Sunday, January 9, 2011

Edisi Sik: Ranjau Sepanjang Jalan

Daerah Sik ni luas. Jika dilihat kepada jiran bersempadan, Sik berjiran dengan Pendang, Sik berjiran dengan Baling, Sik berjiran dengan Padang Terap, Sik berjiran dengan Kuala Muda. Sik bukan daerah yang kecil.

Jika disebut daerah Sik, rakyat biasa hanya mungkin tahun itu cuma sebuah daerah di Negeri Kedah. Rakyat biasa tidak tahu hal-hal lain. Rakyat biasa hanya tahu Sik cuma sebuah daerah. Dulunya Sik ada Shahnon Ahmad, Pernah juga Sik ada Menteri Agama tapi itu cerita dulu. Cerita dulu takkan sama dengan cerita hari ini. Cerita dulu hanya boleh dikenang dan dan jika manis, boleh diulang-ulang kepada anak cucu. Pakteh masih kecil ketika Sik mempunyai ADUN berjawatan Exco di Kedah.

Sik bukan daerah yang maju. Sik mengekalkan kehijauan alam ciptaan ilahi dengan semangat yang kuat. Sik pernah dikenali kerana kemundurannya. Di Sik rakyat takkan menemui Bandar. Istilah paling mewah yang wujud hanya Pekan. Sik ada 2 Pekan yang mewah dan kata orang, Pekan yang ada di Sik hanya bertitle Pekan CowBoy. Di Sik hanya ada Pekan Sik dan pekan Batu Lima. Jika ada rakyat Sik yang sebut Pekan Gulau, itu tidak beerti pekan dalam maksud yang sebenar. Pekan Gulau hanyalah Pasar Sehari atau kita lebih mesra dengan pekan nat. Jika ada rakyat marhein yang sebut bandar di Sik, itu hanya merujuk Kampung Hujung BANDAR atau Kampung BANDAR Hilir. Itu kampung, bukan bandar. Kampung takkan menjadi bandar hanya kerana dipanggil bandar.

Sik tidak ada bangunan tinggi. Penduduk Sik bukan takut dengan ketinggian cuma, entah apa sumpahannya, tidak ada bangunan tinggi di Sik. Sik juga tidak ada istilah Pasaraya Besar. Abaikan istilah Hypermarket, Supermarket dan yang seangkatan dengannya.

Sik takdak bangunan tinggi, Sik takdak Pasaraya. Bukan itu isunya, sebab orang Sik tidak beli baju D'Urban di Sik. Orang Sik tidak beli kasut Dr. Cardin di Sik. Orang Sik juga tak beli ikan di Pasaraya. Banyak baruh yang masih hitam pekat airnya. Ikan keli bunga masih galak dan mudah ditangkap. apa perlunya store yang hanya sediakan ikan lama?.

Memandu di Sik amat tenang. Traffic Light hanya ada 2. Satu di Pekan Sik dan 1 di Pekan Batu Lima. Hanya tempat bertitle Pekan akan dapat Traffic Light. Lebih manis, Traffic Light ini jarang berfungsi terutama di Pekan Sik. Mungkin sibuknya hanya bila raya posa dan raya haji. Setakat sibuk hari selasa di pekan nat dah tak jadi soal.

Sik tidak ada pejabat pendidikan daerah. Sik berkongsi dengan daerah Baling dan diberi nama Penjabat pendidikan daerah Sik/Baling dan pejabatnya di baling. Di Sik ada pusat tuisyen untuk anak bangsa mantapkan lagi ilmu yang sebenarnya sudah diberi oleh cikgu di sekolah. Seluruh daerah Sik hanya mengharapkan beberapa pusat tuisyen yang ada di Pekan Sik. Jika yang lebih mampu, mereka bergerak mencari di Jeniang.

