak pasti.

Mizie said...

Anon:
kalau sesama melayu meniaga sebelah menyebelah...ada yang takleh order kedai sebelah. Penuh hasad dengki. Siap dengan bomoh lagi....

Anak masuk Matrikulasi, peluang ke Universiti teramat tinggi, pekerjaan menarik sedia menanti...alih-alih dapat tawaran jadi Misi (nurse) terus berhenti..kerana leh terus dapat gaji.....

detguaq said...

Pak teh,

Kesimpulannya ialah SIKAP.

Mengapa Indon boleh kaya?
Mengapa Bangla juga boleh kaya?
Pakistan jual karpet?
Benggali jual permaidani?
Vietnam pasang jubin?
Nepal pajak kebun?

Semua boleh kaya raya...

Pakteh said...

Terbaik....Dilema Melayu Kita</
Sejak pakteh dengaq lagu ni pada tahun 2004, pakteh tak pernah jemu menghayati bait2 setiap rangkap. Al-Fatihah untuk cikgu Nain...

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih