Parlimen sik sudah....DUN Jeneri sudah...
apa lagi pakteh nak kata?...
Walaupun isu calon parlimen pakteh belum sentuh sepenuhnya...walaupun soal calon DUN Jeneri pakteh belum muktamadkan perkiraannya...kali ni pakteh nak sentuh tentang DUN Belantik.
DUN Belantik amat unik corak selera pengundinya. YB UMNO yang akhir sebelum 2008 ialah Saudara Hamlan Din. Pru10 dan Pru11, UMNO kalah walaupun wakilnya ialah individu yang amat dikenali. kak Yam orang kuat KEMAS Sik kalah pada 1999, Cikgu Salleh Timbalan Ketua UMNO ketika itu kalah pada 2004. Pru10 kelihatan boleh diterima kerana ramai melihat aura reformasi dan calon wanita menjadi punca (DUN Jeneri dan Parlimen Sik juga jatuh ke tangan Pas. Pru11 pada 2004 amat pelik kerana ketika seluruh negara meraikan kejayaan terbesar UMNO/BN, DUN Belantik tewas (DUN Jeneri dan Parlimen Sik UMNO menang).
Mengapa pakteh ungkitkan kisah yang dah lepas?. Sejarah adalah menceritakan perkara yang benar-benar berlaku dan jika tidak diambil iktibar, sejarah buruk boleh berulang. Jika dianyam dengan elok, sejarah baik akan berterusan.
Jika ditanya kepada pakteh siapa calon untuk DUN Belantik. Pakteh hanya nampak wakil sedia ada. Maksudnya UMNO Bhg Sik tidak berlu memikirkan calon untuk DUN Belantik kerana YB Tajudin yang juga Ketua UMNO Bhg. mempunyai kemampuan untuk terus memenangi kerusi tersebut.
Keupayaan beliau untuk berada bersama-sama masyarakat marhein di akar umbi merupakan tiket kukuh di DUN Belantik. Kesanggupan untuk menyising lengan dan meredah hutan belukar menjadi penanda aras untuk diterima ramai.
Calon-calon lain....buat masa ini, tidak ada senarai panjang atau pendek. Pakteh hanya ada nama YB Tajudin buat masa ini.
Wow...selesa bebeno YB untuk terus menerajui DUN Belantik. Tidak semudah itu kerana 100% calon, memang pakteh jangkakan YB Tajudin cuma tentangan dari Pas jangan diambil mudah. Mungkin Tuan Haji Sanusi SETPOL MB Azizan masih berminat mencuba nasib?.
Hiruk pikuk riuh rendah fitnah menerawang ke segenap ruang angkasa Dun Belantik kini. Apa sahaja projek kerajaan Pusat, diwar-warkan sebagai hasil usaha Pas. Apa sahaja bantuan, disebut bantuan Pas walaupun hakikat sebenar itu kerja buat UMNO.
Pas bukan lagi bermain dengan AKAN AKAN AKAN....Pas sudah MELAKSANAKAN segenap kekuatan yang ada. Setiap rumah telah mereka kunjungi. Pas tidak menanti minggu2 pilihanraya untuk meraih undi/merayu undi. Pas telah laksanakan semua strategi selepas mereka tewas 2008.
Jangan leka hanya kerana aliran sungai chepir membisikkan Pas Sik goyah. Pas Sik terbelah 3. Pas sik berpecah kepada Che Uda dan Sanusi.
tuan-tuan dan puan-puan.....berpecah seratus dan terbelah putus sekalipun, Pas tetap akan mengundi Pas. itu hakikat yang semua orang kena terima. Sebilangan kecil...teramat kecil...mungkin sebesar kuman kurus sahaja akan termengundi UMNO/BN.
Pakteh melihat YB Tajudin berada di kedudukan yang terbaik untuk dipilih semula di DUN Belantik cuma...fikirkan juga situasi/isu yang masih berbekas. Masih ada yang bernada kecewa dan sudah berkira-kira....PRU13 akan diundi pihak sebelah sana.
Pakteh amat kecewa bila Ketua Perhubungan UMNO Negeri hanya menyebut AKAN AKAN AKAN...sepatutnya selepas TEWAS TERUK 2008....SEPATUTNYA SELEPAS 3 TAHUN....tempoh masa yang amat terhad ini sudah peringkat pelaksanaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
2 comments:
Sapa pun tak apa Di DUN Belantik.Seeloknya zaman hari letaklah calon berpendidikan tinggi.Calom SPM dah ketinggalan zaman.Lagi satu di DUN Belantik janganlah berharap pada undi pos lagi.Khabarnya jumlah umdi pos telah di bawa keluar oleh SPR setelah dapat bantahan dari PAS.Betul juga mana ada kem tentera di situ.Angka majoriti tipis UMNO Sik jangan syok sendiri.UMNO perlu pertingkatkan budaya kerja yg smart dan berkesan.UMNO perlu tonjolkan pemimpin berpelajaran tinggi.53 tahun merdeka tak nak pakai sijil SPM lagi.Lece lah martabat umno.
di letaknya calon yg berpendidikan tinggi lagilah cepat kaya,lagi berpendidikan tinggi lagi kuatlah menipu dan merompak duit rakyat....
Post a Comment