Orang Sik amat lemah lembut. Tinggi budi bahasanya. Berhemah tutur katanya malah santun gerak tarinya. Orang Sik menerima seadanya kurniaan pemerintah. Orang Sik tidak membantah secara semberono. Orang Sik hanya mencelah apabila perlu. Tahun 1999 orang Sik pernah mencelah dan hasilnya, Shahnon Ahmad dinobat sebagai wakil. Orang Sik tidak memandang kepada kebendaan. Orang Sik cukup dengan sekadar yang ada. Tahun 2008, orang Sik mencelah lagi dan jika tahun ini 2011, apakah gerak tari orang Sik akan mengikut lenggok pemerintah atau masih tidak berubah?. Apakah orang Sik masih bersifat ingin mencelah?.

Pakteh bukannya orangnya untuk menjawab persoalan ini. Pakteh hanya orang Sik yang tidak pernah mencelah namun teliti dalam mengikut lenggok tari pemerintah.

Hati mana tidak tersentuh bila jalan yang besar hanya LAYAK sampai di Jeniang (Kuala Muda). Tersentuh sahaja BUMI SIK, Jalan yang besar ini hanya LAYAK menjadi 1 lorong. Memang orang Sik lembut akal budinya tapi bila tiba waktunya...dengan lembut juga mereka mencelah.

Hati mana tidak terasa, anak kecil di tanah lain sudah menikmati segala teknologi ICT terkini, anak muda matang di Tanah Sik baru mengenali 3G dan itupun hanya di Pekannya...Pekan Sik. Orang Sik mudah menerima alasan namun tebal ingatannya. Jangan berjanji jika berniat memungkiri. Jangan berdusta jika masih ingin bertakhta.

Pakteh orang Sik. Orang Sik lembut budinya. Lembut budi jangan disangka lemah jiwanya. Jiwa orang Sik kental sifatnya. Pakteh kenal orang Sik. Orang Sik takkan rebah mudah mengalah. Orang Sik kukuh persaudaraanya.

15 comments:

titi panjang said...

Pak teh.Apalah ertinya pembangunan mengunong.Bersesak-sesak.Orang melayu sekadar jadi penonton setia.Pembeli setia.Miskin setia.Setinggan setia dan sebagainya.Orang lain yang empunya melayu terpinggir.Pak teh banggakah macam bandar Sg Petani bandar yg paling dekat dengan Sik.Dimana orang melayu berada.Orang melayu layak di rumah kos rendah sahaja kah.Apa bangganya Laguna SP.Berapa kerat melayu.Siapa punya perancangan ini semua.Bukan kita pakteh.Orang ada kuasa lah.Ini zaman umno /BN jadi kerajaan dulu.Mereka telah membunoh melayu di bandar Sungai Petani.Cuma ada lah dua tiga kerat pemimpin UMNO barada disitu yg dikelilingi oleh orang lain.Oleh itu Pakteh di Sik berjaga-jagalah agar jangan jadi macam Sungai Petani.

lahuma said...

Sapa jadi YB pun.Orang Sik macam tu jugalah.

Pakteh said...

Titi Panjang:

Langkah pertama: Sediakan ILMU (berkembang pesat dibawah UMNO/BN)
Langkah kedua: Sediakan Kemudahan Kesihatan (Hanya buat kad hanya RM1 ja dibawah UMNO/BN)
Langkah 3: Sediakan Peluang Ekonomi (Berkambang dibawah UMNO/BN)
Langkah empat: Sediakan Keperluan sosial (berkambang dibawah UMNO/BN)

4 langkah awal sebagai pemerintah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab oleh UMNO/BN. Itu kerangka asasnya.

Persoalannya. Siapa yang mengkhianati kerangka asas ini?. UMNO/BN begitu menjaga hak bumiputera tapi apa jadi? Anugerah yang diberi DI ALI-BABA kan. Rumah2 di Sungai Petani, 5% diskaun utk bumiputera malah ada kawasan ditetapkan hanya untuk bumiputera. Kemunduran ekonomi jangan disalahkan orang...segalanya telah disuapkan tapi kalau dah nak nganga mulutpun malas...zzzz. Ayat dua tiga kerat pemimpin UMNO tu...cuma pi tengok betoi2..belambak aih anti UMNO/BN beli rumah disitu.

Di Sik ni nak jaga apa lagi dah..memang nampak tak membangun tapi cuba Titi Panjang gi jenguk kot Jeneri nu...kebun2 getah n bendang2 tu sapa punya. Nama ja tanah milik Melayu tapi tuanpunya yang sebenar sapa?. bangsa lain. Tuan tanah asai dah jadi kuli taboq baja ja..? Salah UMNO/BN kaa?.

Pas/PR di Perak hanya beberapa bulan memerintah tapi dah serah 999 tahun tanah kg Baru kepada bangsa zzzzz.

Pas di Kedah serah buat undang-undang rimba kepada sapa saja yang nak mugaq hutan simpan. Pi jenguk la kot hutan simpan di batu lima, di batu seketul n di Pedu n Padang terap.

Jangan Taik keras, lembik, panjang, busuk pun nak salahkan UMNO/BN.

Lahuma:

hehehe...Pakteh ada keluarga nama LAHUMA..penglipur lara hebat di....

Sapa jadi YB pun sama. Sama yg bagaimana.

Kita bandingkan di peringkat Parlimen. Paling dekat...Kita ambik YB tahun 2004-2008 VS YB tahun 2008 - hingga kini.

Dato Wan Azmi...time kenduri kendara rakyat Sik sebut jugak "Ni khemah dato' Wan bagi...Ni Pinggan Dato' Wan bagi...Ni Stor Dato' Wan bagi...Ni gelanggang Tomoi Dato' Wan bagi...

Chegu Uda:

Rakyat sebut juga..."YB kenduri kendara..bukan bagi apa2 tapi mai makan nasik jaa"..

Jika kita pukoi sama untuk semua YB, bermakna kita menilai secara luaran.

Di Peringkat DUN:
masalah jeneri...sakit demam, banjir, musibah...YB mana sampai Dulu?....YB Belantik...

Masalah Belantik....YB Belantik sampai dulu jugak..YB Jeneri comfirm...hehe..tak jenguk2

anak chepir said...

Pak teh.betoi laa tu,Semuanya punca Sik tak membanguan kerana kerajaan PAS kedah tak buat pembangunan sejak 50 tahun lalu.Umno tak salah.he he he he he.

Pakteh said...

Anak Chepir:

hehe...sedap ayat tu. Kalau UMNO tak salah...takkan la dah byk kali rakyat Sik mencelah...

Pakteh bukan sokong semborono. Seingat pakteh, terdapat Ketua UMNO Bhg yang juga Exco Kedah telah meeltakkan asas yang begitu baik untuk memajukan Sik. Sayangnya beliau dicantas dan dihumban oleh Anwar dan digantikan seorang Ketua Bhg yang bertitle Menteri di JPM.

Era itulah bermulanya Sik ketinggalan...malah dengan daerah Baling yang dulunya sama2 mundur juga Sik telah ketinggalan. Masa Ketua Bhg yang juga ahli parlimen serta Menteri ini lebih banyak di Kuala Lumpur dan juga N9. Daerah Sik ditinggalkan.....itu silap pemimpin UMNO pada masa itu.

Ketika awal dan pertengahan 90-an, kemajuan daerah2 lain begitu pesat kerana ekonomi Malaysia begitu kukuh. Jika bijak mengambil peluang, pasti Sik juga akn membangun....sayang...semua tu tak berlaku. Pas berjasa sebenarnya kerana menjatuhkan pemimpin tersebut. Pas juga berjasa pada 2008 kerana menggagalkan usaha tamak haloba seseorang untuk memegang title ahli parlimen dan menawan kerusi Ketua UMNO Bahagian. Terima Kasih PAS.

Sekadar itu mampu pakteh ucapkan untuk Pas. Selebihnya..jasa dan pengorbanan UMNO untuk daerah Sik adalah begitu besar malah takkan mampu ditandingi oleh Pas.

bumiputera said...

Aku rasa terpanggil nak habak kat Pakteh.Pasai apa pada pada mengundi yg lalu UMNO rebah di Sik.Hang tau Pakteh orang UMNO ramai juga yg beri undi pada PAS.Depa cakap depan aku sendiri hari itu.Aku buat bodoh saja lah.Baru aku paham dalam umno banyak perkara yang tak sehat dan jahat.Pilihan raya akan datang ini aku rasa ada lagi perkara jahat dan tak sehat ini.Sahajalah untok makluman Paktek laa.

Unknown said...

Sempoi Pak Teh!

sama2lah kita berjuang membela meninggikan Islam, memartabatkan bangsa dan mendaulatkan negara...

log Pak Teh, dah saya linkkan di blog saya...terima kasih juga kerana Pak Teh terlebih dulu linkkan Kedah Senang dalam blog Pak Teh...Salam

Pakteh said...

Bumiputera:
Depa kata apa....memang byk yang tak sihat. Kalau sudi ahabq...leh jugak kongsi2.

Kedah Senang:

Terima kasih jugak kernaa sudi melawat blog pakteh...
Salam perjuangan untuk tuan.

bumiputera said...

Pakteh:Musang berbulu ayam katek.Terbang rendah.Terbang tinggi.Sekejap atas pokok.Sekeja[ atas rmput.

Pakteh said...

Bumiputera:
tak berapa nak paham..maklumla...tua-tua ni dah tak bulih tak tangkap cepat2 apa maksudnya.
Kalau setakat musang berbulu ayam tu...faham dahhh....memang lagu tu masa PRU12 yang lalu.

Lahiriah punyala sokong UMNO. Bila time nak pangkah...Pas jugak yang dipilih..

Anonymous said...

Pak Teh.tak dak mana-mana dermawan nak pebesaq masjid sik,nak harap parti pemerintah yang la ni dan lepas-lepas tak dak pasai,kesian tengok orang sembahyang jumaat,semayang qaya dok atas tat,sakit dai dan pala lutut bila sujud.nampak cantik sikit bila orang luaq tengok

Pakteh said...

Anon:

Satu cetusan rasa yang amat baik. Kekadang jika asyik berpolitik, mungkin ada yang terlupa. Apa yang pakteh nampak YB Tajudin ada jugak membantu untuk membaiki surau2 di dalam daerah Sik. Dato Wan Azmi dulu ada jugak memperuntukan wang untuk baikpulih masjid.

Cuma lebih manis jika ada dermawan yang sudi menghulurkan sumbangan untuk membesarkan masjid Sik atau Masjid Ar Rahman.

Kalau ada lagi 10 orang sermawan seperti Syed Mokhtar Al Bukhari, alangkah indahnya....

Nayan said...

Percubaan untuk menaiktaraf penduduk Sik sudah beberapa kali dilakukan. Mungkin minda & pemikiran orang Sik perlu dipersediakan dulu. Ilmu yang secukupnya perlu diberikan. Barulah orang SIk dapat menerima satu pembaharuan dan pembangunan dengan lebih baik.

Pakteh said...

Nayan:

Pakteh sependapat dengan tuan. Kalangan generasi muda sudah bersedia menerima perubahan terutama mereka yang berkelana dan merasai pengalaman pembangunan di luar dari Sik.

Generasi tua dan yang agak ketinggalan dalam menguasai ILMU sahaja kini masih berfikir Sik perlu terus seperti sedia ada.
Pusat2 ILMU perlu ditambah di Sik.

Pakteh terkilan kerana daerah sebesar Sik tidak mempunyai walau sebuah institusi yang bertitle sekurang2nya KOLEJ walaupun bukan Universiti.

Anonymous said...

Baguih pak teh ni nak share

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih